You are on page 1of 2

PK 07 – Pengurusan Mesyuarat

________________________________________________________________________
PK 07/3
SK BANDAR BARU SELAYANG
MINIT MESYUARAT UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
BILANGAN 1 / TAHUN 2018

Tarikh : 9 Januari 2018


Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik BOSS
Pengerusi : Pn Khairol Bariyah binti Husin
Kehadiran Guru-guru :
1. Pn Khairol Bariyah binti Husin
2. Pn Norhayati bt Abdul Rahman
3. Pn Ruszalina bt Yusuf
4.Pn Malliga A/P Samian
5.Pn Siti Mariam bt Sulaiman

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang hadir kerana
meluangkan masa untuk mesyuarat SPBT kali ke-1 untuk sesi 2018.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana bersama-
sama membantu mengecop buku semasa cuti persekolahan Disember 2017.

2 PENGESAHAN MINIT
2.1 Cadangan : Pn Ruszalina bt Yusuf
2.2 Sokongan : Malliga A/P Samian

3 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua murid tahun 2 hingga 6 telah menerima
buku teks untuk kegunaan 2018. Namun buku Tahun 1 masih mengalami
kekurangan bagi 7 judul.Pengerusi telah membuat laporan kepada pihak Jabatan
Pelajaran Selangor untuk tindakan lanjut. Penyelaras SPBT akan menghubungi
pihak JPS dari masa ke semasa.
Tindakan: Penyelaras SPBT

3.2 Isu murid berpindah selepas bulan April 2017, pengerusi memaklumkan sudah
menghubungi ibubapa untuk mengambil buku 2018 di pejabat SK Bandar Baru
Selayang.
Tindakan: Penyelaras SPBT dan Guru Kelas

1
PK 07 – Pengurusan Mesyuarat
________________________________________________________________________
PK 07/3
3.3 SPBT-G 2018 akan diedarkan kepada Guru Kelas. Guru Kelas dikehendaki menyalin
Nombor Perolehan di dalam borang tersebut.
Tindakan: Guru Kelas

4 PERKARA-PERKARA BAHARU
4.1 BBT telah membekalkan buku teks untuk kegunaan guru Tahun 2 2018. Penolong
Penyelaras akan mengedarkan kepada Ketua-ketua Panitia yang terlibat.
Tindakan: Penolong Penyelaras SPBT

4.2 Buku Superminds akan digunakan untuk Tahun 1 (Unit 1 hingga 4) dan Tahun 2
(Unit 5-9) mulai 2018.
Tindakan: Makluman

4.5 Al-Qur’an 2018 akan dibekalkan untuk tahun 2 2018. Manakala bekalan
2017 akan digunakan oleh murid Tahun 3 2018.
Tindakan: Makluman

5 HAL-HAL LAIN
Tiada

6 UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 2.30 petang. Ucapan terima
kasih daripada pengerusi mesyuarat atas kerjasama semua ahli
mesyuarat menghadiri mesyuarat pada kali ini.

Disediakan Oleh,
Urus setia Mesyuarat Unit SPBT SK Bandar Baru Selayang 9 JANUARI 2018

You might also like