You are on page 1of 8

Definisi Pentaksiran Autentik

Pentaksiran adalah perkataan Latin yang bermaksud ”duduk bersama” antara pentaksir
dengan pelajar dan mengesahkan apa yang dilaksanakan oleh pelajar. Melalui
pentaksiran yang berterusan ini, guru dapat membuat penilaian berdasarkan kepada
tahap pencapaian pelajar dari masa ke masa melalui pengumpulan maklumat dan data
dan menganalisis maklumat mengenai tahap kemajuan sesuatu sama ada berbentuk
program, individu dan lain-lain. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai
integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberiki
nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut.
Pentaksiran autentik ialah suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada formal seperti
penilaian formatif dan penilaian sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik
darjah.Penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas dan pensil
sebagaimana yang digunakan dalam penilaian tradisional. Penilaian jenis ini lebih
kepada penggunaan / amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan dalam
kedaan sebenarnya (Bhasah, 2007).
Pentaksiran Autentik lebih kepada penggunaan atau amali terhadap sesuatu tugasan
yang menghampiri kepada tugasan yang dilakukan dalam keadaan sebenar. Dalam
konteks bilik darjah, aplikasi pentaksiran autentik memerlukan murid melakukan
sesuatu tugasan yang agak kompleks tetapi bererti, berasaskan pengetahuan awal,
pembelajaran semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah
sebenar berlaku.

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik


1.Pentaksiran adalah berdasarkan kepada prestasi dan memerlukan murid
menunjukkan penguasaan terhadap kemahiran tertentu. Semakin hampir sesuatu
tugasan kepada keadaan sebenar semakin tinggi darjah autentik pentaksiran tersebut
2. Bentuk pentaksiran yang dijalankan menyerupai situasi sebenar dalam aspek konteks
dan attitude professional serta kecekapan
3. Pentaksiran yang dijalankan adalah sejajar dengan kehendak hasil pembelajaran,
kandungan kurikulum dan maklumat kerjaya masa hadapan
4. Menekankan kepada proses pembelajaran , bukan hanya kepada markah peperiksaan
5. Dapat menarik minat murid dan memberi motivasi kepada murid dalam
menyelesaikan tugasan, menyeronokkan, mencabar dan boleh diselesaikan oleh murid
6. Memberi peluang kepada murid untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran
menyelesai masalah dalam situasi profesional
7. Memberi evidens yang kukuh membuktikan bahawa murid telah mencapai kehendak
hasil pembelajaran

Enam Prinsip Pentaksiran Autentik Menurut Lois Bridges ( 1995 )

1.Pentaksiran autentik merupakan penilaian yang berterusan. Pelajar akan dimaklumkan


mengenai aspek pengajaran dan pembinaan kurikulum. Ini kerana pelajar terlibat
dengan penilaian tersebut.

2. Pentaksiran autentik adalah merupakan sebahagian daripada kurikulum. kanak-


kanak dinilai manakala mereka terlibat dengan pengalaman pembelajaran di bilik
darjah, bukan sahaja sebelum atau selepas unit melalui ujian pra - atau –ujian pasca.

3. Pentaksiran autentik berkembang sesuai dengan budaya atau persekitaran.

4. Pentaksiran autentik fokus kepada keupayaan pelajar. Guru menilai bagaimana pelajar
boleh lakukan, pengetahuan, bagaimana mereka perlu belajar.
5. Pentaksiran autentik mengiktiraf penilaian yang paling penting ialah penilaian kendiri.
Pelajar dan guru perlu mengetahui apa yang mereka nilai dan dinilai agar dapat
mencapai kejayaan yang diharapkan.

6. Pentaksiran autentik menggalakkan kolaborasi di antara pelajar, guru, ibu bapa


bersama untuk memberi refleksi dan menilai pembelajaran.

Perbandingan antara penilaian tradisional dengan penilaian autentik


Matlamat bagi penilaian autentik telah berfokus pada kefahaman dan membantu
kemahiran seseorang pelajar supaya dapat membiasakan diri dalam dunia sebenar. Ini
merupakan satu penilaian yang dijalankan semasa pengajaran dan akan dijalankan
secara berterusan berdasarkan prestasi tingkah laku. Pelbagai kemahiran akan dinilai
semasa pengajaran dan juga secara berterusan. Dalam penilaian autentik,
ujian akan dijalankan secara kerap dalam pelbagai format.
Penilaian autentik dapat memberikan nilai tambah kepada proses pengajaran dan
pembelajaran dengan pelbagai cara seperti :
a) Kemahiran penilaian kendiri
b) Kemahiran pemikiran reflektif
c) Kemahiran metakognisi
d) Kemahiran penyelesaian masalah dalam proses belajar
e) Membina kefahaman baru
f) Memupuk penerimaan kendiri, menghargai dan saling menghormati
g) Empowerment dengan memberi keupayaan memilih
h) Penambahan arahan
i) Disiplin tanpa tekanan
j) Disiplin kawalan tugas dan disiplin kawalan kumpulan
k) Pendekatan yang lebih berpusatkan pelajar
l) Kontekstual, konstruktivis, akses kendiri dan misteri
m) Menambah baik pelaksanaan kurikulum

Penilaian tradisional
Penilaian tradisional lazimnya menguji IQ yang belum menggambar kecerdasan sebenar
seseorang. Matlamat bagi penilaian tradisional hanya berfokus pada gred dan tahap
pembelajaran seseorang pelajar. Ini merupakan satu penilaian yang dijalankan selepas
pengajaran. Kemahiran yang terhad hanya akan dinilai selepas pengajaran. Dalam
penilaian tradisional, ujian hanya akan dijalankan sekali. Ia lebih formatif dan dalam
bentuk bertulis.

Kesimpulan
Daniel Goleman (1995), menyokong pendapat ini dengan mengatakan hanya empat
peratus sahaja kaitan kejayaan dalam peperiksaan dengan prestasi seseorang di tempat
kerja. Beliau merumuskan bahawa kurang hubung kaitnya antara IQ dengan kejayaan
seseorang dalam kehidupan. Oleh itu, penilaian seharusnya direka bentuk supaya lebih
adil bagi menilai pelbagai kecerdasan yang dimiliki oleh setiap pelajar. Ujian berdasar
kriteria kecerdasan tidak mengehadkan kepada ujian bertulis tetapi memberi peluang
mengaplikasikan kemahiran tertentu.
Penilaian autentik telah berubah daripada segi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
mengajar seterusnya strategi penilaian. Ia lebih memberi makna, menyeronokkan dan
mampu mengembangkan potensi pelajar ke tahap optimum.
Perkaitan antara Pentaksiran Autentik dan Penilaian Berasaskan Sekolah
{PBS}.
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi
pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial,
sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti
kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan
pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,
kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan
kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan
pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan
terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dikendalikan di
sekolah yang melibatkan peringkat sekolah yang melibatkan peringkat perancangan,
pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan guru di sekolah yang membabitkan
pihak-pihak berkepentingan (stakeholder) seperti murid, ibu bapa, guru dan organisasi
luar. Pentaksiran Berasaskan Sekolah melibatkan proses mengumpul yang autentik dan
boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif.
PBS secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for
learning) manakala PBS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid
telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning). PBS yang dilaksanakan
dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan
tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah
menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang
berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran
Secara kesimpulannya, Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
adalah satu pentaksiran yang sama sebenarnya. Kedua-dua pentaksiran mempunyai
banyak persamaan iaitu kedua-dua pentaksiran menekankan kepada penilaian fomatif
dan penilaian sumatif. Melalui kedua-dua pentaksiran ia membantu guru menjadikan
pentaksiran sebagai indikator yang komprehensif mengenai kemampuan murid dan
seberapa efektif kaedah yang diberikan kepada murid yang dijalankan. Pentaksiran yang
berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar
tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat
dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran.

Rubrik Penskoran

Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut


kriteria.Ssekurang-kurangnya 2 tahap kriteria perlu ditetapkan seperti daripada
menguasai dan tidak menguasai. Kriteria ini digunakan untuk membuat rangking atau
pemeringkatan terhadap pencapaian murid. Rubrik terbahagi kepada dua iaitu rubrik
analitik dan rubrik holistik.
Rubrik analitik merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya digunakan untuk
pengujian formatif. Maklumat lebih terperinci. Guru dapat melihat bidang (kriteria) yang
dapat dikuasai oleh pelajar dengan baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan
pembaikan. Iamenyediakan maklum balas sepanjang tempoh pengukuran.Contoh
pemarkahan bagi pendidikan seni menggambar. Terdapat markah atau gred dan kriteria
seperti penyediaan alat, pengwujudan idea, gubahan dan interpretasi.
Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk melihat kepada
pencapaian pelajar secara menyeluruh. Ia dapat membantu guru menyediakan markah
yag lebih cepat. Mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja
murid. Contohnya
Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubrik
hendaklah dijadikan telus supaya murid boleh menganggar prestasinya. Kejelasan dan
pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan.
Kebaikan penilaian berasaskan rubrik
i) Memberi gambaran yang lebih jelas tentang pencapaian yang dibuat
ii) Guru mampu mengkhususkan garis panduan yang diharapkan dalam setiap aspek
sesuatu projek
iii) Pemahaman murid/pelajar lebih jelas
iiii) Mengurangkan tekanan pelajar dan guru
v) Membantu guru memfokuskan perhatian terhadap aspek tertentu dalam penilaian dan
memendekkan separuh masa penilaian pelajar.
Kepentingan Pentaksiran Autentik Dan Pentaksiran Performance Based
• Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna
• Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya,
penulisan, penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran
berfikir secara kritis)
• Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan
melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa
hadapan.
• Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan
yang ada dalam dunia sebenar.

ERKAITAN DENGAN TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Konsep pembelajaran konstruktivisme berkaitan dengan bagaimana manusia memperoleh


ilmu . Pelbagai cara murid mendapatkan ilmu. Ia termasuklah melalui didikan yang diterima
oleh ibu bapa dan ahli keluarga, proses pembelajaran di sekolah dan segala yang dilihat oleh
mereka.

Seterusnya murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada tersebut. Pengalaman sedia ada murid termasuklah
bagaimana mereka menjalani kehidupan dalam keluarga dalam kelompok keluarga, di
sekeliling rumah, di sekolah dan dalam komuniti setempat. Kemudian murid akan
menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia untuk membina
pengetahuan baru dan dapat digunakan dalam aktiviti seharian atau pada masa akan datang.

Perkaitan Penilaian Autentik dengan Teori Konstruktivisme amat jelas. Perkaitan berdasarkan
definisi iaitu Penilaian Autentik melibatkan penilaian pencapaian sebenar(realistik) &
bermakna. Pelbagai bentuk pengukuran prestasi bagi mereflek tahap penguasaan pelajar. Teori
pembelajaran konstruktivisme sebagaimana diterangkan di atas merupakan teori tentang
bagaimana manusia belajar. Meneliti bagaimana manusia membina kefahaman & pengetahuan-
melalui pengalaman pembelajaran-membuat refleksi.
Dari segi prinsip asas pula Penilaian Autentik berdasarkan kurikulum dan mengaplikasi
dengan Integrasi kandungan instruksional. Teori Pembelajaran Konstruktivisme melihat
kepada Model 4 fasa iaitu mencungkil idea, menstruktur semula idea, mengaplikasi idea dan
membuat refleksi.

Manakala dari segi tujuan Penilaian Autentik bertujuan ntuk mentafsir hasil pembelajaran,
proses dan objektif yang ingin dicapai. Dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme untuk
menilai input, proses dan kualiti produk dan menilai tugasan pelajar.

Format dan bentuk penilaian pula bagi Penilaian Autentik bersifat Holistik,menggunakan
rubrik yang dirancang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin diuji. Serta mengandungi
pemarkahan dan open-minded .
Sebagai contoh penilaian projek, penilaian portfolio, penulisan esei. Ini bersesuaian dengan
Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang dilakukan secara berterusan, secara holistik dan
autentik seperti aktiviti berkaitan penyelesaian masalah, koperatif,inkuri penemuan
dan eksperimen.

(sumber: celorengguru.blogspot.com)

PERKAITAN TEORI BEHAVIOURISME DENGAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

“Pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku kekal yang dihasilkan daripada


pengalaman atau latihan”
~ Williams & Anandam (1973)

Teori pembelajaran behaviorisme mengatakan bahawa pembelajaran merupakan satu


proses pelaziman,dimana hubungan diantara rangsangan luar dengan tindak balas
dapat dibina untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku yang kekal.Tokoh-tokoh
mazhab behaviorisme adalah seperti Pavlov,Thorndike dan Skinner. Mereka
berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu tingkah laku yang boleh
diperhatikan,dikawal dan diramal.

Menurut perspektif behaviourisme,pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya


tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan
diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai sama ada peneguhan positif
atau peneguhan negatif. Pembelajaran akan berakhir apabila perubahan tingkah laku
dapat dibentuk dan dikekalkan.Teori behaviourisme merupakan satu pendekatan
pemikiran yang menekankan peranan pengalaman dalam mengawal tingkah laku.
Antara matlamat yang utama pemikiran ini ialah untuk menentukan hukum-hukum atau
prinsip-prinsip yang mengawal pembelajaran.

Secara amnya,sumbangan pemikiran ahli behaviourisme terbahagi kepada 2 kategori


iaitu pelaziman klasik-Ivan Pavlov dan J.B Watson dan pelaziman operan-Thorndike
dan B.F.Skinner.

HUKUM LATIHAN

Perkaitan antara rangsangan dan gerak balas bertambah kukuh jika terdapat latihan
(contoh dalam pentaksiran ialah pengulangan dalam ujian akan menyebabkan murid
dapat memahami dengan lebih mendalam)

HUKUM KESAN

Ikatan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika terdapat kesan
yang memuaskan iaitu ganjaran seperti pujian dan hadiah selepas sesuatu gerak
balas yang dihasilkan.Ikatan akan menjadi lemah sekiranya gerak balas diikuti sesuatu
yang tidak menyenangkan.
HUKUM KESEDIAAN

Sesuatu ganjaran itu akan berkesan hanya jika ada kesanggupan untuk menerimanya
secara psikologi.

HUKUMAN

Akan melemahkan kekerapan gerak balas. Terdapat dua jenis hukuman iaitu

 Dendaan dikenakan ke atas sesuautu gerak balas menyebabkan gerak balas akan
dihentikan atau kekerapan menurun.

 Sekatan daripadaa sesuaut yang disukai disebabkan sesuatu gerak balas yang tidak
disenangi

Teori Behaviorisme menumpukan perhatian kepada faktor persekitaran sebagai faktor


yang mempengaruhi tingkah laku. Ahli-ahli behavioris melihat perhubungan antara
persekitaran dengan tingkah laku dan kemudiannya menggunakan konsep peneguhan
dan dendaan untuk menjelaskan mengapa sesetengah tingkah laku itu wujud atau
tidak wujud. Mereka berpendapat kecenderungan-kecenderungan tingkah laku
termasuk trait-trait, bakat, nilai-nilai, kepercayaan–kepercayaan, aspirasi dan lain-lain
adalah dipelajari.

Antara andaian ahli behaviorisme ialah tingkah laku boleh diukur, diperhatikan dan
dianalisa dengan melihat gerak balas individu. Gerak balas bergantung kepada
peneguhan dan dendaan. Matlamat behavioris ialah melihat kaitan rangsangan
dengan gerak balas dan melihat bagaimana gerak balas ini boleh dikawal melalui
ganjaran dan dendaan. Ahli-ahli behaviorisme menggunakan konsep pelaziman klasik
dan pelaziman operan apabila menjelaskan proses pembelajaran

Satu aspek penting dalam memastikan keberkesanan pentaksiran untuk membantu


pengajaran dan pembelajaran ialah penggunaan maklumat pentaksiran oleh guru
untuk memberi respon atau maklum balas yang sesuai dan berguna kepada murid.
Maklum balas guru yang merujuk kepada pernyataan standard dan kriteria yang jelas
boleh disampaikan dalam bentuk pujian, teguran dan nasihat. Selain pengakuan guru
sama ada hasil kerja murid itu boleh dikatakan baik, perlu dibaiki, ada kemajuan atau
sebagainya, murid perlu diberitahu kenapa kerja atau prestasi mereka dinilai
sedemikian. Murid juga perlu diberitahu apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan
untuk menambah baik prestasi mereka.

Maklum balas yang berkesan ialah apabila guru memberi maklum balas yang tepat
tentang kekuatan, kesilapan, apa yang perlu diperbaiki, bagaimana untuk memperbaiki
dan bagaimana untuk membuat lebih baik. Maklum balas yang diberikan dalam bentuk
maklumat yang memberi makna (bukan dalam bentuk gred semata-mata) boleh
membantu murid lebih memahami tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka.
Keadaan inilah yang memberi motivasi kepada murid untuk mencuba lagi bagi
meningkatkan prestasi mereka di masa akan datang. Maklum balas yang segera,
konstruktif dan tidak menggerunkan juga membuat mereka lebih teruja untuk dinilai
semula untuk mengetahui perkembangan mereka seterusnya.

You might also like