You are on page 1of 22

DIPLOMA IN MANAGEMENT

MEI / 2021

MPU2312

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 1

NO. MATRIKULASI : 961203085845001


NO. KAD PENGENALAN : 961203085845
NO. TELEFON : 014-3067876
E-MEL : harithamin@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH LEARNING CENTRE


MPU2313
ISI KANDUNGAN
MUKA
NO ISI KANDUNGAN
SURAT
1 PENGENALAN 2

TUGASAN 1. A
PERBEZAAN ANTARA INDEKS JISIM TUBUH (BMI) DAN ANALISIS
2.0 3
KOMPOSISI BADAN (BCA)
2.1 INDEKS JISIM TUBUH (BMI) 4

2.2 KLASIFIKASI BMI 5

2.3 FORMULA MENGIRA BMI 5

2.4 ANALISIS KOMPOSISI TUBUH (BCA) 7

2.5 CARA-CARA MENGGUNAKAN KALIPER LIPATAN KULIT 9

2.6 KESIMPULAN 9

2.7 RUJUKAN 10

TUGASAN 1. B
3.0 PENGENALAN 12

3.1 FAKTOR-FAKTOR MASALAH KESIHATAN BERKAITAN DENGAN OBESITI 13

3.2 FAKTOR MAKANAN MANIS 13

3.3 MAKAN BANYAK, KURANG BERSENAM DAN KALORI MENJADI LEMAK 13

3.4 RISIKO KESIHATAN 14

3.5 KESIMPULAN 16

3.6 RUJUKAN 17
TUGASAN 2
4.0 JURNAL REFLEKTIF 18

4.1 RUJUKAN 21

1
1. PENGENALAN

Rajah 1
https://medicalblog.online/top-7-tips-to-achieve-total-health-and-wellness/
Kesihatan dan kesejahteraan yang baik kepada seseorang individu, keluarga dan
komuniti boleh memberikan kebahagian kepada kesihatan serta kemakmuran dalam
kehidupan seharian mereka. Walaubagaimanapun kehidupan yang sempurna dan gembira
sukar diperoleh, begitu juga kepada seseorang individu yang mungkin tidak dapat
merasai kemakmuran di dalam diri jika tidak gembira atau kurang sihat. Menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) – World Health Organization, kesihatan
ditakrifkan sebagai keadaan kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesejahteraan sosial
adalah lengkap dan bukan hanya tanpa penyakit dan lemah. Seperti yang boleh
disimpulkan daripada definisi oleh WHO, keadaan kesihatan adalah merangkumi
linkungan daripada pelbagai faktor dan bukan sahaja bebas daripada penyakit.

Rajah 2
https://www.who.int/

2
Seterusnya dalam pengertian kesejahteraan, Edlin dan Golanty (2010) telah
merumuskan lebih terperinci mengenai konsep kesejahteraan sebagai pendekatan yang
proaktif dan pencegahan yang direka bentuk bagi mencapai kesihatan fizikal serta fungsi
sosial dan emosi yang optimum. Ia dapat dilihat sebagai komitmen dalam batasan dan
potensi peribadi ke arah kesihatan yang optimum, tanpa semata-mata memberi tumpuan
pada ketiadaan penyakit. Sejarah konsep kesejahteraan ini mula dipekenalkan pada awal
tahun 1970 untuk menggambarkan cubaan individu untuk menambah keadaan kesihatan
yang sedia ada.
Dalam tugasan pertama ini saya akan membincangakan bagaimana untuk
mengekalkan berat badan yang sangat penting dalam faktor kesihatan dan kesejahteraan
seseorang individu dan juga menerangkan perbezaan di antara Indeks Jisim Tubuh (BMI)
serta Analisis Komposisi Badan (BCA) berhubung dengan pengurusan berat badan.

2.0 PERBEZAAN ANTARA INDEKS JISIM TUBUH (BMI) DAN ANALISIS


KOMPOSISI BADAN (BCA)

Rajah 3
https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/bmi/bmi-adults-yours-healthy-not-how-
can-you-lose-weight/
Konsep asas pengurusan berat badan mempunyai dua kategori antaranya ialah
indeks jisim tubuh (BMI – body mass index) dan komposisi badan. Sebahagian besar
daripada setiap individu mempunyai imej tersendiri atau persepsi bagaimana individu

3
tersebut ingin dilihat, terutamanya melibatkan berat badan. Daripada penampilan fizikal
juga dapat meningkatkan harga diri seseorang untuk meneruskan kehidupan dengan
keadaan yang sejahtera. Matlamat dan sasaran indeks jisim badan (BMI) dan komposisi
badan adalah cara bagi menentukan sama ada seseorang itu berada pada berat badan yag
sihat atau lebih kepada menghadapi risiko yang berkaitan dengan obesiti, antaranya
seperti diabetes jenis 2 dan penyakit jantung. Namun kedua-dua jenis pengukuran ini
mempunyai manfaat dan kekurangannya yang tersendiri dan juga bagaimana seseorang
individu tersebut menggunakannya untuk mengukur kemajuan kecergasan dengan
bergantung pada titik permulaan dan matlamat individu tersebut.

2.1 INDEKS JISIM TUBUH (BMI – BODY MASS INDEX)

Rajah 4
https://www.cdc.gov/healthyweight/assessing/bmi/adult_bmi/index.html
Indeks jisim tubuh atau lebih dikenali bahasa singkatan BMI – body mass index
adalah ukuran bagi menilai badan seseorang berbanding dengan ketinggian. Menurut
Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) 2005, indeks jisim tubuh ialah indeks mudah untuk
berat bagi ketinggian yang biasa digunakan bagi mengklasifikasikan orang dewasa yang
kurang berat badan, berat badan berlebihan dan obesiti. BMI ini juga lebih penunjuk
kepada jumlah lemak tubuh badan seseorang dan BMI turut mempunyai hubung kait
dengan jumlah lemak tubuh. Dengan kata lain, semakin tinggi jumlah skor BMI
seseorang maka semakin tinggi juga jumlah lemak badan seseorang.

4
Indeks jisim tubuh (BMI) mempunyai empat kategori yang dapat memberikan
gambaran sebenar mengenai jumlah lemak badan seseorang. Antaranya adalah kurang
berat badan (underweight), sihat (healthy), berat badan berlebihan (overweight) dan juga
obes (obese). Dibawah ini adalah rujukan klasifikasi BMI untuk mengetahui kategori
bagi berat badan seseorang.

2.2 Klasifikasi BMI

Jika BMI anda (kg/m) adalah: Anda adalah:

<18.5 Kurang berat badan


18.5 – 24.9 Mempunyai berat badan yang unggul
25 – 30 Berlebihan berat badan
30 atau lebih Obes
Rajah 5
Kategori – kategori BMI tersebut memberikan sebuah gambaran kepada seseorang
berkenaan risiko kesihatan yang berpotensi berlaku kepada seseorang berdasarkan berat
badan mereka. Namun begitu, cara untuk mengetahui jumlah BMI seseorang tersebut
adalah dengan menggunakan formula berat badan seseorang dalam kilogram dibahagikan
bersama kuasa dua dan ketinggiannya dalam meter (kg/m2) (WHO, 2015).

2.3 Formula mengira BMI.

Berat (kg)
Unit SI BMI =
Tinggi^2 (m^2)

Berat (paun) x 703


BMI =
Tinggi^2 (inci^2)
Unit imperial

Berat (paun) x 4.88


BMI =
Tinggi^2 (kaki^2)

Rajah 6
5
Ini adalah cara untuk mengira indeks jisim tubuh (BMI) yang diperkenalkan oleh
Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO). Namun pada masa kini, terdapat banyak aplikasi
serta laman web yang memudahkan untuk melakukan pengiraan BMI.

Rajah 7
http://pendidikankesihatan.yolasite.com/komposisi-badan.php
Secara tidak langsung BMI ini amat penting bagi seseorang sebagai penunjuk sebarang
risiko kesihatan pada masa yang akan datang. BMI ini sering digunakan pleh pakar
kesihatan dalam mengesan individu yang dikategorikan sebagai mempunyai berat badan
yang berlebihan dan obesiti. BMI ini memainkan peranan yang sangat penting untuk
menilai risiko kesihatan seseorang yang berkait rapat dengan berat badan berlebihan dan
obesiti. Meraka yang mempunyai jumlah BMI yang tinggi mempunyai risiko kepada
beberapa penyakit seperti kolestrol darah yang tinggi, penyakit jantung, kematian
pramatang dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, dengan mengetahui kepentingan BMI serta berapakah
nilai BMI sedikit sebanyak memberi manfaat dan kebaikan kepada seseorang. Kaedah ini
adalah yang terbaik untuk mengetahui sama ada berat badan seseorang berada dalam
perkadaran yang sihat dan bersesuaian ketinggian yang dimiliki. Kedua, jika seseorang
itu mengetahui nilai BMI diri, ini dapat membantu doktor bagi mengenal pasti sebarang
risiko kesihatan yang mungkin dialami pada masa akan datang jika kadar BMI berada
6
pada kategori overweight atau obese. Selain itu, perkiraan BMI ini juga tidak mengambil
faktor umur, jantina etnik serta jisim otot. Langkah yang terbaik adalah berjumpa doktor
pakar untuk mengetahui kepastian BMI serta risiko kesihatan sebenar.

2.4 ANALISIS KOMPOSISI TUBUH (BCA)


Analisis komposisi tubuh sangat penting dalam melibatkan pengiraan jisim
bebas lemak, jisim lemak tubuh sebagai salah sebuah proses penilaian pemakanan.
Perubahan indeks jisim tubuh juga turut mempengaruhi perubahan dalam komponen
tubuh badan kerana berkait rapat bersama tekanan darah serta faktor lain penyakit
kardiovaskular (Stamler et al., 1975; Berchtold et al., 1981). Penilaian komposisi tubuh
ini melibatkan penggunaan kaedah yang sangat tepat, serta mudah diakses dan mungkin
dapat menganggarkan komposisi tubuh seseorang itu yang sebenarnya. Salah satu sistem
sistem penilaian umum komposisi tubuh adalah model bagi dua bahagian yang
diperkenalkan oleh siri (1961) dan Brozerk et al. (1963), yang menganggap tubuh terdiri
daripada jisim lemak serta lemak bebas. Jisim lemak bebas boleh diklasifikasikan sebagai
tidak mengandungi lipid manakala jisim tubuh tanpa lemak termasuk sekitar 2% sehingga
3% serta 3% sehingga 5% bagi lelaki dan perempuan (Heyward dan Stolarczyk, 1996).
Beberapa penyelidikan Siri, (1961), terdapat 36 elemen direkodkan wujud di
dalam tubuh manusia. Daripada kesemua elemen ini, didapati kira-kira 18-20 elemen
mempunyai fungsi fisiologi. Dan terdapat juga banyak faktor yang mempengaruhi jumlah
elemen tertentu di dalam badan seperti umur, jantina, serta saiz yang juga penting dalam
menentukan jumlah perbezaan elemen di dalam tubuh. Komposisi badan tidak secara
langsung dapat melihat berat banda tetapi komposisi badan adalah ukuran berapa banyak
berat daripada keseluruhan berat badan seseorang yang berasal daripada jisim tanpa
lemak yang juga termasuk otot, tulang, tisu penghubung serta air, dan juga berapa banyak
yang datang dari lemak. Jika seseorang berat badannya mempunyai sebanyak 70kg maka
56kg itu adalah jisim tnpa lemak dan mempunyai komposisi badan sebanyak 20 peratus
lemak badan. Seseorang berat badan dan tinggi yang sama tidak semestinya mempunyai
komposisi badan yang serupa.
Tujuan komposisi badan yang ideal adalah bergantung pada jantina, kerana
wanita lebih memerlukan lebih banyak lemak tubuh daripada lelaki untuk melahirkan

7
anak. Secara umum, komposisi badan yang melebihi 32% lemak dianggap sebagai obes
bagi wanita dan bagi lelaki potongan lemak adalah 25% lemak badan. Lebihan peratusan
lemak di dalam badan akan menimbulkan masalah kegemukan (obesiti). Terdapat
beberapa sebab kegemukan terdiri daripada sebab emosi, persekitaran,biologi serta malas
aktiviti fizikal. Komposisi badan boleh dikenal pasti dengan menggunakan indeks jisim
tubuh (IJT) atau Body mass index (BMI). Namun ada juga cara lain yang dikenali
sebagai teknik pengukuran kaliper lipatan kulit (Skinfold Calippers) untuk skala bacaan
komposisi badan lemak.

Rajah 8
http://pendidikankesihatan.yolasite.com/komposisi-badan.php

Rajah 9
http://pendidikankesihatan.yolasite.com/komposisi-badan.php

8
2.5 CARA-CARA MENGGUNAKAN KALIPER LIPATAN KULIT
i) Menggunakan ibu jari serta jari telunjuk untuk menarik/mencubit kulit pada
tempat yang hendak diuji. Jarak antara jari-jari tersebut ialah lebih kurang 2.5
ii) Buka rahang kaliper dan lepaskan rahang tersebut pada kulit yang telah dicubit
lebih kurang 1.25cm di bawah ibu jari dan jari telunjuk.
iii) Biarkan kaliper itu menutup rahangnya selama 2-3 saat sebelum mengambil
bacaan. Skala pada angkup adalah dalam milimeter.
iv) Ambil tiga kali bacaan pada setiap tempat dan ambil bacaan median. Contoh:
bacaan 8mm, 9mm, 10mm; bacaan 9mm diambil.
v) Tempat mengambil bacaan adalah bahagian kanan badan atau bahagian badan
yang dominan. Lokasi mengambil bacaan adalah dibahagian badan yang
dominan.

2.6 KESIMPULAN
Kesihatan dan kesejahteraan yang baik adalah begitu penting dalam kehidupan
seseorang. Namun begitu, kehidupan yang sempurna dan sejahtera ataupun gembira sukar
diperoleh jika seseorang itu menghadapi masalah kesihatan. Pentingnya seseorang itu
mengetahui nilai jumlah BMI serta komposisi badan supaya masalah kesihatan dapat
dicegah lebih awal seperti penyakit yang begitu popular di Malaysia masalah obesiti.
Namun amat digalakkan berjumpa dengan pakar perubatan jika mengalami masalah-
masalah ini agar pakar perubatan dapat memberi langkah-langakah yang perlu diambil
bagi mengatasi masalah ini.

9
2.7 RUJUKAN

(PDF) Kesihatan fizikal Dan mental. (2017, March 21).

ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/315456905_KESIHATAN_FIZ

IKAL_DAN_MENTAL

Adakah terdapat perbezaan Antara indeks jisim badan & komposisi badan? - Lemak badan -

2021. (n.d.). A home workout. https://ms.workoutsempire.com/is-there-difference-

between-body-mass-index-body-composition

All about adult BMI. (2020, September 17). Centers for Disease Control and

Prevention. https://www.cdc.gov/healthyweight/assessing/bmi/adult_bmi/index.html

All about adult BMI. (2020, September 17). Centers for Disease Control and

Prevention. https://www.cdc.gov/healthyweight/assessing/bmi/adult_bmi/index.html

Blog, M. (2021, May 11). Top 7 tips to achieve total health and wellness. Medical

Blog. https://medicalblog.online/top-7-tips-to-achieve-total-health-and-wellness/

BMI in adults: Is yours healthy, and if not, how can you lose weight? | Everyday health. (2018,

February 9). EverydayHealth.com. https://www.everydayhealth.com/diet-nutrition/bmi/

bmi-adults-yours-healthy-not-how-can-you-lose-weight/

(n.d.). Home. https://www.who.int/

Indeks Jisim Tubuh (BMI). (2017, April 21). PORTAL

MyHEALTH. https://www.myhealth.gov.my/indeks-jisim-tubuh-ijt/

Mpu2313 / Mpu3313 kesihatan Dan kesejahteraan. (n.d.). ASSIGNMENT OUM : MPU2313 /

MPU3313 KESIHATAN DAN

10
KESEJAHTERAAN. https://mpu2313.blogspot.com/2016/03/mpu2313-mpu3313-

kesihatan-dan.html

Mpu3313 kesihatan Dan kesejahteraan. (n.d.). Dunia

Anakku. https://jonitasabin.blogspot.com/2017/11/mpu3313-kesihatan-dan-

kesejahteraan.html

Perbezaan Antara BMI Dan Lemak Badan Perbezaan Antara - 2021 - Yang Lain. (n.d.). Web logo

graphic. https://ms.weblogographic.com/difference-between-bmi-and-body-fat-588000

Perbezaan Antara KESIHATAN Dan KESEJAHTERAAN | Bandingkan PERBEZAAN Antara ISTILAH

SEJENIS - Kehidupan - 2021. (n.d.). strephonsays. https://ms.strephonsays.com/health-

and-vs-wellness-156

(n.d.). Utama | 2021. https://ms.weblogographic.com/difference-between-bmi-and-body-fat-

1853

Pendidikan Kesihatan. (n.d.). Pendidikan

Kesihatan. https://pendidikankesihatan.yolasite.com/komposisi-badan.php

3.0 PENGENALAN

11
Rajah 10
https://www.atulhamid.com/2020/10/punca-obesiti-dikalangan-rakyat-malaysia.html

Setiap manusia sudah pasti mahukan badan yang sihat dan terhindar daripada
penyakit hingga ke hari tua. Namun, tidak semua tahu cara serta ingin mengamalkan gaya
hidup yang sihat. Kesannya mereka menghidap penyakit kronik dan menjadi gemuk
(obesiti) yang boleh membawa kepada kematian. Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), menjalani gaya hidup yang sihat bermaksud kita melakukan amalan-
amalan tertentu seperti menjaga pemakanan serta bersenam bagi mengurangkan risiko
penyakit dan kematian. Meskipun tidak semua penyakit dapat dielakkan namun, penyakit
tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan obesiti dapat dielakkan sekiranya
mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat. Walaubagaimanapun, Malaysia adalah
merupakan negara yang mempunyai kadar masalah kegemukan (obesiti) yang dinilai
sebagai negara keenam dalam Asia Tenggara (Kementerian Kesihatan Malaysia,2010).
Adalah penting bagi setiap individu untuk mengetahui kepentingan mengamalkan cara
hidup yang sihat. Dalam tugasan kali ini saya akan membincangkan faktor utama
masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti yang akan memberi kesan terhadap
gaya hidup seseorang.

12
3.1 FAKTOR-FAKTOR MASALAH KESIHATAN BERKAITAN DENGAN
OBESITI
Obesiti adalah merupakan sejenis keadaan yang kompleks di mana terdapat
pengumpulan lemak yang berlebihan pada tubuh badan dan menyebabkan seseorang itu
mengalami berat badan yang berlebihan. Terdapat banyak faktor-faktor punca yang
menyebabkan obesiti. Dibawah saya sediakan beberapa faktor punca masalah kesihatan
berkaitan dengan obesiti. Antaranya ialah dari segi faktor:

3.2 FAKTOR MAKANAN MANIS


Berberapa punca obesiti meningkat secara menerus pada zaman ini adalah salah
satunya pengambilan makanan berlebihan terutama makanan manis. Makanan kandungan
gula serta karbohidrat akan meningkatkan paras gula dan hormon di dalam darah.
Sekiranya lebih makanan manis diambil, semakin banyak insulin akan dirembeskan bagi
menstabilkan paras gula. Lama-kelamaan akhirnya, paras gula akan menjadi tidak stabil
serta seseorang itu akan menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa mahukan makanan
yang manis bagi meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan meningkat naik sehingga
terjadinya obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit.

3.3 MAKAN BANYAK, KURANG BERSENAM DAN KALORI MENJADI


LEMAK
Obesiti mempunyai kaitan bersama nilai tenaga yang diperolehi daripada
makanan iaitu kalori. Seorang lelaki yang aktif harus memiliki sekurang-kurangnya 2500
kalori setiap hari untuk kekal sihat dan cergas. Manakala bagi seorang wanita mereka
memerlukan 2000 kalori setiap hari. Nilai-nilai kalori ini mempengaruhi berat badan
seseorang. Jika seseorang itu mahu menurunkan berat badan, kurangkan kalori makanan
dan melakukan senaman bagi membakar kalori yang telah diterima. Sebaliknya, jika
mahu menambah berat badan, tambahkan kalori makanan dan membuat senaman berat.
Akan tetapi masalah ini berlaku adalah sikap yang gemar makan berlebihan dan jarang
sekali melakukan senaman. Sikap ini tidak harus diamalkan kerana tubuh badan akan
cepat naik dan menyebabkan obesiti terjadi sekiranya tidak dikawal dari mula. Seseorang
yang mempunyai berat yang berlebihan tidak disangkal lagi sangat mudah terpedaya

13
dengan nafsu makan walaupun perut tidak berasa lapar serta hanya duduk sahaja
dihadapan televisyen atau menghadap sosial media tanpa melakukan kerja-kerja berat
mahupun melakukan senaman. Akhirnya menyebabkan kalori di dalam makanan yang
tidak ditukarkan kepada lemak disimpan di bahagian-bahagian badan seperti pinggang,
perut dan lengan.

3.4 RISIKO KESIHATAN

Rajah 11
http://www.myhealth.gov.my/o-7/obesiti-meningkatkan-risiko-2/
Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang berbahaya dan boleh
membawa kepada kematian. Antaranya seperti kencing manis yang merupakan gangguan
di mana pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi atau tiada langsung.
Diabetes boleh membawa pelbagai masalah kesihatan yang lain, obesiti adalah
merupakan salah satu punca utama disebabkan oleh badan mempunyai glukosa yang
berlebihan. Menurut Kementerian Kesihatan, pada setiap lima tahun, peratusan golongan
dewasa mengalami penyakit kencing manis yang meningkat daripada 8.3 peratus ke 17.5
peratus pada tahun 2015. Kajian ini juga menunjukkan peratusan dewasa yang
mengalami masalah obesiti yang meningkat empat kali ganda daripada 4.4 peratus pada
tahun 1996 kepada 17.7 peratus pada tahun 2015. Ini menunjukkan masalah ini perlu di

14
ambil serius oleh semua masyarakat yang tidak menyedari betapa meningkatnya
peratusan penyakit obesiti pada setiap 5 tahun.
Seterusnya, jika seseorang itu mempunyai obesiti risiko untuk menghidap
penyakit tekanan darah tinggi adalah meningkat tiga kali ganda. Tekanan darah tinggi,
diabetes dan obesiti saling berkait rapat dalam sindrom metabolik. Tekanan darah tinggi
terjadi apabila saluran arteri mengerasa akibat daripada mendakan plak serta lemak iaitu
artersklerosis. Tekanan darah tinggi adalah diklasifikasikan sebagai pembunuh senyap.
Hampri 70 peratus dewasa di Malaysia berisiko mengalami peningkatan tekanan darah
dan hanya 37.4 perastus daripada pesakit dirawat mencapai tahap tekanan darah terkawal.
Penyakit seterusnya yang berisiko tinggi adalah kanser. Obesiti serta berat badan
berlebihan menjadi penyebab utama kanser yang dikesan di dalam Malaysia. Menurut
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, menurut kajia institusi kanser
kebangsaan, terdapat 13 jenis kanser yang dikaitkan bersama obesiti. Ini disebabkan
Malaysia mempunyai penduduk paling ramai gemuk di rantau Asia dengan kelaziman
obesiti adalah 17 peratus serta 30.0 peratus adalah berat berlebihan. Seseorang yang
mempunyai berat badan indeks jisim tubuh (BMI) yang melebihi 40 atau obes lebih
cenderung mendapat penyakit kanser berbanding seseorang yang berat badan normal.
Jenis kanser yang terkait dengan obesiti seperti kanser payu dara, rahim, kolorektal, buah
pinggang, kanser darah kepala dan leher, esofagus, kanser pankreas, endometrium, kanser
prostat, pundi hempedu dan kanser tiroid. 60 peratus peyakitt kanser di negara ini lewat
dikesan iaitu pada peringkat tiga dan empat. Walaubagaimanapun pengesanan awal
menjadi aspek terpenting dalam rawatan segera nagi meningkatkan peluang
penyembuhan ini.

15
3.5 KESIMPULAN
Masalah obesiti tidak boleh dianggap ringan. Obesiti in membawa kemudaratan
serta membawa ancaman terhadap kesihatan seseorang. Kesan akibat obesiti ini sangat
lah merbahaya. Malaysia yang menduduki tempat pertama di dalam kalangan negara
ASEAN dan kedudukan keenam ri rantau Asia Pasifik yang dengan masalah obesiti.
Perkara ini sepatutnya perlu dielakkan kerana ianya telah mencalarkan nama negara.
Masyarakat harus peka terhadap masalah kesihatan yang serius ini. Individu yang
mempunyai masalah obesiti haruslah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi
menjaga kesihatan tubuh badan, kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing-
masing. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat.

16
3.6 RUJUKAN

Obesiti - Punca Dan Faktor Berlebihan Berat Badan - DoctorOnCall. (n.d.). Malaysia's Online

Pharmacy | Order Medicine, Consult Doctor

Online. https://www.doctoroncall.com.my/obesiti-kegemukan-obesity/penyebab

Sukan sepanjang hayat Dan rekreasi murni. (n.d.). Share and Discover Knowledge on

SlideShare. https://www.slideshare.net/murnibintimohamat/sukan-sepanjang-hayat-

dan-rekreasi-murni

Atul Hamid: Punca obesiti dikalangan rakyat Malaysia. (n.d.). Atul

Hamid. https://www.atulhamid.com/2020/10/punca-obesiti-dikalangan-rakyat-

malaysia.html

Bababers. (2021, January 13). 5 Gaya Hidup Sihat Perlu Diamalkan. Babab Ping

Aggregator. https://babab.net/artikel/5-gaya-hidup-sihat-perlu-diamalkan-1d6ru.html

Obesiti meningkatkan risiko. (2012, February 24). PORTAL

MyHEALTH. https://www.myhealth.gov.my/o-7/obesiti-meningkatkan-risiko-2/

17
4.0 JURNAL REFLEKTIF

Rajah 12
https://babab.net/artikel/5-gaya-hidup-sihat-perlu-diamalkan-1d6ru.html
Kesihatan yang baik sangat penting kepada setiap individu dalam menjamin
keceriaan untuk meneruskan kehidupan seharian. Kesihatan yang baik merujuk kepada
satu keadaan pada tubuh badan yang tidak mempunyai sebarang penyakit seperti darah
tinggi, kencing manis dan penyakit yang berjangkit atau tidak berjangkit. Pelbagai
langkah dapat diambil dan diamalkan oleh setiap individu bagi memiliki tahap kesihatan
yang baik. Antaranya adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Gaya hidup yang sihat adalah merupakan kunci utama dalam kesejahteraan
seseorang. Seseorang yang sihat sudah pastinya dapat memainkan peranan yang
baikdalam segi pembangunan agama, bangsa dan negara. Pertubuhan kesihatan sedunia
(WHO,1948) menyifatkan kesihatan adalah satu keadaan fizikl, sosial, minda yang sihat,
cergas, cerdas serta bebas daripada segala penyakit. Ini menunjukkan kesihatan
ditunjangi oleh dari segi faktor fizikal, mental serta sosial yang sihat, cergas, berfungsi
dengan baik serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang dapat memudaratkan diri.
Pada mulanya saya tidak mengambil kisah pada kesihatan diri, contohnya seperti
dari segi berat badan, pemakanan dan sebagainya. Akan tetapi selepas mengikuti kursus
kesihatan dan kesejahteraan ini banyak saya pelajari ilmu-ilmu berkenaan dengan

18
kesihatan tubuh badan. Sebelum mengikuti kursus ini saya seringkali alpa dan cuai dalam
menjaga kesihatan diri. Saya seringkali melakukan perkara-perkara yang dapat
memudaratkan kesihatan diri saya. Antaranya seperti makan tidak mengikut waktu yang
betul, tidak bersenam atau jarang bersenam, cuai dalam pengambilan makanan yang
mempunyai kalori yang banyak dan berminyak atau melebihi kalori pemakanan yang
sepatutnya, kurang rehat yang cukup, tidur tidak mengikut waktu dan sebagainya.
Namun selepas mengikuti kursus ini, kesedaran itu terus terserlah didalam diri
akan pentingnya saya menjaga tahap kesihatan diri saya yang begitu utama untuk
meneruskan kehidupan sehari saya dengan sihat dan sejahtera daripada sebarang masalah
kesihatan. Walaubagaimanpun, kebaikan yang saya dapat selepas mengikuti kursus ini,
saya mengenali sedikit sebanyak berkaitan dengan masalah kesihatan, berkaitan dengan
diet yang sihat, jenis-jenis pemakanan yang tidak sepatutnya diambil, apa itu amalan
hidup yang sihat, apa itu BMI dan pentingnya menjaga berat serta lemak pada tubuh
untuk mengelakkan diri daripada segala masalah kesihatan kronik dan sebagainya. Hasil
daripada kursus ini juga saya mula mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti makan
makanan yang sihat seperti memperbanyakkan memakan makanan buah-buahan dan
sayur-sayuran. Bukan itu sahaja, saya melakukan senaman ringan setiap hari pada waktu
petang dan berbasikal empat kali dalam seminggu, melakukan diet yang sihat,
mengurangkan kalori pada makanan, mengurangkan makanan yang beminyak, rehat yang
secukupnya, tidur pada waktu yang betul dan sebagainya. Bukan itu sahaja, apa yang
saya pelajari dalam kursus ini saya sampaikan kepada ahli keluarga untuk sama-sama
mengamalkan amalan hidup yang sihat dan sentiasa ingat mengingati antara satu sama
lain. Kini kehidupan seharian saya dan lebih ceria, bertenaga, cergas dan sejahtera untuk
memulakan kehidupan yang sihat setiap hari.
Nilai-nilai murni yang dapat diambil di dalam tugasan kesihatan dan
kesejahteraan ini adalah, setiap daripada individu haruslah menjaga kebersihan dari segi
fizikal dan mental sepanjang masa ketika mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk
menghindari daripada segala penyakit yang berbahaya. Seterusnya dalam segi
pengambilan makanan yang berkhasiat oleh setiap individu yang harus berhati-hati dalam
pengambilan makanan agar tubuh badan mendapat vitamin dan zat yang mencukupi dan
seimbang untuk menghindari daripada segala penyakit dan mengekalkan tumbesaran

19
badan yang lebih baik. Bukan itu sahaja, aktiviti sukan dan senaman juga harus dilakukan
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengekalkan kesihatan kita dalam keadaan
baik supaya kita tidak mudah mendapatkan penyakit yang merbahaya seterusnya
membawa kepada kematian. Akhir sekali, setiap dari individu haruslah menghargai masa
rehat dan waktu tidur yang mencukupi agar tubuh kembali segar dan sihat untuk
meneruskan kehidupan seharian bagi masa yang panjang dan lebih sihat.
Secara keseluruhannya, kesihatan mempengaruhi segala aktiviti dan gaya hidup
seseorang individu. Kesihatan yang kita tahu merangkumi dari segi fizikal dan mental
adalah penting serta berhubungkait dan memainkan peranan yang saling bergantungan.
Sesungguhnya tubuh badan yang sihat dan cergas akan menghasilkan minda yang cerdas.
Di Malaysia kita semua dapat melihat betapa masyarakat tidak mengambil berat terhadap
berat badan yang berlebihan dan tahap kesihatan mereka. Kesedaran serta kepentingan
mengenai kesihatan dan kepentingan menjaga berat badan seharusnya dipertingkatkan
agar kesihatan dilihat sebagai kunci utama dalam kejayaan dan sekaligus melahirkan
individu yang berdaya saing dalam perspektif fizikal dan mental. Bukan itu sahaja,
kepentingan penjagaan kesihatan juga harus dipertingkatkan dan langkah untuk
mengatasi juga harus diambil agar pencegahan awal dapat dilakukan. Apabila
pencegahan awal dilakukan, sudah pastinya dapat mengurangkan risiko untuk mendapat
penyakit kronik contonya seperti obesiti, darah tinggi dan sebagainya.
Walaubagaimanpun, adalah menjadi tanggungjawab seseorang, masyarakat serta
komuniti dan negara untuk bersama-sama bekerjasama dalam usaha untuk mencapai
kehidupan yang sihat dan sejahtera. Kunci utama dalam mendapat kesihatan yang baik
adalah dengan mengamalkan amalan gaya hidup yang sihat dan aktif. Kesimpulannya,
jika penjagaan kesihatan dilakukan sejak dari awal usia yang muda, tidak akan menjadi
masalah pada masa yang akan datang sekiranya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan
aktif untuk mengelakkan diri dari diserang penyakit yang merbahaya.

20
4.1 RUJUKAN

Sukan sepanjang hayat Dan rekreasi murni. (n.d.). Share and Discover Knowledge on

SlideShare. https://www.slideshare.net/murnibintimohamat/sukan-sepanjang-hayat-

dan-rekreasi-murni

(PDF) Kesihatan fizikal Dan mental. (2017, March 21).

ResearchGate. https://www.researchgate.net/publication/315456905_KESIHATAN_FIZI

KAL_DAN_MENTAL

Mpu2313 / Mpu3313 kesihatan Dan kesejahteraan. (n.d.). ASSIGNMENT OUM : MPU2313 /

MPU3313 KESIHATAN DAN

KESEJAHTERAAN. https://mpu2313.blogspot.com/2016/03/mpu2313-mpu3313-

kesihatan-dan.html

Mpu3313 kesihatan Dan kesejahteraan. (n.d.). Dunia Anakku. 

https://jonitasabin.blogspot.com/2017/11/mpu3313-kesihatan-dan-kesejahteraan.html

References

Bababers. (2021, January 13). 5 Gaya Hidup Sihat Perlu Diamalkan. Babab Ping

Aggregator. https://babab.net/artikel/5-gaya-hidup-sihat-perlu-diamalkan-1d6ru.html

21

You might also like