You are on page 1of 1

Bukti ketokohan dalam pemerintahan Melaka yang membawa kegemilangan Melaka ialah ketika

dibawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-56). Beliau telah berjaya mewujudkan
keamanan dan kestabilan Melaka.

Beliau seorang yang berpendirian tegas terutama dalam membangunkan negara. Antara
pembaharuan yang dibuat untuk meneguhkan agama Islam dan pentadbiran ialah mengiktiraf
agama Islam sebagai agama rasmi Melaka.

Dengan itu, pelbagai aktiviti keagamaan boleh dilakukan dan menggerakkan para pendakwah ke
seluruh Kepulauan Melayu. Selain itu, beliau juga menghantar pahlawan yang hebat untuk
mengalahkan Siam sebanyak 2 kali dan menyebabkan Siam tidak lagi mengganggu Melaka.

Akhir sekali, Sultan Muzaffar Shah juga bijak memilih pemimpin yang berwibawa untuk dilantik
seperti Tun Perak sebagai Bendahara. Oleh itu, kita wajarlah menjadikan Sultan Muzaffar Shah
sebagai contoh teladan dalam kepimpinan supaya kualiti pimpinan ini dapat diserap dalam diri kita.

You might also like