You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG GAJAH

34800 TRONG, PERAK


MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

BIL. MESYUARAT : 1/2020

TARIKH : 30.12.2019

MASA : 12.00 – 1.30 petang

TEMPAT : Bilik Gerakan SK Padang Gajah

HADIR :

1. PN. HJH ROJITA BT AHMAD (GURU BESAR)

2. EN. HAKIMI BIN SALLEH (PK 1)

3. PN. ASMA AINI BT MOHAMED (PK HEM)

4. PN. NOOR MILA BT MEHAT (PK KOKU)

5. EN.MOHD FIRDAUS BIN MOHAMAD MUSTAFA

6. PN. KRISHNA VENI A/P ARUMUGAM

7. PN. SHARIZAN BINTI MAT DAUD

8. PN. HJH. NOR LIZA BINTI NOR DIN

9. PN. NORYATI BINTI OTHMAN

10. PN. SARASWATHY A/P GOVNRASS

11. PN. AMINAH BT ANUAR

12. PN. NURULADHILLAH BT MAT ZAIN

13. EN. JEYAMOGHAN KUMAR A/L THIRAVIANATHAN

14. EN. EZEKIEL A/L ANTONI TASS @ANTHONY DASS

15. PN. SITI NOR JANNAH BINTI ABU BAKAR

16. PN. HALIMAH BINTI ABDUL WAHAB

17. PN. NUR ATIKAH BINTI YAACOB @ YAHAYA

18. EN. ABDUL HISHAM B. ABDUL RASHID

19. EN. AHMAD HASHIMI BIN ABDULLAH

20. PN. AZLINDA BT ADNAN

21. PN. NORASIMA BINTI MAT JAIE

TIDAK HADIR :

-TIADA
1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Penolong Kanan Kokurikulum, Pn. Noor Mila bt Mehat selaku Pengerusi memulakan
mesyuarat dengan salam dan berterima kasih atas kehadiran semua guru yang hadir.
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru di atas gerak kerja
kokurikulum bagi tahun 2019. Pengerusi mohon semua guru merujuk kepada Pekeliling
Pelaksanaan Kokurikulum, Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/ Bil 27 bertarikh 28 Disember
1967 mengenai pelaksanaan kokurikulum sepanjang tahun. Selain itu,
Pengerusimenyatakan kemasukan guru-guru yang baharu akan mengisi tempat guru-
guru penasihat unit kokurikulum yang telah bertukar ke sekolah lain.Guru-guru juga
dinasihatkan supaya menjalankan tanggungjawab mengikut tugasan masing-masing.

Makluman & Tindakan: Semua Hadirin

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

2.1 Minit mesyuarat dibaca oleh Pn. Siti Nur Jannah bt Abu Bakar dan cadangan minit
mesyuarat diterima oleh Encik Mohd Firdaus dengan sokongan daripada Puan Sharizan
bt Mat Daud.
Makluman & Tindakan: Semua Hadirin

3.0 Perkara Berbangkit


Tiada

4.0 Perkara Berbincang

4.1 Mengenai Carta Organisasi Jawatankuasa Induk Kokurikulum 2020, tidak berlaku banyak
perubahan. Organisasi untuk latihan sukan peringkat zon dan daerah bagi Majlis Sukan
Sekolah (MSS), diketuai oleh Pn. Krishna Veni A/P Arumugam. Latihan untuk MSS perlu
di adakan lebih awal supaya atlet sekolah lebih bersedia.Tahniah buat Pn. Sharizan yang
telah memulakan latihan bagi pasukan bowling sekolah. Cadangan Pengerusi untuk
menghantar dua kumpulan bagi pasukan Bola Tampar sekolah. Pengerusi juga
memaklumkan pihak sekolah akan menghantar penyertaan untuk bola baling.

Makluman & Tindakan: Semua Hadirin

4.2 Berlaku perubahan dalam jawatankuasa rumah sukan yangmana akan diketuai oleh guru
lelaki. Rumah sukan hijau akan diketuai oleh Encik Ezekiel bagi menggantikan Encik
Omar.
Makluman & Tindakan: Semua Hadirin

4.3 Mengenai Unit Beruniform, Tuan Guru Besar mencadangkan semua guru wajib memakai
unit beruniform lengkap pada hari Rabu setiap minggu. Bagi guru-guru yang mengajar
Pendidikan Jasmani, perlu salin kepada Unit Beruniform pada sesi petang. Begitu juga
pada Perhimpunan Bulanan Unit Beruniform.

Makluman & Tindakan: Semua Hadirin


4.4 Mengenai fail, guru penyelaras perlu sediakan satu fail. Pada setiap kali perjumpaan unit
beruniform, guru penyelaras perlu hadir bersama sehingga tamat sesi perjumpaan. Guru
penyelaras perlu memastikan semua unit di bawah seliaannya bergerak.

Makluman & Tindakan: Semua Hadirin

4.5 Pn. Siti Nur Jannah bertanyakan tentang pelaksanaan olahraga yang di adakan pada
waktu 1 Murid 1 Sukan (1M1S). Pn. Siti Nur Jannah mencadangkan olahraga di tukar
kepada permainan lain semasa 1M1S. Menurut Encik Othman, olahraga perlu di
laksanakan semasa 1M1S kerana telah banyak penyertaan berkumpulan.

Makluman & Tindakan: Semua Hadirin

4.6 Sasaran SKPG dalam unit kokurikulum bagi tahun 2020 adalah seperti berikut :

Bola baling : 2019 - daerah 2020 - negeri


Bola tampar : 2019 - daerah 2020 - negeri
Boling : 2019 - negeri 2020 - kebangsaan.
Catur : 2019 - daerah 2020 - negeri
Bahasa Melayu : 2019 - daerah 2020 - negeri.
Bahasa Inggeris : 2019 - daerah 2020 - negeri
Sains & Matematik : 2019 - daerah 2020 - negeri
TKRS : 2019 - kebangsaan 2020 - kebangsaan (outpost)
PPIM : 2019 - daerah 2020 - kebangsaan

Makluman & Tindakan: Semua Hadirin

4.7 Latihan sukan bermula pada minggu kedua 2020. Pada 15 Januari 2020, latihan
merentas desa dan pada 17 Januari 2020 adalah larian merentas desa 2020. Pada 22
Januari 2020 adalah Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan SKPG 2020.

Makluman & Tindakan: Semua Hadirin

5.0 Hal-hal lain

5.1 Lawatan Sambil Belajar akan di laksanakan pada 7 dan 8 November 2020.

Makluman & Tindakan: Semua Hadirin

5.2 Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (PIKEBM) dan Pendidikan
Sivik dalam Kokurikulum perlu diadakan setiap kali sebelum memulakan aktiviti
kokurikulum dan 1 Murid 1 Sukan (1M1S) selama 5 - 10 minit. Program ini bertujuan
memperkasakan Bahasa Melayu. Ianya perlu direkodkan dalam laporan aktiviti sebagai
aktiviti Bahasa melayu.

Makluman & Tindakan: Semua Hadirin


5.3 Mengenai PAJSK, SEGAK BMI agak menurun kerana kadar obesiti yang agak tinggi
dalam kalangan murid. Tuan Guru Besar mencadangkan satu program perlu
dilaksanakan untuk memastikan murid SKPG berada pada tahap kesihatan yang baik.

Makluman & Tindakan: Semua Hadirin

6.0 Ucapan Penutupan


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.27 petang.

Makluman & Tindakan: Semua Hadirin

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________ __________________
AMINAH BT ANUAR NOOR MILA BT MEHAT
Setiausaha Kokurikulum PK Kokurikulum
SK Padang Gajah SK Padang Gajah

Disahkan oleh,

________________
ROJITA BT AHMAD
Guru Besar
SK Padang Gajah

You might also like