01 6733 Asignment Bbpp1103 Principles of Management

You might also like

You are on page 1of 20

BBPP1103/ASSIGNMENT/JAN2012/FBM 2012

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

JANUARY / 2012

BBPP 1103

PRINCIPLE OF MANAGEMENT

MATRICULATION NO : 840611016733001
IDENTITY CARD NO. : 840611016733
TELEPHONE NO. : 0176706497
E-MAIL : mohdhamizibba@oum.edu.my
LEARNING CENTRE : PP MELAKA
BBP1103

ISI KANDUNGAN

TOPIK MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN 2
1.1 DEFINISI ORGANISASI 2
1.2 KONSEP ORGANISASI 3
1.2.1 STRATEGI ORGANISASI 3
1.2.2 SAIZ ORGANISASI 4
1.2.3 TEKNOLOGI 4-5
1.2.4 ALAM SEKITAR 5
1.3 STRUKTUR ORGANISASI 5-6
1.4 CARTA ORGANISASI 6-7
2.0 STRUKTUR FUNGSI 7-9
3.0 STRUKTUR GEOGRAFI 10 - 11
4.0 STRUKTUR MATRIK 12 - 14
5.0 STRUKTUR PRODUK 15 - 17
KESIMPULAN 18
RUJUKAN 19

1
BBP1103

1.0 PENGENALAN

Organisasi jika dirujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud “kesatuan
(susunan dan sebagainya) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dan lain-lain)
dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dan lain-lain) untuk tujuan-tujuan
tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya)”. Manakala mengikut kepada Kamus Pelajar
Edisi Pertama pula organisasi membawa maksud “susunan berbagai-berbagai bahagian
(orang dan sebagainya) yang bersistem dalam sesuatu pertubuhan, perbadanan dan
sebagainya dan mempunyai tujuan tertentu. Mengorganisasikan, menyusun dan mengurus
berbagai-bagai bahagian (orang dan sebagainya) sehingga menjadi sebuah organisasi”. Oleh
organisasi boleh ditakrifkan sebagai suatu kumpulan yang menyelaras aktiviti-aktiviti untuk
memenuhi objektif organisasi serta memerlukan komunikasi dan persefahaman yang kuat di
antara satu sama lain.

1.1 DEFINISI ORGANISASI

Organisasi merupakan satu unit sosial terdiri daripada manusia yang bekerjasama bagi
mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Secara lebih tepat lagi organisasi
merupakan satu sistem yang mempunyai manusia serta perancangan dan ia direka bertujuan
untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
“ organisasi boleh menjadi satu pasukan, jabatan, bahagian, seluruh syarikat ataupun
sekumpulan syarikat ( seperti perbadanan yang memegang ataupun perikatan strtegik ) “
( Richard M. Burton , 2011 ) . “ terdapat lima sumber utama dalam sesebuah organisasi sama
ada organisasi tersebut berbentuk keuntungan ataupun tidak , ( pekerja, kewangan, masa,
teknologi, fasiliti ) “ ( Richard Normann, 1991 ) . Jelas menunjukkan terdapat tindakan atau
proses penyusunan didalam organisasi yang diguna pakai untuk sesuatu tujuan sebagai
perniagaan, jabatan kerajaan, kebajikan dan lain-lain lagi.

2
BBP1103

1.2 KONSEP ORGANISASI

Setiap organisasi dengan jelas mempunyai matlamat dan tujuan yang ingin dicapai tidak
kira berlandaskan kepada keuntungan semata-mata atau tidak. Maka ia ditubuhkan untuk
mewujudkan perkhidmatan atau menghasilkan produk-produk yang diperlukan pelanggan.
Organisasi terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan kepada tujuan yang berbeza. Ianya adalah
organisasi berteraskan keuntungan, tidak berteraskan keuntungan dan juga untuk faedah
bersama. Organisasi yang berteraskan keuntungan adalah seperti syarikat penerbangan MAS,
syarikat pembuatan kereta PROTON, dan syarikat telekomunikasi CELCOM. Organisasi
yang tidak berteraskan keuntungan dan dibentuk untuk tujuan perkhidmatan adalanh seperti
PERKIM, YADIM dan lain-lain lagi. Manakala organisasi yang ditubuhkan untuk faedah
yang mana memberi kelebihan kepada anggota organisasi adalah seperti koperasi, kesatuan
kerja, kelab-kelab kebajikan dan lain-lain lagi. “ konsep asas dan prinsip-prinsip rekabentuk
organisasi yang kekal amat penting kepada organisasi moden hari ini dan esok “ ( Richard
M. Burton, 2011). Terdapat empat aspek penting didalam konsep organisasi:

1.2.1 STRATEGI ORGANISASI

Strategi boleh didefinisikan sebagai corak atau rancangan yang mengintegrasikan


keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan bagi organisasi secara keseluruhannya. Sesebuah
organisasi telah distrukturkan mengikut kepada kesesuaian bagi mencapai objektif yang
ditetapkan. Walaubagaimanapun ini belum pasti boleh mendatangkan kejayaan dalam
mencapai objektif tersebut kerana ianya juga bergantung kepada strategi dan perancangan
rapi organisasi tersebut. “ rancangan yang teratur ( yang memperhitungkan pelbagai faktor )
untuk mencapai matlamat atau kejayaan “ ( Kamus Dewan Edisi Ketiga). Manakala menurut
kepada penulisan Richard L. Daft melalui bukunya yang berjudul New Era of Management,
Ninth Edition “ strategi didefinisikan sebagai apa yang perlu dilakukan; menganjurkan
ditakrifkan bagaimana untuk melakukannya”. Maka itu
setiap strategi yang dibuat akan memberi kesan serta perubahan kepada struktur dan
perjalanan operasi didalam organisasi tersebut. “ strategi diperolehi daripada pemahaman
mengenai faktor-faktor luaran di tempat kerja serta kekuatan organisasi itu sendiri “ ( Patricia
Cichoki, 2011 ).

3
BBP1103

1.2.2 SAIZ ORGANISASI

Saiz sesebuah organisasi boleh mempengaruhi struktur organisasi tersebut. “Saiz


menjejaskan banyak dimensi lain reka bentuk organisasi dan saiz organisasi yang berlainan
menimbulkan cabaran yang sangat berbeza bagi pemimpin-pemimpin organisasi” ( Patricia
Cichoki , 2011) . Kebiasaannya kaedah yang digunakan untuk mengukur saiz sesebuah
organisasi adalah melalui jumlah jualan dan jumlah tenaga kerja dalam organisasi tersebut.

Organisasi bersaiz kecil tidak serumit seperti organisasi yang bersaiz besar kerana
matlamat kerja dan standard yang ditetapkan kurang. Manakala organisasi yang bersaiz besar
pula mempunyai matlamat tinggi yang perlu dicapai, oleh itu terdapat pembahagian
pengkhususan yang besar perlu dibahagikan, standard yang tinggi dan juga pembahagian
dalam proses untuk membuat keputusan. “pengkhususan kerja, kadang kala dikenali sebagai
pembahagian kerja, tahap di mana tugasan organisasi dipecah bahagi kepada pekerjaan secara
berasingan” (Richard L. Daft,2008)

1.2.3 TEKNOLOGI

Teknologi di dalam organisasi adalah merujuk bagaimana sesebuah organisasi itu boleh
menghasilkan pengeluaran. Setiap organisasi pastinya akan menggunakan sesuatu teknologi
bagi mengubah sumber yang mereka ada untuk dijadikan produk dan perkhidmatan. “
dimensi persekitaran yang umum bahawa merangkumi kemajuan teknologi dan sains di
dalam industri dan masyarakat secara kesuluruhannya” ( Richard L .Daft, 2008) . Akan tetapi
teknologi itu bergantung kepada aktiviti dalam organisasi tersebut yang mana adakah ia rutin
atau bukan rutin. Maksud teknologi jika merujuk kepada sumber laman web
en.wikipedia.org/wiki/Technology “teknologi ialah membuat, penggunaan, pengetahuan
peralatan, mesin, teknik, kerajinan, sistem atau kaedah organisasi untuk menyelesaikan
masalah atau melaksanakan fungsi yang spesifik “.

Contoh organisasi yang beroperasi dengan teknologi rutin seperti sebuah kilang yang
menghasilkan produk minuman yang banyak untuk dipasarkan ke pasaran. Manakala
organisasi yang beroperasi dengan teknologi bukan rutin pula seperti seorang tukang gunting
4
BBP1103

rambut. Teknologi rutin dalam sesebuah organisasi mewujuddkan struktur yang lebih
berpusat manakala manakala bukan rutin pula lebih banyak bergantung kepada kepakaran
individu. “ antara cabaran dalam mereka bentuk organisasi adalah bagi menyesuaikan dengan
teknologi baru iaitu struktur yang membuatkan semua keperluan teknikal dan bukan teknikal
serta mencampurkan dengan kepakaran fungsi yang diperlukan “ ( Nori, 1990 ).

1.2.4 ALAM SEKITAR

Pengaruh persekitaran boleh memberi kesan dan impak kepada sesebuah organisasi. Ia
memberi kebaikan atau juga boleh mendatangkan kemudaratan. “ Secara ringkas alam
sekitar adalah sebahagian besar daripada yang diberi untuk firma, dan firma harus
menyesuaikan reka bentuk yang sesuai dengan alam sekitar. Prestasi firma itu
bergantung kepada bagaimana firma membuat organisasi sesuai dengan alam sekitar “
( Richard M. Burton, 2011 ). Terdapat dua jenis persekitaran iaitu statik dan
dinamik.Persekitaran statik kurang dalam memberi ancaman dan risiko kepada organisasi.
Persekitaran dinamik pula boleh mencetus dan mengganggu perjalanan operasi organisasi. “
peningkatan ketidaktentuan persekitaran membawa kepada perbezaan peningkatan
organisasi “ ( Lawrence, 1969 ). Maka itu pihak pengurusan akan membuat tindakan untuk
mengurangkan ancaman dengan membuat perubahan kepada struktur organisasi.

1.3 STRUKTUR ORGANISASI

Struktur organisasi dalam perkataan yang mudah boleh digambarkan sebagai satu susunan
sistematik kerja. Ianya turut juga dikenali sebagai carta organisasi. Terdapat beberapa
perubahan yang memerlukan organisasi bertindak lebih kreatif dalam menstrukturkan semula
sumber tenaga serta sumber-sumber lain dalam organisasi. Oleh itu organisasi perlu untuk
mengenal pasti faktor yang dapat mempengaruhi struktur organisasinya agar ia dapat
dibentuk dengan tepat dan berkesan. Corak struktur organisasi juga perlu memberi tumpuan
terhadap peningkatan mutu kerja yang lebih berkesan di semua peringkat, menyelaras serta
menyatukan objektif dan juga tugasan bagi unit-unit yang berasingan. Ini sangat penting agar
penyelarasan dapat dibuat dengan teratur dan cekap.

5
BBP1103

“ struktur organisasi perlu digubal mengikut strategi yang telah digubal oleh organisasi “ (
Shahrol Aman Ahmad, 2008 ). Menurut Richard L .Daft, (2008) struktur organisasi
bermaksud “ rangka kerja di mana organisasi mentakrifkan bagaimana tugas-tugas
dibahagikan, sumber dikerahkan, dan jabatan diselaraskan” Ianya melibatkan aspek
mengatur kerja untuk kakitangan dan pembahagian tugas kepada beberapa jabatan yang lain
. “ misi yang besar , orang-orang yang hebat dan kepimpinan yang besar sangat
membantu tetapi tanpa reka bentuk organisasi yang baik, organisasi dan orang ramai tidak
akan membuat persembahan pada tahap terbaik “ ( Patricia Chicoki, 2011 ). Terdapat tiga
ciri-ciri penting didalam struktur organisasi menurut kepada penulisan ( Richard L. Daft,
2008 ):

1) “ set tugas rasmi yang ditugaskan kepada individu dan jabatan “

2) “ hubungan laporan rasmi, termasuk had kuasa, tanggungjawab keputusan, bilangan


paras berbentuk hierarki, dan rentang pengurus mengawal”

3) “ reka bentuk sistem bagi memastikan penyelarasan kakitangan di seluruh jabatan”

1.4 CARTA ORGANISASI

Carta organisasi adalah satu bentuk rajah grafik “ perwakilan visual satu struktur
organisasi “ ( Richard. L Daft, 2008 ) yang dibentuk melalui struktur organisasi yang telah
dibuat oleh sesebuah organisasi. Penggunaan carta organisasi yang sesuai kepada sesebuah
organisasi sangat penting kerana ia akan menjadi faktor kepada kejayaan organisasi tersebut.
Melalui carta organisasi itu ia menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau posisi
seseorang di dalam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa, tugas dan
tanggungjawabnya. “ setiap pekerja mempunyai tugas yang ditetapkan, garis kuasa, dan
tanggungjawab membuat keputusan “ ( Richard. L Daft, 2008). “ Struktur organisasi
yang dibentuk bukan sahaja memberi kesan terhadap produktiviti dan ekonomi, akan tetapi ia
turut memberi kesan terhadap kepuasan kerja yang dilakukan. Struktur organisasi juga perlu
dibentuk agar dapat menggalakkan penyertaan kakitangan yang berkemahiran seterusnya
dapat meningkatkan pretasi bagi syarikat yang berkenaan “ ( Lynch, 2003 ).

6
BBP1103

Secara keseluruhannya, keberkesanan sesebuah organisasi adalah dipengaruhi melalui


dari pembentukan struktur organisasi itu sendiri dan juga dari hasil kerja kakitangan yang
wujud dalam setiap hierarki struktur organisasi tersebut. Terdapat empat jenis carta organisasi
yang utama iaitu struktur fungsi, struktur geografi, struktur matrik dan struktur produk.

2.0 STRUKTUR FUNGSI

Struktur organisasi jenis fungsi merupakan salah satu struktur yang paling banyak
digunakan dalam organisasi. Didalam struktur organisasi jenis fungsi ini, setiap kerja akan
dibahagikan kepada unit-unit tertentu. Pembahagian tersebut adalah mengikut kepada tahap
kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Ia juga akan menyatukan semua mereka yang
terlibat dalam satu aktiviti atau beberapa aktiviti yang berkaitan dalam satu jabatan.

Struktur jenis fungsi mempunyai beberapa kelebihan “ pertama membolehkan kerja-kerja


yang akan dijalankan oleh individu yang berkelayakan dan mahir dalam bidang berkenaan,
kedua mengurangkan kos dengan mengurangkan pertindihan kerja dan penggunaan sumber
dalam organisasi, ketiga pula setiap individu dalam jabatan yang sama akan memperoleh
pengalaman kerja yang sama atau latihan,komunikasi dan penyelarasan,seterusnya
mengurangkan masalah bagi pengurusan “ ( Shahrol Aman Ahmad, 2008 ).

Struktur fungsi juga terdiri daripada sekumpulan orang yang bekerjasama dalam sesebuah
organisasi kerana jawatan yang sama atau menjalankan tugas yang sama serta mempunyai
kemahiran yang sama. Ia juga cenderung untuk melatih pekerja melaksanakan tugas yang
khusus dan berpusat maka perkhidmatan atau produk yang disediakan adalah cekap dan
mencapai matlamatnya. “ struktur fungsi adalah pengelompokan jawatan ke jabatan yang
berdasarkan kemahiran yang sama, kepakaran, aktiviti kerja, dan penggunaan sumber “
( Richard. L Daft, 2008 ).

Carta 2.1 menunjukkan contoh carta organisasi struktur fungsi yang diguna pakai oleh
Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad ( PROTON ) pada tahun 2003. Jadual 2.2
pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur organisasi jenis fungsi.

7
BBP1103

KETUA PEGAWAI
EKSEKUTIF

PERANCANGAN SUMBER PERDAGANGAN KEWANGAN OPERASI


KORPORAT MANUSIA ANTARABANGSA KUMPULAN

PENGURUSAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN & TEKNOLOGI MAKLUMAT


KUALITI PEMBANGUNAN PLATFORM BARU KUMPULAN

PEMASARAN PROJEK PERSEKITARAN,KESIHATAN KEJURUTERAAN


& KOMUNIKASI KHAS & KESELAMATAN & PERKILANGAN

SEKURITI AUDIT DALAMAN UNDANG-UNDANG


KUMPULAN KUMPULAN

KESETIAUSAHAAN PEMBELIAN

CARTA 2.1: CARTA ORGANISASI JENIS STRUKTUR FUNGSI


SUMBER :
http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/7f04516f8098680348256c6f00
17a6bf/925d9ba22c342d2748256d98002ceb3b/$FILE/Proton-Cover-NoticeAGM-CorpInfo-
Directors'Profile-ChairmanStatement%20(825KB).pdf

8
BBP1103

JADUAL 2.2 : KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STRUKTUR FUNGSI

KEBAIKAN KELEMAHAN

1) Tugas untuk penyeliaan menjadi lebih 1) Melambatkan masa gerak balas.


mudah kerana setiap ketua dan jabatan
mempunyai kemahiran tertentu.

2) Unit-unit, jabatan dan bahagian yang 2) Tidak menggalakkan pembaharuan


bermasalah mudah dikenal pasti maka serta mempunyai perspektif yang sempit
ianya boleh diatasi dengan kadar segera.

3) Penggunaan sumber yang cekap. 3) Maklum balas mungkin perlahan


kerana wujud unit, jabatan dan bahagian.

4) Fungsi serta kedudukan individu itu 4) Komunikasi yang kurang antara unit-
jelas. unit, jabatan dan bahagian.

5) Kepakaran, pengetahuan, kemahiran 5) Sukar mentakrif semua keperluan


dan pengalaman dapat disatukan atau individu menyebabkab objektif organisasi
digabungkan di kalangan individu. tidak tercapai.

3.0 STRUKTUR GEOGRAFI

9
BBP1103

Struktur organisasi jenis geografi membahagikan para pekerja berdasarkan kawasan


geografi yang ditetapkan seperti bahagian utara, selatan, timur dan barat. Ianya dibentuk atas
faktor permintaan dari pelanggan yang berada jauh ataupun di luar pusat operasi sesebuah
organisasi itu. Struktur organisasi jenis geografi ini beroperasi di kalangan kakitangan yang
berbeza yang mana bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi yang
telah ditetapkan. Rajah 3.1 menunjukkan contoh organisasi jenis struktur geografi yang
diguna pakai oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Berhad ( PROTON ) PADA TAHUN 2003.
Rajah 3.2 pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur organisasi jenis geografi.

PERUSAHAAN OTOMOBIL
NASIONAL BERHAD

PENGEDARAN

LOTUS CARS ASIA PROTON CARS PROTON CARS PROTON CARS


PACIFIC SDN.BHD BENELUX NV.SA AUSTRALIA Pty.Ltd (Europe) Ltd

CARTA 3.1: CARTA ORGANISASI JENIS STRUKTUR GEOGRAFI

SUMBER:
http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/7f04516f8098680348256c6f00
17a6bf/925d9ba22c342d2748256d98002ceb3b/$FILE/Proton-Cover-NoticeAGM-CorpInfo-
Directors'Profile-ChairmanStatement%20(825KB).pdf

10
BBP1103

JADUAL 3.2: KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STRUKTUR GEOGRAFI

KEBAIKAN KELEMAHAN

1) Dapat mengurangkan kos dengan 1) Timbul kesukaran dalam menyelaraskan


meletakkan sumber-sumber organisasi lebih jabatan-jabatan di kawasan geografi kerana
dekat ke kawasan geografi yang ditetapkan. terletak jauh antara satu sama lain.

2) Boleh menggunakan kepakaran dari 2) Kurangnya kawalan kepada setiap jabatan


seluruh dunia mengikut kepada lokasi geografi organisasi tersebut.
geografi organisasi tersebut.

3) Produk dan perkhidmatan dapat dihasilkan 3) Berlakunya pertindihan kerja.


dan dipasarkan ke negara yang berbeza.

4) Dapat memperkenalkan organisasi di mata 4) Wujudnya perubahan pada produk dan


dunia. perkhidmatan kerana faktor budaya,fizikal
dan cuaca.

5) Organisasi menjadi lebih besar.


5) Tidak dapat menjamin kesetiaan yang
penuh dari kakitangan kepada organisasi.

4.0 STRUKTUR MATRIKS


11
BBP1103

Struktur matrik terhasil dari dua gabungan atau lebih struktur organisasi pada masa yang
sama Struktur matriks sesuai digunakan apabila sesebuah organisasi itu terpaksa
mengendalikan projek atau tugas yang besar pada satu masa. Ia sangat rumit dan komplek
kerana kumpulan individu dari struktur organisasi yang berlainan bekerjasama bagi
mengendalikan dan menjayakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamt dan tujuan yang telah
ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang membezakan yang membezakan struktur matrik
ini dengan struktur yang lain antaranya ialah pekerja kena melapor diri berkaitan kerja
kepada dua orang penyelia ataupun pengurus yang berbeza. “ struktur matrik berkembang
sebagai satu cara untuk memperbaiki penyelarasan mendatar dan perkongsian maklumat “
( Richard. L Daft, 2008 ). Pengurus mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kejayaan
di dalam projek yang dikendalikan manakala jabatan-jabatan unit yang lain bertindak untuk
mengekalkan kecekapan teknikal di dalam kerja mereka.

( Harold Kerzner , 2003 ) melalui penulisannya menyatakan terdapat peraturan tertentu


yang wujud untuk pembangunan matrik.

1) “ peserta mesti menghabiskan sepenuh masa dalam projek ini bagi


memastikan tahap kesetiaan “
2) “ saluran mendatar dan sebagaimana menegak mesti wujud untuk membuat
komitmen “
3) “mesti ada saluran komunikasi yang baik dan akses bebas antara pengurus “
4) “ mesti ada kaedah cepat dan berkesan untuk menyelesaikan konflik “

Carta 4.1 menunjukkan carta organisasi jenis struktur matrik yang diguna pakai oleh
Syarikat SUZLON. Jadual 4.2 pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur organisasi
jenis matrik.

Chief Quality Officer

Program Quality
Management Information
Office Cell 12
BBP1103

SCM QHSE Product Design Quality Projects@ Global HSE


Qualitty Management @Development Excellence QMS
Systems Quality Centre Quality

Quality HSE USA


…………. Turbine
Nacelle Quality Manager Manager
Quality
Manager

Quality HSE Europe


Manager Manager
…………
Blade
Quality Turbine
Manager Quality

Quality HSE China


Manager Manager
……….
Generator Quality Turbine
Manager Quality
Quality HSE Brazil
Manager Manager
…………..
Transformer Quality
………… Manager
Quality HSE
Manager Manager Australia

……….
Panel Quality
Manager HSE HSE
Manager Manager India

……….
Tower Quality
Manager HSE
Manager SCM

CARTA 4.1: CATRA ORGANISASI JENIS STRUKTUR MATRIK

SUMBER: www.suzlon.com/key_differentiators/|3.aspx?|1=4&|2=42&|3=91

JADUAL 4.2: KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STRUKTUR MATRIK

13
BBP1103

KEBAIKAN KELEMAHAN

1) Penggunaan sumber dengan lebih 1) Kekeliruan berlaku kerana terdapat dua


berkesan. arahan.

2) Penyampaian maklumat lebih tepat dan 2) Terjadi konflik diantara kedua-dua pihak
meluas. dalam struktur matrik kerana kumpulan ini
dating dari struktur yang berbeza.

3) Kerjasama antara disiplin dan kepakaran 3) Lebih banyak mesyuarat dan perbincangan
yang ada ke semua bahagian. yang diadakan berbanding dari tindakan yang
dijalankan.

4) Fleksibiliti dan penyesuaian kepada 4) Pembahagian sumber-sumber menjadi


perubahan persekitaran. sukar apabila banyak projek dijalankan
serentak.

5) Memupuk semangat kerjasama yang 5) Berlaku perebutan kuasa dominan apabila


tinggi. ada pengurus yang lebih menonjol.

5.0 STRUKTUR PRODUK

Struktur produk berfungsi dengan membahagikan sesuatu produk yang dihasilkan


mengikut jabatan masing-masing. Jabatan-jabatan tersebut akan mewakili satu jenis produk

14
BBP1103

yang akan dihasilkan. Setiap jabatan mempunyai kepakaran didalam menghasilkan sesuatu
produk yang telah dipertanggungjawabkan. Produk yang dihasilkan oleh setiap jabatan akan
dikendalikan oleh kakitangan dan unit yang berbeza. Struktur jenis ini mudah diuruskan jika
organisasi itu mempunyai banyak jenis produk yang ingin dipasarkan. Keadaan ini
memudahkan pihak pengurusan yang bertanggungjawab untuk memberi tumpuan, usaha,
perhatian kepada sesuatu jenis produk yang ingin dihasilkan untuk dipasarkan. Carta 5.1
menunjukkan carta organisasi jenis struktur produk yang diguna pakai oleh Syarikat
NESTLE. Jadual 5.2 pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur produk.

Pengarah Eksekutif
Ais Krim

Pengarah Eksekutif
Kopi & Minuman 15

Pengurus Eksekutif
Perniagaan& Susu
BBP1103

CARTA 5.1: CARTA ORGANISASI JENIS STRUKTUR PRODUK

SUMBER:
http://www.nestle.com.my/Common/NestleDocuments/Documents/pdf/2010_CSV
Report_BM.pdf

16
BBP1103

JADUAL 5.2: KEBAIKAN DAN KELEMAHAN STRUKTUR PRODUK

KEBAIKAN KELEMAHAN

1) Pengurus dan pekerja boleh 1) Pengurus hanya memberi tumpuan


mengembangkan bakat, pengalaman dan kepada produk yang dikendalikannya
kepakaran mereka dalam aktiviti sahaja.
penghasilan produk.

2) Pengurus di setiap jabatan dapat 2) Wujud komunikasi yang kurang antara


memantau aktiviti setiap unit dan setiap jabatan.
kakitangan dalam penghasilan produk di
bawah kendaliannya.

3) Bidang tanggungjawab yang sangat 3) Kos operasi yang besar kerana setiap
jelas di antara setiap jabatan. jabatan mempunyai pengurus dan pakar
tersendiri.

4) Struktur jenis produk sangat sesuai 4) Memerlukan tenaga kerja yang ramai.
untuk organisasi yang bersaiz besar.

5) Sangat sesuai untuk organisasi yang 5) Setiap jabatan tidak dapat bekerjasam
menghasilkan berbagai jenis produk. kerana berlainan kepakaran.

17
BBP1103

KESIMPULAN

Setiap organisasi yang ditubuhkan dengan jelas mempunyai objektif dan matlamat
tersendiri. Secara umum carta organisasi telah digunakan oleh kebanyakkan organisasi
untuk membantu operasi mereka. Tanpa perancangan yang rapi dan pencaturan yang
tepat, sesebuah organisasi itu tidak akan dapat beroperasi untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan. Ia juga turut memerlukan pengetahuan dan pengurusan yang cekap
untuk organisasi itu mencapai kejayaan yang besar. Maka dengan ini setiap organisasi
harus mengambil kira faktor-faktor yang sedia ada bagi melaksanakan sesuatu urusan
berkaitan dengan perjalanan operasi organisasi tersebut.

18
BBP1103

RUJUKAN

Richard L. Daft. ( 2008 ). NEW ERA OF Management ( 9th edition ). South-


Western:Cengage Learning

Shahrol Aman Ahmad. ( 2011 ). BBP1103 Principles of Management ( 11th edition ). Seri
Kembangan: Open University Malaysia

Richard M. Burton & Borge Obel & Gerardine DeSanctis ( 2011 ). Organizational
Design : A Step-by-Step Approach . Cambridge University Press. In Books24x7 ( OUM
Digital Collection )

Patricia Cichoki & Christine Irwin ( 2011 ). Organizational Design : A Guide to Building
Effective Organizations. Kogan Page. InBooks24x7 ( OUM Digital Collection )

Richard Norman. ( 1991 ). Services Management Strategy and Leadership In Service


Business ( 2nd edition ). England : John Wiley & Sous Ltd.

Norri. H. ( 1990 ). Managing The New Dynamic of New Technology. Eaglewood Cliffs,
New Jersey : Prentice Hall.

Lawrence, P.R & J.W Lorsch. ( 1969 ). Organisations and Enviroment. Homewood : IL
Richard D.Irwin.

Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2005 ). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Pelajar Edisi Ketiga, ( 2002 ). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Pelajar Edisi Pertama, ( 1987 ). Dewan Bahasa dan Pustaka.

19

You might also like