You are on page 1of 26

KULIAH 2

Teori-Teori Pemikiran:
Teori Otak Triune
Teori Split Brain
Teori Kecerdasan Pelbagai
(Howard Gardner)
Objektif
Di akhir sesi, pelajar akan dapat:
• Mengenalpasti teori pemikiran seperti
Teori Otak Triune,Teori Split Brain,
Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard
Gardner), Emotional Intelligence dan
Successful Intelligence.
• Mengaplikasikan teori-teori pemikiran di
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
2
Teori Otak Triune
• Paul McLean ahli neurologi, diperkenalkan
pada tahun 1992.
• Membahagikan otak kepada tiga bahagian
– Otak reptilia (Medula Oblangata)
– Otak Mamalia/Sistem Limbik (bahagian
pertengahan otak)
– Otak Neokorteks (bahagian atas otak)

3
Teori Otak Triune

Otak Neokorteks

Otak Mamalia

Otak Reptilia

4
Otak Reptilia
• Paling awal terbentuk dalam evolusi perkembangan
manusia
• Gelaran Otak Reptilia-mempunyai persamaan dengan
elemen-elemen pengekalan mandiri (survival) dalam
reptilia dan melibatkan kecerdasan paling rendah
• Fungsi utama-mengawal secara automatik kelakuan
kelima-lima pancaindera manusia
• Ada hubungan dengan kebolehan seseorang bertahan
untuk terus hidup/bertahan.
• Otak ini mengerakkan manusia untuk mendapatkan
makanan,perlindungan,keselamatan dan pengekalan
kewujudan manusia.
5
Otak Mamalia/Sistem Limbik
• Gelaran otak mamalia-mempunyai persamaan
dengan elemen reaksi pemikiran semua haiwan
mamalia.
• Fungsi utamanya ialah kognitif dan emosi iaitu
mengandungi perasaan, pengalaman yang
seronok dan bermakna, ingatan dan kebolehan
serta daya belajar.
• Mengawal pola bioritma-pola tidur,kelaparan,
dahaga, tekanan darah,kadar denyutan
jantung,suhu badan,kadar metabolisma,sistem
imuniti,dan lain-lain fungsi badan.
• Menjelaskan mengapa perasaan sedih akan
mempengaruhi kesihatan fizikal.
6
Otak Neokorteks
• Terletak dibahagian atas otak-80% dari
jisim otak.
• Pusat pemikiran dan kecerdasan
manusia.
• Fungsi utama – mentafsir,menyusun,
menterjemah maklumat, menaakul,
membuat keputusan, kelakuan bertujuan
(cita-cita,wawasan dll), bahasa dan
pemikiran tahap tinggi.
• Kecerdasan tahap tinggi ini-membezakan
manusia dengan makhluk lain. 7
Penerapan Teori Otak Triune Dalam
Pembelajaran dan Pengajaran

• Senario biasa-Guru tidak sedar kepada respon reaktif


otak reptilia.
• Apabila pelajar berasa terancam akibat ugutan
pelbagai denda/hukuman-secara automatik otak
reptilia pelajar beroperasi dalam modus melawan
guru/mendiamkan diri.
• Pelajar tidak akan dapat memberi perhatian/menjawab
soalan tahap tinggi dari guru.
• Masalah ini boleh diatasi jika guru sedar kepentingan
pembelajaran yang relaks,selesa dan tenang serta
pelajar dirangsang memikir pada tahap lebih tinggi.

8
Teori Split Brain (Otak Kiri-Otak Kanan)

• Otak manusia dibahagikan kepada dua


bahagian: hemisfera otak kiri (HOKI) dan
hemisfera otak kanan (HOKA).
• HOKI mengawal semua anggota di sebelah
kanan badan manakala HOKA mengawal
semua anggota di sebelah kiri badan.
• Melalui satu pembedahan memutuskan
corpus callosum iaitu saraf yang
menghubungi hemisfera otak kiri dan kanan.
Pakar otak telah mengenalpasti perbezaan
ciri dan kualiti otak kiri dan kanan.
9
HOKA vs HOKI
• HOKI lebih menguasai bahasa dan
kemahiran motor manakala HOKA lebih
baik dalam fungsi visual dan spatial.
• HOKI- bersifat analitikal-menganalisis
maklumat secara linear,mengenalpasti
bahagian secara satu persatu (terpisah)
• HOKA-menggabungkan dan mensinstesis
bahagian-bahagian/pecahan maklumat
kepada satu bentuk menyeluruh.

10
Perbandingan ciri-ciri HOKI dan HOKA
BETTY Hemisfera Hemisfera
EDWARDS Otak Kiri Otak Kanan
(HOKI) (HOKA)
Nonverbal
Verbal
Sintesis
Analitikal
Nyata (concrete)
Simbolik
Analogik (Metafora)
Abstrak
Bukan Temporal
Temporal
(Masa/Sekuen)
Rasional Bukan rasional
Digital Spatial
Logikal Intuitif
Linear Holistik
11
Fungsi HOKA dan HOKI

Hemisfera Hemisfera
Kiri Kanan
Bahasa Ritma
Logik Irama
Angka Muzik
Matematik Gambar/Pola
Urutan Imaginasi

Korpus Calosum menghubungkan kedua-dua hemisfera


12
Sumber:Learning Revolution(2000)
HOKA vs HOKI
• Kombinasi faktor warisan dan juga didikan
menyebabkan manusia lebih cenderung
menggunakan salah satu daripada hemisfera otak
untuk berfungsi.
• Contoh orang kidal lebih menggunakan HOKA.
• Pendidikan sekolah di Malaysia lebih cenderung
menggalakkan penggunaan HOKI melalui subjek-
subjek yang diajar (Matematik dan Sains). Pelajar-
pelajar adalah verbal, analitikal, rasional, logikal dan
linear.
• Kemahiran yang berkaitan dengan HOKA seperti
nonverbal, sintesis, bukan rasional, intuitif dan
holistik terabai.
• Bagi pembelajaran yang maksimum, kedua-dua
hemisfera otak perlu dimanfaatkan. Orang yang
kreatif bukan sahaja memerlukan proses dan produk
HOKA tetapi juga HOKI. 13
Penerapan Teori Split Brain Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
• Untuk membolehkan individu berfikir dengan
berkesan kedua-dua hemisfera otak harus
dimanfaatkan dari segi fungsi dan peranan.
• Kedua-duanya sama penting
• Untuk memastikan kedua-dua hemisfera
digunakan dengan baik dalam pembelajaran
–guru perlu mengetahui teknik mengajar
yang sesuai.
• Guru perlu mengimbangkan penggunaan
teknik yang cenderung kepada peranan
hemisfera otak kanan dan hemisfera otak
kanan.
14
Teori Pelbagai Kecerdasan Gardner

• Howard Gardner percaya manusia mempunyai


kehebatan tersendiri seperti:
– Kecerdasan muzik
– Kecerdasan kinestatik
– Kecerdasan matematik-logik
– Kecerdasan verbal-linguistik
– Kecerdasan visual-spatial
– Kecerdasan Interpersonal
– Kecerdasan Intrapersonal
– Kecerdasan naturalis
15
Kecerdasan Logik-Matematik
• Kebolehan menaakul, memikir secara logikal
seperti pola, abstrak, perkaitan sebab dan
akibat, menggunakan nombor untuk
menyelesaikan masalah.
• Melibatkan pemikiran saintifik termasuk
pemikiran heuristik,induktif dan deduktif,
mengkategori,membuat
inferens,generalisasi, penghitungan dan
pengujian hipotesis
• Contoh – Saintis, jurutera, arkitek dan doktor

16
Kecerdasan Verbal-Linguistik
• Kemampuan berkomunikasi dengan perkataan
secara berkesan, termasuk membaca, menulis,
memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan
pengucapan dengan baik dan sempurna
• Mereka yang mahir dalam bidang ini ialah seperti
pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting,
penyair, penulis skrip dan novelis
• Contoh di Malaysia ialah seperti Munshi
Abdullah, A. Samad Said, Jins Shamsudin, Yusof
Haslam dan di luar negara seperti William
Shakespeare, Enid Blyton, Jerry Bruckheimer,
Steven Spielberg, Oprah Winfrey.
17
Kecerdasan Muzikal
• Kemampuan untuk
menggemari,mendeklamasikan dan meluahkan
perasaan melalui muzik.
• Kecenderungan ini termasuk kepekaan terhadap
ritma, melodi atau kelangsingan hasil muzik
• Mereka yang tergolong dalam kategori ini dapat
menggubah lagu, menyampaikan nyanyian,
membuat alat-alat muzik juga termasuk jurutera
rakaman.
• Kehebatan P. Ramlee dengan ciptaannya yang
‘ever green’, Manan Ngah, Habsah Hassan,
Beethovan, Kitaro , Kenny G dan lain-lain lagi
18
Kecerdasan Visual-Spatial
• Kebolehan mencipta gambaran mental dan
mengamati dunia visual.
• Boleh melukis, menterjemah rajah-rajah dan
menggunakan peta.
• Peka terhadap warna, garis bentuk dan ruang.
• Berkebolehan menvisual secara spatial dan
mengorentasikan diri dalam matriks ruang.
• Mereka yang tergolong dalam kemahiran ini
adalah seperti juruterbang, ahli pelayaran,
angkasawan dan juga termasuk pelukis, arkitek,
dan perancang bandar.
• Contoh – Azhar Mansor, Raja Bahrin, Sheikh
Muzaffar, Lat, Raduan Norudin.
19
Kecerdasan Kinestatik
• Berkaitan dengan pergerakan dengan kemahiran
fizikal seperti mengkoordinasi,keseimbangan dan
kelenturan badan
• Menggunakan badan untuk meluahkan idea dan
perasaan secara berkesan
• Kecerdasan gerak geri badan yang mempunyai
kesenian yang halus. Berupaya mengawal diri
secara fizikal.
• Daripada gerak geri itu tercetuslah kesenian yang
halus seperti penari, pesilat, ahli gimnastik, pelakon
dan pakar bedah.
• Shalin Zulkifli, Nicole David, Ong Beng Hee, Nurul
Fathia Abd Hamid, Ng Shu Wai.

20
Kecerdasan Interpersonal
• Mempunyai kemahiran interpersonal seperti
berinteraksi secara harmoni dengan pelbagai
lapisan masyarakat dan berkebolehan
memahami orang lain
• Juga boleh berkomunikasi dengan berkesan.
Mempunyai kaitan rapat dengan kecerdasan
intrapersonal.
• Pendakwah, kaunselor, jururunding, imam dan
paderi adalah sebagai contoh mereka yang
mempunyai kecerdasan ini.
• Contoh- Fadzilah Kamsah, Harun Din, Pope
Benedict XVI, Rosyam Nor, Mahathir Lokman.

21
Kecerdasan Intrapersonal
• Kesedaran tentang diri sendiri,berfikiran
metakognitif dan berkebolehan untuk menilai
dan memahami diri sendiri.
• Mempunyai gambaran yang tepat tentang diri
sendiri.
• Kesedaran terhadap “mood” dalaman,
kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan
kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati
diri.
• Contoh – Pemimpin, ahli falsafah, pendita, dan
pemikir.
22
Kecerdasan Naturalis
• Kebolehan menghargai dan beroperasi dalam
dunia semulajadi.
• Prihatin dan berminat kepada alam sekitar (flora
dan fauna).
• Peka terhadap perubahan sekeliling.
• Mempunyai kebolehan menentukan ikan di laut
(nelayan), pergerakan burung (pemburu itik),
binatang dan lain-lain.
• Contoh – Greenpeace yang selamatkan ikan
paus; NGO dan individual yang menyelamatkan
kucing, anjing dan lain-lain binatang.

23
Mengapa Perlunya Teori ini diaplikasikan
dalam Pembelajaran dan Pengajaran

• Menyokong pembelajaran bersepadu yang


menyeluruh selaras dengan falsafah
Pendidikan kebangsaan dan keperluan
murid.
• Menerima persamaan dan perbezaan antara
individu dengan mengakui bahawa setiap
murid adalah unik dan belajar dengan cara
yang berlainan (stail pembelajaran yang
berbeza).
• Meningkatkan kecerdasan pelbagai
seseorang dan menyedari bahawa
potensinya tidak terbatas. 24
Mengapa Perlunya Teori ini diaplikasikan
dalam Pembelajaran dan Pengajaran
• Mempelbagaikan cara penilaian.
• Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah
• Meningkatkan harga diri,kreativiti,dan motivasi
melalui pengajaran dan pembelajaran yg
menyeronokan
• Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru
dalam pengajaran dan pembelajaran

25
RUMUSAN
• Ketiga-tiga jenis pemikiran Teori Otak Triune,
Teori Split Brain dan Teori Kecerdasan Pelbagai
memberikan ruang pada pendidik untuk
mengenalpasti ciri dan sifat pelajarnya.
• Memahami pelbagai teori pemikiran ini juga
dapat memberikan idea kepada pendidik untuk
mempelbagaikan pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

26

You might also like