You are on page 1of 2

Novel Contoh Catatan

Ikan keli • Masak • Mempunyai empat


• Biasa makna yang berbeza
• Kuat • Mempunyai enam
makna yang berbeza
• Mempunyai sembilan
makna yang berbeza

Jadual : Unsur polisemi dalam novel

Polisemi bermaksud perkataan yang memiliki banyak makna, iaitu maknanya

berbeza apabila di gunakan dalam konteks yang berlainan. Dalam novel Ikan Keli,

pengkaji menemui tiga unsur polisemi iaitu masak, biasa dan kuat. Frasa masak dalam

novel tersebut mempunyai empat maksud yang berbeza. Maksud yang pertama ialah

merujuk kepada buah-buahan yang sudah tua dan boleh makan. Maksud yang kedua

ialah barang makanan yang rebus, digoreng yang sudah empuk atau tidak mentah.

Maksud yang ketiga ialah cara membuat masakan. Maksud yang keempat merujuk

kepada kiasan kelakuan orang yang sudah tahu atau mempunyai kefahaman.

Novel Contoh Catatan


Ikan Keli • Guru • orang yg mengajarkan
• sesuatu (umum)
• profesian
guru/pendidik di
sekolah (khusus)

Jadual: Unsur penyempitan makna dalam nove;

Penyempitan makna merujuk kepada sesuatu kata yang pada asalnya memiliki

makna yang umum, tetapi kemudiannya makna kata itu menjadi lebih khusus. Dalam

kajian ini, pengkaji hanya mendapati hanya satu unsur penyempitan makna yang

terdapat dalam novel Ikan Keli.

Dalam novel Ikan Keli, frasa guru diklasifikasikan sebagai unsur pemyempitan
makna kerana sebelum frasa tersebut mengalami perubuhan makna, frasa guru

membawa maksud umum iaitu golongan atau individu yang mengajarkan ilmu

pengetahuan atau ilmu kemahiran kepada individu atau kelompok yang menuntut

ilmu. Selepas mengalami perubuhan makna, frasa guru hanya dikhususkan kepada

golongan yang mejawat profession sebagai tenaga pendidik.

You might also like