You are on page 1of 1

SP 2.2.

2 Membaca dan menganalisis maklumat daripada pelbagai bentuk panduan dengan memberikan respons
peribadi yang sesuai

SP 5.6.1 Menganalisis dan menggunakan tatabahasa yang betul dalam ayat

A. Kenal pasti kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam rangka jawapan di bawah. Salin
semula petikan jawapan yang sudah dibetulkan. Garis frasa yang telah anda betulkan.

Tabung Bantuan Frontliner Covid-19

sinar harian melancarkan tabung bantuan frontliners COVID-19 bagi membantu barisan hadapan
Malaysia seperti doktor dan jururawat dalam memerangi penularan wabak coronavirus (COVID-
19). Tabung Bantuan Frontliners COVID-19 boleh membolehkan rakyat di negara ini bersama
tampil untuk membantu frontliners bagi kumpul dana kelengkapan perlindungan diri dan
makanan. Usaha tersebut juga bertujuan agar meringankan beban kumpulan tersebut di atas
penghargaan mereka yang bertungkus lumus menjalankan tanggung-jawab dalam perangi wabak
COVID-19. Bantuan ini akan disalurkan terus pada barisan hadapan yang diperlukan. Diharapkan
segenap rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dapat salurkan bantuan. Sumbangan boleh
disalurkan di akaun maybank sinar karangkraf sdn bhd bernombor 5142 3370 XXXX. Sebarang
pertanyaan boleh diajukan di telefon 013-694XXXX.

B. Jawab soalan berikut dengan memberikan jawapan dalam ayat yang lengkap.

1. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh masyarakat dalam
membantu meringankan beban yang ditanggung oleh barisan hadapan di Malaysia? (4m)
(Guna Teknik SBAM [Siapa Buat Apa Mengapa] untuk menjawab soalan : cara-cara /
langkah-langkah/kaedah-kaedah)

You might also like