You are on page 1of 8

TEKS JURU MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN LARIAN JAYA SMKPJ 2020

KALI KE-26

TEKS JURUACARA

MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN LARIAN JAYA

SMK PANDAN JAYA KALI KE-26

TARIKH: 31/1/2019

HARI: JUMAAT

TEMPAT: ASTAKA SEMARAK JAYA

ATUR CARA PENYAMPAI BUTIRAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Yang di hormati

KATA CIKGU AIDA Penolong Kanan Pentadbiran


ALU-ALUAN Puan Misnah Binti Wagirin

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


Puan Norain Binti Nordin

Penolong Kanan Kokurikulum


Puan Jamilah Binti Ishak

Penolong Kanan Pendidikan Khas,


Puan Roseniza binti Mohd Yusof

Penolong Kanan Sesi Petang


Encik Azlan Bin Ishak

Guru-guru Kanan,

Ketua Rumah Sukan,

1
TEKS JURU MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN LARIAN JAYA SMKPJ 2020
KALI KE-26

Barisan guru,

Serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikumwarohmatullahhiwabarokatuh
salam sejahtera dan salam perpaduan

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, selawat dan


salam dipanjatkan atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W. kerana dengan keizinan dan
rahmat-Nya, kita dapat berhimpun pada pagi ini
untuk bersama-sama menjayakan acara tahunan
Larian Jaya SMK Pandan Jaya Kali ke-26 yang
bertemakan Bersukan Untuk Kesihatan dan
Perpaduan.

Alhamdulillah anda semua telah berjaya


melepasi larian merentas desa pada kali ini
dengan jayanya. Semoga larian anda pada hari
ini memberi nilai tambah kepada mata rumah
masing-masing.
HAIKAL
Tujuan kejohanan larian jaya ini diadakan adalah
untuk mencungkil bakat dan mengesan
kebolehan yang ada dalam diri pelajar untuk
ditonjolkan diperingkat daerah, negeri mahupun
negara disamping mengamalkan  gaya hidup
sihat di kalangan warga SMK Pandan Jaya serta
menanamkan semangat perjuangan dalam diri
pelajar.

Sebelum majlis merentas masa, dengan penuh

2
TEKS JURU MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN LARIAN JAYA SMKPJ 2020
KALI KE-26

hormat dan takzimnya majlis mempersilakan

Yang dihormati
Puan Misnah Binti Wagirin

UCAPAN HAIKAL untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya


PERASMIAN merasmikan Larian SMK Pandan Jaya kali ke-
26. Dipersilakan.

*************UCAPAN***************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


Puan Misnah Binti Wagirin atas kesudian
merasmikan acara tahunan sekolah yang amat
bermakna ini.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini,


marilah sama-sama kita saksikan persembahan
PERSEMBAHAN CIKGU AIDA nyanyian daripada adik Muhammad Heyqal Bin
Misnin dengan tajuk lagunya_______________________

Demikianlah tadi persembahan yang cukup


bertenaga daripada adik Heyqal.

Hadirin dan hadirat sekalian,


PENYAMPAIAN HAIKAL
HADIAH Bendera kejohanan berkibar megah,
PENDIDIKAN Bersama memupuk semangat kesukanan,
KHAS Tibalah masa penyampaian hadiah,
Peserta berdebar menantikan keputusan.

Kini tibalah masanya majlis penyampaian


hadiah.
3
TEKS JURU MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN LARIAN JAYA SMKPJ 2020
KALI KE-26

Majlis akan dimulakan dengan penyampaian


hadiah kepada pelajar pendidikan khas.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput

Penolong Kanan Pendidikan Khas,


Puan Roseniza binti Mohd Yusof

Untuk mengalungkan pingat kepada para


pemenang.

(Baca Senarai Pemenang)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Roseniza


binti Mohd Yusof

atas kesudian penyampaian hadiah kepada para


pemenang.

Baiklah, majlis kita diteruskan lagi dengan


penyampaian pingat bagi kategori L3 dan P3.
PENYAMPAIAN CIKGU AIDA Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput
HADIAH

Untuk menyampaikan pingat kepada para


pemenang.

*********PENYAMPAIAN HADIAH***********

Terima kasih diucapkan kepada

4
TEKS JURU MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN LARIAN JAYA SMKPJ 2020
KALI KE-26

atas kesudian menyampaikan pingat kepada


para pemenang.

Baiklah kita bergerak kepada persembahan yang


seterusnya. Tanpa melengahkan masa lagi, majlis
PERSEMBAHAN HAIKAL dengan sukacitanya mempersilakan
NYANYIAN

Mari sama-sama kita saksikan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas


persembahan cukup hebat itu tadi.

Kita teruskan lagi debaran dengan penyampaian


pingat bagi kategori L2 dan P2.
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput

PENYAMPAIAN CIKGU AIDA


HADIAH
L2 &P2 Untuk menyampaikan pingat kepada para
pemenang.

*********PENYAMPAIAN HADIAH***********

Terima kasih diucapkan kepada

atas kesudian menyampaikan pingat kepada


para pemenang.

Kita bergerak ke penyampaian pingat bagi


kategori L1 dan P1.

5
TEKS JURU MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN LARIAN JAYA SMKPJ 2020
KALI KE-26

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput

Untuk menyampaikan pingat kepada para


PENYAMPAIAN HAIKAL pemenang.
HADIAH
*********PENYAMPAIAN HADIAH***********

Terima kasih diucapkan kepada

atas kesudian menyampaikan pingat kepada


para pemenang.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para


pemenang. Kepada yang tidak berjaya cuba lagi
pada tahun hadapan.
PENGUMUMAN CIKGU AIDA
KEPUTUSAN Berikut diumumkan pungutan mata bagi setiap
RASMI rumah sukan mengikut kedudukan:

(Baca Keputusan)

Diharap dengan pungutan mata yang diperolehi


sekarang akan bertambah lebih banyak untuk
kejohanan sukan nanti. Apa yang penting adalah
kerjasama antara pasukan.

Burung Tiong burung Kelicap,


Berkicau-kicau di dalam hutan,

6
TEKS JURU MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN LARIAN JAYA SMKPJ 2020
KALI KE-26

Tiada kata dapat diucap,


Hanya cenderamata buat ingatan.

Untuk itu, menjemput

Penolong Kanan Kokurikulum


Puan Jamilah Binti Ishak

PENYAMPAIAN HAIKAL Untuk menyampaikan cenderamata kepada


CENDERMATA perasmi.

Dipersilakan
untuk menerima cenderamata sebagai tanda
penghargaan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Jamilah


Binti Ishak yang sudi menyampaikan
cenderamata.

Hadirin dan hadirat sekalian,


NYANYIAN
Mohon para hadirin berdiri tegak bagi
LAGU HAIKAL
menyanyikan lagu kebangsaan Lagu Negaraku
NEGARA KU dengan penuh bersemangat.

Hadirin yang dihormati sekalian, 

Dengan ini maka berakhirlah sudah kejohanan


merentas desa tahun 2020.
Diharap dengan pungutan mata yang diperolehi
sekarang akan bertambah lebih banyak untuk
kejohanan sukan nanti. Apa yang penting adalah
kerjasama antara pasukan.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi


ucapan penghargaan dan terima kasih kepada

7
TEKS JURU MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN LARIAN JAYA SMKPJ 2020
KALI KE-26

semua murid atas penyertaan serta komitmen


yang ditunjukkan bagi menjayakan kejohanan
ini. Semoga semangat juang dan kesukanan yang
ditunjukkan tidak terhenti di sini, namun
diteruskan untuk masa-masa yang mendatang. 

Berakhir sudah kejohanan merentas desa,


SMK Pandan Jaya melambai ceria,
Sukan membentuk semangat waja,
Rakyat sihat, negara sejahtera.

Semoga kita berjumpa lagi pada edisi yang akan


datang. 
Sekian, terima kasih.

You might also like