You are on page 1of 1

BAB 1 KERAJAAN ALAM MELAYU |CIKGU JESSICA RICHARD

LATIHAN PENGUKUHAN BAB 1

JAWAB SOALAN-SOALAN DI BAWAH MENGIKUT MARKAH YANG DIBERIKAN.


1. Siapakah tokoh-tokoh yang mengemukakan pandangan tentang konsep Alam Melayu ? ( 5 MARKAH ) ARAS RENDAH
Tokoh –tokoh yang mengemukakan pandangan tentang konsep Alam Melayu ialah Profesor Emeritus Dato’Dr. Nik Hassan
Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Abdul Hadi Haji Hassan, Professor Emeritus Tan Sri Dato’Pendeta ( Dr) Ismail Hussein, Alfred Russel
Wallace dan Professor Dr. Ding Choo Ming.

2. Apakah maksud bahasa serumpun ? ( 2 MARKAH ) ARAS SEDERHANA


Maksud bahasa serumpun ialah bahasa yang mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik pribumi dan mempunyai persamaan
bunyi sebutannya.

3. Apakah maksud budaya serumpun ? ( 2 MARKAH ) ARAS SEDERHANA


Budaya serumpun ialah persamaan budaya yang merangkumi bahasa dan tulisan, persuratan, struktur sosial, kesenian,
kepercayaan dan adat.

4. Mengapakah golongan Brahmin penting dalam pemerintahan Kerajaan Funan ? ( 1 MARKAH ) ARAS SEDERHANA
Golongan Brahmin penting dalam pemerintahan Kerajaan Funan kerana golongan ini yang membentuk Kerajaan Funan ialah
Kaundinya.

5. Mengapakah penguasaan jalan laut antarabangsa membolehkan sesebuah kerajaan menjadi mahsyur ? ( 3 MARKAH ) ARAS
TINGGI
Penguasaan jalan laut antarabangsa membolehkan sesebuah kerajaan menjadi mahsyur kerana penguasaan ini dapat
mengalakkan aktiviti perdagangan, dan menarik minat kedatangan kerajaan luar untuk datang berdagang maka secara tidak
langsung, kerajaan tersebut akan menjadi terkenal dalam Alam Melayu dan luar Alam Melayu.

6. Kerajaan Alam Melayu muncul sezaman dengan kerajaan-kerajaan luar yang lain. Buktikan. ( 3 MARKAH ) ARAS TINGGI
Kerajaan Alam Melayu dikatakan muncul sezaman dengan kerajaan luar yang lain kerana Kerajaan Alam Melayu membangun dan
maju setanding dengan kerajaan luar Alam Melayu. Selain itu, terdapat hubungan perdagangan, keagamaan dan diplomatik
antara kerajaan-kerajaan Alam Melayu dengan kerajaan-kerajaan luar.

7. Bagaimanakah agama Hindu, Buddha dan Islam tersebar ke Alam Melayu ? ( 6 MARKAH ) ARAS RENDAH
Agama hindu tersebar melalui peranan pedagang, tentera dan golongan Brahmin dan agama Buddha tersebar melalui peranan
Asoka, pemerintah Empayar Maurya yang menghantar sami-sami ke Alam Melayu untuk menyebarkan agama Buddha. Agama
Islam pula disebarkan melalui peranan pedagang, pemerintah dan pendakwah.

You might also like