You are on page 1of 2

Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal di England pada abad ke-16 dan abad ke-17.

Istilah masyarakat feudal digunakan oleh sejarawan untuk menerangkan susunan sosial
masyarakat pada zaman pertengahan di Eropah. Selain benua Eropah, masyarakat feudal
muncul di Jepun sekitar abad ke-14 dan 15 . Menurut Marc Bloch dalam buku beliau yang
bertajuk Feudal Society, masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki yang
mempunyai struktur susun lapis tersendiri .

Munculnya sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak di England pada abad ke-16 dan 17. Raja
mempunyai kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Raja juga
mempunyai kedudukan tertinggi dalam susun lapis masyarakat. Seseorang raja mengambil
langkah seperti yang dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan kedudukannya.
Keadaan politik tidak stabil. Pemerintahan pusat yang lemah menyebabkan peperangan sering
berlaku antara wilayah. Kedudukan raja lemah kerana berkongsi kuasa dengan golongan
pembesar. Golongan pembesar pula sering menentang raja.

Pengaruh dan kekuasaan golongan bangsawan merosot menjelang abad ke-16 dan 17.
Kedudukan raja semakin kukuh ekoran perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang
ekonomi. Penglibatan raja dalam bidang ekonomi kapitalis mengukuhkan kedudukan dan
pengaruhnya. Perkembangan ini menyebabkan raja England dapat mengawal golongan
bangsawan. Pegawai-pegawai pentadbir muncul apabila berlaku kemerosotan pengaruh
bangsawan . Mereka menerima gaji daripada raja kerana membantu mengendalikan
pemerintahan dan pentadbiran. Mereka juga terdiri daripada rakyat biasa yang mempunyai
kebolehan dan kewibawaan dalam pentadbiran .

Golongan knight memainkan peranan dalam bidang ketenteraan. Tanggungjawab mereka


ialah mempertahankan raja dan golongan bangsawan daripada ancaman musuh. Mereka
menerima ganjaran dalam bentuk tanah dan harta benda daripada raja dan golongan
bangsawan . Menjelang abad ke-16 dan 17 peranan dan kedudukan mereka mula berubah
kerana pemerintahan England tidak perlu lagi bergantung kepada khidmat mereka untuk
mempertahankan negara daripada ancaman musuh .

Masyarakat feudal bergantung kepada tanah dan tinggal dalam komuniti kampung yang
dikenali sebagai manor. Kegiatan ekonomi bergantung kepada aktiviti pertanian. Manor
menjadi asas ekonomi feudalisme kerana manor yang menghasilkan makanan untuk semua
lapisan masyarakat termasuk raja. kegiatan perdagangan tidak meluas kerana manor tidak
menjalankan perdagangan dengan manor yang lain sebaliknya mereka menghasilkan barangan
untuk keperluan sendiri. perkembangan ekonomi terhad dan perniagaan dkendalikan secara
sistem barter.
Kesimpulannya, satu pihak memberi perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan
perkhidmatan tentera .Masyarakat feudal mempunyai ciri-ciri tersendiri yang merangkumi
aspek sosial , politik dan ekonomi .

You might also like