You are on page 1of 3

PENDAHULUAN

1. Project Based Learning (PBL) merupakan salah satu tugasan yang perlu
dibuat oleh semua murid dari tahun 1 hingga 6.
2. PBL untuk murid tahun 3 ialah membuat pasu bunga menggunakan bahan-
bahan buangan / kitar semula.
3. PBL tahun 3 ini menggabungkan beberapa mata pelajaran iaitu Bahasa
Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI) , Dunia Sains dan Teknologi (DST),
Pendidikan Kesenian Visual (PSV) Pendidikan Kesenian Muzik (PSM) ,
Bahasa Kadazandusun, Pendidikan Moral (PM), Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan (PJPK).
4. Tugasan PBL ini, dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu iaitu dari 14 Jun
2021 hingga 24 25 Jun 2021. Murid perlu menghantar rakaman video
selewat-lewatnya pada 25 Jun 2021.
5. Sepanjang penyediaan projek ini, PDPJJ online/ offline tidak akan
dilaksanakan bagi mata pelajaran yang terlibat agar murid fokus menyiapkan
tugasan ini.
6. Murid perlu membuat tugasan mengikut kreativiti masing-masing.
7. Murid juga boleh menghasilkan video sepanjang penyediaan tugasan yang
diberikan mengikut kreativiti masing-masing.
8. Penghantaran projek “Pasu Bunga Terpakai” boleh menggunakan 3 kaedah :
 Gambar dan hantar tugasan di dalam group whatApp kemudian
hantar apabila sekolah dibuka.
 Menghasilkan video yang lengkap dan hantar tugasan atas talian.
Kemudian hantar apabila sekolah bermula.
9. Penilaian akan dibuat oleh setiap guru mata pelajaran berkenaan.
10. Penilaian projek yang terbaik akan menerima hadiah.

PROJECT BASED LEARNING YEAR 3


PROJECT BASED LEARNING
(PBL) SK PAHU
TAHUN 3

TAJUK : PASU BUNGA TERPAKAI


TEMA : ALAM SEKITAR

ARAHAN :
1) Murid dikehendaki membuat pasu bunga menggunakan bahan- bahan terbuang
(kitar semula).
2) Murid boleh menghasilkan projek mengikut kreativiti masing- masing dengan
bimbingan ibu bapa/penjaga.
3) Projek pasu bunga ini melibatkan gabungan beberapa mata pelajaran seperti
BM, BI, MT, SN, BKD, MORAL, PJ/PK, dan Pendidikan Kesenian.
4) Hasilkan pasu bunga anda beserta pokok bunga.
5) Labelkan nama bahagian- bahagian pokok bunga dan pasu dalam Tulisan Bkd
dan Bahasa Inggeris.
6) Buat pengiraan kos yang digunakan untuk melaksanakan projek lalu gantung
atau tampal pada pokok.
7) Buat carta alir proses pelaksanaan projek anda dalam kertas A4 atau kad
manila.
8) Bentangkan hasil projek anda dalam bentuk rakaman video berdurasi 5 minit.
Pembentangan anda mestilah menerangkan;-
 Tajuk projek
 Tujuan projek
 Bahan-bahan yang digunakan
 Sumber bahan-bahan diperolehi
 Individu yang terlibat dalam menyiapkan projek
 Kos yang terlibat untuk menyiapkan projek
 Kegunaan projek
 Pengalaman / masalah sepanjang menyiapkan projek
9) Nyanyikan lagu “Bunga Matahari” selepas pembentangan anda (dalam rakaman
anda).
10) Hantar rakaman anda melalui aplikasi “Watsapp” untuk dinilai oleh guru.
11) Hasil projek terbaik akan diberikan saguhati/ hadiah.
12) Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 2 MINGGU (14/6/2021 –
25/06/2021)

PROJECT BASED LEARNING YEAR 3

You might also like