You are on page 1of 1

PEMBELAJARAN KENDIRI CUTI PKP 2020 SAINS TINGKATAN 2

BAB 4 : KESIHATAN MANUSIA 4.1 Penyakit Berjangkit dan Penyakit Tidak Berjangkit
Rujuk Buku Teks Sains Tingkatan 2 muka surat 76-81
Lengkapkan teka silang kata di bawah
3

5 9 6 15

12 10 2

17

13 19

16

4 7

18

8 11

14

20

1. Keadaan tidak normal pada badan atau minda yang menyebabkan ketidakselesaan, sukar berfungsi atau
memberi tekanan kepada seseorang individu dikenali sebagai _____________________.
2. Terdapat dua jenis penyakit iaitu penyakit ______________ dan penyakit tidak berjangkit.
3. Penyakit berjangkit boleh ___________ daripada seorang individu kepada individu lain. Manakala, penyakit tidak
berjangkit tidak ___________ daripada seorang individu kepada individu lain.
4. Organisma yang menyebabkan penyakit dan menyebarkan penyakit berjangkit dikenali sebagai
_______________. Contoh organisma ini adalah semua virus, sesetengah bakteria, protozoa, kulat dan cacing.
5. Mangsa yang memindahkan penyakit berjangkit kepada mangsa yang lain ialah _______ yang lemah dan mudah
dijangkiti.
6. Penyakit berjangkit boleh dipindahkan melalui vektor dan medium seperti air, ____________ dan sentuhan.
7. Jangkitan bawaan udara jenis titisan boleh berlaku melalui ______________, batuk, bercakap, menguap dan
bernafas.
8. Bakteria di dalam air ludah pesakit yang sudah kering akan membentuk spora merupakan jenis jangkitan
_________ bawaan udara.
9. Cahaya yang cukup pada tempat kediaman penting kerana sinar _______________ dalam cahaya boleh
membunuh sesetengah mikroorganisma dalam udara.
10. ________________, demam kepialu dan disentri ameba adalah beberapa contoh penyakit berjangkit bawaan air.
11. Kurap dan ___________ adalah contoh penyakit yang berjangkit melalui sentuhan disebabkan oleh jangkitan
kulat.
12. Sesetengah patogen menggunakan haiwan untuk memindahkannya daripada satu hos kepada hos yang baharu.
Haiwan yang memindahkan patogen ini dikenali sebagai _________.
13. Nyamuk __________ merupakan vektor kepada patogen virus denggi dan virus zika.
14. Penyakit kolera (taun) akan menyebabkan cirit-birit dan muntah kepada hos yang dijangkiti. Vektor yang
memindahkan patogen melalui makanan dan air yang tercemar adalah ________.
15. Penyakit _______________ menyebabkan hos demam, usus berdarah dan ruam merah.
16. Lalat yang hinggap di atas kotoran mempunyai patogen yang melekat pada _______ dan badannya lalu
memindahkan patogen tersebut kepada makanan.
17. Terdapat tiga peringkat pencegahan penyakit berjangkit iaitu peringkat primer, peringkat sekunder dan peringkat
____________.
18. Meningkatkan tahap kesihatan serta daya tahan badan dan mengamalkan gaya hidup sihat merupakan peringkat
_____________ dalam pencegahan penyakit berjangkit.
19. Dalam peringkat sekunder untuk memutuskan transmisi jangkitan melalui pengesanan kes secara aktif dan pasif,
pesakit perlu diberi rawatan awal dan pesakit perlu _______________ daripada orang lain
20. ___________ mempunyai patogen di dalam kelenjar air liurnya dan menghisap darah orang yang belum
dijangkiti.

You might also like