You are on page 1of 7

[5 Mac 2018] [USD 21203 KAJIAN TOKOH ULAMA AKIDAH]

Abu Mansur al-Maturidi Sebagai Pengasas Aliran


Maturidiyah

1) Biografi Imam Abu Mansur al-Maturidi

a) Nama, Keturunan dan Gelaran


Nama lengkapnya adalah Abu Mansur Muhammad Ibn Muhammad Ibn Mahmud al-Maturidi.
Gelaran al-Maturidi merujuk kepada nama tempat kelahiran beliau iaitu Maturid yang
merupakan sebuah daerah di Samarqand. Beliau turut diberi gelaran al-Hanafi kerana berpegang
kepada mazhab Hanafi. Selain itu antara gelaran yang biasa dinisbahkan kepada beliau ialah al-
Ansari. Hal ini kerana beliau dikatakan berketurunan daripada seorang sahabat nabi Muhammad
s.a.w yang bernama Abu Ayyub Khalid bin Zayd bin Kulayb al-Ansari.

b) Tahun dan Tempat Kelahiran


Tahun kelahirannya tidak diketahui secara tepat. Namun secara pastinya, beliau dilahirkan dalam
abad ke-3 H. Dikatakan beliau berkemungkinan dilahirkan sekitar tahun 256H atau 238 H.
Tempat kelahiran beliau adalah di Maturid, iaitu sebuah kota kecil di daerah Samarqand yang
merupakan sebuah kota yang terkenal di Asia Tengah, yang lebih dikenali sekarang sebagai
Uzbekistan. Imam al-Maturidi dilahirkan pada zaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah, Ja’far
ibn al-Mu’tasim ibn al-Rashid al-Mutawakkil. Al-Mutawakkil pada ketika itu merupakan
seorang pemimpin yang rancak memerangi fahaman-fahaman Mu’tazilah dan mendokong aliran
Sunni.

c) Tarikh dan Tempat Kewafatan


Imam al-Maturidi wafat pada tahun 333 H.

2) Pendidikan Imam al-Maturidi


1
[5 Mac 2018] [USD 21203 KAJIAN TOKOH ULAMA AKIDAH]

Imam al-Maturidi dilahirkan dalam lingkungan keluarga yang mencinta ilmu. Bapanya juga
merupakan seorang ulama. Justeru, beliau telah mempelajari ilmu agama semenjak kecil lagi.
Imam al-Maturidi berkepakaran dalam pelbagai disiplin ilmu termasuk ilmu berkaitan ta’wil al-
Qur’an, usl al-fiqh, ilmu kalam dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya. Selain daripada
mendalami ilmu naqli dengan secara terperinci, beliau juga turut mempelajari dan mendalami
ilmu aqli. Pengajian beliau dalam dua bentuk ilmu ini telah menjadikan beliau sebagai seorang
imam yang mumpunyai kepakaran dalam ilmu fiqh, ta’wil dan ilmu kalam. Kehebatan beliau
tersebut amat disegani oleh kawan mahu pun lawan.
Dalam bidang fiqh, beliau merupakan salah seorang pengikut Imam Abu Hanifah dengan
mempelajari hukum hakam berkaitan fiqh berasaskan kepada mazhab Hanafi di Samarqand.
Beliau telah berguru dengan silsilah ulama yang bersambung kepada Imam Abu Hanifah.
Kebanyakan pengikut beliau juga bermazhab Hanafi. Sebagai pengikut Abu Hanifah, Imam al-
Maturidi memiliki pemikiran tentang teologi yang hampir sama dengan Imam Abu Hanifah. 
Beliau telah banyak menyibukkan dirinya untuk mengarang, menulis dan mengabdikan
seluruh hidupnya untuk menjaga agama Islam dan menolong Aqidah Ahlus Sunnah Wal
Jama’ah. Berkat keilmuan, keteladanan dan kegigihan beliau dalam membela dan menolong
akidah Sunniy, ramai di kalangan para ulama telah menganggap beliau sebagai imam agung yang
memperjuangkan agama, mengukuhkan kedudukan akidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan
mematahkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh mereka yang berkefahaman mu’tazilah dan
ahli bid’ah yang lain.

3) Manhaj Imam al-Maturidi dalam Pemikiran Akidah

Di antara manhaj pemikiran Imam al-Maturidi dalam soal akidah adalah sebagai mana berikut:

a) Metodologi pendalilan
Imam al-Maturidi berpandangan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi setiap individu
Muslim untuk berhenti pada batas menggunakan dalil naqli sahaja tanpa mengguna akal untuk
berfikir dengan lebih mendalam. Walaupun begitu, beliau juga berpandangan penggunaan akal
secara keterlaluan adalah satu kesalahan. Beliau melihat bahawa sikap yang paling adil dalam hal
ini ialah berada pada titik pertengahan di antara keduanya. Ia bersesuaian dengan firman Allah

2
[5 Mac 2018] [USD 21203 KAJIAN TOKOH ULAMA AKIDAH]

s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 143 yang bermaksud: “Dan demikianlah Kami jadikan kamu
umat yang pertengahan [wasat].” Al-wasat atau pertengahan merupakan tunjang agama dan ia
adalah sebaik-baik gambaran tentang roh agama Islam yang menggesa supaya mengambil sikap
pertengahan dalam setiap perkara. Melalui akal, manusia mampu untuk mengetahui adanya
Tuhan dan dapat berfikir untuk mengetahui kewajipan bersyukur kepada Tuhan.

Selain itu, menurut Imam al-Maturidi perutusan Rasul berfungsi sebagai sumber
penyampai maklumat. Justeru, tanpa mengikuti ajaran dan wahyu yang disampaikan oleh Rasul,
manusia sebenarnya telah membebankan sesuatu di luar tahap kemampuan akalnya.

b) Pentafsiran berkaitan ayat-ayat mutasyahibat


Imam al-Maturidi mentakwil ayat-ayat mutasyabihat dalam al-Qur’an seperti ayat yang
menggambarkan Allah s.w.t mempunyai muka dan tangan berdasarkan kepada ayat-ayat
muhkamat.

c) Af’al (perbuatan) Allah s.w.t


Setiap sesuatu mempunyai ciri kebaikan dan keburukan pada zatnya sendiri. Menurut Imam al-
Maturidi, Allah s.w.t terhindar daripada perbuatan yang sia-sia. Semua perbuatan Allah s.w.t
mengandungi pelbagai hikmah kerana Dia bersifat Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.
Semua perintah, larangan dan ciptaan-Nya mengandungi hikmah dan tujuan yang tertentu.
Tujuan perbuatan-perbuatan tersebut bukan atas dasar paksaan atau kewajipan, karena Dia Yang
Maha Memilih dan Menghendaki untuk melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya.

d) Kalam Allah s.w.t


Beliau membezakan di antara kalam yang tersusun dengan huruf dan suara yang disebut sebagai
kalam lafzi dengan kalam nafsi. Kalam nafsi adalah sifat qadim bagi Allah s.w.t, sedangkan
kalam lafzi yang tersusun dari huruf dan suara adalah baharu (hadis). Kalam nafsi tidak dapat
diketahui oleh manusia hakikatnya kecuali dengan suatu perantara. Kalam Allah s.w.t terdiri
daripada makna yang berdiri dengan zat-Nya. la merupakan sifat yang berhubung dengan zat-
Nya, qadim sama seperti zat-Nya. Kalam nafsi ini tidak tersusun daripada huruf dan perkataan
kerana huruf dan perkataan itu adalah sesuatu yang baru (jadid) dan setiap yang baharu itu
adalah makhluq.
3
[5 Mac 2018] [USD 21203 KAJIAN TOKOH ULAMA AKIDAH]

e) Perbuatan manusia
Dalam membincangkan tentang perbuatan manusia sama ada al-jabr atau al-iktiyar, Imam al-
Maturidi meyakini bahawa perbuatan manusia adalah ciptaan Allah s.w.t kerana segala sesuatu
yang wujud di alam ini adalah ciptaan-Nya. Dalam hal ini, Imam al-Maturidi mempertemukan
antara ikhtiar sebagai perbuatan manusia dan qudrat Allah s.w.t sebagai pencipta perbuatan
manusia. Dengan demikian, tidak ada pertentangan antara qudrat Allah s.w.t yang menciptakan
perbuatan manusia dan ikhtiar yang ada pada manusia. Menurut Al-Maturidi, perbuatan manusia
adalah ciptaan Allah s.w.t kerana segala sesuatu yang wujud dalam alam ini adalah ciptaan-Nya.

Al-Maturidi juga meyakini adanya konsep masyi’ah dan rida. Kebebasan manusia
dalam melakukan perbuatan baik atau buruk tetap dalam kehendak tuhan, tetapi mereka mampu
berusaha untuk memilih apa yang diridhai-Nya dan apa yang tidak diridhai-Nya. Manusia
berbuat baik atas kehendak dan kerelaan tuhan, dan berbuat buruk juga atas kehendak tuhan,
tetapi tidak atas kerelaan-Nya. Hal pemikiran ini menggambarkan Imam Al-Maturidi berfikiran
bahawa manusia tidak sebebasnya dalam melakukan segala perbuatan sebagai mana fahaman
Mu’tazilah. Apa yang diusahakan oleh manusia akan diberi balasan baik sekiranya ia merupakan
perkara yang diredhai Allah s.wt dan diberi balasan buruk jika termasuk dalam perkara yang
tidak diredhai-Nya.

f) Status pelaku dosa besar


Imam al-Maturidi tidak memasukkan amalan manusia sebagai sebahagian daripada iman. Beliau
berpendapat bahawa pelaku dosa besar tidak terkeluar daripada lingkungan iman. Oleh karena
itu, perbuatan dosa besar (selain daripada syirik) tidak akan menjadikan seseorang itu sebagai
kafir atau murtad.
Walaupun mukmin yang melakukan dosa besar tidak dihukumkan sebagai kafir, namun
mereka dikategorikan sebagai mukmin yang berdosa. Mukmin yang berdosa besar tidak akan
kekal di dalam neraka, walaupun mati sebelum sempat bertaubat. Hal ini karena Allah s.w.t telah
menjanjikan untuk memberi balasan kepada manusia sesuai dengan perbuatannya. Berbeza
dengan orang yang melakukan dosa syirik, mereka kekal di dalam neraka.
g) Melihat Allah

4
[5 Mac 2018] [USD 21203 KAJIAN TOKOH ULAMA AKIDAH]

Imam al-Maturidi mengatakan bahwa manusia dapat melihat Allah s.w.t sebagai mana yang telah
difirman-Nya melalui Al-Qur’an. Menurut beliau, manusia tidak perlu menanyakan bagaimana
cara untuk manusia melihat Tuhan di hari akhirat kelak. Manusia hanya perlu meyakini bahawa
mereka dapat melihat Allah s.w.t bi la kaifa, kerana keadaan di akhirat tidak sama dengan
keadaan di dunia.

4) Guru dan Pelajar Imam al-Maturidi

Antara guru-guru kepada Imam al-Maturidi termasuk:

1. Muhammad bin Muqatil al-Razi (wafat pada 248H/862M)


2. Abu Bakr Ahmad bin Ishaq al-Juzjani
3. Abu Nasr Ahmad b. al-‘Abbas al-‘Iyadi yang lebih dikenali al-Faqih al-Samarqandi
4. Nusayr bin Yahya al-Balkhi (wafat pada 268H/881M)

Imam al-Maturidi juga mempunyai ramai pelajar seperti:

1. Abu al-Qasim Ishaq bin Muhammad @ al-Hakim al-Samarqandi (wafat pada 340H/951
M)
2. Abu Yusr Muhammad al-Bazdawi
3. Abu Hafs Umar bin Muhammad al-Nasafi
4. Sa’d al-Din al-Taftazani (wafat pada 790H/1388 M)
5. Kamal al-Din Ahmad al-Bayadi
6. Abu al-Hasan Ali bin Sa’id al-Rustugfani
7. Abu al-Laith al-Bukhara

5) Karya Utama Imam al-Maturidi

5
[5 Mac 2018] [USD 21203 KAJIAN TOKOH ULAMA AKIDAH]

Antara kitab tersohor yang dikarang oleh Imam al-Maturidi dalam bidang Ilmu Kalam ialah:

1. Ta’wilat al-Qur’an
2. Ma'khadh al-Syari'ah
3. Kitab al-Jadal
4. Kitab al-Usul (Usul al-Din)
5. Kitab al-Maqalat
6. Kitab al-Tawhid
7. Bayan Wahm al-Mu’tazilah
8. Radd Awa’il al-Adillah li al-Ka’bi
9. Radd Tahzib al-Jadal li al-Ka’bi
10. Radd Wa’id al-Fussaq li al-Ka’bi
11. Radd Usul al-Khamsah li Abi Muhammad al-Bahili
12. Radd Kitab al-Imamah li ba’d al-Rawafid
13. Al-Radd ‘ala Usul al-Qaramitah
14. Al-Radd ‘ala Furu’ al-Qaramitah

Selain itu, Imam al-Maturidi turut pernah mengarang kitab dalam bidang Usul Fiqh, iaitu:

1. Kitab al-Jidal
2. Ma’akhiz al-Syara’i’

Dalam bidang Tafsir dan Ulum Qur’an pula, beliau menulis:

1. Risalah fi ma La Yajuz al-Waqf alaih al-Qur’an


2. Ta’wilat al-Qur’an

6) Golongan Aliran Maturidiyah


Al-Maturidiyyah merujuk kepada sekumpulan pengikut fahaman aliran pemikiran Imam al-
Maturidi. Kebanyakan ulama’ Maturidiyyah merupakan pengikut aliran fiqh al-Hanafiyyah,
kerana pengasas aliran pemikiran ini iaitu Imam al-Maturidi bermazhab Hanafi. Sebagai mana
yang diketahui, perkembangan aliran fiqah al-Hanafiyyah amat pesat berkembang di kawasan
Asia Tengah termasuk kota Samarqand tempat Imam al-Maturidi membesar. Keadaan tersebut
telah memberi kesan yang sangat besar kepada pemikiran manusia yang tinggal di kawasan
persekitaran itu. Justeru, aliran pemikiran Maturidiyyah banyak berkembang di kawasan mereka
yang berpegang kepada mazhab Hanafi.

6
[5 Mac 2018] [USD 21203 KAJIAN TOKOH ULAMA AKIDAH]

Pada peringkat awal, aliran pemikaran Maturidiyyah di Asia Tengah boleh dikatakan
berpecah kepada dua golongan. Ia kesan daripada tiada kesepakatan pendapat di antara murid
Imam al-Maturidi dengan gurunya sendiri dalam beberapa isu. Dua golongan yang dimaksudkan
ialah:

a) Golongan Samarqand
b) Golongan Bukhara

Golongan Samarqand merupakan pengikut Imam al-Maturidi yang benar-benar mengikut aliran
pemikiran beliau. Dikatakan golongan ini mempunyai pandangan yang lebih dekat dengan aliran
Mu’tazilah. Manakala golongan Bukhara pula merupakan pengikut seorang murid tersohor
kepada Imam al-Maturidi iaitu Abu Yusr Muhammad al-Bazdawi. Al-Bazdawi telah
mempelajari aliran pemikiran Maturidiyyah pada peringkat awal dengan datuknya yang juga
merupakan pengikut dan murid Imam al-Maturidi. Al-Bazdawi kemudiannya telah tidak
sepandangan dengan beberapa pemikiran Imam al-Maturidi. Akhirnya beliau mempertahankan
pandangan yang tersendiri dan mempunyai para pengikut yang dikenalai sebagai golongan
Bukhara. Golongan ini dikatakan mempunyai pemikiran yang lebih dekat dengan aliran
pemikiran Asya’irah.
Walaupun aliran pemikiran Maturidiyyah tidak sekuat para pengikut aliran al-Asya’irah,
namun aliran ini turut mempunyai ketokohan yang tersendiri termasuk:
1. Abu al-Qasim Ishaq b. Muhammad al-Hakim al-Samarqandi
2. Abu al-Yusr Muhammad al-Bazdawi
3. Abu Hafs Umar bin Muhammad al-Nasafi
4. Sa'd al-Din al-Taftazani
5. Kamal al-Din Ahmad al-Bayadi
6. Abu al-Hasan bin Sa’id al-Rastagfani
7. Abu al-Laith al-Bukhara

Ustazah Madihah Al-Aydarus


7

You might also like