You are on page 1of 50

BAB II

MLM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

2.1 PENGENALAN

Kewujudan produk-produk perbankan Islam moden yang berasaskan kontrak hybrid


(kontrak gabungan) seperti musyarkah mutanaqisah, ijarah muntahiyah bi tamlik dan
seumpamanya adalah sebahagian daripada perkembangan muamalat Islam yang tidak
pernah diperbincangkan sebelumnya. Kewujudan setiap satu produk ini sebenarnya telah
melalui proses penggabungan beberapa bentuk muamalat Islam asal kerana istilah dan
terminologi yang digunakan tidak pernah dibincangkan oleh para sarjana Islam
terdahulu. Hal yang sama juga berlaku kepada sistem pemasaran jualan langsung
(MLM). MLM adalah satu istilah baharu yang tidak pernah wujud dalam perbincangan
para uclama‟ lampau dan merupakan salah satu sistem pemasaran moden yang masih
hangat diperbincangkan status halal haramnya.

Dalam bab ini penulis akan membincangkan MLM dari perspektif muamalat
Islam. Perbahasan akan mencakup kupasan-kupasan terhadap prinsip-prinsip asas
muamalat Islam berkenaan dengan MLM. Penyelidik juga akan menumpukan
perbincangan terhadap isu-isu berkenaan MLM yang dibangkitkan oleh para penyelidik
terdahulu di samping menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan satu-persatu.
Semoga penjelasan yang diberikan membawa kita kepada kefahaman sebenar di sebalik
setiap persoalan yang ditimbulkan.
17

2.2 SISTEM JUALAN LANGSUNG

Sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung adalah tertakluk


kepada Akta Jualan Langsung 1993 dan Peraturan-peraturan Jualan Langsung 1993.
Kedua-dua akta ini hendaklah dibaca bersama Akta Jualan Langsung (Pindaan) 2010.
Seksyen 2, Akta Jualan Langsung 1993 mendefinisikan "Jualan Langsung" sebagai
jualan pintu ke pintu1 dan pesanan pos2. (AJL 1993)3

Menurut akta ini (AJL 1993) terdapat tiga jenis pelan pemasaran di bawah
perniagaan jualan langsung iaitu :
1. Berbilang Tingkat (Multi Level Marketing) iaitu :
a. Syarikat akan mengambil / melantik individu sebagai ahli / pengedar untuk
mengedar barangan syarikat;
b. Ahli/pengedar yang berkenaan pula akan melantik individu lain (downline)
bagi membentuk rangkaiannya menjual barangan syarikat. Proses
pengambilan ahli / pengedar baharu boleh diteruskan sehingga satu
peringkat yang munasabah.
c. Setiap ahli / pengedar akan mendapat komisen / bonus / insentif daripada
jualan peribadi dan jualan ahli / pengedar di bawah rangkaiannya (over-
riding bonus).

2. Satu Tingkat (Single Level Marketing) iaitu :


a. Syarikat akan melantik wakil jualan / ejen jualan dan membayar gaji /
komisen / gabungan gaji dan komisen atas jumlah jualan yang dibuat; dan
b. Wakil jualan / ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik /
menaja wakil jualan / ejen jualan lain.

1
Jualan Pintu ke pintu - satu perkhidmatan yang dijalankan dengan cara seseorang atau mana-
mana yang diberikuasa : pergi dari satu tempat ke satu tempat (selain daripada satu tempat perniagaan
yang tetap); atau membuat panggilan telefon mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak
sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan. (AJL 1993)
2
Jualan Pesanan Pos - jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, (sendiri
atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya) dengan menerima tawaran bagi kontrak jualan
melalui pos. (AJL 1993)
3
Rujuk juga - Garis Panduan Permohonan Lesen Jualan Langsung, www.kpdnkk.gov.my.
18

3. Jualan Melalui Pesanan Pos (Mail Order) iaitu jualan barang atau perkhidmatan
yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana-mana orang
yang diberi kuasa melalui pos.

Menurut World Federation of Direct Selling Associations (WFDSA), Amerika


Syarikat, sistem jualan langsung adalah satu sistem pengedaran atau pemasaran untuk
memasarkan produk dan perkhidmatan terus kepada pelanggan dengan ciri-ciri yang
tersendiri. Sementara di Malaysia, Direct Selling Association Malaysia (DSAM)
bertindak sebagai badan yang mengurusetiakan permasalahan usahawan-usahawan
jualan langsung.4 DSAM mengkategorikan sistem jualan langsung kepada empat pelan
iaitu :
1. Pelan Pintu ke Pintu (Door-to-door / Simple Commission Pelan).
2. Pelan Parti (The Hostess / Party Plan).
3. Pelan Pemasaran Berperingkat (Multi-Level Marketing).
4. Skim Piramid (Pyramid Plan).

2.2.1 Pelan Pintu ke Pintu (Door-to-door / Simple Commission Pelan) 5

Pelan pemasaran satu peringkat / tingkat (single level) dengan menumpukan pendekatan
jualan secara terus dari syarikat terus kepada pengguna. Produk-produk syarikat
diagihkan kepada pengguna akhir melalui ejen atau pengedar (Rajah 2.1). Ejen atau
pengedar kemudiannya akan menerima diskaun pembelian sebagai ejen. Keuntungan
adalah berdasarkan penjualan produk kepada pengguna pada harga pasaran. Pelan ini
juga menggunakan pekerja syarikat jualan langsung sebagai ejen atau pengedar sesuatu
produk syarikat.

4
Sebagaimana WFDSA, DSAM menggariskan ciri-ciri tertentu sistem jualan langsung iaitu :
a. Mengguna pakai konsep produk atau perkhidmatan ditawarkan dengan prinsip satu ke satu atau secara
terus daripada penjual kepada pengguna (penjual kepada pembeli).
b. Penjualan produk atau perkhidmatan dilakukan dengan berjumpa terus kepada pelanggan berpotensi
sama ada di premis jualan langsug atau di rumah.
c. Pelanggan-pelanggan atau prospek penjualan terdiri daripada rakan taulan terdekat atau kenalan
penjual.
5
Penelitian penyelidik mendapati pelan dari pintu ke pintu (Door to Door / Simple Commission
Plan) dan Pelan Pemasaran Berperingkat (Multi-Level Marketing / Distributor Network Plan yang dibuat
Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) adalah bertepatan dengan peruntukan Akta Jualan
Langsung 1993 dan Peraturan-peraturan Jualan Langsung 1993.
19

Ejen Komisen Pengedar


Syarikat

Pekerja Syarikat Pengedar

Rajah 2.1 Pelan Pemasaran Dari Pintu ke Pintu


Sumber: Direct Selling Association Malaysia (DSAM) 2008

2.2.2 Pelan Parti (The Hostess / Party Plan)

Pelan pemasaran yang dijalankan (pengedar) melalui demonstrasi jualan berkenaan


sesuatu produk yang biasanya diadakan di rumah penganjur dengan mempelawa (jiran /
kenalan) ke sesi demo tersebut. Pelanggan (prospek) yang berminat boleh membeli
produk terus kepada pengedar. Pengajur (tuan rumah) akan menerima cenderamata
(produk syarikat) sebagai penghargaan. (Rajah 2.2)

Syarikat Ejen Komisen Pengedar Pengedar

Rajah 2.2 Pelan Pemasaran Parti


Sumber: Direct Selling Association Malaysia (DSAM) 2008

2.2.3 Pelan Pemasaran Berperingkat (Multi-Level Marketing)

Pelan MLM (Distributor Network Plan) merupakan plan penyaluran barangan secara
berperingkat sebelum sampai kepada pengguna. Syarat keahlian (menjadi ahli)
dikenakan kepada bakal pengedar dan bakal agen. Insentif kewangan dan pencapaian
tertinggi kumpulan akan diberikan apabila seseorang pengedar mencapai target jualan
tertentu. Pengedar terus bertindak sebagai pemborong yang membeli produk secara
borong (pukal) daripada syarikat dan mengagihkannya kepada pengedar. Pengedar
menjual produk tersebut kepada pengguna. Untung runcit dan komisen jualan akan
diperolehi pengedar berdasarkan jumlah jualan (sales volume). Pelan ini menetapkan
harga produk bagi pengedar dan harga jualan kepada pengguna adalah selaras. (Rajah
2.3) :
20

Pengguna

Pengedar Pengedar

Pengguna
Pengguna

Syarikat Pengedar Terus Pengedar Pengedar Pengedar

Pengguna
Pengguna

Pengguna Pengedar

Pengguna

Rajah 2.3 Pelan Pemasaran Bertingkat


Sumber: Direct Selling Association Malaysia (DSAM) 2008

2.2.4 Skim Piramid (Pyramid Plan)

Pelan pemasaran yang berasaskan pengambilan ahli baharu di dalam organisasi. Skim
piramid mensyaratkan ahli baharu membayar yuran kemasukan yang tinggi atau
pembelian produk tertentu dengan harga tinggi tanpa mengetahui kualitinya. Melalui
pelan ini komisen diperuntukkan hanya berdasarkan pengambilan ahli baharu, dalam
erti kata lain semakin ramai ahli semakin besar komisen yang diterima. (Rajah 2.4)6

6
Menurut Ab. Aziz Yusof, kategori sistem jualan langsung di Malaysia disebabkan oleh
perbezaan kaedah pemasaran yang dijalankan antara satu syarikat dengan yang lain. Beliau menambah 2
kategori lain sistem jualan langsung iaitu :
1. Pesanan Melalui Telefon – iaitu kaedah pemasaran di mana pengguna membuat tempahan (pesanan)
melalui atas talian telefon. Pengguna membuat panggilan telefon kepada syarikat jualan langsung dan
produk dihantar terus kepada pengguna berkenaan. Konsep pasaran satu tingkat digunakan di mana
barangan syarikat dihantar terus kepada pelanggan.
2. Pesanan Pos - iaitu kaedah pasaran di mana barangan akan diiklankan melalumedia massa seperti tv,
internet, katalog perniagaan, sementara pengguna berminat boleh membuat tempahan melalui pos atau
telefon tanpa perlu pergi ke kedai. (Ab. Aziz Yusof 2010, hlm. 244)
21

Pengerusi

Pengarah

Timbalan Pengarah

Pengurus Pengurus Pengurus

Eksekutif Eksekutif Eksekutif Eksekutif

Rajah 2.4 Pelan Pemasaran Skim Piramid


Sumber: Direct Selling Association Malaysia (DSAM) 2008

Kesimpulannya, KPDNKK sebagaimana yang diperuntukkan Akta Jualan


Langsung 1993 dan Akta Jualan Langsung (Pindaan) 2010 hanya mengiktiraf tiga jenis
pelan pemasaran jualan langsung sahaja yang sah di sisi undang-undang iaitu; pelan
pemasaran bertingkat (MLM), pelan pemasaran satu tingkat (SLM) dan jualan melalui
pos (MO). Sementara itu, pelan pemasaran skim piramid adalah haram dan menyalahi
akta sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Jualan Langsung (Pindaan) 2010,
Bahagian VA : Larangan Skim Piramid. (AJL 1993, AJL (Pindaan) 2010)

2.3 LATAR BELAKANG SISTEM MLM DI MALAYSIA

Sistem pemasaran jualan langsung (MLM) diperkenalkan dan dipelopori oleh seorang
warga negara Amerika Syarikat iaitu oleh Dr. Carl Rehnborgh sekitar tahun 1940-41.
(ZCI Inc. 2011)

Tupperware Australia Pty. Ltd. menjadi syarikat pertama yang menjalankan


sistem jualan langsung dalam memasarkan produk mereka di Malasyia pada awal
1970an di Kuala Lumpur. Langkah seterusnya diikuti oleh Nanag International Sdn.
Bhd. pada tahun 1979 yang memasarkan produk berteraskan makanan kesihatan yang
diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Sistem ini berkembang dengan
22

pesatnya dan memberikan kesan terhadap syarikat-syarikat lain sehinggakan banyak


syarikat mengambil pendekatan yang sama untuk memasarkan produk mereka.
Menjelang awal 1980an terdapat lebih daripada 2000 syarikat yang berdaftar
menjalankan sistem jualan langsung di Malaysia. (Yusof 2010, hlm. 243)

Dalam tempoh 2004-2008 industri jualan langsung di Malaysia mencapai nilai


jualan sebanyak RM29,331.80 bilion. Pecahan nilai jualan pula mencatatkan pelan
pemasaran berbilang tingkat (MLM) mencapai nilai jualan terbanyak iaitu RM20,321
bilion, diikuti pelan pemasaran satu tingkat (SML) sebanyak RM3,180.91 bilion
manakala pelan pemasaran satu tingkat dan pesanan pos (SL&MO) mencatatkan nilai
jualan tahunan sebanyak RM5,829.89 bilion. (Jadual 2.1)

Jadual 2.1 Pecahan nilai jualan tahunan mengikut pelan pemasaran.

2004 2005 2006 2007 2008


Jenis Pelan
RM (juta) RM (juta) RM (juta) RM (juta) RM (juta)

Berbilang Tingkat (MLM) 3,934.50 3,853.90 5,211.20 3,838.30 3,483.10

Satu Tingkat (SLM) 745.3 795.4 718 728.4 193.81

Satu Tingkat & Pesanan Pos


626.5 1,966.70 2,107.70 1,064.60 64.39
(SL&MO)

Jumlah 5,306.30 6,616.00 8,036.90 5,630.30 3,741.30

Sumber : KPDNKK, 1993

Sehingga kini, terdapat lebih 10,000 syarikat MLM beroperasi di seluruh dunia
dan nilai perniagaannya dianggarkan melebihi USD100 billion. (Chek 2006, hlm. 5) Di
Malaysia industri jualan langsung memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 4 juta
orang dengan jumlah perniagaannya hampir mencecah US1,1334.8 billion (RM4,312.24
billion). (WSFDA 2008)

Bagi tempoh 2000-2009, KPDNKK telah meluluskan sejumlah 5,587 lesen


jualan langsung pelbagai peringkat. Pelan pemasaran pelbagai peringkat (MLM)
merupakan jumlah lesen terbanyak yang diluluskan dengan 3,464 lesen, pelan
pemasaran satu tingkat (SL) 1,474 lesen, jualan melalui pesanan pos (MO) sebanyak
23

375 lesen manakala gabungan pelan satu tingkat dan jualan melalui pesanan pos
(SL&MO) sebanyak 274 lesen. (Jadual 2.2)

Jadual 2.2 Bilangan Lesen Julan Langsung yang sah dari tahun 2000-2009

Pelan
2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009
Pemasaran

MLM 427 213 230 359 304 342 394 418 427 350

SLM 199 117 124 128 149 158 162 164 174 99

MO 69 31 28 38 37 37 36 37 37 25

SL&MO 17 24 31 29 31 32 30 31 32 17

Jumlah 712 385 413 554 521 569 622 650 670 491

Sumber : KPDNKK, 1993

2.4 MENGAPA MLM?

Multi Level Marketing (MLM) dikenali juga senagai Network Marketing, Consumer
Direct Marketing adalah gabungan tiga patah perkataan bahasa Inggeris. Perkataan
multi bermaksud banyak atau pelbagai, manakala level pula bermaksud tingkat atau
tahap dan marketing bermakna pemasaran. Ia diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia
sebagai; perniagaan pemasaran berangkai, sistem pemasaran berbagai tingkat, sistem
perdagangan berjaring, pemasaran rangkaian dan lain-lain lagi. (DSAM 2010)
Sebenarnya pada peringkat penulisan akademik, tiada satu definisi yang disepakati
mengenai MLM, justeru, pelbagai takrif / definisi telah diberikan oleh penulis
berkenaan MLM.

Sebagai contoh, P.J. Clothier menggambarkan MLM sebagai :


“A method of selling good directly to consumer through a network developed by
independent distributors introducing futher distributors, income being generated by
retail and wholesale profits supplemented by payments based upon the total sales of the
group built by a distributor”. (Clotier 1990, hlm. 38)
24

Bagi Jon. M. Taylor pula, MLM adalah : “A form of franchising in which


products are moved from the manufacturers to the consumers via networked agents who
are users themselves but sell the products largely by the word of mouth”. (Taylor 2006,
hlm. 4)

Dalam pada itu, Elizabeth I. Kearney mendefinisikannya sebagai :


“A direct sales plan which moves product from the manufacturer through
multiple levels of distributors to an end consumer who pays the retail price for the
product”. (Kearney E. I. et.al 1990, hlm. 46)

Menurut Wan Rumaizi walaupun digambarkan dengan definisi yang berlainan,


namun lakaran inti pati terhadap ciri MLM tidak jauh berbeza. Tiga definisi di atas
sebagai contoh, telah memberikan beberapa ciri MLM yang utama, di antaranya:
1. MLM adalah salah satu kaedah pemasaran produk melalui jaringan pengedar-
pengedarnya7.
2. Pengedar-pengedar ini menjalankan perniagaan melalui sistem jaringan yang
bertingkat-tingkat.
3. Pendapatan pengedar ini dijana melalui tiga cara : jualan retail, jualan pukal
(wholesale) dan bonus tajaan. (note : tiada gaji bulanan)
4. Produk dijual secara langsung. (Wan Husin t.th., hlm. 2)

Istilah MLM wujud dimana di dalam sistem MLM selain daripada pengeluar dan
pembekal adalah pengedar bebas yang menjual barangan kepada pelanggan di setiap
peringkat di dalam organisasi. Selain menjual mereka juga berperanan besar
memperkenalkan ahli baharu yang akan direkrut menjadi pengedar selanjutnya. MLM
merupakan satu kaedah jualan barangan secara terus daripada syarikat kepada pengguna
melalui rangkaian. (DBP 2008) Dewan Eja Pro 2010 (subjek: jualan langsung)

Objektif utama sistem pemasaran MLM adalah untuk mengurangkan kos


pengagihan dan pemasaran sesuatu barangan. Perbezaan utama di antara pemasaran

7
Disebut sebagai “distributors” atau “agent”. Seringkali digambarkan sebagai “independent
distributors” atau pengedar bebas kerana tidak terikat dengan syarikat MLM dari segi obligasi
memasarkan dan waktu kerja yang tetap.
25

secara konvensional dan pemasaran MLM adalah ketiadaan orang tengah yang
bertindak sebagai pemborong atau pengedar. Oleh yang demikian, kos-kos pengagihan
berperingkat yang terpaksa ditanggung syarikat MLM dapat dielakkan kerana produk
dalam sistem ini dialihkan secara terus daripada pengilang kepada pengguna tanpa
melibatkan orang tengah. (Muhamad Muda et.al, t.thn., hlm. 2)

Bagi mengembangkan jaringan MLM, sistem penajaan diperkenalkan. Menurut


Johan Arif sistem ini (penajaan)8 digunakan bagi merekrut individu berminat
mendaftarkan diri sebagai ahli syarikat jualan langsung yang berkenaan dan melayakkan
mereka menjadi pengedar syarikat berkenaan.9

Proses penajaan dan pengambilan ahli boleh diteruskan tanpa had dan akan
berulang sehingga satu rangkaian yang berlapis-lapis mengikut generasi atau pangkat
terbentuk. Setiap ahli atau pengedar akan menerima komisen atau insentif di atas
penjualan barangan syarikat. (Ariff 2003, hlm. 6) Pada masa yang sama pengedar yang
menaja ahli (pengedar baharu) akan mendapat komisen10 (override) daripada jualan ahli
atau pengedar yang ditajanya.

Satu kajian yang dijalankan oleh WFDSA mendapati faktor utama


kecenderungan masyarakat memilih MLM adalah :
1. MLM medan terbaik untuk berjumpa dan bersosial satu sama lain.
2. MLM menawarkan kebebasan dan fleksibiliti waktu bekerja.
3. MLM wadah terbaik mendapatkan pendapatan tambahan.
4. MLM pilihMLm mengan terbaik memiliki sebuah perniagaan sendiri.
5. MLM menghasilkan laba yang setanding dengan usaha.

8
Proses penajaan ahli baharu kebiasaannya dilakukan oleh individu dikenali sebagai “upline”,
ahli baharu dikenali sebagai “downline”. Setiap satu mempunyai tugasan dan peranan berbeza. Proses
penajaan berlaku secara berterusan dan penyusunan downline (vertical atau horizontal) mewujudkan satu
lapisan dan jaringan pengedaran yang membesar dan kukuh.

9
Downline adalah bebas untuk menjadi pengedar syarikat berkenaan atau hanya menjadi
pengguna sahaja (membeli produk untuk kegunaan sendiri).
10
Komisen atau ganjaran penajaan dengan peratusan tertentu diberikan kepada upline atas usaha
mereka membawa para pengedar baharu. Pengiraan komisen adalah bergantung kepada jualan downline
yang dibawa masuk tersebut. Justeru, semakin ramai downline di bawahnya maka semakin banyaklah
komisen yang diperolehi hasil peningkatan jualan kumpulan. Oleh yang demikian komisen penajaan
hanya akan diperolehi berdasarkan pembelian yang dibuat oleh downlinenya.
26

6. MLM boleh dilakukan oleh semua orang (lapisan masyarakat). (WSFDA,


2008)

Perniagaan MLM kebiasaannya menjual produk berasaskan pengguna terdiri


daripada barangan keperluan harian, seperti makanan, minuman, pakaian, kosmetik dan
kad prabayar, barangan penjagaan kesihatan seperti makanan tambahan, barangan
pembersihan rumah seperti pencuci lantai, pencuci pinggan mangkuk dan pencuci
cermin, barangan penjagaan kenderaan seperti minyak pelincir, pencuci kereta dan
sebagainya. Kebanyakan MLM menjual barangan pengguna supaya pemborong, wakil,
perunding dan pengedar dapat membina jualan tetap dan berterusan. Dalam era
globalisasi dan perkembangan internet serta Teknologi Maklumat (IT), perniagaan
MLM secara maya dan jaringan semakin popular serta berjaya mencuri tempat terutama
dikalangan muda-mudi.

Seperkara yang membezakan sistem jualan langsung daripada jual beli


konvensional adalah semangat kerja berpasukan dan bimbingan yang berterusan. Secara
umumnya adalah mustahil bagi seorang pengedar untuk menyampaikan produk yang
pelbagai kepada pengguna. Melalui kerja berpasukan dan bimbingan inilah para
pengedar (upline dan downline) berganding bahu mempromosi dan menjual produk
syarikat. Secara amnya pendapatan seseorang pengedar akan dikira berdasarkan jumlah
produk yang dapat dijual pada bulan tertentu. Di samping itu komisen dan bonus
diberikan oleh pihak syarikat sebagai insentif kepada setiap pengedar ini. Justeru,
semakin banyak produk sampai kepada pengguna maka semakin banyak pendapatan
seseorang. Terdapat dua jenis pendapatan dalam MLM iaitu:
1. Pendapatan runcit iaitu jual satu dapat satu untung, dan
2. Bonus bulanan iaitu bonus dikira dari jumlah jualan produk kepada
pengguna.

Pada dasarnya pendapatan seseorang pengedar ditentukan berdasarkan pelan


pemasaran syarikat yang telah diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berdasarkan Akta Jualan Langsung 1993 dan
Peraturan-peraturan Jualan Langsung 1993. Oleh yang demikian tiada keuntungan yang
27

diperolehi hanya dengan proses penajaan atau pengambilan pengedar (ahli baharu)
menyertai sistem tersebut.11

Walau bagaimanapun, proses merekrut ahli baharu dan menaja ahli adalah
dibenarkan dan digalakkan. Ia bertujuan bagi membentuk dan mengembangkan
rangkaian jualan yang kukuh lagi stabil. Akan tetapi proses tersebut adalah berbeza
daripada proses pemburuan kepala (head hunting) yang diamalkan dalam skim piramid.
Tindakan mengisi borang keahlian, membuat bayaran yuran tertentu dan pendaftaran
adalah proses rasmi perlantikan seseorang menjadi ahli sesebuah syarikat MLM. Ahli-
ahli baharu ini akan didedahkan dengan rancangan dan latihan yang diberikan upline
kepada downline, termasuk kaedah pemasaran, pengetahuan mengenai produk,
kaunseling dan latihan yang berterusan sehingga downline dapat berdikari dan
seterusnya melakukan pemasaran produk dan membina rangkaian jualannya sendiri.

Hasil perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ciri-ciri perniagaan


MLM yang telus adalah seperti berikut :
1. Semua pendapatan adalah diperolehi dari perniagaan produk. Tiada
pendapatan dengan hanya membuat pengambilan ahli.
2. Pengedar tidak terbelenggu dalam organisasi bermaksud pengedar boleh
mengatasi pengedar di barisan atas berdasarkan pencapaian peribadi.
3. Sesiapa sahaja boleh menghasilkan pendapatan lumayan. Perniagaan MLM
tidak memerlukan pesertanya mempunyai tahap kelayakan akademik yang
cemerlang, oleh yang demikian sesiapa sahaja yang sentiasa berusaha boleh
mendapat pulangan yang berlipat kali ganda.
4. Semua pendapatan adalah dari hasil jualan produk yang diperolehi melalui
komisen dan bonus mengikut usaha persendirian. Semua pengedar membeli
pada harga yang sama. Bonus prestasi diberi sebagai ganjaran bagi
pencapaian cemerlang.
5. Semua barangan penting kerana penjualan adalah kejayaan. Produk
mempunyai jaminan memuaskan jika tidak wang dikembalikan.

11
Pelan MLM yang menawarkan pembayaran komisen kepada ahlinya dengan mencari ahli
baharu (downline) dibimbangi merupakan Skim Piramid yang menjadikan operasi MLM sebagai samaran
(CAP, n.p). Ini adalah salah satu ciri penting yang membezakan MLM dengan Skim Piramid yang
menyamar sebagai MLM.
28

6. Tarikan kepada yang rajin berusaha. Perniagaan MLM memerlukan


pesertanya cekal dan tidak mengenal erti berputus asa dalam memperolehi
pendapatan yang lumayan.

2.5 JUAL BELI KONVENSIONAL DAN SISTEM JUALAN LANGSUNG

Masyarakat amnya lebih mengenali jual beli melalui pertukaran barang dengan barang,
barang dengan wang atau barang dengan usaha. Kaedah jual beli yang diwarisi sejak
berkurun lamanya ini lebih dikenali dan lebih praktikal kepada kebanyakkan ahli
masyarakat. Penjualan yang bersifat warisan dan turun temurun dikenali juga sebagai
jual beli konvensional.

Sementara itu, pemasaran melalui jualan langsung mempunyai ciri-ciri unik


yang tidak terdapat dalam sistem perniagaan konvensional antaranya :
1. Para pengusaha tidak disyaratkan mempunyai taraf pendidikan, pengalaman,
sumber kewangan ataupun keupayaan fizikal yang tertentu.
2. Anggota masyarakat dari berbilang bangsa, usia dan latar belakang telah
berjaya dalam jualan langsung.
3. Seorang usahawan jualan langsung adalah seorang kontraktor bebas.12
4. Mendapat latihan dan sokongan daripada syarikat yang telah kukuh.

12
Dalam erti kata lain, jualan langsung melatih seseorang menjadi pengurus perniagaan sendiri,
iaitu :
1. Bekerja sambilan atau sepenuh masa (penetapan masa dan waktu ditentukan sendiri pengusaha).
2. Meletakkan matlamat dan sasaran tertentu untuk dicapai (kaedah menggapainya ditentukan sendiri).
3. Pendapatan setanding dengan usaha sendiri (kejayaan dapat dicapai dengan kemahuan dan bekerja
keras).
4. Memiliki perniagaan sendiri dengan modal pelaburan yang sedikit atau tidak ada langsung.
29

Pelan pemasaran kedua-dua jenis jualan ini adalah seperti Rajah 2.5 :

Sistem Pemasaran Konvensional Sistem Jualan Langsung

PENGILANG PENGILANG
(Manufacturer) (Manufacturer)

SYARIKAT PENGIKLANAN SYARIKAT JUALAN LANGSUNG


(Marketing Company) (Direct Selling Company)

AGEN TUNGGAL PENGEDAR


(Sole Agency) (Distributor)

PENGEDAR DAERAH PELANGGAN


(Regional Distributor) (Comsumer)

PEMBORONG
(Wholesaler)

PERUNCIT
(Retailer)

PELANGGAN
(Consumer)

Rajah 2.5 Perbezaan Pemasaran Konvensional dan Jualan Langsung


Sumber: Direct Selling Association Malaysia (DSAM) 2008

Oleh yang demikian idustri jualan langsung dapat memberikan pulangan yang
lumayan kepada para pengedarnya berbanding jual beli konvensional.

2.6 JUALAN LANGSUNG DAN SISTEM PIRAMID

Perniagaan MLM walaupun telah berjaya memberikan pulangan yang lumayan dan
menguntungkan namun, masyarakat masih ramai lagi yang ragu-ragu dengan
perniagaan sebegini. Faktor utama keraguan mereka adalah kerana banyak syarikat yang
mengamalkan sistem piramid berselindung di sebalik sistem pemasaran MLM. Sistem
piramid pada dasarnya adalah berbeza dengan sistem MLM. Sistem piramid (Pyramid
Scheme) dicipta seorang warga negara Itali, Charles Ponzi di Amerika Syarikat tahun
1920. Melalui skim ini Ponzi menawarkan pulangan yang tinggi kepada pelabur
daripada pembelian dan penjualan kupon jawapan pos antarabangsa pada kadar yang
berbeza akibat dari kesan Perang Dunia I dengan keuntungan sehingga 200%.
(http://www.u-s-history.com)
30

Menurut Persatuan Edaran Terus Malaysia (Malaysian Direct Distribution


Association (MDDA) terdapat 5 bentuk skim piramid iaitu : (MDDA 2009,
http://www.mdda.org.my)

2.6.1 Skim Piramid (Pyramid Scheme / Racket Scheme)

Iaitu skim penyusunan secara automatik melalui komputer. Ahli baharu yang direkrut
akan ditempatkan secara langsung oleh komputer13 untuk membentuk piramid
sempurna. Skim ini memberikan kelebihan kepada para upline di mana mereka akan
sentiasa menikmati faedah yang paling menguntungkan berbanding orang-orang yang
datang kemudian bahkan mungkin kehilangan (modal) ketika syarikat ditutup.

2.6.2 Pelaburan Lump Sum (Front Loading)

Skim Pelaburan Lump Sum merupakan skim pelaburan yang menawarkan pelaburan
wang secara lump sum (sekaligus) untuk membeli produk atau perkhidmatan sehingga
20-30 kali ganda tanpa penjualan. Kaedah "Front Loading" dilakukan dengan memujuk
ahli baharu menyertai skim ini. Mereka dijanjikan tawaran dan promosi hebat seperti
ditawarkan pangkat tertinggi, jaminan pendapatan lumayan dan berterusan tanpa perlu
menjual produk syarikat dengan hanya melalui pembelian secara pukal. Janji-janji
manis yang diberikan kerapkali memerangkap mangsa yang suka “duduk diam dapat
duit”.14

2.6.3 Skim Pelaburan (Ponzi Scheme)

Skim Ponzi merupakan skim pelaburan yang menjanjikan bayaran bunga yang tinggi,
berjadual dan cepat kepada para ahli atau pelabur. Pulangan tinggi yang diberikan
kepada para ahli menjadi daya penarik utama skim ini. Pendapatan para ahli dikira

13
Ahli tidak boleh menentukan atau menyusun hierarki kumpulan mereka sendiri.
14
Ringkasnya front loading melalui 3 peringkat iaitu:
1. Memujuk ahli baharu untuk membeli berkali-kali lebih dari keperluan mereka dalam sebulan.
2. Syarikat menawarkan pulangan berjadual atas pembelian tersebut.
3. Ahli perlu menyemak dasar pulangan untuk produk syarikat.
31

melalui jumlah pelaburan terbanyak yang mampu dilaburkan oleh seorang ahli baharu
yang menyertai skim tersebut.15

2.6.4 Gambling Characteristic (Headhunting)

Skim Gambling Characteristic merupakan salah satu skim pelaburan sistem piramid
yang menggunakan kaedah headhunting bagi menarik minat ahli (pelabur baharu)
dengan mengguna pakai sistem binari. Skim ini memberikan pulangan sehingga
mencecah melebihi 100% seandainya diikuti sepenuhnya. 16

2.6.5 Kutu (Pyramid Matrix System)

Sistem Kutu (matriks sistem piramid) merupakan skim pelaburan melibatkan satu
jumlah yang telah ditetapkan ahli. Skim ini dikenal pasti antara sistem piramid terawal
diperkenalkan.17

Menurut Amar Said (Said 2000, hlm. 7) skim piramid mengandungi beberapa ciri
iaitu:
1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baharu
perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Meletakkan yuran penyertaan yang tinggi.
3. Mengutamakan penajaan ahli (downline) lebih daripada penjualan produk.

15
Contohnya, 10% (atau lebih) dalam sebulan dari jumlah wang yang dilaburkan. Hakikatnya,
bayaran bonus (pulangan) yang diberikan syarikat kepada para ahli terdahulu diambil daripada
pelaburan ahli baharu. Para ahli dijanjikan dengan slogan "anda tidak perlu menjual" atau "melabur
sahaja dan anda boleh membuat wang".
16
Sistem Binari merupakan sistem penduaan bagi penyusunan downline. Pendekatan memujuk
upline dan downline digunakan untuk merekrut ahli baharu seramai mungkin. Slogan, "anda hanya
perlu membina satu baris (atau kaki) di mana up-baris akan melemparkan ke bawah garis untuk anda
di saluran lain (atau kaki)" digunakan. Kebiasaannya para ahli diminta membeli secara pukal dengan
kadar lot adalah tetap. Pelabur skim dijanjikan bonus (pulangan) yang berpanjangan dengan sekali
pelaburan sahaja (jika syarikat dapat bertahan). Produk tidak berperanan dan mereka biasanya melebihi
harga pasaran semasa. Namun, syarikat yang terlibat dalam rancangan pemasaran biasanya memiliki
rencana B, yang merupakan rencana konvensional dengan tujuan untuk menyamar skim mereka.

Slogan "Semakin awal anda masuk, semakin baik dan semakin anda berjaya” digunakan.
17

Contohnya, jika 6 ahli bermain kutu, ahli yang menganjurkan akan mendapat semua wang yang
dilaburkan. 6 ahli lain dikehendaki mencari 6 ahli baharu untuk memenuhi syarat mendapatkan giliran
menerima kutu tersebut (berikutnya). Jika mereka tidak mampu melakukannya, maka pelaburan mereka
sebelumnya akan lenyap.
32

4. Menggalakkan pembelian satu produk sebanyak mungkin (pukal) pada


potongan harga tertinggi, sebelum mendapat pesanan daripada pelanggan
atau pengedar lain tanpa polisi yang boleh dikembalikan.
5. Tiada kontrak bertulis antara syarikat dan pengedar.
6. Tiada latihan atau bimbingan tentang penjualan produk kepada orang ramai.
7. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta
digembar-gemburkan.

2.7 MLM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

MLM adalah satu istilah moden yang diperbincangkan dalam Fiqah Muamalat
menjurus kepada bab buyuc (jual-beli / perdagangan). Hukum sistem MLM pada
asasnya dikategorikan sebagai mubah (dibolehkan) selagi tidak wujud unsur-unsur
haram seperti riba (faedah / sistem bunga), gharar (ketidakpastian), jahalah (tidak jelas),
maysir (perjudian), dan dharar (merugikan atau menzalimi pihak lain). Kesimpulan ini
diambil dengan menggunpakai „Qawai‟d Fiqhiyyah‟ - al-aslu fil asy-ya‟ al-ibahah -
hukum asal bagi setiap kontrak dan syarat di dalam undang-undang muamalat Islam
adalah harus (al-ibahah).

Namun begitu, hukum harus (mubah) adalah tertakluk kepada aktiviti yang
dijalankan seperti penjualan produk atau servis dan bukannya perniagaan untuk
mendapatkan wang tanpa ada produk ataupun servis. Kreteria produk yang diniagakan
pula mestilah produk yang jelas keharusannya dari segi Islam18. Sebaliknya, sistem
MLM yang tidak menekankan penjualan produk (tiada produk) atau perkhidmatan
adalah tidak sah, malahan diharamkan dalam Islam. Jual beli tanpa produk menyamai
perjudian (maysir) kerana didalam sistem perjudian, keuntungan suatu pihak diperolehi
dari kerugian pihak lain (zero-sum game).

Pelbagai isu timbul dalam membincangkan konsep perniagaan MLM dari


perspektif Islam. Tambahan pula konsep perniagaan MLM sering disalahertikan sebagai

18
Produk yang berkualiti, suci, halal, produk keperluan manusia dan bermanfaat.
33

Skim Piramid yang hanya memberikan keuntungan kepada upline, modal yang tinggi
serta menjadikan produk sebagai bahan samaran semata-mata19.

Isu-isu yang melingkari sistem MLM hanya dibincangkan oleh beberapa orang
penulis muamalat moden antaranya Setiawan Budi Utomo, Zaharuddin Abd Rahman,
Zaharudin Muhammad, Ahmad Adnan Fadzil, Mohamad Hassan Zaid Ramli serta
Muhamad Muda dan rakan-rakan. Perbincangan selanjutnya banyak didedahkan di
laman-laman sesawang seperti www.mazmurdi.co.cc, www.dakwatuna.com dan
sebagainya lagi.

2.7.1 Sistem Pemasaran MLM

Sistem pemasaran jualan langsung berbilang tingkat (MLM) dari sudut positifnya
menjadi strategi pasaran yang boleh memecahkan dominasi konvensional yang
monopoli20 pasaran sesetengah produk. MLM merupakan salah satu alternatif terbaik
bagi memasarkan dan memperkenalkan produk tempatan terutamanya produk halal
keluaran masyaarkat Islam. Zaharudin Muhammad manyatakan, terdapat beberapa
permasalahan dikenalpasti menjadi faktor utama kecenderungan sebilangan syarikat
tempatan memilih MLM sebagai salah satu kaedah pemasaran21 terbaik mereka,
antaranya :

19
Kewujudan skim piramid yang berselindung di sebalik sistem MLM tidak dapat disangkal
lagi. Perbincangan tersebut dalam sub topik terdahulu.
20
Monopoli (ihtikar) ialah penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan,
perkhidmatan, dsb dalam pasaran. (Dewan Eja Pro 2010, subjek : monopoli).
21
Azizi Mohamad menegaskan pelan pemasaran MLM adalah suatu yang unik dan menjadi
faktor penarik pemilihan syarikat di kalangan bakal pengedar. Terdapat 5 jenis pelan pemasaran yang
sering digunakan oleh pengasas MLM di Malaysia iaitu :
1. Pelan Unilevel (satu tingkat) iaitu pelan pemasaran menekankan pengiraan bonus secara terus.
Pengiraan bonus ini adalah berdasarkan level (tingkat) yang pada kebiasaannya bermula dengan
peratus yang agak besar di bahagian level atas dan semakin mengecil di bahagian bawah sehingga
boleh mencapai 9 ke 10 level ke bawah.
2. Pelan Breakaway (pelan naik tangga) iaitu pelan pemisahan (upline-downline) apabila berada di
pangkat dan peratusan bonus yang sama. Upline hanya boleh menikmati bonus leadership daripada
kumpulan downlinenya. Pembahagian bonus breakaway dikira berdasarkan overriding jualan
kumpulan.
3. Pelan Binary (pairing) – iaitu pelan pemasaran yang melibatkan 2 kaki (ahli aktif) dengan penekanan
kepada konsep pairing sebagai syarat utama pemberian bonus. Pelan ini menawarkan duit cepat
kepada pengamalnya tetapi sentiasa memerlukan ahli dan jualan baharu setiap bulan.
34

1. Kemampuan untuk bersaing dan memasarkan produk. Kemampuan masyarakat


Islam untuk merumus dan mengeluarkan produk sering terhenti apabila
berhadapan dengan situasi sukar di medan pemasaran. Pasaran barangan syarikat
Islam adalah terbatas menyebabkan kemampuan orang-orang Islam mengeluarkan
produk akhirnya terhenti akibat tidak dapat bersaing dengan pengeluar-pengeluar
lain dari sudut pemasaran.
2. Modal terhad. Umum menyedari syarikat milik orang Islam yang mempunyai
keupayaan untuk menghasilkan produk mempunyai modal yang kecil berbanding
syarikat gergasi antarabangsa serta tidak mampu menanggung kos pengeluaran
dan pasaran yang tinggi. (Zaharudin Muhammad t.thn. hlm. 1-2)

Pemerhatian penyelidik mendapati, MLM pada hakikatnya adalah tidak lebih


daripada satu kaedah pemasaran dengan matlamat yang jelas iaitu menggerakkan dan
memasarkan produk daripada pengilang kepada pengguna akhir (end consumer)22.
Perbezaannya dengan pemasaran konvensional, pemasaran MLM menghilangkan
kepelbagaian lapisan peniaga (orang tengaah) sebelum produk sampai kepada
pelanggan sedangkan pemasaran konvensional perlu melalui tingkat-tingkat lapisan
tersebut.

Pelan pemasaran MLM dilihat mempunyai banyak kelebihan kerana telah


mengurangkan penglibatan orang tengah (intermediaries) seterusnya akan membawa
kepada pengurangan kos pengeluaran produk. Pengurangan kos tersebut dimanfaatkan
oleh syarikat MLM untuk menawarkan diskaun harga, bonus dan insentif kepada para
pengedar dan ahli berdaftar. Walau bagaimanapun, sistem pemasaran yang zalim,
menindas, ada unsur-unsur paksaan, tetap tertolak dan tidak menepati syariah sekalipun
diberi nama Islam. (Wan Rumaizi Wan Hussein t.thn. hlm. 3)

4. Pelan Matrix (internet) – iaitu pelan pemasaran yang membuat susunan downline secara automatik
melalui sistem komputer. Pelan ini amat popular di kalangan syarikat MLM internet. Sebagai contoh,
matrix 3x10, 5x5 dan sebagainya. Pembahagian peratusan bonus juga dibuat berdasarkan level.
5. Pelan Hybrid (kacukan) – iaitu pelan pemasaran kacukan yang menggabungkan 2 jenis pelan di dalam
sistem pelan pemasaran sesebuah syarikat. Sebagai contoh, jualan peribadi 200PV akan dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu 100PV di bahagian A, dan 100PV lagi di bahagian B.
(http://www.autobiz.ws)
22
Pemahaman mudah berkenaan MLM ialah satu cara untuk menjual dan memasarkan barangan.
35

2.7.2 Yuran keahlian

Persoalan yuran keahlian23 adalah perkara lumrah dalam semua perniagaan jualan
langsung. Boleh dikatakan kesemua syarikat yang menggunakan sistem pemasaran
MLM menetapkan suatu kadar tertentu yang dijadikan yuran keahlian terhadap orang
yang ingin menjadi ahli atau pengedar produk-produk keluaran syarikat berkenaan.
Yuran keahlian diharuskan24 apabila memenuhi prasyarat (Panel Syariah HPA, 2009,
hlm. 8) berikut :
1. Yuran keahlian tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil
kesempatan dari peserta.
2. Yuran keahlian bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada
peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
3. Yuran keahlian tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang
zalim dan tidak bermoral. Peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal
duit akan dikembalikan.
4. Yuran keahlian tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa
berurus-niaga atau berjual-beli.

2.7.3 Prinsip hubungan Upline-Downline dari perspektif Islam

Prinsip hubungan upline-downline dalam Islam pada dasarnya adalah diharuskan selagi
kedua-duanya tidak melanggar batasan syarak. Menurut Sulaiman Ibrahim, idea dan
konsep hubungan upline-downline ini diserap melalui pengamatan terhadap metod
dakwah fardiyyah (secara individu) yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW, sahabat
dan para pendakwah sesudah baginda. (Sulaiman Ibrahim 1999, hlm. 23-36) Tambah
Agustianto, pendekatan dakwah Rasullullah SAW pada saat itu dilakukan melalui teori
gethok tular (mulut ke mulut) dari sahabat satu ke sahabat lainnya sehinggalah Islam

23
Yuran keahlian ialah wang yang dibayar tiap-tiap bulan atau pada waktu-waktu yang ditetpkan
(kepada persatuan, kesatuan atau sebagainya) (Dewan Eja Pro 2010. subjek: yuran). Yuran keahlian
disyaratkan kepada para pengedar (agen) sebagai syarat memperoleh kelebihan dan keistimewaan
daripada pihak syarikat MLM seperti mendapat potongan harga, menjadi pengedar sah, layak dibayar
bonus dan insentif dan sebagainya lagi.
24
Permasalahan seumpamanya telah dikemukakan kepada Majma c al-Fiqh perihal yuran yang
dikenakan untuk menyertai jualan lelongan oleh syarikat-syarikat perniagaan. Majlis fatwa berpendapat,
harus membayar yuran tertentu apabila ia memenuhi syarat-syarat sebagaimana di atas. (Majallah Majmac
al-Fiqh al-Islami, 1994, 2: hlm. 37).
36

dapat di terima oleh masyarakat kebanyakan. (www.ahadnet.com;


http://dokternasir.web.id)

Konsep dakwah fardiyyah pada dasarnya adalah menjurus para daci bersemuka
secara langsung dan personal kepada golongan sasar (madcu). Aspek kejujuran dan
keikhlasan yang ditunjukkan para daci dalam penyampaian Islam menjadi resepi utama
penerimaan madcu dalam melaksanakan ajaran Islam. Selanjutnya Allah SWT
meletakkan garis panduan batasan perhubungan antara upline-downline agar menepati
dan seiring dengan batasan-batasan Islam sebagaimana firmanNya dalam surah al-
Maidah ayat 2 :

ِ َٚ ‫ ْاٌ ُؼ ْد‬َٚ ُِ ‫اْل ْث‬


ْ‫ا‬ َ ‫ ََل تَ َؼ‬َٚ َٜٛ ‫اٌتَّ ْم‬َٚ ‫ ْاٌجِ ِّس‬ٍَٝ‫ا َػ‬َُٛٔٚ ‫تَ َؼب‬َٚ
ِ ْ ٍَٝ‫ا َػ‬ُٛٔٚ‫ب‬

Maksudnya :

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan


bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan.

Namun begitu, hubungan antara individu (upline-downline) yang terlalu jauh


(berbilang tingkat) adalah tidak digalakkan kerana dikhuatiri tahap keikhlasan dan
kebolehpercayaan seseorang. Sebagai contoh, pelantikan agen atas agen, A melantik B
sebagai B menjual kereta sementara B melantik C sebagai agennya. Kebarangkaliannya,
A tidak mengenali C, tidak mengetahui tahap keikhlasan dan kebolehpercayaannya dan
berkemungkinan C akan melakukan transaksi yang tidak dibolehkan oleh Islam.
Kekhuatiran sebegini mungkin menjejaskan hubungan A dan B, akan tetapi kekhuatiran
semata-mata tidak boleh dijadikan asas bagi hukum haram dari perspektif muamalat
Islam, khasnya di dalam konteks MLM. Sebagai langkah mengelakkan kekhuatiran
sebegini, pihak syarikat MLM perlu menyediakan garis panduan bagi operasi
perniagaan dan pemasarannya. (Muhammad Muda et al, t.thn. hlm. 9-10)

Pemerhatian penyelidik mendapati, hubungan upline-downline hendaklah


disandarkan kepada satu hubungan atau transaksi perniagaan seperti melantik downline
sebagi wakil upline dan syarikat untuk memasarkan produk syarikat dengan syarat yang
37

dipersetujui bersama (upline-downline-syarikat). Sandaran hubungan ini di dalam


muamalat Islam adalah selari dengan konsep wakalah25. Akad wakalah (perwakilan) ini
boleh dilakukan dengan upah (ujrah26) atau tanpa upah. Pada kebiasaannya, hubungan
perwakilan di antara upline dan downline adalah wakalah tanpa upah. Namun, dalam
perkara ini harus bagi upline untuk mengambil ganjaran atas usaha memperkenalkan
perniagaan yang tersebut dan melatih downline terbabit dengan harapan perniagaan itu
akan berkembang dengan aktif. Downline pula atas prinsip perniagaan harus mengambil
keuntungan dari usaha penjualan yang dibuat. Kedua-dua ganjaran ini dilihat adalah
berdasarkan akad jacalah27 di antara upline dan downline dengan syarikat MLM.

2.7.4 Pendapatan Pengedar

Hubungan upline-downline sebagaimana dibincangkan (terdahulu) adalah berdasarkan


hubungan kerjasama di antara seorang agen dengan agen yang lain (di bawah atau di
atas). Hubungan sebegini (upline-downline) tidak melibatkan sebarang akad
perkongsian keuntungan mahupun upah / komisen. Akad yang terjalin hanyalah
melibatkan akad wakalah tanpa upah. Kerjasama yang terjalin antara mereka adalah
kerjasama di antara pengedar dalam pemasaran dan penjualan produk syarikat. Oleh
yang demikian, seseorang pengedar tidak berhak menuntut komisen yang diperoleh oleh
pengedar lain. Perumpamaan ini boleh disandarkan kepada firman Allah SWT: dalam
surah al-Maidah ayat 2:

25
Wakalah (wakil) iaitu orang yang diberi kuasa menggantikan atau bertindak bagi pihak orang
lain, (pengganti) Ia juga ditakrifkan sebagai orang (syarikat, dll) yang menjalankan urusan perniagaan dan
sebagainya untuk orang atau pihak lain (ejen) (Dewan Eja Pro 2010. subjek : wakil; az-Zuhayly, tt; 4:504;
Sayyid Sabiq, 1977, 3: 228)
26
Upah (ujrah) iaitu wang dll yang diberikan kepada orang yang disuruh mengerjakan sesuatu,
bayaran sebagai pembalas jasa, ganjaran untuk tenaga orang yang telah digunakan. (Dewan EjaPro 2010,
subjek : upah) Akad wakalah yang dilakukan dengan upah (ujrah) dalam konteks muacmalat Islam
termasuk dalam perbincangan hukum pemberian upah (ijarah) (al-Zuhayliy, t.th., 4:505; Sayyid Sabiq,
1977, 3:231) Menurut Mazhab Hanafi, Hambali dan Maliki - wakalah bersyarat (upah / tanpa upah)
adalah dibenarkan di dalam muacmalat Islam seperti : Anda mewakili saya dalam jual beli ini apabila
Zaid sampai… Wakalah juga dibenarkan dengan sandaran waktu tertentu dan tempat tertentu. (Wizarah
awqaf wa syuun al-Islamiyyah – al-Kuwait, 1983, 12:318)
27
Jicalah, jucl, jacalah atau ja‟clah iaitu memberikan sesuatu (hadiah, sagu hati atau upah)
kepada seseorang atas sesuatu perbuatan, ataupun apa yang diberikan kepada seseorang atas sesuatu yang
dilakukannya. Ia dinamakan perjanjian hadiah (ganjaran, juacl atau upah tertentu), iaitu persetujuan atau
penegasan dengan kehendak yang khusus. Seperti memberi hadiah kepada sesiapa yang menjumpai
sesuatu barang yang hilang atau kepada seseorang yang membina pagar dan sebagainya. (ai-Zuhayliy,
t.th.; 15:208)
38

ِ َٚ ‫ ْاٌ ُؼ ْد‬َٚ ُِ ‫اْل ْث‬


ْ‫ا‬ َ ‫ ََل تَ َؼ‬َٚ َٜٛ ‫اٌتَّ ْم‬َٚ ‫ ْاٌجِ ِّس‬ٍَٝ‫ا َػ‬َُٛٔٚ ‫تَ َؼب‬َٚ
ِ ْ ٍَٝ‫ا َػ‬ُٛٔٚ‫ب‬

Maksudnya :

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan


bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan.

Sebagai contoh, A ingin menjual rumah dan melantik B sebagai agennya dengan
komisen sebanyak 10% jika rumah itu terjual. Sementara B pula melantik C sebagai
agennya dengan komisen 10% tetapi mengambil 5% daripada C. Islam tidak
membenarkan muamalat sebegini kerana B bukan pemilik rumah asal dan juga bukan
pembeli. Adapun muamalat yang dibenarkan Islam adalah hasil kerjasama antara B dan
C dalam urusan jual beli rumah tersebut dengan keuntungan di bahagi sama rata.
Pengambilan untung (B) dalam contoh di atas merupakan salah satu bentuk kezaliman
dan penindasan secara tidak langsung serta dilarang di dalam muamalat Islam.
(Muhammad Muda et al., t.thn., hlm. 10-11)

Amalan pemberian bonus melalui penajaan sebagaimana yang dipraktikkan oleh


sebilangan syarikat pengendali MLM adalah bertentangan dengan konsep asal MLM
yang telus. Akan tetapi, pemberian peratusan komisen tertentu kepada para upline
melalui pembelian atau penjualan downline adalah dibenarkan dengan syarat upline
tersebut menaruh usaha atas kerja yang dilakukan downlinenya seperti memberi
bimbingan, tunjuk ajar dan menjayakan mereka.28

28
Para uclama‟ berselilih pendapat kewajaran pemberian komisen kepada dua pendapat iaitu :
1. Haram mengambil komisen atas usaha orang lain bersandarkan hujah mengambil hak orang lain tanpa
hak atau tidak diketahui siapa yang mengambilnya (Abu Amer Mujahid)
2. Harus mengambil komisen daripada downline sekalipun upline tidak menaruh sebarang usaha atas
pekerjaan yang dilakukan. Besandarkan hujah upline telah berusaha memperkenalkan perniagaan ini
kepadanya.

Sebagai penyelesaian, Islam membenarkan akad al-samsarah (kontrak perlantikan ejen) iaitu akad yang
melibatkan seorang ejen dengan pemilik barang (sahih al-mal); atau pembeli barang. Jika pemilik barang
meminta seseorang untuk menjualkan barangnya dengan komisen tertentu, maka ini adalah pelantikan
ejen yang sah. Demikian pula jika seorang pembeli barang meminta seseorang untuk mencarikan barang
tertentu dengan komisen tertentu, maka pelantikan ejen seperti ini juga sah menurut syarak.
39

Namun, pemberian komisen dengan syarat tertentu daripada pihak syarikat


kepada para pengedar sama ada dalam bentuk wang ringgit atau ganjaran lainnya adalah
dibenarkan. Sebagai contoh, jualan runcit produk A adalah RM100.00, di mana
RM45.00 adalah harga sebenar produk dan RM55.00 adalah kos penghasilannya (kos
pemasaran, penghantaran dan sebagainya). Harga yang sedia dimaklumi para pengedar
dengan margin keuntungan sebanyak RM55.00 adalah dibenarkan dan tergolong dalam
kontrak jacalah di dalam muamalat Islam.

Pemerhatian penyelidik mendapati, konsep pemberian bonus di dalam sistem


MLM adalah bersandarkan kepada kontrak jacalah di dalam muamalat Islam.
Pemberian bonus (al-jacl) dan insentif sebagaimana dijanjikan syarikat MLM (al-jacil)
adalah suatu yang dimaklumi dan diketahui oleh para pengedar (al-acmil) apabila
memenuhi syarat tertentu. Walaupun terdapat sedikit jahalah dari sudut kuantiti kerja
yang dilakukan namun tidak menjejaskan tujuan kontrak dilakukan. Para uclama‟
bersepakat tentang keharusan kontrak jacalah ini dengan syarat-syarat yang tertentu. 29

29
Pendapat ini merupakan pendapat yang masyhur dikalangan mazhab Maliki, Hanbali dan
Syafiee.Kontrak jacalah diharuskan (Mazhab Maliki, Hanbali dan Syafie) bersumberkan dalil al-Quran
dan al-Sunnah. Firman Allah dalam surah Yusof ayat 72 :

)ُ١‫أٔب ثٗ شػ‬ٚ ،‫س‬١‫ٌّٓ جبء ثٗ حًّ ثؼ‬ٚ ، ‫اع اٌٍّه‬ُٛ‫ ٔفمد ط‬:‫ا‬ٌٛ‫(لب‬
Maksudnya : “Orang-orang menteri menjawab: "Kami kehilangan cupak raja. dan sesiapa Yang
memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan Akulah Yang
menjamin pemberian itu".

Dalil daripada sunnah adalah perbuatan sebilangan sahabat Nabi SAW mengambil upah dengan membaca
(jampi) menggunakan ayat al-Quran(surah al-Fatihah) diriwayatkan oleh jamaah kecuali al-Nasai‟
daripada Abu Sacid al-Hudriyy katanya :

ُ٘ ‫ّٕب‬١‫ فج‬، )ُ٘ٛ‫ف‬١‫ؼ‬٠( ُ٘ٚ‫ُ ْمس‬٠ ٍُ‫ ف‬،‫بء اٌؼسة‬١‫بً ِٓ أح‬١‫ا ح‬ٛ‫ظٍُ أت‬ٚ ٗ١ٍ‫ هللا ػ‬ٍّٝ‫ي هللا ط‬ٛ‫(أْ ٔبظب ً ِٓ أطحبة زظ‬
،‫غ شبء‬١‫ُ لط‬ٌٙ ‫ا‬ٍٛ‫ فجؼ‬،ً‫ا ٌٕب جؼال‬ٍٛ‫ تجؼ‬ٚ‫ فال ٔفؼً أ‬،‫ٔب‬ٚ‫ ٌُ تمس‬:‫ا‬ٌٛ‫ق؟ فمب‬
ٍ ‫ىُ زا‬١‫ ً٘ ف‬:‫ا‬ٌٛ‫ فمب‬،‫ٌئه‬ٚ‫د أ‬١‫ورٌه إذ ٌدؽ ظ‬
‫ي‬ٛ‫ ٔعأي زظ‬ٝ‫ َل ٔأخر٘ب حت‬:‫ا‬ٌٛ‫ فمب‬،‫ُ٘ ثبٌشبء‬ٛ‫ فأت‬،ً‫ فجسأ اٌسج‬،ً‫تف‬٠ٚ ،ٗ‫جّغ ثصال‬٠ٚ ،ْ‫مسأ ثأَ اٌمسآ‬٠ ً‫فجؼً زج‬
‫خ؛‬١‫ب زل‬ٙٔ‫ إ‬،‫ِب أدزان‬ٚ :‫لبي‬ٚ ،‫ فؼحه‬،‫ظٍُ ػٓ ذٌه‬ٚ ٗ١ٍ‫ هللا ػ‬ٍّٝ‫ي هللا ط‬ٛ‫ا زظ‬ٌٛ‫ فعأ‬،ٍُ‫ظ‬ٚ ٗ١ٍ‫ هللا ػ‬ٍّٝ‫هللا ط‬
)ُٙ‫ب ثع‬ٙ١‫ ف‬ٌٟ ‫ا‬ٛ‫اػسث‬ٚ ‫٘ب‬ٚ‫خر‬
Maksudnya : Sebahagian sahabat Nabi SAW mendatangi salah sebuah perkampungan Arab, akan tetapi
mereka tidak disambut sebagai tetamu, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita ketua kabilah tersebut
dipatuk ular. Maka datanglah seorang penghuni kabilah meminta tolong. Katanya : Adakah dikalangan
kamu sesiapa yang pandai menjampi? Sahabat menjawab : Kami tidak akan menjampi beliau, kecuali
kalian berjanji untuk memberikan upah (ja calah). Maka mereka dijanjikan sepotong daging kambing.
Maka, seorang sahabat tampil dan membacakan surah al-Fatihah (ummu al-Kitab), lalu diludahkan pada
tempat yang terkena patukan tersebut dan sembuhlah lelaki tersebut. Merepun diberikan daging kambing
berkenaan. Sebilangan sahabat lain berkata : Kami tidak akan mengambil daging tersebut sehingga kita
bertanya kepada Rasullullah SAW. Apabila ditanyakan kepada baginda SAW perihal tersebut, Baginda
40

Malahan, harus menetapkan syarat tambahan - selain dari yang ditetapkan


syarak dalam mana-mana akad perniagaan dan harta dengan syarat tidak melanggar
hukum yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan serta pilih kasih.
Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW:

30
َّ ‫ك ْاٌ َح‬
‫ك‬ َ َ‫اف‬َٚ ‫ ُْ َِب‬ِٙ ‫ ِؽ‬ُٚ‫ ُشس‬ٍَٝ‫َْ َػ‬ُّٛ ٍِ‫ َظٍَّ َُ ْاٌ ُّ ْع‬َٚ ِٗ ١ْ ٍَ‫هللاُ َػ‬
َّ ٍَّٝ‫ط‬ ِ َّ ‫ ُي‬ُٛ‫لَب َي َزظ‬
َ ‫هللا‬

Maksudnya :

Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati


yang hak (yakni hukum Allah).

2.7.5 Bonus, Insentif dan penghargaan

Dunia pemasaran MLM sering dikaitkan dengan pemberian bonus, insentif31 dan
penghargaan yang melampau kepada para pengedarnya32. Ketiga-tiga istilah ini adalah
perkara yang paling menonjol apabila permasalahan mengenai MLM dibangkitkan.
Istilah bonus dan insentif dijadikan daya penarik dan strategi mengaburi mata
(memancing) masyarakat menjadi pengedar (agen) baharu untuk memasarkan produk
syarikat. Keghairahan pengedar memperluas jaringan dan jualan kadang-kadang
menjerumuskan mereka kepada pelanggaran batas yang sepatutnya melalui penceritaan
dan gambaran pendapatan yang keterlaluan sehingga membawa kepada penipuan.
Hakikatnya, perolehan setiap pengedar adalah berdasarkan kepada usaha dan penat lelah
memasarkan produk dengan kuantiti yang ditetapkan seolah-olah disembunyikan.

tertawa lalu bersabda : Bagimana kamu mengetahi, itu (bacaan surah al-Fatihah) adalah jampi, ambillah
daging kambing tersebut dan berikan padaku sedikit daripadanya (sahamku).

Namun, menurut mazhab Hanafi kontrak jacalah tidak harus kerana terdapatnya gharar (ketidah pastian)
iaitu jahalah dari sudut kuantiti kerja dan tempoh masa yang dilakukan. (al-Zuhayliy, t.th., 5:513)
30
Hadis riwayat al-Hakim Daarak as dan Aisyah r.a. (al-Jauzy, hadis no:1425, 2:177; Ibn ad-
Daqiq al-Eid, hadis no : 1046, 2:532; al-Zahaby, 2:80)
31
Insentif iaitu suatu (berupa kebendaan atau tidak) yang diberikan atau ditawarkan sebagai
dorongan atau galakan. (Dewan Eja Pro 2010, subjek : insentif)
32
Dakwaan sebegini merupakan “cakap-cakap kedai kopi” yang sering didengari apabila
persoalan tentang MLM dibangkitkan bagi mengelakkan diri dari terlibat dalam perniagaan MLM atau
membeli produk MLM yang ditawarkan.
41

Pemberian bonus, insentif dan ganjaran sebagaimana disebutkan di atas adalah


berbeza antara satu syarikat dengan yang lain. Perbezaan yang paling ketara adalah dari
segi kuantiti ganjaran, cara pengiraan, syarat kelayakan bonus dan orientasinya.
Semuanya adalah bergantung kepada polisi perniagaan sesebuah syarikat MLM itu.
Walau bagaimanapun, kepelbagaian bonus dan insentif dapatlah dirumuskan
sebagaimana berikut :
1. Bonus jualan produk (peribadi atau kumpulan) (retail)33.
2. Bonus pengelolaan / penajaan (sponsoring).34
3. Bonus kecemerlangan dan prestasi (over riding)35

Di antara ketiga-tiga jenis bonus tersebut, bonus over riding merupakan nadi
kepada MLM dan semua sistem perniagaan jenis ini tidak terkecuali daripada
mengamalkannya. Malah ia termasuk di dalam klausa pengertian MLM sebagaimana

33
Bonus jualan adalah bergantung kepada kadar produk yang telah dipasarkan, sama ada secara
peribadi iaitu oleh pengedar itu sendiri ataupun kumpulan (rangkaiannya). Jenis dan kadar bonus yang
diperoleh bergerak seiring dengan peningkatan volum produk yang berjaya dipasarkan.
34
Pengamatan penyelidik mendapati tiada sistem MLM yang memberi ganjaran terus di atas
kerja-kerja penajaan. Kenyataan ini tidak menafikan sama sekali kewujudannya, kerana sememangnya
ada syarikat MLM yang menawarkan bonus penajaan yang tinggi kepada para pengedar. MLM sebegini
dinamakan “Head Huanting”, ciri dan perbahasan lanjut telah dibincangkan dalam topik terdahulu (MLM
dan Sistem Piramid). Kecenderungan sebilangan syarikat yang menggunakan pendekatan ini telah
mengalih perhatian pengedar daripada menjual produk kepada mencari ahli-ahli baharu untuk ditaja.
Hakikat sebenarnya, proses penajaan merupakan salah satu sumber pendapatan kepada pengedar melalui
pembelian produk dan barangan oleh ahli baharu selepas proses penajaan secara tidak langsung.
35
Insentif / bayaran gantirugi yang diberikan pihak syarikat MLM kepada leader group
kumpulan apabila berjaya membentuk leader group baharu dan mencapai sasaran jualan yang ditetapkan
syarikat pengendali MLM tersebut. Sesuatu peraturan (yang dipersetujui) dari jumlah jualan bulanan
kumpulan (downline) terpisah akan dibayar kepada penaja (upline / leader group) asal. (Amar Said,
2000).

Sebagai contoh,Syarikat Hai-O Marketing Sdn. Bhd. menetapkan bahawa Sales Manager akan menerima
Bonus prestasi sebanyak 21% daripada nilai volum jualan sendiri dan pengedar-pengedar di bawahnya
dan Bonus Perkembangan SM (Sales Manager) 15% iaitu :
1. Generasi Sendiri - 0.8%,
2. Generasi Pertama - 0.7%
3. Generasi Kedua - 0.6%.

Nilai 0.8% daripada generasi sendiri, 0.7% daripada generasi pertamadan 0.6% daripada generasi kedua
itulah yang di maksudkan sebagai Overriding Bonus.
42

yang difahami oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna.36

Penilaian penyelidik mendapati pemberian bonus, insentif dan penghargaan di


dalam muamalat Islam adalah selari dengan konsep hibah37dan wakalah. Hibah di
dalam Islam merupakan satu tuntutan untuk menggalakkan para pekerja lebih
bersemangat, bersungguh-sungguh dan lebih bekerja keras. Walau bagaimanapun,
perlaksanaan hibah adalah atas budi bicara (discretion) pihak syarikat berdasarkan
keuntungan dan kerja keras para pengedarnya. Sementara itu, imbuhan dengan syarat
pencapaian prestasi tertentu yang dipersetujui kedua pihak (syarikat dan pengedar)
adalah bertepatan dengan konsep jacalah.38

Di dalam sistem Muamalat Islam, pemberian bonus prestasi boleh disandarkan


konsep jacalah (upah). Kewajaran seorang upline menerima sebahagian daripada
peratusan jualan downline adalah bertitik tolak daripada usaha para upline
memperkenal, membimbing dan membantu para downline mengembangkan perniagaan
masing-masing39. Seperti yang dibincangkan di atas, konsep usaha ini diharuskan dalam
Islam. Malah, jika wujud perjanjian di dalam kontrak antara wakil syarikat dan syarikat
terbabit tentang komisen yang akan diberikan berasaskan prestasi perniagaan, maka
wajib ke atas syarikat untuk melaksanakannya.

36
Rujuk Akta Jualan Langsung 1993 (AJL1993).
37
Hibah pada pengertian bahasa ialah sementara pada istilah syarak ialah suatu akad yang
mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang
lain pada masa hidupnya tanpa balasan (icwad), atau ikatan baik secara lisan ataupun tertulis. (al-Jazairiy,
Abu Bakar Jabir; 3:172) Hibah adalah pemberian dalam bentuk barang. Ia merupakan salah satu bentuk
tabarru‟ (pemberian tanpa balasan keuntungan) (al-Zuhayliy, t.th., 4:740).
38
Pemberian bonus prestasi oleh pihak syarikat MLM adalah merupakan ganjaran atas usaha
penjualan produk dan bukannya penambahan ahli. Walaupun kadangkala terdapat juga penjualan yang
diikuti dengan keahlian, tetapi secara asasnya pemasaran produk perlu diutamakan dari penambahan
keahlian kerana keuntungan yang diperoleh adalah menerusi penjualan produk syarikat. Pemberian bonus
disebabkan pertambahan jumlah keahlian merupakan salah satu ciri skim piramid sebagaimana di
bincangkan sebelumnya.
39
Pemerhatian penyelidik mendapati, segelintir upline hanya berpeluk tubuh dan menyaksikan
dari jauh jerih perit para downline mengembangkan perniagaan masing-masing tanpa sokongan moral
atau tunjuk ajar. Tindakan sedemikian adalah bersalahan dengan konsep MLM yang telus dan haram
hukumnya mengambil hasil orang lain tanpa usaha.
43

Konsep hibah dalam MLM dengan mengaplikasikannya sebagai pemberian


insentif di atas prestasi dan pencapaian seseorang pengedar yang mencapai sasaran
jualan yang ditentukan syarikat adalah harus dan bersesuaian dengan qawaid fiqhiyyah:

‫اة ثمدز اٌتؼت‬ٛ‫اٌث‬

Maksudnya :

Besarnya ijrah (upah) itu tergantung pada kadar kesulitan dan pada kadar
kesungguhan.

Penghargaan kepada upline yang mengembangkan jaringan (level) di bawahnya


(downline) dengan cara bersungguh-sungguh, memberikan pembinaan (tarbiyah)
pengawasan serta teladan prestasi (uswah) memang patut di lakukan. Justeru, usaha,
pengorbanan dan titik peluh membimbing downline serta jerih payahnya mereka
memberi tunjuk ajar melayakkan para upline mendapat bonus dari usaha yang telah
dijalankannya, Rasullullah SAW bersabda :

ْْ َ‫ ِْس أ‬١‫َب ثَ ْؼ َدُٖ ِِ ْٓ َغ‬ِٙ‫أَجْ ُس َِ ْٓ َػ ِّ ًَ ث‬َٚ ‫اْلظ َْال َِ ُظَّٕخً َح َعَٕخً فٍََُٗ أَجْ ُسَ٘ب‬
ِ ْ ِٟ‫َِ ْٓ َظ َّٓ ف‬
‫ئًب‬١ْ ‫ز ِ٘ ُْ َش‬ُٛ ُ َ ُ‫َ ْٕم‬٠
ِ ‫ض ِِ ْٓ أج‬
40

Maksudnya :

Barang siapa di dalam Islam berbuat suatu kebajikan maka kepadanya diberi
pahala, serta pahala dari orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikit pun.

Faktor pemberian intensif oleh syarikat MLM biasanya mengambil kira


beberapa syarat seperti prestasi jualan individu atau berkumpulan dan jaringan
(network) perniagaan yang telah dibina. Sementara nilaian insentif diberikan kepada
para pengedar adalah tertakluk kepada syarikat pengendali MLM masing-masing.
Menurut Setiawan Budi Utomo, terdapat tiga prasyarat pemberian insentif yang perlu
diikuti iaitu; adil, terbuka dan berorientasikan falah (keuntungan dunia dan akhirat).
Tambahnya, insentif (bonus) seseorang (upline) tidak boleh mengurangi hak orang lain

40
Hadis riwayat Jarir bin Abdullah al-Bajaliyy, (Ibn Hajar al-Asqolani, Bab al-Ism, 1379H,
13:302; al-Nasai, hadis no : 2346, 2001, 3:60; al-Tohawi, hadis no : 243, 1994, 1:223)
44

di bawahnya (downline), telus, dimaklumi oleh semua pengedar juga penentuan


perjalanan sistem dibawa bermesyuarat bersama. (Utomo, 2009)

Isu yang tidak kurang pentingnya juga ialah menjadikan „target jualan‟ sebagai
syarat kelayakan menikmati bonus dan insentif yang dijanjikan. „Target jualan‟
dijadikan syarat asas pemberian bonus dan insentif walaupun berbeza kuantiti yang
dijadikan syarat minima, setiap syarikat tetap memberikan penekanan kepada aspek ini.

Tegas Rumaizi, umum menganggap bahawa syarat „target jualan‟ adalah


keterlaluan dan merupakan salah satu bentuk kezaliman yang mencacatkan perniagaan
MLM. Unsur paksaan dan tekanan secara halus dan tidak langsung berlaku seolah-olah
pihak syarikat memaksa pengedar membuat jualan pada tahap tertentu seperti : "Anda
mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM350.00 sebulan bagi
melayakkan diri untuk mendapatkan bonus". (Wan Rumaizi Wan Hussein t.thn. 18)

Penelitian penyelidik mendapati, logiknya syarat ini dikenakan adalah


bertepatan dengan objektif asal MLM iaitu untuk memasarkan produk. Tambahan pula,
ganjaran yang diberikan saling berkait dengan usaha dan kesungguhan para pengedar.
Secara amnya para pengedar telah pun memperoleh keuntungan daripada jualan yang
dibuat iaitu untung runcit. Pemberian bonus dan insentif bolehlah diibaratkan sebagai
galakkan dan motivasi kerja di atas komitmen para pengedar yang dapat membuat
jualan tertinggi pada satu-satu masa. Di pihak syarikat „target jualan‟ penting untuk
memastikan adanya pergerakan produk dan pemasaran secara sistematik. Syarat ini juga
dijadikan satu standard dan kayu pengukur (benchmark) yang boleh dijadikan ukuran
kepada kadar pergerakan produk dan kadar usaha yang telah dicurahkan seiring
dengannya.

Dakwaan adanya unsur paksaan atau tekanan secara tidak langsung tidak timbul
kerana tiada sebarang kerugian yang akan ditanggung para pengedar ini sedangkan
keuntungan telah pun diperoleh sekali pun jika „target jualan‟ tidak tercapai. Ini kerana
setiap produk yang terjual sudah disertakan untung jualan runcit sebanyak 20%-30%
(bergantung kepada polisi syarikat). Sementara bonus dan insentif yang diperoleh
kemudiannya adalah „extra-income‟ di atas pengorbanan, masa dan tenaga yang
45

dicurahkan. „Usaha lebih‟ yang diberikan diganjari dengan pulangan yang lebih
menguntungkan.

2.7.6 Kewajaran Harga Produk dalam Perniagaan MLM

Islam tidak mengehadkan peratusan tertentu sebagai tanda aras keuntungan (ribhun)41
atau meletakkan ceiling42 bagi sesuatu produk.43 Persoalan harga menurut Zaharudin
Muhammad pada dasarnya ditentukan oleh pasaran semasa (market) dengan mengambil
kira penawaran dan permintaan, produk dan kualiti, barang keperluan atau sebaliknya.
Tambahnya lagi, tiada peratusan untung tertentu yang ditetapkan syariah sama ada
mengambil untung 50%, 100% atau seumpamanya. (Zaharudin Muhammad. t.thn., hlm.
7) Bahkan terdapat hadis yang menunjukkan keharusan mengambil untung sebanyak
100% sebagaimana hadis yang disebut di dalam Sahih Bukhari (Kitab Manaqib no.
3642). Bahkan terdapat riwayat Bukhari yang menyebut bahawa Abdullah bin Zubair
mengambil untung tujuh kali ganda daripada harga tanah yang dibeli oleh ayahnya
manakala sahabat yang lain tidak mengingkarinya (ijmak sukuti).

Sebaliknya penetapan ceiling (al-tascir) hanya boleh dilakukan pemerintah


apabila berlakunya monopoli44 terhadap barang keperluan (ruji) masyarakat. Persoalan
penetapan ceiling barangan telah dijelaskan Rasullullah SAW melalui hadisnya :

41
Untung (ribhun) iaitu hasil pendapatan atau perolehan daipada sesuatu kegiatan (seperti
perusahaan, perniagaan, dll) yang melebihi modal dan segala perbelanjaan yang berkaitan, laba (Dewan
EjaPro 2010, subjek: keuntungan)
42
Ceiling iaitu had maksimum atau kerajaan mengenakan had maksimum ke atas sewa. (Dewan
EjaPro 2010. Subjek : ceiling) istilah ceiling (al-Tascir) di dalam muacmalat Islam iaitu meletakkan harga
tetentu ke atas sesuatu barang jualan agar tidak menzalimi pemilik barang dan tidak merugikan pembeli
(Sayyid Sabiq, 1977, 3:104)
43
Kenyataan ini disokong oleh Muhammad Bakr Ismail di dalam buku himpunan fatwanya;
“Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau
jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para uclama‟ Islam. Peniaga hendaklah
menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad
jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah
SWT (al-Quran, al-Nisa‟, 3: 29) bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan
(gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan
jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu. (Muhammad Bakar
Ismail, 1992, hlm. 108).
44
Menurut Abdul Muhaimin Mahmood, monopoli (ihtikar) berlaku apabila jumlah barangan
keperluan di pasaran berkurangan, permintaan meningkat dan barangan dijual pada harga yang mahal.
Monopoli hanya akan memberikan keuntungan kepada segolongan peniaga kerana meraih keuntungan
46

‫َب‬٠ ‫ا‬ٌُٛ‫ظٍُ – فَمَب‬ٚ ٗ١ٍ‫ هللا ػ‬ٍٝ‫ ط‬- ِ‫هللا‬ َّ ‫ ِي‬ُٛ‫ ِد َزظ‬ْٙ ‫ َػ‬ٍَٝ‫ َغال اٌ ِّع ْؼ ُس َػ‬:‫ط لَب َي‬ ٍ ََٔ‫ػ َْٓ أ‬
،ُ‫ق ْاٌ ُّ َع ِّؼس‬ ِ ‫ ْاٌمَبثِغُ ْاٌجَب ِظؾُ اٌس‬َٛ ُ٘ ‫هللا‬
ُ ‫َّاش‬ َ َّ ْ‫(إ‬
َّ :‫ فَمَب َي‬، ‫د؟‬ ِ َّ ‫ي‬ُٛ
َ ْ‫ْ َظؼَّس‬ٌَٛ ‫هللا‬ َ ‫َزظ‬
ْ َّ ‫ أَ َح ٌد ِث‬ِٟٕ ُ‫طٍُج‬
ٍَ ‫ َد‬ِٟ‫َّبُٖ ف‬٠‫َب إ‬ُٙ‫ظٍِ َّ ٍخ ظٍََ ّْت‬ ْ ٠َ ‫َل‬َٚ ًَّ ‫ َج‬َٚ ‫هللاَ َػ َّص‬
َّ َٝ‫ أَ ْْ أَ ٌْم‬ُٛ‫ َألزْ ج‬ِِّٟٔ‫إ‬َٚ
45
)‫بي‬
ٍ َِ ‫َل‬َٚ

Maksudnya :

Daripada Anas r.a berkata : Suatu ketika harga barang jualan melambung mahal
mereka menemui Rasullullah SAW dan berkata : Wahai Rasullullah SAW
buatlah penetapan harga barangan? Baginda menjawab : Sesungguhnya Allah
SWT dialah pemberi rezeki, pemurah penentu harga barangan, dan Aku pohon
apabila aku bertemu denganNya aku tidak akan disoal tentang kezaliman yang
telah aku lakukan sebelumnya sama ada pada harta atau darah.

Hadis di atas memberikan gambaran jelas pendirian Rasullullah SAW menolak


permintaan para sahabat agar menetapkan harga (ceiling) barangan keperluan di pasar.

berlipat ganda. Perbuatan monopoli adalah haram dan dilarang dalam Islam kerana ia menyebabkan
kemudaratan dan kesulitan kepada masyarakat awam, khususnya golongan miskin dan mereka yang
berpendapatan rendah. (Abdul Muhaimin Mahmood et.al, 2008, hlm. 3) Dalam satu hadis Rasullah SAW
bersabda;

.ٍُ‫اٖ ِع‬ٚ‫ز‬ .‫اٌؼدي‬ٚ ‫د ػٓ اٌحك‬١‫ ثؼ‬ٛٙ‫ ف‬:ٜ‫ أ‬. "‫ خبؽئ‬ٛٙ‫ " ِٓ احتىس ف‬:‫ (ص) لبي‬ٟ‫ػٓ ِؼّس أْ إٌج‬
Maksudnya : Dari Macmar bahawa Rasullullah SAW baginda bersadba : Barang siapa yang memonopoli
sesungguhnya dia bersalah. Yakni ia telah tersasar jauh dari perkara yang sebenar dan keadilan.

Ibn Taimiah dan Ibn Qayyim menghuraikan, antara bentuk monopoli yang diharamkan juga ialah apabila
para peniaga bersepakat antara satu sama lain bagi menjual barangan dengan harga yang lebih tinggi dari
harga pasaran. Sementara hikmah diharamkan perbuatan monopoli ini adalah bagi menolak kemudaratan
atau kesulitan terhadap masyarakat umum. Menurut al-Banhawi, para fuqaha berijmak sekiranya
seseorang mempunyai makanan yang tidak ada pada orang lain; sedangkan orang lain sangat
memerlukannya, maka dalam situasi seumpama ini diharuskan bagi pemerintah untuk memaksa pemilik
makanan tersebut supaya menjual makanan yang berada dalam simpanannya bertujuan menolak
kemudaratan terhadap masyarakat. (al-Banhawi, hlm. 223)

Tambah Abdul Muhaimin Mahmood, istilah monopoli yang digunapakai oleh syarikat-syarikat yang
menjalankan pemasaran secara MLM tidak wujud kerana barangan keperluan yang dijual
kebanyakkannya berada dipasaran terbuka dan dijual menggunkan kaedah pemasaran lain. Malahan
pemasaran secara MLM adalah satu alternatif memecahkan monopoli perniagaan yang telah berakar umbi
di pasaran terbuka. (Abdul Muhaimin Mahmood, http://www.islam.gov.my/muamalat/artikel/ perkara-
haram-dalam-perniagaan)
45
Hadis diriwayatkan oleh al-Hamsah kecuali al-Nasi‟ dan disahihkan al-Tarmizi (al-Harimly al-
Najdi, hadis no :2946, 1998, 2: hlm. 59).
47

Bertepatan dengan itu, sebilangan uclama‟ berpendapat penetapan harga (ceiling)


barangan di pasar hanya boleh dilakukan pihak pemerintah apabila berlaku kes
monopoli barangan dan ia terhad kepada barangan ruji sahaja. (al-Zuhayliy, t.thn., 4:
hlm. 241)

Namun, kadangkala berlaku ketidakwajaran harga barangan dagangan. Menurut


al-Zuhayliy isu “Ketidakwajaran harga di antara pertukaran didalam jual-beli sama
ada terlalu rendah atau tinggi berbanding nilai yang sepatutnya” di dalam muamalat
Islam dibincangkan di bawah tajuk al-Ghabn.46 (al-Zuhayliy, t.thn., 4: hlm. 576)
Sebagai contoh, seorang peniaga menjual barangnya terlalu murah di bawah harga
munasabah (harga pasaran) atau seorang pembeli membeli sesuatu barang dengan harga
yang terlalu mahal berbanding harga munasabah (harga pasaran). 47 Ruang eksploitasi ke
atas pembeli dan penjual terbuka luas dalam dua situasi di atas yang mengakibatkan
kerugian kepada pihak yang terlibat. Para uclama‟ membahagikan al-ghabn kepada dua
kategori:
1. Al-Ghabn al-Yasir- kerugian yang sedikit.
2. Al-Ghabn al-Fahish- kerugian yang melampau.

46
al-Gabn iaitu harga sesuatu barangan itu lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga
kebiasaan. Jika tinggi atau rendah sesuatu harga itu hanya sedikit, ia dinamakan Ghabnun Yasiir, Jika
tinggi atau rendah sesuatu harga itu berlaku secara melampau, maka ia dinamakan Ghabnun Fahish.
47
Menurut Zaharudin Muhammad, barangan MLM mungkin dijual agak tinggi berbanding
barangan seumpamanya dipasaran adalah disebabkan kos pengeluaran, kos pasaran, kuantiti pengeluaran
yang sedikit dan sebagainya. Sebagai contoh, jika ubat gigi Colgate 250g dijual dengan harga sekitar
RM3.50, tidak semestinya ubat gigi MLM mesti dijual dengan harga yang sedemikian, kerana kos
pengeluaran dan pemasarannya berbeza.

Menyorot sedikit perihal pengeluaran kedua-dua jenis ubat gigi tersebut, kita akan mendapati ubat gigi
Colgate yang merupakan jenama antarabangasa akan lebih banyak dipasarkan berbanding ubat gigi
MLM. Seterusnya, kita akan mendapati kos pengeluarannya rendah kerana dikeluarkan dalam jumlah
yang tinggi dan margin keuntungannya tinggi keran pasarannya luas. Berbanding ubat gigi MLM ia hanya
dijual kepada ahli, kuantitinya sedikit dan kos pengeluarannya tinggi. Oleh yang demikian seandainya
ubat gigi Colgare boleh dijual pada harga RM3.50 kebarangkalian untuk menjual ubat gigi MLM jauh
lebih mahal kerana faktor yang dinyatakan, mungkin juga ubat gigi MLM di jual dengan harga RM7.00.
Perbezaan yang nyata ini tidak tidak termasuk di dalam kategori Ghabnun Fahish kerana perbezaan harga
disebabkan perbezaan kos, perbezaan penggunaan dan kuantiti pengeluaran. Kecuali, jika ubat gigi
Colgate dijual dengan harga RM3.50 di tempat dan masa yang sama, ada yang menjual dengan harga
RM7.00, maka barulah ia dianggap sebagai Ghabnun Faahisah.

Penyelidik mendapati, seandainya ubat gigi yang dipasarkan melalui sistem MLM dijual pada harga ubat
gigi Colgate, ia bakal mematikan produk itu sendiri kerana syarikat akan menanggung kos
pengeluarannya jauh lebih tinggi berbanding ubat gigi Colgate.
48

Sebagai contoh al-Ghabn al-Fahish; seorang tukang parang ke pasar untuk


memasarkan parangnya sedangkan beliau tidak mengetahui harga pasaran semasa. Lalu
datang seorang pembeli menawarkan harga RM15.00 sebagai harga pasaran semasa
sedangkan harga sebenar adalah RM25.00. Situasi yang sama, apabila pembeli ke pasar
membeli sebilah parang pada harga RM25.00 sedangkan harga pasaran semasa adalah
RM15.00. Namun, jika seseorang dapat membeli parang dengan harga RM1.50 dan
menjualnya dengan harga RM15.00, maka ia tidak termasuk di dalam kategori al-ghabn
al-fahish sekalipun dia mengambil untung sebanyak 10 kali ganda kerana sememangnya
harga parang di pasaran ialah RM15.00.

Menurut al-Zuhayliy para uclama‟ bersepakat bahawa al-ghabn al-fahish tidak


menjejaskan kesahihan akad jual-beli. Namun begitu mereka berbeza pendapat
mengenai kesan al-ghabn al-fahish terhadap kesahihan akad jual-beli. Para uclama‟ fiqh
berbeza pendapat berkenaan kesan al-ghabn al-fahish terhadap kesahihan akad jual-beli
(al-Zuhayliy, t.thn., 4:577-579) kepada beberapa pendapat iaitu:
1. Uclama‟ Hanafi: al-ghabn al-fahish tidak merosakkan akad jual-beli
melainkan sekiranya terdapat al-taghrir48 (penipuan), contohnya apabila
penjual menyifatkan sesuatu produknya dengan dakwaan palsu.
2. Uclama‟ Hanbali: al-ghabn al-fahish menjadikan sesuatu akad jual-beli
boleh dibatalkan (revocable).
3. Uclama‟ Shafi‟e: al-ghabn al-fahish tidak menjejaskan akad jual-beli sama
ada terdapat unsur al-taghrir ataupun tidak.

Pemerhatian penyelidik mendapati, konsep perniagaan MLM adalah menukar


kos pengagihan dan pemasaran sesuatu barangan yang biasanya berlaku di dalam sistem
perniagaan konvensional kepada komisen dan insentif kepada para pengedar yang
memenuhi syarat tertentu. Fakta ini menolak sama sekali kewajaran produk MLM dijual
pada harga yang terlalu tinggi dan mahal. Sebaliknya produk MLM hendaklah
ditawarkan pada harga yang kompetitif dan berpatutan. Malahan para pengedar dan ahli
akan mendapat rebet dan potongan harga sehingga 20%-30%49 daripada kadar harga

48
al-Taghrir iaitu menipu dan memperdaya.
49
Kadar keuntungan dan potongan yang dinyatakan (20%-30%) adalah tertakluk kepada syarat
dan peraturan yang ditetapkan syaraikat pengendali MLM. Produk-produk MLM umumnya terdiri
daripada produk penjagaan kesihatan dan makanan tambahan, penjagaan kecantikan dan kosmetik,
49

runcit. Para pengedar bukan sahaja dapat menggunakan produk MLM yang berkualiti
tinggi, bermutu dan halal50 malahan mendapat pulangan dalam bentuk untung runcit,
bonus, insentif dan sebagainya lagi.

Penyelidik cenderung menyimpulkan bahawa harga sesuatu barangan yang


mahal semata-mata tidak dapat dijadikan kayu pengukur dan ratio decidendi untuk
mengharamkan sesuatu jual beli berdasarkan pendapat majoriti uclama‟ melainkan
sekiranya terdapat sebarang unsur taghrir bersama ghabn fahish berlaku dalam proses
pemasaran dan penjualan produk atau perkhidmatannya. Pengharaman jual-beli sebegini
boleh disandarkan kepada firman Allah SWT (al-Qur`an, al-Baqarah, 2: 188):

ِ ِْ َ‫مب ً ِِ ْٓ أ‬٠‫ا فَ ِس‬ٍُٛ‫ ْاٌ ُح َّى ِبَ ٌِتَأْ ُو‬ٌَِٝ‫ب إ‬ٙ‫ا ِث‬ٌُٛ‫تُ ْد‬َٚ ًِ ‫َٕ ُى ُْ ثِ ْبٌجب ِؽ‬١ْ ‫اٌَ ُى ُْ َث‬ِْٛ َ‫ا أ‬ٍُٛ‫َل تَأْ ُو‬َٚ
‫اي‬ٛ
َُّْٛ ٍَ‫أَ ْٔتُ ُْ تَ ْؼ‬َٚ ُِ ‫بْل ْث‬
ِ ْ ِ‫بض ث‬
ِ ٌَّٕ‫ا‬

penjagaan rumah dan kernbersihan, penjagaan kenderaan dan keselamatan dan sebagainya lagi.
Kecenderungan syarikat pengendali MLM di Malaysia dan luar negara mengeluarkan dan memasarkan
produk makanan serta minuman yang mempunyai status halal (JAKIM, HCCP dsb) adalah satu langkah
positif mengelakkan keraguan dan kesangsian para pengguna di negara ini. Langkah mematuhi standard
dan kawalan kualiti yang ketat dilakukan syarikat pengendali MLM pada penelitian penyelidik dilakukan
semata-mata memastikan survival dan daya saing pasaran produk sentiasa meningkat dari masa ke
semasa.
50
The Islamic Food and Nutrition of America (IFANCA) telah mengeluarkan senarai edaran
tentang produk MLM halal yang dibenarkan oleh agam. Menurut M. Munir Chaudry, Presiden IFANCA,
beberapa aspek perlu diteliti terlebih dahulu sebelum menyertai syarikat MLM iaitu :
1. Pelan pemasaran (marketing plan), adakah terdapat ciri sistem piramid atau sebaliknya kerana sistem
piramid hanya memberi keuntungan kepada pengedar (upline) yang masuk dahulu sedangkan yang
menjadi ahli (downline) terkemudian hanya mendapat pulangan yang sedikit sehingga menanggung
kerugian, maka hukumnya haram.
2. Latar belakng dan rekod syarikat. Adakah syarikat MLM tersebut mempunyai latar belakang dan
rekod (track record) yang baik dan positif, atau sekadar syarikat yang muncul secara tiba-tiba, penuh
misteri dan penuh kontroversi.
3. Bahan asas dan isi kandungan produk. Adakah produknya mengandung zat-zat haram atau sebaliknya
serta jaminan pemulangan yang telah dibeli dalam tempoh tertentu.
4. Fokus perniagaan. Adakah syarikat memberikan penekanan kepada penjualan produk, sistem
pemasaran ataupun target jualan.
5. Apakah perusahaan MLM menjanjikan kaya mendadak tanpa bekerja ataukah tidak demikian.
(www.ifanca.org)
50

Maksudnya :

Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang
salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)
kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia
dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Hakikat sebenarnya penetapan harga adalah tertakluk kepada kos penjual dan
kemampuan pembeli memiliki barangan tersebut. Islam tidak menggariskan satu
peraturan ketat tentang penetapan harga (al-tascir). Maka bergantunglah kepada penjual
menetapkan harga yang dikehendaki setelah mengambil kira segala kos berkaitan (kos
bahan asas (raw), logistik, pembungkusan, tenaga pekerja dan kos-kos lain). Namun,
matlamat utama perniagaan dalam Islam iaitu mendapatkan al-falah melalui jalan yang
diredai perlu ditekankan. Menurut Muhammad Muda dan rakan-rakan, faktor ihsan51
dan wasatiyyah52 perlu diberikan penekanan demi mengelakkan berlakunya keuntungan
melampau sehingga berlaku kezaliman kepada para pembeli. Pembeli pula, seharusnya
turut menghormati tuntutan perniagaan iaitu berlandaskan keuntungan dan meredai
keuntungan yang diperoleh peniaga. Matlamat bagi mendapatkan keberkatan
diaplikasikan kedua pihak melalui sikap saling meredhai dan menghargai usaha dan
penat lelah peniaga memasarkan barangan dan pembeli mencari wang untuk ditukarkan
dengan barangan jualan. (Muhammad Muda et al., t.thn., 13)

2.7.7 Hukum dua akad dalam satu transaksi

Persoalan akad merupakan persoalan pokok sesuatu transaksi dalam muamalat Islam
kerana akad merupakan rukun jualbeli. Permasalahan shafqatain fi shafqah53,
sebagaimana disebutkan adalah perkara khilaf di antara uclama‟.

51
Ihsan adalah sikap atau tindak tanduk yang lebih baik daripada keadilan. Keadilan di dalam
urusniaga adalah wajib. Manakala, berlaku ihsan adalah digalakkan. (Al-Ghazali, 2000).
52
Kesederhanaan di antara kekurangan dan pembaziran.
53
Isu dua akad dalam satu majlis di dalam muacmalat Islam dikenali juga sebagai bay'atayn fi
bay'ah. Para uclama‟ berselisih pendapat sebagaimana berikut :
1. Imam Malik, Abu Hanifah, At-Thawri, Ishak Rahawaih dan Imam As-Syafie berpendapat hukumnya
mejadi haram seandainya akad yang diguankan tidak jelas. Seperti kata penjual kepada pembeli :
"Aku jual kepadamu seluar ini dengan harga RM100.00 tunai, atau RM200.00 secara tangguh",
pembeli bersetuju (tanpa mempersoalkan plan tangguh atau tunai yang dikehendakinya. (al-Baghawi,
8: hlm. 142, „Aridathul Ahwazi, 5: hlm. 240, Ibn Quddamah, 6: hlm. 333) Akad ini tiada kaitannya
dengan MLM, kerana biasanya plan harga akan dipilih dengan tepat.
51

Menurut (Zaharudin Abd Rahman, 2009, hlm. 218) tafsiran yang ada kaitannya
dengan kebanyakkan MLM seperti kata wakil syarikat MLM kepada seorang ahli
baharu : "aku jual water filter dengan harga RM2000.00 dengan syarat engkau jadi
wakil jualanku dengan komisen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandat
kamu untuk jadi lantik ahli baharu dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan
syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM1000.00 setiap bulan"

Menurutnya lagi (ibid, hlm. 219) ada berapa jenis aqad mucawadah maliah yang
bersifat lazim dalam akad tersebut, iaitu:
1. Jual barang RM2000.00 - Aqad jual beli yang bersifat lazim.
2. Lantik jadi wakil dengan upah (wakalah bi al-ujr) - aqad wakalah yang
bersifat lazim.
3. Beri mandat untuk cari ahli - ini tiada masalah.
4. Setiap penyertan ahli baharu - layak mendapat 1% - Ini jucalah juga
kelihatan tiada masalah.
5. Kelayakkan mendapat 1% (jucalah) dengan syarat ada jualan sendiri
RM1000.00. Terdapat sedikit syubhat pada syarat seperti ini.

Secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mucawadat maliah
(pertukaran hak milik harta) yang bersifat lazim. Jika aqad itu ghayru lazim maka ia
diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah "aqad lazim". Iaitu seorang penjual
menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut dengan harga RM100.00 dan
handphone dengan harga RM700.00, tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli
handphone, maka pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh

2. Imam Malik juga memberikan tafsiran sama seperti kata pembeli : "jualkan kepadaku barangan ini
dengan harga RM100.00 tunai atau dengan sebuah radio pada tarikh akan datang", kemudian kedua-
dua bersetuju tanpa memberikan yang mana satu mereka inginkan. („Aridathul Ahwazi, 5: hlm. 240).
Ini juga tiada kaitan dengan MLM.
3. Uclama‟ mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie memberikan contoh berkata seorang lelaki : "Aku jual
kebunku ini dengan harga RM 10,000.00 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga
RM 15,000.00". (Ibn Quddamah, 6: hlm. 332 ; al-Syafiee, 3: hlm. 67 ; „Aridatul Ahwazi, 5: hlm. 239 )
4. Tafsiran Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim seperti kata penjual : "Aku jual handphone ini dengan
RM100.00 dengan bayaran ansuran dalam 3 bulan, dengan syarat aku akan belinya semula darimu
dengan harga RM80.00 tunai". Ia mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat
satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh melengkapi sama dengan takrif Bai Inah.
(Mukhtasar Al-Fatawa Li Ibn Taymiah, 327 ; Tahzib Mukhtasar Sunan Abi Daud, Ibn Qayyim, 5:
hlm. 100 ) Tafsiran ini agak kurang kaitannya dengan MLM.
52

al-Qadhi Ibn al-cArabi al-Maliki (al-Qabas Syarh al-Muwatta', 2: hlm. 842 ; al-Muntaqa
, 5: hlm. 36) .

Penelitian penyelidik mendapati, permasalahan yang ditimbulkan bertitik tolak


daripada proses penajaan. Malaluinya seorang ahli baharu akan diperkenalkan kepada
sistem MLM dan apabila dia bersetuju menjadi ahli, beliau dihendaki membayar
sejumlah wang (yuran keahlian) ketika pendaftaran untuk memulakan “kerjayanya”
sebagai pengedar. Secara automatik pengedar berkenaan menjadi downline kepada
upline yang menajanya, mendapat kit perniagaan (starter kit), hak untuk memasarkan
barangan dan hak untuk memulakan rangkaian perniagaannya.54 Disamping itu juga,
pengedar barharu tersebut akan memperoleh keuntungan dan bonus apabila
memasarkan produk syarikat sama ada kepada sendiri ataupun orang yang berada di luar
sistem.

Jika dijalankan penelitian ke atas proses pendaftaran seorang “ahli baharu” atau
“pengedar” MLM di atas kita dapati ada beberapa bentuk kontrak yang terlibat selari
dengan muamalat Islam iaitu :
1. Akad mu‟awadah yang lazim – pengedar memperoleh kit niaga.
2. Akad wakalah bi al-ajr (lazim) - hak memasarkan produk.
3. Akad ju‟alah - hak mendapat bonus sekiranya dapat mencapai sasaran
jualan.

Sekalipun ketiga-tiga akad ini merupakan uqud mussamat yang jelas hukumnya
di dalam Fiqh al-Islami namun masalah bermula dengan sifatnya yang bersekongkol
pada satu tempat yang sama iaitu ketika pendaftaran ahli / pengedar MLM dibuat.
Secara zahiriyyah ia mendekati maksud hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad :

َ َ‫ ِٗ ل‬١‫ُ َّب ػ َْٓ أَ ِث‬ْٕٙ ‫هللاُ َػ‬


ََٝٙٔ :‫بي‬ َّ َٟ ‫ػ‬
ِ ‫ ٍد َز‬ُٛ‫هللاِ ث ِْٓ َِ ْعؼ‬ َّ ‫ػ َْٓ َػ ْج ِد اٌسَّحْ َّ ِٓ ث ِْٓ َػ ْج ِد‬
55
‫ا ِح َد ٍح‬َٚ ‫ط ْفمَ ٍخ‬
َ ِٟ‫ ِْٓ ف‬١َ‫ط ْفمَت‬ َّ ٍَّٝ‫ط‬
َ َْٓ ‫ َظٍَّ َُ ػ‬َٚ ِٗ ١ْ ٍَ‫هللاُ َػ‬ َّ ‫ ُي‬ُٛ‫َزظ‬
َ ِ‫هللا‬
Maksudnya :

54
Iaitu hak membesarkan rangkaian dibawahnya, merekrut downline baharu sebagai sebahagian
daripada rakan kongsi di bawah jaringannya.
55
Musnad Ahmad ibn Hanbal, hadis no: 3595.
53

Daripada Abdul Rahman bin abdullah bin Mas‟ud r.a. daripada ayahnya berkata
: Rasullullah SAW melarang perbuatan berjual beli melalui penggabungan dua
akad dalam satu transaksi.

Walaupun terdapat pelbagai tafsiran kepada hadis di atas, namun satu hakikat
yang tidak dinafikan ialah kemungkinan salah satu maknanya bertepatan dengan
keadaan di atas. Namun begitu, seandainya tafsiran itu bertepatan, mungkin terdapat
alternatif untuk membetulkannya agar selari dengan tuntutan berkontrak secara Islam.
Misalnya pendaftaran ahli / pengedar MLM dibuat dengan beberapa kontrak yang
berasingan.

Kepelbagaian sifat pada kontrak MLM ini memerlukan penilaian yang teliti
kerana semuanya bermula dengannya walaupun konsep asas yang lain mungkin boleh
diterima.Tinjauan kepada amalan penajaan juga mendapati bahawa pada kebanyakan
waktu ia dicemari oleh dakwaan peluang keuntungan yang melampau oleh upline yang
terdesak mengembangkan rangkaiannya. Walaupun begitu, amalan sebegini bukanlah
sesuatu yang mendasari MLM akan tetapi lebih merupakan perkara menempel seiring
pengamalannya.

2.8 MAJLIS PENASIHAT SYARIAH DAN JUALAN LANGSUNG

Majlis Penasihat Syariah (MPS) adalah satu nama besar yang sering dikaitkan dengan
isu halal haram. Ia menyeluruh bukan sahaja dalam pemakanan dan pemakaian, malah
sistem penyediaan, pembungkusan, penyimpanan, pemasaran dan sebagainya sentiasa
menjadi perhatian dan tumpuan badan berkuasa ini. Majlis Penasihat Syariah (Shariah
Advisory Council) Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada tanggal 1 Mei 1997 khusus
bagi membincangkan dan memutuskan hukum berkaitan produk-produk perbankan
sebelum dipasarkan kepada umum.

MPS adalah pihak yang berautoriti dalam penentuan hukum syarak bagi tujuan
perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful, perniagaan kewangan Islam,
perniagaan pembangunan kewangan Islam atau apa-apa perniagaan yang berlandaskan
prinsip-prinsip syariah. Ahli Majlis-Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kewangan
54

berdasarkan peruntukan Seksyen 16B Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519].
Bank Negara Malaysia mempertanggungjawabkan MPS bagi mengawal segala aktiviti
yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Manakala Suruhanjaya Sekuriti adalah agensi
yang bertanggungjawab mengawal selia aktiviti terbitan modal, bursa saham, dan bursa
komoditi. Bagi tujuan pengawalan aktiviti-aktiviti tersebut secara Islam, Majlis
Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti telah diberi mandat untuk memikul
tanggungjawab tersebut. (Zawanah Binti Muhammad et al, 2008)56

Sebagai ringkasan, peranan MPS mencakupi 11 tugasan utama iaitu57 :


1. Memberi nasihat kepada Lembaga-lembaga Pengarah (L-LP) Institusi-institusi
Kewangan ( I-IK).
2. Mengesahkan Manual Patuh Syariah.
3. Mengesahkan Dokumen-dokumen yang Berkaitan.
4. Membantu Pihak-pihak Berkenaan dalam Hal-hal Syariah.
5. Memberi nasihat dalam Perkara-perkara yang Dirujukkan kepada Majlis Penasihat
Syariah, Bank Negara Malaysia.
6. Memberi Pandangan Syariah yang Bertulis.
7. Membantu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia apabila dirujuk untuk
Mendapat Nasihat.
8. Memberi nasihat tentang Bayaran Zakat.
9. Memberi nasihat tentang Audit Syariah.
10. Memberi nasihat tentang Produk-produk Pasaran Modal.
11. Memberi nasihat dalam Pengendalian Takaful.

Penelitian penyelidik mendapati, kewujudan Majlis Penasihat Syariah (MPS)


sebagai entiti berautoriti bagi memantau, mengawal dan menasihati perjalanan syarikat-
syarikat perdagangan adalah satu penambahbaikan dalam sistem pemantauan dan
pengurusan perniagaan di Malaysia. Keperluan kepada MPS tidak dapat disangkal lagi,

56
Kertas kerja ini telah dibentangkan oleh Dato‟ Haji Wan Muhammad Bin Dato‟ Syeikh Abdul
Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam seminar “Pentadbiran Hal-
Ehwal Islami Di Malaysia : Cabaran Semasa Dan Perancangan Masa Depan” Pada 6-7 Ogos 2008”, di
Istitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.
57
Lihat juga Peranan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam
Pembangunan Pasaran Modal Islam di Malaysia, Md Nurudin Ngadimon, Jurnal Muamalat, Bil 2, 2009
(Edisi PDF).
55

namun penyelidik berpendapat biarlah keperluannya dirasai dan kewujudannya


disyaratkan oleh KPDNKK kepada setiap pemain industri perniagaan amnya dan jualan
langsung khasnya. MPS ketika ini tidak ubah seperti nilai tambah, “bahan promote”
atau pemangkin untuk mempromosi syarikat semata-mata. Malahan ada yang berlumba-
lumba memperoleh MPS sedangkan perniagaan yang dijalankan jelas menjual barangan
yang ditegah syarak.

Keperluan MPS juga bukanlah menjadi beban penghalang syarikat kecil yang
menjalankan perniagaan MLM untuk terus hidup dan berkembang kerana keperluan
untuk mewujudkan satu panel MPS memerluakan belanja pengurusan yang mahal.
Andaikan sebuah syarikat memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang panel MPS dan
setiap seorang dibayar RM3000.00 sebulan tidak termasuk kos mesyuarat dan
penyediaan kertas kerja. Berapakah kos tambahan yang diperlukan untuk mengekalkan
panel ini terus memantau perjalanan syarikat terbabit?

Sebagai kesimpulan perbincangan mengenai isu-isu yang melingkari MLM


dapatlah disimpulkan bahawa prasyarat menjadikan sesuatu MLM menepati tuntutan
syarak ialah :
1. Produk yang dipasarkan harus halal, berkualiti dan menjauhi syubhat (sesuatu
yang masih meragukan).
2. Sistem akadnya memenuhi kaedah dan rukun jual beli sebagaimana yang terdapat
dalam hukum Islam (fiqh mucamalah).
3. Harga barangan yang dijual adalah berpatutan dengan kualiti dan mutu barangan,
juga tidak melampaui harga barangan yang setanding dengannya di pasaran.
4. Struktur pengurusan memiliki Majlis Penasihat Syariah (MPS) yang terdiri dari
para uclama‟ yang memahami masalah ekonomi.
5. Formula intensif harus adil, tidak menzalimi downline dan tidak menempatkan
upline hanya menerima pendapatan (income) pasif tanpa bekerja, upline tidak
boleh menerima income dari hasil jerih payah downlinenya.
6. Pembagian bonus harus mencerminkan usaha setiap pengedar.
7. Tiada eksploitasi dalam pemberian bonus di antara pengedar (pengedar yang awal
dan yang terakhir masuk).
8. Bonus yang diberikan hendaklah jelas dan telus nisbahnya sejak awal.
56

9. Tidak menitik beratkan barangan yang bersifat al-tahsiniat.


10. Majlis penghargaan yang dianjurkan pihak syarikat bagi meraikan para pengedar
yang menunjukkan prestasi memberangsangkan hendaklah bersifat
kesederhanaan, manjauhi maksiat dan tidak melampaui batas.
11. Perusahaan MLM yang dijalankan hendaklah berorientasikan kemaslahatan
ekonomi umat.
12. MLM sebagai satu bentuk pelan pemasaran semestinya terlebih dahulu bertujuan
untuk menggerakkan produk daripada pengilang kepada pengguna.
13. Rangkaian pengedar yang bertingkat-tingkat itu diadakan semata-mata agar
produk dapat dipasarkan dengan lebih efektif dari segi kuantiti dan aturannya.
14. Bonus dan ganjaran yang ditawarkan pula tidak lebih dari pendorong kepada para
pengedar untuk terus memasarkan produk kerana sudah tentu tiada siapa yang
mahu memasarkan barangan tanpa mendapat apa-apa pulangan.

Jadi, aspek produk merupakan inti pati yang jelas kepada perjalanan MLM yang
tidak boleh terpisah daripadanya. Malah jatuh bangun perniagaan MLM itu adalah
ditentukan oleh produk itu sendiri.

2.9 FATWA MLM

Perbincangan yang maha panjang ini hampir menemui noktoh hujungnya iaitu
persoalan halal haram dalam perniagaan MLM. Namun menjatuhkan hukum halal atau
haram tidaklah semudah yang disangka. Isu halal haram adalah isu sensitif di kalangan
umat Islam. Justeru, sebagai memberi gambaran sebanar apa yang berlaku pengkaji
ketengahkan beberapa fatwa dan pandangan uclama‟ kontemporari dalam isu yang
dibincangkan :

2.9.1 Majlis Fatwa Kebangsaan

Majlis fatwa kebangsaan menfatwakan hukum Multi Level Marketing (MLM) secara
amnya adalah harus dengan syarat-syarat berikut :
1. Transaksi iaitu akad antara penjual dan pembeli dilakukan atas kerelaan dua-dua
belah pihak iaitu atas dasar suka sama suka dan tiada paksaan.
57

2. Barang yang diperdagang atau dijualbeli suci, bermanfaat dan sahih sehingga
tiada unsur kesamaran atau penipuan.
3. Harga barangan yang diperjualbeli adalah wajar dan tidak membebankan.

Akan tetapi keharusan ini boleh menjadi haram sekiranya :


1. Hasil pendapatan bukan dari hasil penjualan barang.
2. Barangan yang ditawarkan tidak berkualiti dan benar-benar berguna atau
mempunyai kajian saintifik.
3. Ahli menyertai MLM kerana keinginan terhadap pendapatan yang dijanjikan
bukan produknya.
4. Harga tinggi daripada biasa.
5. Belian peribadi minimum (target) sebagai syarat komisyen.
6. Tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan cara
mencari ahli baharu (downline).58
7. Jual beli melibatkan barangan yang diharamkan dalam Islam.
8. Terdapat juga unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay‟atayn fi bay‟ah, (iaitu
dua aqad jenis jual beli dalam satu). Contohnya “aku jual barang water filter ini
dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan
komisyen sebanyak 3% dari harga jualanmu dan aku beri mandat kamu untuk jadi
lantik ahli baharu dan setiap jualannya kamu akan dapat 1% dengan syarat kamu
ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan”.

2.9.2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

58
Sebilangan MLM menetapkan peratusan tertentu diberikan kepada seorang pengedar setiap
kali ia mendapat ahli baharu. Semakin banyak anggota baharu bermakna semakin banyak jumlah
bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah
lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentuk Riba al-Nasiah dan Riba al-Fadl. Hal
yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan
berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat
kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga
sebenar produknya ada kalanya jauh lebih mahal daripada harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh
dijual produk web berkomputer dengan harga yang tinggi sedangkan ahli tersebut tidak mempunyai
komputer). Hakikat sebenarnya, ahli tersebut ingin memperolehi pulangan kewangan daripada skim yang
disertainya dan bukannya mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak syarikat. Pembelian
produk secara tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian
tersebut telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.
(Contoh : Perniagaan internet seperti Login Facebook Dapat RM100, TunaiSegera, RM20Segera,
MySpaceMoney, DAPATWANG dan sebagainya).
58

Secara umum Multi Level Marketing adalah suatu cara perniagaan alternatif yang
berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang
biasa dikenal dengan istilah upline (tingkat atas) dan downline (tingkat bawah), orang
akan disebut upline jika mempunyai downline.

Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama
ada yang bersifat vertikal atas bawah mahupun horizontal kiri kanan ataupun gabungan
antara keduanya.

Justeru, harus menyertai syarikat jualan langsung dengan syarat produk


jualannya daripada barang-barang yang dibenarkan oleh syarak, tidak ada unsur-unsur
judi, penipuan dan riba serta adanya akad jual beli.59

Namun begitu sekiranya ahli yang menyertai MLM adalah hasil motivasi bonus
yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat
mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini
adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:
1. Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan
utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan
kekayaan cepat apabila setiap ahli baharu membayar yuran.
2. Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang
dibayarkan pada syarikat MLM.
3. Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara
berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang
berada pada level atas (upline) sedangkan level bawah (downline) selalu
memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.

59
Petikan tersebut adalah jawapan kepada persoalan yang dikemukakan kepada Panel
Kemusykilan Agama, JAKIM - PSJAI HAN 4181 bertarikh 02/12/2009 11:56 AM
59

2.9.3 Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Islami)

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma‟ Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu
bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia
adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa
komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah brokerage sebagaimana didakwa.

2.9.4 Abdul Salam Muhammad Shukri60

Secara umumnya perniagaan pemasaran berperingkat (MLM) dibenarkan Islam. Di


Malaysia ia juga disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) di bawah Akta Jualan Langsung (AJL).

Berbeza dengan perniagaan biasa, MLM adalah sejenis jualan langsung daripada
syarikat pengeluar kepada pelanggan dengan seseorang yang berjaya memasarkannya
mendapat ganjaran iaitu harga yang lebih murah daripada harga runcit.

Perniagaan MLM membabitkan pemasaran peringkat bermula daripada syarikat


pengeluar dan pelantikan pihak bawahan (downline) termasuk pengedar, peruncit dan
seterusnya pelanggan. Apa yang penting dalam mana-mana perniagaan termasuk MLM
ialah berlakunya perpindahan barangan atau perkhidmatan secara jual beli. Berbanding
dengan skim piramid, ia hanya menumpukan kepada mencari dan menambah downline
semata-mata tanpa perlu menjual barangan atau perkhidmatan. Akhirnya tiada apa yang
diniagakan pengusaha dan apabila tiada lagi downline, ia terpaksa ditutup dan mereka
berada di bawah yang mendapat kerugian.

60
Pandangan beliau di petik dari ruangan Fikrah DR SALAM, Rencana, Harian Metro, kelolaan
Dr. Abdul Salam Muhammad Shukri, Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
60

2.10 DAWABIT MLM PATUH SYARIAH

Menyorot kembali dasar Qawaid Fiqhiyyah berkenaan Muamalah „al-aslu fi al-asyya‟


al-ibahah‟, hukum asal segala sesuatu -termasuk muamalah- adalah dibolehkan).
Keharusan syara‟ ini diguna pakai selama mana sesuatu perniagaan tersebut terhindar
dari unsur-unsur haram seperti riba (sistem bunga), gharar (tipuan), dharar (bahaya),
jahalah (ketidakjelasan), zhulm (merugikan hak orang lain) ihtikar (menyorok barang,
monopoli). Sementara itu, produk halal menjadi keutamaan dan penekanan utama. (Al-
Burnu, hlm. 191, 197, Asy-Syaukani, hlm. 286, As-Suyuthi, hlm. 60)

Dasar-dasar keharusan tersebut adalah manifestasi daripada ayat-ayat al-Quran


al-Karim sebagaimana firman Allah SWT (al-Qur`an, al-Baqarah, 02 :275) :

َّ ًَّ ‫أَ َح‬َٚ


‫ َح َّس ََ اٌسِّ ثب‬َٚ ‫ َغ‬١ْ َ‫هللاُ ْاٌج‬

Maksudnya :

Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.

Firman Allah SWT (al-Qur`an, al-Baqarah, 02 :29) :

ِ ْ‫ ْاألَز‬ِٟ‫ك ٌَ ُى ُْ َِب ف‬
‫اُ٘ َّٓ َظ ْج َغ‬َّٛ ‫ اٌعَّّب ِء فَ َع‬ٌَِٝ‫ إ‬َٜٛ‫ؼب ً ثُ َُّ ا ْظت‬١ِّ ‫ع َج‬ َ ٍَ‫ َخ‬ٞ‫ اٌَّ ِر‬َٛ ُ٘
ٌُ ١ٍِ‫ ٍء َػ‬ْٟ ‫ ثِ ُى ًِّ َش‬َٛ َُ٘ٚ ‫د‬
ٍ ‫ا‬ٚ‫َظّب‬

Maksudnya :

Dialah yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia
menuju ke arah langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia
Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Firman Allah SWT (al-Qur`an, al-A‟raf, 7:32) :

‫ا‬َُِٕٛ ‫َٓ آ‬٠‫ ٌٍَِّ ِر‬َٟ ِ٘ ًُْ‫ق ل‬ ِ ‫ِّجب‬١َّ‫اٌط‬َٚ ِٖ ‫ أَ ْخ َس َج ٌِ ِؼجب ِد‬ٟ‫هللاِ اٌَّ ِت‬
ِ ‫د َِِٓ اٌ ِّس ْش‬ َّ َ‫َٕخ‬٠‫لًُْ َِ ْٓ َح َّس ََ ِش‬

ِ ‫ب‬٠٢‫ظ ًُ ْا‬
َُّْٛ ٍَ‫ ْؼ‬٠َ ٍَ َْٛ‫د ٌِم‬ ِّ َ‫ه ُٔف‬ َ ٌِ‫ب َِ ِخ َور‬١ِ‫ْ ََ ْاٌم‬ٛ٠َ ً‫ظخ‬ َ ٌِ‫ب خب‬١ْٔ ‫ب ِح اٌ ُّد‬١‫ ْاٌ َح‬ِٟ‫ف‬
61

Maksudnya :

Katakanlah: Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang dikeluarkan-


Nya untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki
yang dikurniakan-Nya? Katakanlah: Semuanya untuk orang yang beriman dalam
kehidupan dunia; khususnya pada hari Kiamat. Demikianlah Kami jelaskan ayat-
ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang yang mengetahui.

Firman Allah SWT (al-Qur`an, al-An‟am 06: 145) :

ْ َ٠ ٍُ ‫ ؽب ِػ‬ٍَٝ‫ ُِ َحسَِّب ً ػ‬ٟ


ً ‫ْ دَِب‬َٚ‫تَخً أ‬١ْ َِ َْٛ‫َ ُى‬٠ ْْ َ‫ط َؼ ُُّٗ إَِلَّ أ‬ َّ ٌَِ‫ إ‬َٟ ‫ ِح‬ُٚ‫ َِب أ‬ِٟ‫لًُْ ََل أَ ِج ُد ف‬
ٍ ‫ َس‬١ْ ‫هللا ثِ ِٗ فَ َّ ِٓ اػْ طُ َّس َغ‬
‫ثبؽ‬ ِ َّ ‫ ِْس‬١‫ْ فِعْمب ً أ ُ ِ٘ ًَّ ٌِ َغ‬َٚ‫س فَإَُِّٔٗ ِزجْ طٌ أ‬٠
ٍ ‫ٕص‬ِ ‫ْ ٌَحْ َُ ِخ‬َٚ‫حب ً أ‬ُٛ‫َِ ْعف‬
ٌُ ١‫ ٌز َز ِح‬ُٛ‫ه َغف‬
َ َّ‫َل ػب ٍد فَإ ِ َّْ َزث‬َٚ

Maksudnya :

Katakanlah: Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahikan kepadaku, sesuatu
yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda
itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi kerana sesungguhnya ia
adalah kotor, atau dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas
nama selain dari Allah, Kemudian sesiapa yang terpaksa sedang ia tidak
mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Firman Allah SWT (al-Qur`an, al-An‟am 06: 151) :

‫َل‬َٚ ً ‫ ِٓ إِحْ عبٔب‬٠ْ ‫اٌِ َد‬ٌٛ‫ثِ ْب‬َٚ ً ‫ْئب‬١‫ا ثِ ِٗ َش‬ٛ‫ ُى ُْ أََلَّ تُ ْش ِس ُو‬١ْ ٍَ‫ْ ا أَ ْت ًُ َِب َح َّس ََ َزثُّ ُى ُْ َػ‬ٌَٛ‫لًُْ تَؼب‬
‫ب‬ْٕٙ ِِ ‫َ َس‬ٙ‫ظ‬
َ ‫ش َِب‬ َ ‫ا ِح‬َٛ‫ا ْاٌف‬ُٛ‫َل تَ ْم َسث‬َٚ ُْ ُ٘‫َّب‬٠ِ‫إ‬َٚ ُْ ‫ق َٔحْ ُٓ َٔسْ ُشلُ ُى‬ ٍ ‫ْ َل َد ُو ُْ ِِ ْٓ إِ ِْال‬َٚ‫ا أ‬ٍُُٛ‫تَ ْمت‬
ِّ ‫هللاُ إَِلَّ ثِ ْبٌ َح‬
ٍَُِْٛ‫طَّب ُو ُْ ثِ ِٗ ٌَ َؼٍَّ ُى ُْ تَ ْؼم‬َٚ ُْ ‫ك ذٌِ ُى‬ َّ ََ ‫ َح َّس‬ِٟ‫ط اٌَّت‬
َ ‫ا إٌَّ ْف‬ٍُُٛ‫َل تَ ْمت‬َٚ ََٓ‫ِب ثَط‬َٚ

Maksudnya :

Katakanlah: Marilah aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhanmu
kepadamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu apapun; dan
hendaklah membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh
anak-anak kamu kerana kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan
kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan yang terang
daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang
telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak. Dengan yang
demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.
62

FirmanNya lagi (al-Qur`an, al-Maidah, 05: 02) :

ِ َٚ ‫ ْاٌ ُؼ ْد‬َٚ ُِ ‫اْل ْث‬


ْ‫ا‬ ِ ْ ٍَٝ‫ا َػ‬َُٛٔٚ ‫ ََل تَ َؼب‬َٚ

Maksudnya :

Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan


bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan.

Justeru, dalam meletakkan satu garis panduan atau tatacara pemilihan syarikat
MLM terbaik atau MLM alternatif untuk dianggotai dan diperdagangkan, penyelidik
berpandangan dan cenderung mengkategorikannya kepada 3 syarat utama iaitu syarat
wajib, syarat minimum dan syarat kesempurnaan. Perinciannya adalah seperti berikut :

Syarat Wajib - syarat utama yang mesti di ketahui oleh setiap individu sebelum
menceburkan diri dalam dunia perniagaan umumnya dan dunia perniagaan MLM
khasnya. Syarat ini merupakan dasar utama yang menjadi tanda aras halal haram
sesuatu transaksi agar selari dengan muamalat Islam. Justeru, penyelidik merumuskan
perkara pokok yang perlu diambil berat oleh setiap individu Muslim yang ingin
menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan adalah mempelajari dan mengetahui
rukun-rukun jual beli dan prasyarat utamanya iaitu :
1. Penjual dan pembeli.
2. Barangan / produk dan harga.
3. Ijab dan kabul.

Manakala Syarat Minimum pula ialah syarat paling minima yang perlu
diperhalusi sebelum seseorang menceburkan diri di dalam dunia MLM iaitu :
1. Syarat sistem:
a. Konsep 3S MLM (selling, sponsoring, servicing). Biarpun MLM sering
dikaitkan dengan 3 unsur ini. Penyelidik cenderung mengatakan unsur yang
sama juga sebenarnya perlu ditekankan dalam dunia perniagaan
konvensional. Resamnya dunia perniagaan konvensional juga perlukan
63

ketiga-tiga unsur bagi menjamin kemajuan dan peningkatan hasil


keuntungan syarikat.
b. Sistem yang memberi peluang, ruang dan kesempatan, kesamarataan dan
keadilan kepada setiap usahawan di setiap peringkat menikmati kelebihan-
kelebihan yang telah dijanjikan oleh pihak syarikat.
c. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung
selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan.
Justeru, pelan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah
orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya,
apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
d. Pelan pemasaran yang adil dan saksama iaitu perkongsian untung dan rugi
berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan
yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
e. Menstrukturkan pelan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya
secara bersama (musyarakah).
f. Perniagaan yang dijamin kebenarannya oleh pemerintah, badan pengawal
Islam.

2. Syarat produk.
a. Setiap individu wajib mengetahui produk yang ingin dijual, termasuklah
kaedah penggunaan, kandungan dan aturan pemakanannya.
b. Memastikan setiap produk yang dipasarkan benar-benar berkualiti, bermutu
tinggi dan berkhasiat.
c. Memastikan produk halal, suci serta mendapat pengiktirafan dari badan-
badan pengawal dan pengiktirafan setempat, serantau atau antarabangsa.
d. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini
kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Syarat bonus dan agihan keuntungan.


a. Pemberian bonus dilakukan mengikut kaedah yang diharuskan syara‟ seperti
hibah, komisen, simsarah, ijarah (upah), al-ju‟alah dan sebagainya.
64

b. Agihan keuntungan (komisen / bonus) hendaklah jelas dan saksama. Ini


bermakna upline hanya berhak mendapat komisen dari downline yang
dibantunya sahaja.
c. Keuntungan dan komisen yang diberikan hendaklah berdasarkan jualan
(nilai produk yang Berjaya dijual) dan bukannya tajaan semata-mata. Ia bagi
membuktikan perniagaan yang dijalankan menumpukan kepada perniagaan
penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money
game).
d. Pemberian bonus berdasarkan perkongsian untung antara syarikat dan
orang-orang yang menyumbang kepada syarikat.
e. Mempersembahkan sistem komisen dan bonus yang telus dan boleh
difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala
jenis penipuan.

4. Syarat Upline-Downline.
a. Setiap penaja (upline) mestilah menaruh usaha atas jualan orang
bawahannya (downline).
b. Mengadakan majlis ilmu, perjumpaan, taklimat, motivasi dan teknik
berkempen secara terancang serta kursus-kursus keusahawanan dan
seminar-seminar bimbingan kepada downline.
c. Membimbing rakan kongsi (downline) yang ditaja sehingga berjaya atau
selagi mahu dibimbing.
d. Memastikan setiap downline yang di bawah rangkaiannya mengetahui
pengetahuan tentang produk, cara penggunaannya, sistem pemasaran
syarikat dan perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan MLM yang
mereka ceburi.

Justeru, dalam usaha mencapai kesempurnaan dalam pemilihan penyelidik


mendapati beberpa aspek tambahan perlu dititikberatkan iaitu:
1. Menceburkan diri dalam perniagaan yang diusahakan oleh orang Islam. Iaitu
dengan menjadi ahli, menyokong dan membantu perniagaan yang dibuat,
diproses, dibungkus dan dipasarkan oleh orang Islam. Usaha ini bertujuan
meningkatkan lagi kekuatan ekonomi dan pegangan umat Islam di arena
65

pemasaran dan pengeluaran. Keterlibatan syarikat-syarikat Islam dalam


pemasaran jualan langsung (MLM) perlu ditingkatkan dengan memberi
persaingan dan alternatif terbaik menarik penyertaan masyarakat Islam untuk
berniaga dan melabur.
2. Menubuhkan satu Majlis Penasihat Syariah (MPS) khas yang mengawal semua
aktiviti yang melibatkan perniagaan. Badan khas ini bertindak menasihati,
mengawal, menyelaras, memantau dan menguatkuasakan undang-undang
muamalat Islam kepada semua pihak yang terlibat dalam dunia perniagaan juala
langsung. Penyelarasan peranan dan tanggungjawab MPS adalah bertujuan bagi
meningkatkan keyakinan masyarakat Islam terhadap perniagaan dan sistem yang
dijalankan bertepatan dengan kehendak syara‟.
3. Menubuhkan satu badan pengawal muamalat syariah khas yang bebas dan
berkecuali yang bertindak memantau perjalanan dan pengoperasian setiap
muamalat Islam produk-produk yang dipasarkan serta penglibatan masyarakat
Islam di dalamnya. Badan pengawal ini bertindak memantau, menasihati dan
melaksanakan peruntukan undang-undang muamalat Islam sedia ada.

Menggubal undang-undang muamalat Islam bagi menggantikan Akta Perihal


Dagangan dan undang-undang konvensional sedia ada. Akta dan peruntukan undang-
undang muamalat Islam digubal bertujuan memartabatkan undang-undang muamalat
Islam yang adil lagi saksama.

2.11 KESIMPULAN

Perbincagan panjang lebar sebagaimana yang telah dikemukakan di atas diharap dapat
merungkaikan segala kekusutan dan persoalan yang bermain di minda setiap muslim
yang ingin menceburi bidang MLM. Penelitian asas masih berpaksi kepada asas-asas
jual beli dan muamalat Islam sebenar. Justeru memahami asas jual beli dan muamalat
Islam sebelum menceburi bidang MLM adalah wajib fiqhi kepada setiap bakal
pengusaha MLM. Maka terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk menetapkan hala
tuju perniagaan mereka nanti.

You might also like