Professional Documents
Culture Documents
Panduan Pentadbiran Pentaksiran Ppsi Ikep 2016
Panduan Pentadbiran Pentaksiran Ppsi Ikep 2016
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
BI MUKA
PERKARA
L SURAT
1.0 PENGENALAN 1
Rujukan 32
Panel penggubal 34
ii
1.0. PENGENALAN
Sistem pendidikan yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan amat memerlukan
pentaksiran kapasiti insan atau keupayaan insan yang bersifat holistik. Menurut Kamus Dewan
(2005), istilah holistik membawa makna bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai satu
sistem bersepadu yang menyeluruh dan bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja.
Kualiti seseorang murid tidak sepatutnya dilihat daripada keupayaan intelek yang digambarkan
dalam keputusan peperiksaan bertulis semata-mata (Hanizah Hamzah, 2011a dan 2011b).
Sebaliknya, kualiti manusia boleh dinilai dengan mengambil kira pelbagai dimensi yang
menjadikan individu itu seorang insan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, mempunyai
sikap dan tingkah laku terpuji, mempunyai nilai kerohanian, mempunyai tahap kesihatan dan
kecergasan yang tinggi, beremosi stabil, berkeupayaan berfikir, dan berkeupayaan hidup
bermasyarakat. Oleh kerana apa yang hendak dibina ialah insan, maka pentaksirannya juga
hendaklah mengambil kira ciri-ciri dan sifat keinsanan yang pelbagai. Ini bertepatan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang seimbang, berpotensi dan
bersepadu .
Konsep Pentaksiran Psikometrik telah diperkenalkan pada tahun 2007. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengambil langkah untuk mengumpul maklumat tentang tret psikologi murid
melalui kaedah pentaksiran psikometrik. Fungsi pentaksiran psikometrik ialah mengumpul data
yang akan menyumbang kepada maklumat profil murid. Maklumat profil murid yang lengkap
dan menyeluruh akan dapat membantu warga pendidik mengenal pasti potensi murid dan
menggilap potensi ini.
2.2 Definisi
Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang
dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain
kognitif atau afektif. Menurut British Psychological Society, ujian psikometrik adalah instrumen
yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi.
Ujian psikologikal boleh didefinisikan sebagai ujian yang boleh memberi maklumat tentang
kapasiti, kemampuan atau kecenderungan untuk bertindak, bertindak balas, kemungkinan
melalui pengalaman atau menstruktur pemikiran dan perilaku dengan cara tertentu (Lewis &
Crozier, 1999).
Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini, merujuk kepada aktiviti pentaksiran
yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat
dan kecenderungan (KPM,2012). Selain tret psikologi atau kebolehan murid yang bersifat
semula jadi, pentaksiran psikometrik juga digunakan untuk mengenal pasti tret yang boleh
dikembangkan secara tidak langsung melalui aktiviti pembelajaran di sekolah.
a. Ujian Aptitud Am
Aptitud adalah kebolehan atau bakat semula jadi untuk belajar atau melakukan
sesuatu perkara tertentu dengan mudah dan cepat. Ia kurang berkaitan dengan
ilmu, budaya dan pendidikan, sebaliknya sangat berkaitan dengan kebolehan atau
bakat dalaman yang diwarisi. Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan minda
seperti kemahiran menaakul dan verbal yang boleh digunakan untuk meramal
prestasi pendidikan murid pada masa hadapan.
“An intelligence is the ability to solve problems, or to create products that are valued
within one or more cultural setting”
Menurut David Wechsler (1974), kecerdasan ialah kebolehan individu memahami diri,
persekitarannya, dan kepakaran yang ada padanya untuk menghadapi cabaran hidup dan
menyelesaikan masalah. Kebolehan ini adalah bersifat sejagat atau pun universal. Binet (1905)
pula, mendefinisikan kecerdasan sebagai kebolehan memahami dan membuat penaakulan yang
baik bagi menyesuaikan diri dengan situasi atau persekitaran.
Teori Kecerdasan Pelbagai telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1993, 1999).
Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat.
Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Smith & Smith (2002),
telah menambahkan satu lagi kecerdasan iaitu eksistensial dan menjadikannya sembilan.
Gardner telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak
biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Gardner
juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi tetapi boleh dipupuk dan
dikembangkan.
Ada murid mencapai tahap yang tinggi dalam beberapa kecerdasan dan tahap yang
rendah dalam kecerdasan yang lain. Manakala terdapat pula murid yang mempunyai kecerdasan
yang tinggi dalam hampir kesemua sembilan kecerdasan ini. Setiap murid boleh
diperkembangkan dalam kesembilan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi
sekiranya diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai. Kesembilan-sembilan
kecerdasan adalah saling berkait secara bersepadu semasa murid-murid melakukan sesuatu
aktiviti.
Teori kecerdasan pelbagai ini mengiktiraf kesemua kecerdasan yang terdapat pada
individu, dan mempunyai kelebihan apabila diaplikasikan dalam pendidikan. Kecerdasan
pelbagai boleh bertindak sebagai petunjuk kepada potensi seseorang. Murid boleh menggunakan
kecerdasan yang dimiliki untuk membantu menguasai sesuatu yang dipelajari. Oleh itu murid
boleh mengembangkan setiap kecerdasan ke tahap yang lebih tinggi melalui latihan dan
keupayaan sendiri.
3.1.1 Verbal linguistik
Kecerdasan Verbal - Linguistik merujuk kepada kebolehan murid menggunakan bahasa dengan
efektif secara lisan dan bertulis.
i. Murid mempunyai kemahiran mendengar, berfikir dalam bentuk perkataan,
bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat dan memahami
perkataan.
ii. Murid sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya.
iii. Murid cenderung untuk belajar dengan lebih baik melalui pembacaan, mengambil
nota, berbincang dan berdebat mengenai apa yang mereka pelajari.
iv. Murid mampu mempelajari bahasa asing dengan mudah kerana mempunyai
kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks.
v. Murid pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau
membaca.
Kecerdasan Visual Ruang ialah kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan
corak.
i. Murid mampu untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasikan model
itu kepada dunia fizikal, seperti memahami peta, carta, gambar, video dan filem
serta boleh melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.
ii. Murid berkeupayaan membuat penilaian tentang ruang dan membayangkan dalam
mindanya.
iii. Murid mahir dalam menyelesaikan puzzle dan pembinaan struktur serta bijak
menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang.
iv. Murid berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah
dilalui serta mempersembahkan idea-idea visual ruang dalam bentuk imaginatif
dan kreatif.
3.1.4 Muzik
Kecerdasan Muzik berkaitan dengan sensitiviti terhadap bunyi, irama, melodi, dan lagu. Murid
yang mempunyai kecerdasan Muzik berkebolehan mengesan dan membezakan bunyi, muzik
serta irama yang terdapat di persekitarannya.
i. Murid berkebolehan meluahkan perasaan melalui muzik dan berupaya bermain
alat muzik serta menghafal lirik dengan baik walaupun tanpa latihan.
ii. Murid boleh menggubah rentak, tempo, mengenali dan mengingati nada-nada
bunyi atau muzik.
3.1.5 Naturalis
Kecerdasan Naturalis adalah berkaitan dengan minat terhadap alam semula jadi.
i. Murid yang mempunyai kecerdasan Naturalis yang tinggi biasanya merupakan
individu pencinta alam sekitar yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan
flora, fauna, dan galian.
ii. Murid sangat menghargai alam sekitar, lebih banyak menghabiskan masa di luar
dan gemar mendengar bunyi-bunyian alam semula jadi.
iii. Individu Naturalis sensitif terhadap alam sekitar dan boleh menghubungkaitkan
antara kehidupan flora dan fauna.
3.1.6 Kinestetik
Kecerdasan Kinestetik adalah berkaitan dengan kebolehan murid menggunakan sebahagian atau
keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
i. Murid cekap menginterpretasi pergerakan anggota atau tubuh, lebih cenderung
melakukan aktiviti yang berkait dengan pergerakan badan seperti bersukan,
menari, gimrama dan lain-lain.
ii. Murid mahir memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara
pergerakan fizikal dengan mental.
iii. Murid boleh belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti yang melibatkan
pergerakan otot seperti sukan atau tarian.
3.1.7 Interpersonal
Kecerdasan Intrapersonal adalah berkaitan dengan kesedaran tentang diri sendiri dan
berkebolehan untuk menilai diri sendiri.
i. Murid mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang
kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
ii. Murid mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap kebolehan mereka sendiri.
iii. Murid berpegang teguh pada prinsip kehidupan, mempunyai azam yang kuat,
berdikari dan mempunyai hala tuju yang jelas.
iv. Murid lebih menyukai kaedah belajar secara bersendirian dan gemar melakukan
refleksi kendiri (muhasabah diri).
v. Murid adalah seorang yang introvert dan suka melakukan tugasan secara
bersendirian.
3.1.9 Eksistensial
Kecerdasan Eksistensial adalah berkaitan dengan kebolehan memahami erti kewujudan manusia
dan alam, memahami makna sesuatu kejadian, menggunakan daya intuisi yang tinggi dalam
memahami realiti kehidupan.
i. Murid menghargai dan menghayati nilai-nilai agama, nilai-nilai sejagat dan norma
masyarakat.
ii. Murid meletakkan nilai-nilai ketuhanan dan kemanusiaan yang tinggi dalam
mempertimbangkan sesuatu keputusan dalam kehidupan.
iii. Murid suka membaca buku-buku bercorak falsafah, bahan-bahan keagamaan,
nilai-nilai tradisi dan suka mengamati sesuatu kejadian secara mendalam.
iv. Murid boleh belajar dengan berkesan melalui kaedah penyoalan, pemerhatian,
renungan kendiri, inkuiri penemuan dan kaedah perkongsian.
Item Kecerdasan Pelbagai ini telah di pra uji kepada murid Tahun 6 mengikut kaedah
persampelan berstrata . Sekolah yang dipilih untuk menguji item inventori ini terdiri daripada
sekolah rendah di bandar, luar bandar, sekolah yang mempunyai prestasi tinggi, prestasi rendah
dan prestasi sederhana, murid lelaki dan murid perempuan di Malaysia pada 2016. Data daripada
pra ujian ini telah dianalisis untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan iaitu Kuder-Richardson
20 (KR-20) dan kesahan item iaitu Mean fit square (MNSQ) . Item yang mempunyai darjah
kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dipilih untuk dijadikan instrumen.
3.3 Kaedah Pentadbiran IKeP Tahun 6
Rajah 2 Carta Alir Pentadbiran IKeP Tahun 6
Penerangan
- Arahan menjawab mengikut keperluan inventori
- Menjawab di atas borang jawapan
- Inventori tidak boleh diconteng dan perlu
Murid menjawab
soalan dikembalikan
Pengumpulan
borang jawapan
- Masa : 45 minit
- Murid berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30 peratus
daripada waktu yang diperuntukkan bagi murid biasa
Pentafsiran Skor
Intervensi
3.4 Pengiraan Skor
3.4.1 Kertas Persepsi - 45 minit
ITEM KONSTRUK
1, 10, 19, 28, 37, 46, 55, 64, 73, 82 Kecerdasan Verbal Linguistik
2, 11, 20, 29, 38, 47, 56, 65, 74, 83 Kecerdasan Logik Matematik
3, 12, 21, 30, 39, 48, 57, 66, 75, 84 Kecerdasan Intrapersonal
4, 13, 22, 31, 40, 49, 58, 67, 76, 85 Kecerdasan Visual Ruang
5, 14, 23, 32, 41, 50, 59, 68, 77, 86 Kecerdasan Naturalis
6, 15, 24, 33, 42, 51, 60, 69, 78, 87 Kecerdasan Interpersonal
7, 16, 25, 34, 43, 52, 61, 70, 79, 88 Kecerdasan Kinestatik
8, 17, 26, 35, 44, 53, 62, 71, 80, 89 Kecerdasan Muzik
9, 18, 27, 36, 45, 54, 63, 72, 81, 90 Kecerdasan Existential
GBKSM/GBKLS/GP perlu merekod skor setiap murid di dalam sistem offline yang dibekalkan.
Analisis akan ditafsirkan dalam bentuk peratus.
3.5 Definisi Tafsiran Skor
Jadual 2 Definisi Tafsiran Skor
KONSTRUK DIFINISI OPERASIONAL INTERPRETASI SKOR
Kebolehan menggunakan bahasa Individu ini mempunyai
dengan efektif sama ada secara kecerdasan yang tinggi
lisan dan bertulis. Individu ini untuk menggunakan
mempunyai kemahiran Tinggi bahasa dengan efektif
mendengar dan berfikir dalam 75% - 100% secara verbal dan bertulis,
bentuk perkataan. Kemahirannya boleh berkomunikasi
meliputi mendengar, bercakap, dengan lancar, suka
menulis, bercerita, menerangkan, berdebat dan berceramah.
mengingat maklumat dan
memahami perkataan.
Individu ini mempunyai
Verbal- Sederhana kecerdasan yang
linguistik Tokoh : Munshi Abdullah dan 50% - 74% sederhana dalam aspek
William Shakespeare. komunikasi.
Kerjaya : pengarang,
pensyarah, wartawan,
penyunting, penyair, penulis Individu ini mempunyai
skrip dan novelis. kecerdasan yang rendah
Rendah
dalam menggunakan
0% - 49%
bahasa secara verbal dan
bertulis.
Guru boleh memilih strategi PdP yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Guru
perlu mengenal pasti dahulu kecerdasan pelbagai murid. Dengan ini, guru boleh
memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah. Maklumat
daripada IKeP boleh digunakan untuk :
Selain daripada itu Kecerdasan Pelbagai boleh juga dikenal pasti melalui :
Maklumat daripada IKeP ini boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran .
3.7 Interpretasi Skor Kecerdasan Pelbagai IKeP Tahun 6
Interpretasi skor yang diperoleh daripada murid berkaitan dengan tahap persetujuan untuk
sesuatu pernyataan kecerdasan tertera dalam Jadual 3.29. Norma yang selalu digunakan dapat
menjelaskan kedudukan sesuatu skor itu berbanding dengan skor yang lain (Tuckman 1999).
Berdasarkan kepada norma lazim, skor 50% dianggap skor min, manakala skor 75% ke atas
dianggap terletak dalam kuartal tertinggi (Gay & Airasian 2003). Dengan itu, interpretasi bagi
peratus dibuat seperti yang dipaparkan dalam Jadual 4.
PERKARA TINDAKAN
Mesyuarat Perbincangan bersama pentadbir
pengoperasian
Penyediaan jadual pelaksanaan
Makluman kepada guru dan murid
GBKSM/GBKLS/GP memuat turun IKeP Tahun 6
GBKSM/GBKLS/GP menyemak instrumen yang dimuat turun
Instrumen diperbanyakkan mengikut jumlah murid
Pentadbiran ujian Sediakan tempat ujian yang selesa, sesuai dan kondusif.
Murid perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian
Edarkan inventori dan borang jawapan kepada setiap murid.
Beri arahan kepada murid:
a. tulis nama dan kelas di borang jawapan
b. bulatkan semua jawapan di borang jawapan
c. jangan meniru
d. semak jumlah halaman kertas soalan
e. masa ujian ialah 45 minit
* Murid berkeperluan khas diberikan tambahan masa 30
peratus daripada waktu yang diperuntukkan..
Apabila masa ujian telah tamat, mohon murid supaya berhenti
menulis dengan meletakkan pensel di atas meja.
Murid menjawab Murid menjawab IKeP Tahun 6
IKeP dan
pengiraan skor Murid mengira skor dengan bimbingan GBKSM/GBKLS/GP
Pentaksiran skor GBKSM/GBKLS/GP memberi pendedahan umum tentang
tafsiran setiap konstruk
Pengumpulan set Diserahkan kepada GBKSM/GBKLS/GP
Inventori dan
Borang Jawapan
Pelaporan GBKSM/GBKLS/GP menganalisis skor IKeP murid
Pengisian data dalam sistem pelaporan yang dibekalkan
GBKSM/GBKLS/GP mencetak 2 salinan pelaporan skor IKeP
murid
1 salinan untuk simpanan GBKSM/GBKLS/GP untuk dijadikan
eviden.
1 lagi salinan untuk diserahkan kepada murid bersama-sama
keputusan UPSR
Pelaporan IKeP Tahun 6 hendaklah ditandatangani oleh
GBKSM/GBKLS/GP dan disahkan oleh Guru Besar.
5.5 Guru
5.5.1 Menggunakan hasil dapatan skor murid yang telah dibincangkan bersama
GBKSM/GBKLS/GP untuk penambahbaikan serta perancangan
pengajaran dan pembelajaran.
5.5.2 Menggunakan hasil dapatan skor murid yang telah dibincangkan bersama
GBKSM/GBKLS/GP untuk perkembangan murid.
6.0 PERNYATAAN KEPUTUSAN SKOR PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK IKeP
TAHUN 6
Pernyataan keputusan Skor Pentaksiran Psikometrik IKeP Tahun 6 setiap murid akan
dikeluarkan oleh pihak sekolah.
PENTING:
Amla Mohad. Salleh. 2007. Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan. Bangi:
Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor.
Binet (1905) dalam Wolf, T. H. (1969), "The emergence of Binet's conception and measurement
of intelligence: a case history of the creative process", Journal of the history of the behavioral
sciences (Apr 1969) 5 (2): 113–34.
Costa, P.T. and McCrae, R.R. 1992. NEO personality Inventory professional manual. Odessa,
FL: Psychological Assessment Resources.
Hanizah Hamzah (2011a). Mentaksir ciri tret psikologi murid: penerokaan dimensi baru.
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hanizah Hamzah (2011b). Profil: Kenali murid. tingkatkan prestasi. Lembaga Peperiksaan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Hair, Black and Babin. 2010. Multivariate Data Analysis : A Global Perspective. 7th.
Edition.U.S: Pearson Publication
Holland,J.L. (1973). Making Vocational Choice: A Theory of Career. Englewood Cliff, New
Jersey: Prentice Hall Inc.
Holland,J.L. (1985). Manual for the Vocational Preference Inventory. Odessa, Florida:
Psychological Assessment Resources.
Holland, J.L. (1996). Making Vocational Choice: A Theory of Vocational Personality and Work
Environment. Edessa, Florida: Psychological Assessment Resources.
Mohd Ali Jaamat. (2009). Pembinaan Modul Kesedaran Kerjaya Untuk Pelajar Sekolah
Menengah Di Negeri Sembilan. Kertas Kerja Konvensyen PERKAMA Ke 14. UPM.
Mohd. Sani bin Ismail. (2011).Kematangan kerjaya, efikasi kendiri kerjaya dan penglibatan
pelajar dalam aktiviti program bimbingan dan kaunseling kerjaya . Tesis Doktor Falsafah
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan kerjaya : Teori & Praktis. Serdang. Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Parsons, F. 1909. Choosing a vocation. Boston, MA, US: Houghton, Mifflin and Company
Smith L.G. and Smith J.K. 1994. Lives in education. A narrative people and ideas Second
Edition.New York:St Martin’s Press.
Smith, M.K. 2002. Howard Gardner and Multiple intelligences’ The Encyclopaedia of informal
education.
Super, D.E. 1971.The psychology of career. New York: Harper & Row Publisher.
Super.D.E. 1990. A life-space, Life Space Approach toCareer Development. In D. Brown,L.
Brooks & Associations (Eds.) Career Choice and Development (3rd Ed). San
Francisco:Jossey-Bass Inc.
Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Universiti Putra Malaysia,
Serdang, selangor Darul Ehsan.
Super, D.E. (1984). Career and life Development. Dalam Career Choice and Development,
disunting oleh D.Brown, L. Brooks, and Associates. San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Wechsler,D.1974. Manual for the Wechsler intelligence scale for children –Revised.
Panel penggubal:
1. Prof. Madya Dr. Rorlinda binti Yusof
Pusat Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia
Urusetia
1. En. Abd Aziz bin Mohd Hassan
Lembaga Peperiksaan Malaysia