You are on page 1of 4

Tugasan 16 : rujuk senarai semak muka surat 14 buku draft pada item 5.

Pengurusan Sumber fizikal (SF) dan Sumber Teknologi (ST)

3 sumber fizikal yang terdapat di Minuman Syakifnis ialah

1) Kenderaan (Lori)

2) Mesin pasteurisasi susu 5 liter

3) Bahan mentah seperti Pisang

2 sumber teknologi milik MInuman Syakifnis

1) Harta intelek seperti logo syarikat Minuman Syakifnis

2) Kemahiran pekerja dalam mengendalikan mesin

Kenapa perniagaan Minuman Syakifnis memerlukan sumber fizikal dan sumber teknologi

tersebut?

1) Kenderaan (lori)

Lori ini sangat penting diperlukan untuk perniagaan saya kerana produk yang sudah siap

dan sedia untuk diagihkan kepada pelanggan boleh dihantar terus ke pelanggan tanpa

mengunakan perkhidmatan syarikat lain. Selain itu, ia juga dapat menjimatkan kos

penghantaran produk itu kepada pengguna sekaligus dapat menjaga kondisi produk itu

dalam keadaan baik. Jenama lori yang saya pilih ini, Mitsubishi Fuso dipilih kerana sudah

lama berada dipasaran semenjak 1870 – an. Dalam tempoh masa yang lama itu semestinya

syarikat pengeluar ini telah mahir dalam mereka cipta kenderaan yang berkualiti dan tahan

lama.
2) Mesin pasteurisasi susu 5 Liter

Mesin ini sangat diperlukan oleh syarikat kami kerana syarikat kami mengeluarkan susu.

Produk yang berkaitan dengan susu perlu dijaga tahap kebersihannya supaya tidak mudah

basi atau rosak. Mesin pempeusturan mampu membunuh bakteria yang akan

memendekkan jangka hayat susu supaya sedap diminum.

3) Bahan mentah seperti pisang

Buah pisang merupakan bahan utama bagi membuat susu pisang. Buah pisang dipilih

sebagai ramuan utama produk kami kerana pokok pisang mudah didapati di Malaysia dan

mudah ditanam. Buah pisang semestinya mempunyai khasiat yang banyak dan kaya

dengan pelbagai vitamin. Tambahan pula, buah pisang sangat sesuai untuk diinovasikan

dan menjadi makanan sampingan untuk minum petang dan minum pagi.

4) Harta intelek seperti logo syarikat Minuman Syakifnis

Kepentingan logo syarikat kepada perniagaan saya ialah untuk menjadi tanda atau symbol

syarikat. Logo ini juga berperanan untuk memberi pengetahuan kepada orang kewujudan

syarikat kami. Logo syarikat ini boleh ditampal di kotak sebagai label kepunyaan syarikat.

5) Kemahiran pekerja dalam mengendalikan mesin

Pekerja yang berkemahiran tinggi sangat diperlukan di pasaran pekerjaan. Mereka

merupakan sumber teknologi kerana kemahiran pekerja semakin hari semakin berkembang

sama seperti teknologi yang semakin berkembang. Pekerja yang berkemahiran sangatlah

diperlukan oleh syarikat kami untuk mengendalikan mesin yang besar dan perlukan

kepakaran yg tinggi. Contohnya,mesin pempasteuran yang mempunyai pengatur caraan

yang komplek dan memerlukan kepakaran dan mengendalikan mesin. Kecuaian dan kurang

kemahiran untuk mengendalikan mesin akan menjejaskan kualiti susu.


Bagaimanakah Minuman Syakifnis menguruskan sumber fizikal dan sumber teknologi?

1) Kenderaan (lori)

Kenderaan seperti lori memerlukan pemandu untuk membawa barang perniagaan yang

dikehendaki. Jadi, pemandu lori itu perlu mendapatkan lesen memandu kenderaan GDL

sebagai salah satu mendapatkan syarat undang – undang pertama untuk memandu

kenderaan itu. Seterusnya, kenderaan dan juga pemandu itu perlu mendapatakan

perlindungan insurans supaya dapat mengurangkan kerugian yang dialami ketika

berjalankan tugas. Syarikat kami mendapatkan perlindungan insurans seperti insurans

hayat, insurans motor dan insurans kemalangan diri.

Selain itu, kenderaan seperti lori mengunakan enjin diesel yang perlu diselenggara denagn

baik. Lori ini perlu ditukar minyak hitam dan penapis minyaknya sebagai penyelenggaran.

Perkara ini perlu dibuat 3 bulan sekali untuk memastikan kelancaran perjalanan lori tersebut.

2) Mesin pasteurisasi susu 5 liter

Mesin ini perlu diselenggara kerana apabila berlaku kerosakan kos untuk dibaikki yang

mahal dan peralatan ganti yang susah didapati. Syarikat kami perlu memastikan pekerja

yang mengendalikan mesin ini berkepakaran. Syarikat kami juga perlu melakukan

pemeriksaan secara berkala kepada mesin ini. Komponen mesin yang penting seperti

pemanas dan penyejuk perlu diganti setiap 3 bulan.

Selain itu, kamera litar tertutupperlu dipasang di kilang untuk mengawasi segala aset

sebagai bukti jika berlaku sebarang kecelakaan.


3) Bahan mentah seperti pisang

Buah pisang merupakan suatu bahan mentah yang mudah rosak apabila sudah masak

ranum. Jika buah tersebut sudah terbelih masak, ia tidak boleh lagi dijadikan sebagai bahan

utama membuat susu kerana telah berubah bentuk fizikalnya. Oleh itu, syarikat kami

menyediakan peti sejuk dan menyimpankan pisang itu kedalam peti sejuk supaya tempoh

masa untuk pisang itu terlebih masak singkat.

Selain itu, buah pisang yang diperoleh perlu diperiksa dalam keadaan yang baik, tidak

terlalu masak sebelum disimpan di dalam stor bahan mentah supaya dapat disimpan

dengan lama.

4) Harta intelek seperti logo syarikat Minuman Syakifnis

Patenkan dengan mendaftar ke MyIPO. Mendaftarakan ke MyIPO dapat hak cipta akan

dilindungi undang – undang.

5) Kemahiran pekerja dalam mengendalikan mesin

Pekerja yang mempunyai kemahiran dalam apapun bidang akan diberikan gaji yang sesuai

dengan kemahirannya. Pekerja yang berprestasi tinggi akan diberikan bonus untuk

menambah semangat pekerja. Pekerja akan kekal lama dalam syarikat.

You might also like