You are on page 1of 3

JASON YAP (6 ASET)

Pada tahun 1868, sistem ekonomi feudal di Jepun telah


digantikan oleh sistem pentadbiran dan ekonomi gaya Barat yang
dilaksana oleh Maharaja Meiji menjadikan Jepun lebih dihormati di
Barat. Zaman Meiji menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di Asia.
Permodenan zaman Meiji turut menjadikan Jepun muncul sebagai
negara yang termaju ekonominya yang bertukar ekonomi
perdagangan di rantau Asia Timur. Perkembangan negara Jepun
melalui perindustrian dapat dilihat daripada empat elemen
perindustrian iaitu industri-proto, perkembangan melalui pelaburan,
peralihan bidang dan ekonomi dualisme.
Perkembangan perindustrian di Jepun pada abad ke-19 hingga
abad ke-20 ialah perkembangan sektor pertanian. Sektor pertanian
menyumbangkan hampir 60% daripada jumlah pendapatan kerajaan
Jepun. Eksport pertanian seperti sutera dan teh telah menampung
pembelian kebanyakan dari jentera dan bahan-bahan perindustrian
yang diimport dari Barat. Produktiviti pertanian Jepun sangat tinggi
dan berjaya mengekalkan pengeluaran industri-proto Jepun
dikawasan Bandar dan luar Bandar.Industri-proto merujuk kepada
satu bentuk pengeluaran pembuatan dan organisasi. Peningkatan
dan pertambahan pelaburan dicapai melalui pelaburan domestik
dalam industri dan insfrastruktur. Kerajaan pusat dan kerajaan
tempatan menyelaraskan pembinaan tempatan. Jelaslah bahawa
Perkembangan perindustrian di Jepun pada abad ke-19 hingga abad
ke-20 ialah perkembangan sektor pertanian.
Selain itu, kerajaan Jepun juga membangunkan perusahaan
kilang-kilang penggulungan sutera moden di Tomioka dan Maebashi
pada tahun 1870, kilang memintal kapas di Nagoya pada tahun
1875,dan kilang benang bulu kambing di Senju pada tahun
1875.Kerajaan Meiji turut membina kilang simen Fukugawa pad
atahun 1875 dan kilang kaca Shinnagawa pada tahun 1876. Untuk
memastikan perkembangan perindustrian berterusan,kerajaan Meiji
telah menyerahkan kebanyakan daripada milik perindustrian ini
kepada beberapa buah syarikat seperti
Mitsui,Mitsubishi,Sumitomo,Yasuda dan lain-lain.Kemunculan
zaibatsu telah mempercepatkan proses perindustrian dan
pertumbuhan kapitalisme di Jepun. Jelaslah bahawa Perkembangan
perindustrian di Jepun pada abad ke-19 hingga abad ke-20 ialah
perkembangan perusahaan kilang-kilang penggulungan sutera
moden.
Seterusnya, kemunculan ekonomi dualisme pada tahun 1910-
an sebagai pemacu kepada industri berat seperti industri bahan
kimia, besi dan keluli, jentera telah melonjakkan permintaan untuk
tenaga kerja mahir yang fleksibel. Buruh-buruh yang dikategori
mengikut kemahiran dan pasaran modal muncul di Jepun selepas
tahun 1910-an.Sektor yang memerlukan dan menggunakan tenaga
buruh yang tinggi mendapat upah yang lebih rendah.Ini disebut
sebagai dualisme. Ekonomi dualisme turut menyumbang kepada
ketidaksamaan pendapatan dan menyebabkan berlaku pergolakan
sosial dalam negeri. Jelaslah bahawa , kemunculan ekonomi dualism
merupakan perkembangan perindustrian di Jepun pada abad ke-19
hingga abad ke-20.
Tuntasnya, penggunaan kaedah terbaik dalam pertanian telah
menyumbang kepada kemajuan wilayah-wilayah yang kurang
produktif. pertemuan dan penyebaran benih-benih berkualiti telah
meningkatkan produktiviti pertanian di seluruh negara.Pada masa
sama,berlaku kemajuan dalam bidang pertanian apabila
menggunakan teknoligi pertanian yang diimport dari Barat. Jelaslah
bahawa penggunaan kaedah terbaik dalam pertanian telah
menyumbang kepada kemajuan wilayah-wilayah yang kurang
produktif.
Di samping itu, penggunaan teknologi kuasa wap telah
meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos, penggunaan
kuasa elektrik membolehkan setiap mesin diselengara secara
berasingan dan menjadikan seluruh kilang menggunakan jentera
elektrik. Kapasiti sosial untuk mengimport dan menyesuaikan
teknologi asing bertambah baik selepas Perang Pasifik. Kerajaan
Jepun mewujudkan consensus sosial dalam melaksanakan
pembaharuan tanah dan subsidi pertanian,mengurangkan pecah
belah politik,melanjutkan pendidikan wajib,dan perpecahan zaibatsu
telah memberi kesan positif. Jelaslah bahawa perkembangan
perindustrian di Jepun pada abad ke-19 hingga abad ke-20 ialah
perkembangan perindustrian.
Kesimpulannya, perkembangan perindustrian Jepun mempunyai
empat elemen perindustrian iaitu industri-proto, pelaburan,
peralihan bidang dan ekonomi dualisme. Perindustrian yang pesat
dan pemodenan Jepun menyumbang kepada peningkatan besar-
besaran dalam pengeluaran dan insfrastruktur. Jepun membina
industri seperti limbungan kapal dan pelaburan besi yangh
kemudiannya dijual kepada usahawan berkaliber.kesannya,syarikat-
syarikat tempatan menjadi pengguna teknologi Barat dan
menggunakan untuk menghasilkan barangan yang dapat dijual
murah di pasaran antarabangsa.

You might also like