You are on page 1of 4

Penelitian Sains Sosial Disember 2022

Pendidikan Satu Aliran: UEC Pada Jalur Pendidikan Swasta

Lee Bih Ni
Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah

Abstrak
Kertas ini membincangkan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian
Cina (UEC) perlu kekal berada pada jalur pendidikan swasta dan tidak perlu
memasuki sistem pendidikan awam, yang sudah lengkap dengan peperiksaan sedia
ada. Adalah diharap kerajaan kelak boleh memberikan ketegasan bahawa
pengiktirafan UEC tidak boleh dilaksanakan, sekali gus menutup buku isu berkenaan.
Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) tidak
boleh diberikan harapan palsu oleh pemimpin politik berhubung pengiktirafan UEC
itu. Pelaksanaan pendidikan sekolah satu aliran jika mendapat sokongan kalangan
bukan Melayu boleh disifatkan sebagai tanda awal kejayaan Kerajaan Perpaduan.

Kata Kunci: Unified Examination Certificate (UEC), Pendidikan jalur swasta,


Kerajaan Perpaduan

Pengenalan
Mereka yang mahu belajar dalam bahasa Cina, teruskan kerana ia dibenarkan.
Tetapi, mengapa akhirnya mereka hendak masuk dalam pendidikan kerajaan
(melalui pengiktirafan)? Kerajaan tidak sepatutnya melayan dari awal perkara seperti
ini. Ia seperti mencari penyakit sendiri, dari awal sepatutnya cakap tidak boleh.
Sebelum ini, dikatakan tidak cukup syarat untuk iktiraf UEC kerana tidak ada subjek
Bahasa Melayu. Selepas mereka memasukkan Bahasa Melayu, tiada subjek Sejarah
pula. Tidak sepatutnya mereka diberikan harapan palsu. Sebelum ini, Dong Zong
memohon pengiktirafan UEC dibincang secara rasional selepas sekali lagi
membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan PH supaya
UEC diiktiraf. Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa
pihak dilaporkan melalui portal berita meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam
membuat tuntutan itu.

Unified Examination Certificate (UEC) Sesuai Berada Pada Jalur Pendidikan


Swasta
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menubuhkan satu pasukan petugas
untuk mengkaji dasar UEC pada Oktober 2018 dan berjanji untuk mengiktiraf sijil
pendidikan berkenaan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Pada
masa sama, pihaknya melihat tuntutan Dong Zong adalah rakus sedangkan
sepatutnya mereka perlu kekal berada pada kedudukan sekarang. UEC boleh terus
memainkan peranan memberikan sumbangan pada negara dalam saluran pendidikan
swasta dan tidak adil jika mereka masuk peperiksaan itu diiktiraf seperti pendidikan
awam. Mengapa mereka mahu tuntut pengiktirafan? Mereka boleh terus
mengamalkan pembelajaran itu dengan tiada siapa halang. Cukuplah pengiktirafan
peperiksaan pada sektor pendidikan awam.

Tindakan mereka ini seolah-olah menerjah kerajaan. Ia adalah sesuatu tidak sopan
kerana Kabinet belum dibentuk, jadi ia kelihatan tidak beradab. Kalaupun mahu
tuntut, tunggulah sehingga semuanya selesai dahulu. Sementara itu, Pengarah
Institut of Excellent Teachers and Leader in Education (IETLE) Universiti Utara
Malaysia (UUM), Prof Madya Dr R Arimugam, berkata tiada keperluan untuk

1
Penelitian Sains Sosial Disember 2022

mengiktiraf UEC kerana sistem peperiksaan sedia ada sudah mencukupi. Peperiksaan
sedia ada khususnya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sudah mempunyai
kualiti tinggi, yang tidak memerlukan pengiktirafan terhadap sistem yang lain. Terlalu
awal untuk membuat gesaan semula dan cara itu dilihat tidak betul. Perlu diambil
perhatian dan tidak boleh secara terburu-buru. Bagi melaksanakan suatu perubahan,
ia perlu melalui proses timbang tara dan selagi ada pihak yang menolak ia perlu
terus dikaji (Suzalina, November 30, 2022).

Isu Pengiktirafan UEC


Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)
memohon pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian
Cina (UEC) dibincang secara rasional berikutan ia membabitkan isu akademik. Dong
Zong dalam kenyataannya menyebut, mereka memahami kebimbangan masyarakat
Melayu dan atas dasar itu, pihaknya sudi berdialog serta berbincang dengan pelbagai
lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC, selain
meningkatkan muafakat supaya isu pendidikan dapat didalami secara rasional dan
pragmatik. Negara tidak mahu pelbagai pihak menjadikan UEC sebagai alat politik,
yang sengaja digembar-gemburkan sebagai isu kaum. Selepas Pilihan Raya Umum
Ke-15 (PRU15), kerajaan baharu mula dibentuk dan pelbagai lapisan masyarakat
mengharapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat melakarkan pelan
pembangunan baharu untuk negara kita. Malangnya, isu pengiktirafan UEC pula
diperbesarkan dan digembar-gemburkan secara berlebihan dengan cubaan untuk
mencetuskan konflik sosial dan mewujudkan permusuhan dan persengketaan.

Tidak kira mana-mana parti politik yang menjadi kerajaan, pendirian Dong Zong
selama ini adalah untuk membantu negara kita dalam pembangunan modal insan
dan bertegas untuk membincangkan isu pengiktirafan UEC secara akademik serta
profesional. Dong Zong sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika
pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), dua tahun lalu supaya UEC diiktiraf.
Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak
dilaporkan melalui portal berita meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam
membuat tuntutan itu. Pada masa sama, Dong Zong menyebut, semua kurikulum
Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), termasuk mata pelajaran Sejarah
digubal dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Katanya, kurikulum SMPC juga menetapkan bahasa kebangsaan sebagai mata


pelajaran wajib, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan
keadaan kepelbagaian pendidikan di negara ini. UEC adalah satu pentaksiran
akademik, serupa dengan pentaksiran STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia) IB,
A-Level dan sebagainya. UEC bukan satu petunjuk politik, oleh itu ahli politik tidak
boleh menginterpretasikan UEC sewenang-wenangnya secara berlebihan untuk
kepentingan peribadi. Sudah tentu, kami sememangnya dengan rendah hati
menerima sebarang kritikan dan tunjuk ajar berkenaan kurikulum SMPC dan akan
berusaha untuk penambahbaikan.

Menurut Dong Zong, pihaknya juga meluluskan 11 resolusi melalui mesyuarat, baru-
baru ini, yang berkait rapat dengan kemakmuran negara, sistem pendidikan, hak dan
kepentingan pendidikan pelbagai kumpulan etnik dan lapisan masyarakat. Katanya,
ia termasuk penubuhan 'Ombudsman' (badan bebas) pendidikan, merapatkan jurang
pendidikan antara bandar dan luar bandar, penggubalan dasar pendidikan yang
menyokong kepelbagaian budaya dan aliran sekolah, serta layanan yang adil kepada

2
Penelitian Sains Sosial Disember 2022

semua aliran sekolah. Sementara itu, Dong Zong dalam kenyataan itu juga
menyebut, pihaknya bersetuju bahawa Kerajaan Perpaduan harus memberi
keutamaan untuk melaksanakan langkah yang bermanfaat kepada rakyat,
mengadakan tadbir urus yang baik dan berintegriti dan memulihkan kebebasan
kehakiman.

Selain itu, katanya, Kerajaan Perpaduan perlu meringankan beban hidup rakyat dan
merangsangkan pembangunan ekonomi, memupuk dialog yang rasional,
menyatupadukan hati rakyat dan tidak menghampakan mandat rakyat. Dong Zong
menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah dan menyokong kerajaan baharu untuk mengutamakan pemulihan
ekonomi negara, meningkatkan taraf hidup rakyat serta memupuk keharmonian
sosial (Suzalina, November 29, 2022).

Sekolah Satu Aliran Tanda Kejayaan Kerajaan Perpaduan


Atas harapan pendidikan sekolah satu aliran, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim digesa dapat meyakinkan kaum lain supaya menerima pendidikan sekolah
satu aliran di negara ini. Ini langkah awal yang menjurus kepada kejayaan Kerajaan
Perpaduan sekiranya ingin hubungan sesama kaum kembali baik demi mencapai
kemakmuran yang mutlak di Malaysia. Ia senada dengan kenyataan Pengerusi Biro
Pendidikan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Emeritus Tan Sri Ibrahim Abu
Shah, semalam, yang berharap Anwar dapat menggunakan pengaruh kuatnya untuk
mengajak kalangan bukan Melayu bersetuju dengan sistem pendidikan satu aliran.
Hanya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mampu memujuk bukan Melayu dan
menyelesaikan masalah berkenaan. Perdana Menteri juga perlu bersikap tegas dan
tidak menerima permohonan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia
(Dong Zong) supaya Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina
(UEC) diiktiraf.

Kesimpulan
Kerajaan ini masih baharu dan setiap langkah dan keputusan diambil kerajaan,
sekiranya silap, pasti akan merosakkan kerjasama yang baru terjalin. Kepimpinan
DAP dapat mengubah dasar parti mereka sebahagiannya supaya mengikut
Perlembagaan negara dan menghormati kedaulatan undang-undang negara.
Sekiranya ingin terus kerajaan dan hubungan ini lebih baik, perlu ada kesepakatan
yang matang dan bertolak ansur sesama parti. Sementara itu, menyentuh kerjasama
antara Barisan Nasional (BN) dan PH, beliau menyerahkan segala-galanya kepada
keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan BN untuk memutuskan.
Tambahan pula pemilihan parti tidak sampai enam bulan. Sekiranya ingin
menukarkan kepada kepimpinan yang baharu, saya berharap apa juga keputusan
nanti, hendaklah memikirkan kelangsungan parti, mendengar suara akar umbi dan
paling utama rakyat dapat menerima pemimpin yang dipilihi.

Rujukan
Suzalina Halid. (November 30, 2022). Unified Examination Certificate (UEC) Sesuai
Berada Pada Jalur Pendidikan Swasta Sahaja. Kuala Lumpur: Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1033447/uec-sesuai-berada-
pada-jalur-pendidikan-swasta-sahaja

3
Penelitian Sains Sosial Disember 2022

Suzalina Halid. (November 29, 2022). Dong Zong ajak isu pengiktirafan UEC
dibincang secara rasional. Kuala Lumpur: Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1033178/dong-zong-ajak-isu-
pengiktirafan-uec-dibincang-secara-rasional

Irwan Shafrizan Ismail. (Disember 1, 2022) Buat Sekolah Satu Aliran Tanda Kejayaan
Kerajaan Perpaduan. Kuala Lumpur: Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1033888/buat-sekolah-satu-
aliran-tanda-kejayaan-kerajaan-perpaduan

You might also like