You are on page 1of 8

TEKS MODERATOR

FORUM PdPR NORMA BAHARU PENDIDIKAN:


CABARAN DAN PERANAN KELUARGA SERTA KOMUNITI

BIL PANDUAN SKRIP


Bismillah…..
1 PEMBUKAAN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


MODERATOR

Alhamdulillah, bersua kita secara maya untuk meneruskan


agenda pemantapan pendidikan negara.

Selamat datang saya ucapkan kepada semua, yang


mungkin terdiri daripada ibu bapa, kepimpinan PIBG,
warga pendidik, pemimpin-pemimpin masyarakat,
penggerak -pengerak ekonomi setempat dan seterusnya
hadirin-hadirat ke forum maya ini yang akan
membincangkan tajuk - PdPR; Norma Baharu Pendidikan
: Cabaran dan Peranan Keluarga Serta Komuniti.

Buat pengetahuan sidang penonton sekalian, forum ini


dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar
Baharu dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Daerah
Kulim Bandar Baharu.

Bagi memberkati majlis ilmu ini, dijemput Al-Fadhil Ustaz


2 BACAAN DOA Mohd Arif bin Hussin, Penolong PPD Pengurusan Sekolah,
PPD Kulim Bandar Baharu untuk membacakan doa.

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Mohd Arif


bin Hussin.

3 UCAPAN ALU- Seterusnya, dengan berbesar hati dijemput Tuan Pegawai


ALUAN TUAN Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, Yang Berusaha En.
PPD Zulkifli bin Mohamed untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha En. Zulkifli


bin Mohamed atas ucapan itu tadi.

4 PENGENALAN Tuan-tuan dan puan-puan sidang penonton,

Saya Azlee bin Hashim,


MODERATOR
Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Tunku Panglima
Besar, Kulim, telah diberi amanah untuk mengendalikan sesi
forum kita pada petang ini.

Dan...bersama-sama kita pada hari ini ialah tiga orang tetamu


istimewa yang sangat berpengalaman dalam bidang masing-
masing yang kita undang khas sebagai ahli panel.

Seperti mana biodata yang telah dipaparkan pada awal siaran


ini tadi, saya perkenalkan sekali lagi ahli panel jemputan kita
pada hari ini.

Panel yang pertama ialah Yang Berhormat Dato’ Norsabrina


binti Mohd Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
Kawasan Bandar Baharu.

Panel yang kedua ialah Yang Berusaha Dr. Zainol bin Ishak,
Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan
Negeri Kedah.

Panel yang ketiga ialah Puan Hajjah Ommi Kalsom binti Haji
Ibrahim, Mantan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala
Muda Yan, yang lebih mesra dengan panggilan Bonda
Ommi.

Selamat datang saya ucapkan kepada tetamu-tetamu istimewa


kita pada hari ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sidang penonton sekalian, forum kita


pada hari ini akan dijalankan sebanyak 2 pusingan dan setiap
tetamu kita akan berpeluang untuk menyampaikan pandangan
dan saranan di kedua-dua pusingan tersebut.

5 PUSINGAN Kita akan mulakan forum kita dengan Puan Hajjah Ommi
PERTAMA Kalsom binti Haji Ibrahim terlebih dahulu.

PUAN HAJJAH Bonda Ommi ,, dengan pandemik Covid 19 yang melanda,


OMMI KALSOM kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan
BINTI HAJI PKP, PKPD, PKPB , PKPP dan sekarang PPN.
IBRAHIM

Sekolah terpaksa ditutup, dan Kementerian Pendidikan


Malaysia mengeluarkan garis panduan untuk melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau yang lebih
popular sekarang dengan panggilan PdPR.

Norma baharu ini sudah tentulah mengundang penerimaan


dan persepsi yang berbeza bagi warga pendidik, ibu bapa,
komuniti, pihak swasta, dan sudah tentulah murid-murid
sendiri.

Pemahaman yang jelas dan penerimaan yang baik oleh


semua pihak tentang pelaksanaan PdPR ini sangat penting
dan dilihat dapat memberi inspirasi atau peluang untuk
meningkatkan jalinan kerjasama antara ibu bapa, komuniti,
dan pihak swasta dengan pihak sekolah khususnya.

Bolehkah Bonda Ommi jelaskan perkara ini?

Terima kasih kepada Bonda Ommi atas maklumat yang


telah disampaikan dan diharapkan semua sidang penonton
jelas tentang pelaksanaan PdPR ini dan juga membuka
ruang kepada pihak komuniti dan swasta untuk sama-sama
membantu menjayakan agenda pendidikan negara.

6 PUSINGAN Kita beralih kepada Yang Berhormat Dato’ Norsabrina pula.


PERTAMA
Dalam pendidikan, kita sering berbicara tentang fasiliti
YB DATO’ pendidikan, akses terhadap pendidikan, dan jurang digital
NORSABRINA antara bandar dan luar bandar.
BINTI MOHD NOR
Pada ketika kerajaan berusaha melengkapkan sekolah
dengan fasiliti pendidikan ini, kita berhadapan pula dengan
norma baharu pendidikan, iaitu murid belajar di rumah.

Jurang digital antara murid di bandar dan luar bandar,


peranti, masalah akses internet, dan sudah tentulah soal
kemampuan ibu bapa, menjadi cabaran yang sangat besar.

Dalam konteks ini, bagaimanakah pandangan Yang


Berhormat Dato’ atau saranan kepada komuniti dan juga
pihak swasta di luar sana yang mungkin boleh bersama-
sama memainkan peranan untuk membantu ibu bapa dan
murid mengharungi masa yang sukar ini. Silakan Yang
Berhormat Dato’.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ atas pandangan


sebentar tadi. Diharapkan komuniti dan pihak swasta dapat
sama-sama menyumbang peranan membantu
mengurangkan jurang digital ini.

7 PUSINGAN Kita teruskan kepada panel kita yang ketiga iaitu Dr Zainol
PERTAMA Abidin bin Ishak.

DR ZAINOL Ungkapan “Rumah Ku, Syurga Ku” sering kita dengar. Kini
ABIDIN BIN dalam norma baharu pendidikan iaitu PdPR, bagi murid-
ISHAK murid seharusnya menjadi “Rumahku, Sekolahku,
Syurgaku”.
Justeru, rumah dan institusi keluarga perlu bebas daripada
masalah psikologi terutama akibat pandemik Covid 19 ini
seperti yang sering dilaporkan oleh media. Isu-isu ibu bapa
kehilangan pekerjaan, terputus bekalan makanan,
ketidakmampuan menyediakan peranti dan akses internet
kepada anak dan pelbagai isu lain menyebabkan gangguan
emosi kepada ibu bapa.

Kita ingin mendengar pandangan Dr Zainol mengenai aspek


psikososial dan kesejahteraan mental yang sangat berkait rapat
dengan kejayaan pelaksanaan PdPR ini.
Silakan Dr.

Terima kasih Dr Zainol di atas pandangan dan saranan yang


diberikan.

8 PUSINGAN Tuan-tuan dan puan-puan sidang penonton sekalian. Kita


KEDUA telah selesai pusingan yang pertama dan kita akan teruskan
ke pusingan yang kedua dan juga akan dimulai oleh Bonda
Ommi.
PUAN HAJJAH
OMMI KALSOM
BINTI HAJI Sejak kebelakangan ini, kebanyakan guru telah melengkapkan
IBRAHIM diri mereka dengan ilmu-ilmu teknologi maklumat dan
penggunaan pelbagai aplikasi yang bertujuan untuk menarik
minat murid dan juga meningkatkan keberkesanan PdPR ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah terutamanya,
dilihat begitu mengambil berat terhadap keberkesanan PdPR ini
dengan pelbagai seminar, kursus dalam talian, pemantauan dan
pencerapan PdPR, dan sebagainya untuk memastikan
keberkesanan PdPR ini.

Pada pandangan Bonda Ommi, bagaimanakah ibu bapa perlu


mengambil peluang ini untuk bersama-sama mengambil
tanggungjawab berat bagi memastikan anak-anak
melaksanakan PdPR sebaik mungkin?

Terima kasih Bonda Ommi atas pandangan sebentar tadi.

9 PUSINGAN Tuan-tuan dan puan-puan sidang penonton,


KEDUA Kita beralih kepada Dr Zainol pula.

DR ZAINOL Faktor motivasi diri selalu dikaitkan dengan sesuatu kejayaan


ABIDIN BIN dalam apa jua bidang sekalipun. Kegagalan membina motivasi
ISHAK diri ini akan menyebabkan kesukaran untuk berhadapan dengan
masalah.
Jika di sekolah, guru kaunseling dan semua guru adalah
motivator. Kini murid-murid di rumah, bagaimanakah ibu
bapa, ahli keluarga atau individu dalam komuniti boleh
berperanan sebagai motivator dan bagaimana motivasi diri ini
dapat dibina, bukan sahaja kepada murid, tetapi kepada seluruh
ahli keluarga.

Terima kasih Dr Zainol di atas penjelasan yang sangat


bermakna dan diharapkan boleh dijadikan panduan kepada
ibu bapa dan keluarga untuk sama-sama merangsang
motivasi anak-anak di rumah.

10 PUSINGAN Sekarang tibalah masanya untuk panel yang terakhir bagi


KEDUA pusingan kedua ini iaitu Yang Berhormat Dato’ Norsabrina.

Seluruh rakyat Malaysia sememangnya mempunyai harapan


YB DATO’
yang cukup besar untuk bebas daripada pandemik covid-19 ini,
NORSABRINA
dan boleh melaksanakan aktiviti harian seperti biasa.
BINTI MOHD
NOOR Begitu juga dengan harapan untuk kembali ke sekolah seperti
biasa dengan melaksanakan aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.

Namun sehingga kini, kita terpaksa menerima hakikat bahawa


kita akan terus berada dalam norma baharu kehidupan. Kita
juga perlu sedar bahawa norma baharu pendidikan iaitu PdPR
ini menjadi tunjang kepada pendidikan negara ketika pandemik
Covid 19 ini.

Jadi dalam hal ini, apakah harapan Yang Berhormat Dato’


kepada masyarakat di luar sana untuk menyokong menjayakan
PdPR bagi memastikan tiada keciciran berlaku kepada semua
murid?

------------------------------------------------------------
Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ atas maklumat
yang telah disampaikan. Ini adalah pengharapan seorang
pemimpin masyarakat yang menginginkan kejayaan murid-
murid khususnya di Daerah Kulim Bandar Baharu ini.

11 SOALAN Kita telah menyelesaikan kedua-dua pusingan dan ahli panel


PENONTON kita juga telah menyuarakan pandangan dan juga saranan.

Kita juga sempat memilih beberapa soalan oleh penonton di


ruangan sembang.

Soalan pertama:
..............................................................................
..............................................................................

Mungkin ahli panel kita :........................................ boleh


memberi pandangan atau jawapan untuk soalan ini

Soalan kedua:
..............................................................................
..............................................................................

Saya jemput ahli panel kita :........................................ untuk


menjawab untuk soalan ini

------------------------------------------------------------------------
Terima kasih kepada penonton yang telah bertanyakan soalan.
Dengan faktor masa, pihak urus setia memohon maaf bagi
soalan yang tidak sempat untuk dijawab.

12 PENUTUPAN Ahli Panel dan sidang penonton yang dihormati,


MODERATOR
Alhamdulillah.. Forum kita telah sampai ke penghujungnya.

Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada panel


jemputan kita pada hari ini iaitu Yang Berhormat Dato’
Norsabrina binti Mohd Noor, Puan Hajjah Ommi Kalsom bin
Haji Ibrahim dan Yang berusaha Dr Zainol Abidin bin Ishak
kerana sudi meluangkan masa untuk menjayakan program pada
hari ini.

Pihak penganjur berharap segala input atau maklumat yang


diberikan dalam forum ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh
ibu bapa, keluarga, murid, komuniti setempat dan juga warga
pendidik.

Kita perlu sedar PdPR ini bukan sahaja isu peringkat sekolah,
tetapi merupakan isu nasional kerana murid-murid yang terlibat
inilah yang akan memimpin dan menggerakkan ekonomi negara
suatu hari nanti.

Saya mewakili pihak penganjur memohon kemaafan sekiranya


ada kekurangan ketika mengendalikan forum kita pada hari
ini.

Sekian…Assalamualaikum w.b.t

 Nota:
1) Bersedia untuk memaklumkan penonton supaya mengisi kehadiran melalui pautan
yang diberikan dalam ruangan chat, apabila menerima isyarat daripada pengurus
program.
2) Bersedia untuk memintas/menghentikan bicara ahli panel jika menerima isyarat
pengurus program
3) Bersedia untuk menerima dan membacakan soalan penonton yang dipilih oleh urus
setia.

You might also like