You are on page 1of 3

2.

2 PERSPEKTIF TEORI RALPH DAHRENDORF


Ralph Dahrendrof adalah pencetus pendapat yang mengatakan bahwa masyarakat
memiliki “dua muka” (two faces) atau dua dua model, di satu pihak pula wujudnya
persetujuan (consensus), dan di satu pihak lain pula wujudnya konflik. Jika teori structural-
fuctional menumpukan perhatian kepada soal ketenteraman (ordelines) dan persetujuan
(consensus) dalam masyarakat, teori konflik menumpukan kepada soal perselisihan pendapat,
perbalahan dan konflik dalam masyarakat. Jika teori fuctionalist menitikberatkan soal
kestabilan dan integrasi dalam masyarakat, teori konflik pula menitikberatkan soal perubahan
dan disintegrasi pada pelbagai unsur dalam masyarakat.

Apabila Dahrendorf mengatakan ketenteraman (orderliness) yang wujud dalam


masyarakat disebabkan oleh tekanan (enforced constraint) daripada mereka yang mempunyai
kuasa atau autoriti dari atas, maka bagi beliau soal agihan autoriti yang berbeza (differential
distribution of authority) merupakan faktor penentu bagi wujudnya konflik dalam
masyarakat. Ralph Dahrendorf juga menegaskan bahawa pelbagai kedudukan yang dipegang
oleh anggota masyarakat menyebabkan terdapatnya perbezaan-perbezaan dari segi autoriti,
dan justeru itu membawa kepada wujudnya konflik.

Perkara yang menimbulkan konflik disebabkan perbezaan kedudukan dan autoriti ini
dihubungkan dengan soal domination (dominasi) dan subjugation (keadaan didominasikan).
Yang paling penting bagi Ralph Dahrendorf bukan individu yang mendominasi atau yang
didominasi, tetapi struktur autoriti dalam masyarakat yang menyebabkan domination dan
subjugation itu berlaku.

Dengan kata yang lain, wujudnya struktur autoriti yang memperlihatkan adanya unsur
superordination (kedudukan di atas) dan subordination (kedudukan di bawah) dalam
masyarakat.Namun begitu, sesiapa sahaja yang memegang kedudukan tertentu dijangka akan
mengenakan tekanan atau mendominasikan mereka di bawahnya, bukan kerana ingin berbuat
demikian atas dasar peribadi, tetapi semata-mata untuk memenuhi jangkaan (expectation)
kedudukan atau peranan yang dipegangnya. Seperti juga autoriti, jangkaan ini dihubungkan
dengan kedudukan atau peranan, bukan individu yang memegang peranan tersebut. Autoriti
dan juga jangkaan memenuhi kedudukan itu adalah sesuatu yang sah. Oleh yang demikian,
hukuman boleh dikenakan kepada mereka yang tidak menurut arahan daripada autoriti sah
tersebut.
Dahrendorf seterusnya mengatakan oleh kerana autoriti itu dikaitkan dengan
kedudukan atau peranan, maka ia bukan sesuatu yang tetap dipegang oleh individu tertentu.
Oleh itu, seseorang individu itu mempunyai autoriti selagi beliau memegang peranan atau
menduduki kedudukan yang membolehkannya mendominasi atau dijangka mendominasikan
orang lain di bawahnya.

Seseorang itu juga boleh dalam satu keadaan mendominasikan, tetapi dalam keadaan
lain pula didominasikan oleh orang lain. Misalnya, di pejabat seorang pegawai wanita boleh
memberi arahan (mendominasikan) kepada staf bawahannya, tetapi di rumah, beliau
didominasikan pula oleh suami dan contoh lain pula kita boleh menumpukan kepada
hubungan antara majikan (pemilik modal) dan juga pekerja. Dalam masyarakat terdapat
pelbagai pertubuhan, organisasi, institusi dan lain-lain, dengan demikian seseorang individu
itu boleh menduduki atau memegang peranan superordination (atasan), dan pada masa yang
sama menduduki atau memegang peranan subordination (bawahan).

Autoriti yang terdapat dalam satu-satu persatuan atau pertubuhan itu adalah sesuatu
yang berdikotomi (dichotomous), iaitu terletak pada dua penghujung yang berbeza. Oleh itu,
hanya dua kelompok yang berbeza akan wujud dalam persatuan atau pertubuhan tersebut,
iaitu kelompok superordination dan kelompok subordination.Kelompok-kelompok yang
mewakili kepentingan yang berbeza ini disebut sebagai kelompok-kelompok sekepentingan
(interest groups). Kelompok sekepentingan akhirnya menjadi kelompok berkonflik (conflict
groups).

Perkara dapat dikaitkan dengan filem yang telah dikaji iaitu “Black Panther” yang
ditunjukkan pada awal mula cerita iaitu sebelum kedatangan raja mereka (suku kaum
wakanda) mereka bergaduh antara satu sama lain. Tetapi apabila datangnya raja atau “black
panther” yang mentadbirkan kerajaan empat suku kaum tunduk dengan pemerintahan dengan
pemerintahan beliau. Disini boleh dirumuskan bahawa sebelum datangnya perubahan seperti
dia yang mengetuai, ramai orang mengikut peraturan mereka sendiri tetapi apabila datangnya
perubahan seperti adanya ketua yang memimpin mereka, maka mereka akur akan perubahan
tersebut dan juga dapat dikaitkan apabila datangnya raja baru selepas T’Challa ditewaskan
dan ini menyebabkan semua orang (suku kaum wakanda) tunduk dengan perubahan yang
telah diubah iaitu menghantar Vabirium keluar sebagai senjata dan membakar pokok yang
memberi kuasa kepada wakanda itu. Namun begitu, terdapat sesetengah kelompok yang tidak
menyokong beliau iaitu kekasih dan keluarga wakanda.
Selain itu, teori Ralph Dahrendrof mengatakan bahawa masyarakat memiliki “dua
muka” (two faces) iaitu satu pihak wujudnya persetujuan dan satu pihak lain wujudnya
konflik dapat dikaitkan dengan persetujuan pemimpin lain untuk adakan lagi perebutan takhta
di antara T’Challa dengan Putera N’jobu, namun dalam masa yang sama terdapat konflik di
anatar Putera N’jobu dimana beliau ingin membalas dendam dan ingin membunuh T’Challa.

RUJUKAN

Dr.Argyo Demartoto,M.Si, Pascasarjana Sosiologi Fakultas Ilmu Sosial Dan Politik


Universitas Sebelas Maret Surakarta, 2018

Suff Fyee, Exco Persatuan Mahasiswa Johor Universiti Malaya (PEMASHOR), 2011/2012

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Black_Panther_(filem)

You might also like