You are on page 1of 31

Saya, Anis Syakirah Binti Haszman, telah memulakan perniagaan Kiosk BURGERia pada 1

Mac 2021. Lokasi kiosk saya terletak di alamat Jalan 4/12g, Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru
Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Perniagaan ini dimulakan dengan modal sebanyak
RM3200 daripada wang simpanan saya, RM4800 daripada pinjaman bank dan RM1500 untuk peti
sejuk beku.

Kiosk BURGERia ini juga diuruskan oleh saya selaku pengurus dengan upah RM1500 sebulan.
Kiosk BURGERia turut dibantu oleh dua orang pembantu kiosk yang dibayar mengikut kadar
RM5 per jam dan mereka menerima gaji bulanan pada setiap 14 dan 30 haribulan.

Kiosk BURGERia adalah perniagaan menjual burger menggunakan resepi masakan tersendiri
dan menyediakan perkhidmatan membekal burger bagi tempahan khas. Selain itu, kiosk saya
beroperasi sekitar jam 3 petang hingga jam 10 malam.

Untuk menjalankan perniagaan ini, saya telah membayar lesen perniagaan bagi tempoh enam
bulan yang berjumlah RM240 pada 1 Mac 2021 secara tunai.

Sebab saya memilih perniagaan Milikan Tunggal ini ialah, pasaran menjual burger ini tidak
memerlukan modal yang begitu tinggi dan mudah untuk dimasuki. Selain itu, segala keuntungan
yang terhasil, akan dinikmati sepenuhnya oleh pemilik.

Kelebihan dalam menjalankan perniagaan ini ialah, Burger merupakan salah satu makanan
yang popular dan laris di Malaysia. Hal ini kerana pembuatan burger yang pantas mudah dimakan.
Selain itu, dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat. Hal ini oleh kerana
pelaksanaan kiosk di kawasan perumahan.

Risiko yang bakal dihadapi dalam perniagaan ini ialah, jumlah pelanggan yang tidak tetap. Hal
ini boleh berlaku atas pelbagai sebab. Sebagai contoh, cuaca yang buruk seperti hujan lebat akan
mengurangkan pelanggan.

You might also like