You are on page 1of 1

PENGENALAN PERNIAGAAN

Saya, Hanis binti Che Azmin telah memulakan perniagaan menjual produk makanan
kering iaitu Kerepek Crunchy Enterprise pada 1 April 2022 dengan bermodalkan wang
simpanan sendiri. Saya telah menyewa sebuah rumah sebagai kediaman. Semasa memulakan
perniagaan, sebahagian daripada ruangan kediaman digunakan sebagai tempat menjalankan
perniagaan. Lokasi kedai terletak di PT 281, Kampung Padang Palas, Pangkal Kalong, 16450
Kota Bharu, Kelantan. Kerepek Crunchy Enterprise diuruskan oleh saya dengan bayaran gaji
RM 2000 sebulan dan dibantu dua orang pembantu kedai dengan gaji bulanan RM 1200
seorang.
Saya mendapat bekalan secara kredit daripada tiga orang pembekal. Produk saya
dijual secara kredit kepada lima orang ejen yang dihantar melalui perkhidmatan kurier.
Perkhidmatan kurier akan dicaj dalam invois jualan dan perlu direkod secara berasingan
daripada nilai jualan. Saya turut menjual produk secara tunai di pasar tani pada hari Sabtu.
Tempoh perakaunan berakhir setiap 31 Mac.
Antara sebab saya memilih perniagaan milikan tunggal ialah mudah dikendalikan
kerana tidak terikat dengan mana-mana pihak untuk mengurus perniagaan. Hal ini demikian
kerana perniagaan milikan tunggal bebas membuat sebarang keputusan. Selain itu, mendapat
keuntungan oleh pemilik sendiri kerana tidak perlu berkongsi keuntungan dengan pihak lain.
Perniagaan menjual produk makanan kering banyak kelebihannya. Antaranya ialah
produk tahan lama dan mendapat keuntungan yang tinggi.
Akhir sekali, antara risiko menjual produk makanan kering ialah perniagaan mungkin
menghadapi pesaing baharu dalam pasaran, ekoran pembangunan yang semakin pesat di
daerah ini. Hal ini kerana terdapat beberapa kedai berdekatan dari kawasan saya menjual
produk makanan kering yang sama.

You might also like