You are on page 1of 2

PROJECT BASED LEARNING-PBL

PENTAKSIRAN PENGGAL 1

Menjanakan idea pengurusan sisa plastik yang cekap ke arah kelestarian


alam sekitar berasaskan projek melalui pendekatan STEM

Arahan
1. Jalankan aktiviti ini secara berkumpulan secara maya yang terdiri daripada 4-5 orang
untuk mengkaji pernyataan yang berikut:

Pencemaran plastik ialah pengumpulan produk plastik yang memberikan kesan buruk
kepada alam sekitar, hidupan liar, habitat hidupan liar dan manusia. Tambahan pula,
struktur kimia kebanyakan plastik menjadikan plastik tahan terhadap proses pereputan
semula jadi dan mengambil masa yang lama untuk terurai.

2. Jalankan satu projek melalui pendekatan STEM untuk menjanakan idea pengurusan yang
cekap bagi sisa plastik ke arah kelestarian alam sekitar melalui tindakan yang berikut:
(a) Jalankan satu kajian mengenai pencemaran plastik
(b) Kumpulkan data dan hasilkan satu video berdurasi tiga minit mengenai impak
penggunaan plastik bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah atau masyarakat
tempatan dan upload di instagram (Butiran ig akan diberi kemudian)

3. Kumpulkan dan analisis maklumat atau cara penyelesaian yang sedia ada daripada sumber
yang relevan dan dapat dipercayai, seperti:
• Modul Teknologi Hijau Kimia, CETREE USM:
https://cetree.usm.my/images/videos/TOT_SNS/MODUL_GURU_DAN_MURID/
SAINS_MURID_130218-CETAKAN_KETIGA.pdf atau
mana-mana sumber dari internet yang releven dan nyatakan sumber rujukan
tersebut di akhir slide Power Point anda.

4. Bincangkan idea yang kreatif dan inovatif yang diperoleh sesama ahli kumpulan anda.
Kemudian, bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda kepada kelas (Google Meet)
dengan menggunakan Power Point.

5. Hasilkan satu produk kreatif daripada bahan buangan plastik secara individu dan upload
gambar selfie anda bersama produk tersebut ke dalam Google Classroom.Ini adalah tugas
individu.

6. Butiran pemarkahan adalah seperti berikut:

Bil. Perkara Kaedah Peratus (%) Tarikh


1. Video Upload di ig 15 1-4 Julai 2021
2. Pembentangan kumpulan Power point 15 5-9 Julai 2021
3. Produk Recycle plastik 10 9 Julai 2021
Jumlah 40
Carta Alir Projek Based Learning (PBL)

Hasilkan slide Power


Bina kumpulan Point
(18 Jun-4 Julai)

Buat video & upload di


Pembentangan kumpulan
instagram
(5-9 Julai)
(1-4 Julai)

Hantar gambar produk


dan bahan
pembentangan di Google
Classroom
(9 Julai)

You might also like