You are on page 1of 11

SGDU5013 INSTRUCTIONAL LEADERSHIP AND SUPERVISION

SEMESTER A211

1. THE RELATIONSHIP BETWEEN INSTRUCTIONAL LEADERSHIP OF

SCHOOL PRINCIPAL WITH TEACHERS’ SELF-EFFICACY.

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA

SEKOLAH DENGAN EFIKASI KENDIRI GURU.

1.0 Pengenalan

Pengetua dan guru merupakan penggerak utama dalam menjamin mutu kecemerlangan sekolah.

Keupayaan pengetua mempengaruhi guru melaksanakan proses pengajaran dengan berkesan

mampu menghasilkan pelajar yang cemerlang seiring kecemerlangan guru bagi mencapai

matlamat sekolah. Sehubungan dengan itu hubungan diantara kepimpinan instruksional pengetua

sekolah secara langsung memberi kesan terhadap efikasi guru.

Perubahan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan memerlukan pengetua berperanan

sebagai pemimpin instruksional untuk meningkatkan tahap efikasi guru supaya proses

pengajaran dan pembelajaran berkesan dilaksanakan dalam bilik darjah.

Di Malaysia kajian sekolah berkesan dan kepimpinan instruksional berlangsung di sekitar lewat

1980an (Ahrnad Tajuddin, 1989) Kepimpinan instruksional dilihat berupaya meningkatkan

keberkesanan pendekatan guru mengajar dan seterusnya berkait langsung dengan hasil

pembelajaran murid, serta peningkatan pencapaian mereka. Pemimpin instruksional juga perlu

memahami masalah yang dihadapi oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah masing-masing

untuk mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan

matlamat sekolah.
2.0 Ciri -Ciri Pemboleh Ubah Bebas Yang Diperolehi Dalam Artikel Berkenaan

Sekolah sebagai sebuah organisasi sosial merupakan pusat pendidikan bagi melahirkan generasi

masa hadapan yang cemerlang. Sekolah dipimpin oleh seorang pengetua dan mempunyai ahli

yang terdiri daripada guru serta pelajar. Manakala, guru pula memerlukan seorang pemimpin

instruksional yang mampu menyuntik semangat dan motivasi untuk lebih efektif dalam

pengajaran dan pelajar bergantung kepada guru bagi memperoleh pengetahuan dan kemahiran

Transformasi sistem pendidikan abad ke-21 merupakan satu cabaran kepada pengetua bagi

mengekalkan komitmen guru secara berterusan dalam mengharungi arus kemodenan dan pasca

inovasi dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar. Seiring bagi memperkasa kepimpinan

pemimpin sekolah, kementerian telah menetapkan bahawa pemimpin yang dihantar ke sekolah

adalah pemimpin yang berprestasi tinggi sahaja.

Dalam kerancakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan transformasi, perkara

penting yang perlu diberi perhatian ialah sejauh manakah kepimpinan instruksional ini

mempengaruhi efikasi guru. Guru adalah sumber dan aset terpenting dalam bidang pendidikan.

Aset ini (guru) perlu diuruskan dengan sebaik-baiknya bagi melahirkan modal insan kelas

pertama yang berkualiti pada masa hadapan, kreatif dalam mengimbangi masa yang diperlukan

untuk mengajar dan melaksanakan tugasan tersebut selari dengan kehendak sistem pendidikan

negara.

Salah satu saluran untuk pengetua mempengaruhi kecemerlangan pelajarnya adalah melalui

interaksi dengan guru. Pengetua sebagai pemimpin di sekolah perlulah menyediakan suasana

yang membolehkan guru untuk bekerja secara efektif dan berjaya. Oleh itu, guru yang selesa

dengan persekitaran kerjanya, merasakan mereka sentiasa disokong oleh pihak pentadbir dan
merasakan pengetua mampu mengunakan pengaruh pentadbirannya untuk kebaikan guru. Ini

secara tidak langsung akan meningkatkan tahap efikasi kendiri guru (Khairiah, 2013).

Tugas utama pemimpin sekolah yang sepatutnya adalah menjalankan tugas mereka sebagai

pemimpin instruksional dengan cemerlang dan berkesan. Seseorang pemimpin sekolah harus

bijak dan bersedia melaksanakan peranan utama mereka sebagai pemimpin instruksional di

sekolah. Kajian yang terdahulu membuktikan bahawa elemen terpenting yang menentukan sama

ada pengetua sesebuah sekolah itu boleh dikategorikan sebagai efektif atau tidak adalah melalui

kemampuan untuk melaksanakan tugas sebagai pemimpin instruksional (Hallinger, 2012, 2011

& 2008; Ishak, 2004; Leithwood & Levin, 2010; Simin et al., 2015).

Sekolah perlu mempunyai pemimpin yang berkesan untuk mengetuai setiap perubahan yang

diterima. Pada masa kini, guru bukan hanya sebagai pengajar dalam bilik darjah malahan turut

terlibat dalam tugasan pendokumentasian dan hal berkaitan sekolah secara keseluruhannya guru

perlu menunjukkan sikap yang lebih berketerampilan, inovatif dan kreatif dalam mengimbangi

masa yang diperlukan untuk mengajar dan melaksanakan tugasan tersebut selari dengan

kehendak sistem pendidikan negara. Maka disini sebagai pemimpin instruksional jelas

menunjukkan peranan Pengetua dalam memastikan hala tuju sekolah tidak tersasar.

Amalan kepimpinan yang berkesan dapat meningkatkan prestasi guru. Pengetua sebagai

pemimpin instruksional perlu memainkan peranan penting dalam meningkatkan efikasi guru

kerana ia secara langsung memberi impak kepada kejayaan pelajar. Menurut Ishak Sin (2001);

Mohd Munaim (2013); Norita (2012) dan Tschannen-Moran, Hoy dan Hoy (1998), efikasi

kendiri guru akan memberi kesan secara langsung kepada keberkesanan pengajaran dan kejayaan

pelajar. Pengetua sekolah harus memainkan peranan mereka sebagai pemimpin yang

mengutamakan akademik (instruksional). Peranan dan tanggungjawab pengetua sebagai

pemimpin instruksional adalah dengan memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan


dengan lancar serta melaksanakan pengurusan akademik yang teratur agar guru dapat mengajar

dengan berkesan (Alimuddin, 2010).

Amalan Kepimpinan Instruksional


- Menentukan misi sekolah
- Menguruskan Program
Pengajaran
- Mewujudkan iklim
pembelajaran
Sekolah Berkesan

Komitmen Guru
- Komitmen Afektif
- Komitmen Normatif
- Komitmen Berterusan

Model Kepimpinan Instruksional oleh Hallinger (2011) ini berjaya menerangkan berkaitan tugas

dan tingkah laku yang perlu dilaksanakan oleh seseorang pengetua sebagai pemimpin

instruksional bermula dari menetapkan matlamat sekolah, mengurus program pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah sehinggalah kepada keadaan iklim sekolah yang boleh

menyumbang kepada kejayaan pencapaian pelajar. Kejayaan pencapaian pelajar ini pula secara

langsung mempunyai kaitan dengan tahap efikasi guru.

3.0 Senarai Penemuan-Penemuan Yang Diperolehi Daripada Artikel Berkenaan

Menurut Bandura (1993), efikasi kendiri adalah kepercayaan dan keyakinan individu terhadap

keupayaannya untuk menyelaras dan melaksanakan serangkaian tindakan yang diperlukan untuk

mencapai tujuan yang dikehendaki. Beliau mendefinisikan efikasi kendiri sebagai kemampuan

diri seseorang dalam melakukan tugas atau tindakan yang diperlukan individu.
Dalam usaha menjadi guru yang berkesan, pengetahuan tentang kandungan pelajaran dan

pedagogi sahaja adalah tidak mencukupi. Terdapat bukti-bukti yang kukuh menunjukkan

bahawa keupayaan guru mengajar adalah lebih kuat pengaruhnya terhadap keberkesanan

pengajaran. Oleh itu, jelaslah efikasi guru mempunyai kesan terhadap proses pembelajaran.

Efikasi guru juga telah dikaitkan dengan banyak tingkah laku dan sikap positif guru

(Bandura, 1997; Tschannen-Moran, Woolfolk Hoy & Hoy, 1998) dan juga pencapaian serta

sikap murid (Henson, 2002). Efikasi guru dapat dinilai dari segi tingkah laku guru di bilik

darjah, pembelajaran murid serta perubahan guru melalui perkembangan staf (Smylie dalam

Ebmeier, 1999).

Berdasarkan sumber efikasi oleh Bandura (1977), efikasi guru dapat ditingkatkan dengan

melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan tentang aktiviti-aktiviti di bilik darjah,

menyokong inovasi bilik darjah, menggalakkan kerjasama antara guru, memberi maklum

balas tentang prestasi mereka di bilik darjah, dan memberi peluang kepada guru-guru

melakukan pemerhatian terhadap amalan orang lain. Secara umumnya, pengetua yang

berkesan dapat memupuk persekitaran sekolah yang sihat di samping meningkatkan

keyakinan guru (Fullan, 2001; Hoy & Tarter, 1992; Leithwood, 1994); seterusnya

meningkatkan efikasi guru dan berakhir dengan peningkatan prestasi akademik pelajar

Persepsi guru menjelaskan keyakinan terhadap pengetua (pengetahuan), sokongan pengetua

(kemahiran interpersonal), dan penyeliaan aktif oleh pengetua (kemahiran teknikal)

merupakan antara faktor penting dalam menentukan efikasi guru kerana sikap pengetua dapat

mempengaruhi tahap efikasi guru

4.0 Kesimpulan
Peranan dan tugas seseorang pengetua yang pelbagai menyukarkan pengetua tersebut untuk

mengimbangi tugas pengurusan dan tugas utama sebagai pemimpin instruksional yang

memerlukan fokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Sekhu (2011)

pembelajaran dan pencapaian pelajar adalah fokus utama pemimpin instruksional manakala

tugasan pentadbiran sekolah adalah tugas yang kedua yang sepatutnya dilakukan.

Memandangkan efikasi kendiri guru mempengaruhi pencapaian pelajar yang mana akan

menyumbang kepada keberkesanan sekolah, adalah bersesuaian pemboleh ubah kepimpinan

instruksional pengetua ini dikaji untuk mengaitkan hubungannya dengan efikasi kendiri guru.

Menurut Green dan Cypress, (2009) pengetua sebagai pemimpin instruksional bertanggungjawab

menyampaikan misi sekolah dengan berkesan kerana melalui penyampaian dan penetapan misi

yang jelas dapat membina kepercayaan guru-guru untuk melaksanakan perubahan dalam

pengajaran. Di samping itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, menjelaskan bahawa

pengetua bukan sahaja perlu menjalankan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran, malah

pengetua bertanggungjawab menguruskan program pengajaran agar proses PdP dapat

berjalan lancar (KPM, 2018). Dapatan kajian ini secara keseluruhannya, mencerminkan

pengetua di sekolah memberi penekanan kepada aspek kurikulum dengan melaksanakan

proses penyeliaan pengajaran guru dan menilai prestasi pelajar bagi memastikan misi

akademik tercapai.

Pengetua sepatutnya berusaha mewujudkan iklim pembelajaran dengan memberikan

pengiktirafan dan pujian kepada guru, memberi peluang peningkatan profesionalisme,

mewujudkan perbincangan dalam mesyuarat dan memaklumkan kepada ibu bapa tentang

kemajuan dan sumbangan oleh pelajar. Menurut Azhar, Ramli, Zaidatol Akmaliah dan

Soaib (2016), pengetua yang menghargai guru dan pelajar dapat mempengaruhi proses PdP

kerana, tingkah laku pengetua seperti memberi pandangan, penghargaan dan dorongan
merupakan antara elemen yang dapat mempengaruhi tingkah laku guru dan pelajar ke arah yang

lebih positif. Sehubungan dengan itu, Pengetua perlu berfikiran terbuka dan sentiasa berbincang

dengan semua warga sekolah dalam memilih dimensi yang sesuai bagi memanfaatkan prestasi

sekolah.

Sebagai guru pelbagai cabaran, halangan dan perubahan ‘perlu dihadapi dalam melaksanakan

konteks tugasan mereka di bilik darjah dan sekolah. Tambahan pula, dalam PPPM 2013-2025,

kerajaan telah dengan jelas menyatakan hasrat untuk meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan

sekolah bagi menambahkan lagi keberkesanan organisasi pendidikan negara. Malahan melalui

perubahan dan inovasi yang berlaku dalam bidang pendidikan memerlukan efikasi kendiri yang

tinggi dalam kalangan guru agar dapat menyesuaikan diri dengan situasi semasa (Dibapile,

2012). Guru perlu mempunyai jati diri dan keyakinan serta efikasi yang tinggi dalam

menghadapi pelbagai situasi dan cabaran dalam pendidikan. Justeru itu, efikasi guru diberikan

penekanan kerana sikap ini memberi kesan kepada daya usaha guru dalam proses pengajaran

mereka.

Justeru, adalah diharapkan agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan

Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah dapat menyediakan ruang-ruang yang terbaik

kepada Pengetua dan untuk lebih berusaha bagi meningkatkan pencapaian sekolah. Pihak

sekolah perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan iklim dan budaya sekolah yang baik,

menyusun latihan pembangunan profesionalisme guru, suasana pembelajaran di bilik darjah yang

kondusif, penerapan nilai-nilai agama yang berterusan, meningkatkan program-program jati diri

dan pendisiplinan pelajar agar faktor-faktor ini menjadi sokongan kepada efikasi guru bagi

meningkatkan keupayaan mereka dalam melahirkan sekolah yang lebih cemerlang


RUJUKAN

Abdul Ghani Kanesan Abdullah, Ying-Leh, L., & Zahrana Sheik Abdul Kader. (2016).

Principal’s transformational leadership and teacher’s creativity: Mediating role of self

efficacy. Management Research Journal, 6(1), 1–7.

Abdul Malik, Zafar Iqbal Butt, Khalid Rashid, Nauman Saeed, Muhammad Abdul Jabar Adnan

& Rida Hamid Butt. (2016). Identification of leadership styles, traits and competencies of

secondary school heads. Journal of Science International.

Absha Atiah Abu Bakar, & Mohd Isa Hamzah. (2019). Professional learning community

practices in improving self-efficacy of elementary school islamic education teachers at

Melaka Tengah, Melaka. International Journal of Education and Pedagogy, 1(1), 37–49.

Aziah Ismail, Abdul Ghani Kanesan Abdullah & Loh Hooi Yen. (2015). Komuniti

pembelajaran profesional dan efikasi kendiri guru sekolah menengah di Pulau Pinang.

Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(1),1-12.

Chong, C. K., Muhammad Faizal A. Ghani, & Zuraidah Abdullah. (2018). Cabaran amalan
komuniti pembelajaran dalam kalangan guru sekolah rendah berpretasi tinggi Malaysia.

Jurnal Kurikulum & Pengajara Asia Pasifik, 6(3), 1–14.

Ezwafahmey Ahmad Kusaini. (2018). Tahap kesediaan guru cemerlang bahasa melayu

terhadap pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional di sekolah menengah di negeri

melaka. Malay Language Education Journal, 8(Mei), 63–73.

Hassan, R., Ahmad, J., & Boon, Y. (2019). Instructional leadership practice and professional

learning community in the southern zone of Malaysia. Universal Journal of Educational

Research, 7(12 A), 42–50. https://doi.org/10.13189/ujer.2019.071906.

Jazmi Md Isa. (2015). Pengaruh Kepimpinan Transformasi Pengetua Terhadap

Komitmen Organisasi Dan Efikasi Kendiri Guru Sekolah-Sekolah Agama di Kedah.

(Tesis PhD yang tidak diterbitkan). Universiti Utara Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Laporan Tahunan 2017 Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025.Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Ibrahim K. Azeez, Mohammed Sani Ibrahim & Rosemawati Mustapa. (2015).

Kompetensi kepemimpinan instruksional di kalangan pengetua sekolah : Satu kajian

empirikal di negeri Selangor. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(3), 1-14.

Nor Azni Abdul Aziz. (2015). Hubungan antara Kepimpinan Instruksional Pemimpin

Sekolah dengan Komitmen untuk Perubahan Guru Sebagai Mediator dalam

Melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.(Tesis PhD yang tidak diterbitkan).

Universiti Putra Malaysia.


PPPM (2013 – 2025). Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya : KPM

Roszanirah Abdul Halim & Hussein Ahmad (2015). Kepemimpinan Distributif, Faktor

Kontekstual dan Efikasi Kendiri Guru Di Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan.

Oktober 2015, Bil.2, Isu 4. Kuala Lumpur : Universiti Malaya

Ruaina Abdullah. 2016. Amalan Kepimpinan Multidimensi Pengetua dan Hubungannya

Dengan Komitmen Guru Di sekolah Agama menengah Negeri Selangor. Tesis Sarjana

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Nafsiah Ismail, Zuridah Abdullah, Abdul Jalil Othman, & Salwati Shafie. (2018). Amalan

komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru bahasa melayu di Selangor.

Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(4).

Tang, K. N. & Tengku, A. B. R. H. 2015. Hubungan Kepimpinan Etika, Komitmen, Afektif,

Penglibatan Kerja dan Sokongan Organisasi. Kajian Malaysia 33 (1): 93 – 119.

Umathevi, a/p.P., Azlin, N. M. (2015). Amalan Kepimpinan Instruksional Menjana

Kecemerlangan Sebuah Sekolah Kebangsaan Berprestasi Tinggi di Melaka. ASEAN

Comparative Education Research Conference: 47-62

Wan Noor Adzmin (2017). Pelaksanaan Amalan Kepemimpinan Kolaboratif Dalam Kalangan

Pemimpin Instruksional Bagi Memperkasa Pendidikan Matematik Sekolah Rendah. Tesis

yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur : Universiti Malaya


Windy Anjilus. (2019). Pengaruh Gaya Kepemimpinan Transformasi, Iklim dan Budaya

Sekolah Terhadap Kepuasan Kerja Guru akademik di Sabah. Tesis Doktor Falsafah.

Kota Kinabalu, Sabah: Universiti Malaysia Sabah

Zuraidah Abdullah. (2016). Komuniti pembelajaran profesional: Amalan penambahbaikan

sekolah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

You might also like