You are on page 1of 10

KERTAS KONSEP

CABARAN KOKURIKULUM
PASUKAN BADAN BERUNIFORM
SECARA RAKAMAN VIDEO
SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
TAHUN 2022

SEKOLAH-SEKOLAH
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

ANJURAN
UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID
SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

PENGELOLA
SEKOLAH KEBANGSAAN MENGABANG TELIPOT
KUALA NERUS, TERENGGANU
CABARAN KOKURIKULUM
PASUKAN BADAN BERUNIFORM SECARA RAKAMAN VIDEO
SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
TAHUN 2022

1. Pendahuluan

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses


pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk
mengukuh dan menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di
dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara
terancang di semua peringkat dengan menerapkan nilai-nilai murni, jatidiri, khidmat
masyarakat, keusahawanan dan alam sekitar yang menjurus ke arah pembangunan
potensi, pembentukan karakter murid dan Sekolahku SEJAHTERA.
Cabaran Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform merupakan inisiatif penting yang
dilaksanakan oleh JPNT dengan kelolaan oleh Sekolah Kebangsaan Mengabang
Telipot, Kuala Nerus, Terengganu untuk memberi peluang kepada ahli-ahli pasukan badan
beruniform mempamerkan kemahiran teknologi maklumat di samping membuat
perkongsian kemahiran dan pengalaman yang ada pada murid. Pelaksanaan program ini
diharap dapat memberi ruang kepada murid untuk berkongsi kemahiran ilmu Pasukan
Badan Beruniform.

2. Objektif Aktiviti

2.1 Memupuk disiplin, sahsiah, jati diri, kepimpinan serta penerapan nilai-nilai murni
dalam kalangan ahli Pasukan Badan Beruniform;
2.2 Berkongsi kemahiran ilmu pasukan badan beruniform yang dipelajari daripada
jurulatih dan guru;
2.3 Melahirkan murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) serta
mempraktikkan kemahiran pembelajaran teknologi maklumat dengan
mengaplikasikan kaedah pembelajaran abad ke-21;
2.4 Menyediakan murid yang menerima, menghormati dan menguruskan kepelbagaian
bagi membina Keluarga Malaysia yang bersatu padu; dan
2.5 Melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada kemakmuran keluarga,
masyarakat, negara dan komuniti global melalui Konsep Sekolahku SEJAHTERA.

2 | Cabaran Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
3. Pelaksanaan Aktiviti

3.1 Cabaran Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform dijalankan adalah Peringkat


Negeri. Pelaksanaan di peringkat negeri akan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Terengganu ( JPNT ) dan kelolaan Sekolah Kebangsaan Mengabang
Telipot, Kuala Nerus, Terengganu.

3.2 Tarikh pertandingan ini dijalankan adalah seperti berikut :-

3.2.1 Peringkat Negeri : 18 September 2022 hingga 10 Oktober 2022

3.3 Pertandingan ini terbuka kepada kepada semua ahli Pasukan Badan Beruniform
Sekolah Rendah kecuali Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) dan Tunas
Pertahanan Awam ( TUSPA ).

3.4 Pertandingan ini melibatkan acara berkumpulan.

Penyertaan
Acara Kategori
( maksimum )
Ikhtiar Hidup Pondok 5 Orang Sepasukan
1 pasukan / sekolah
Sementara ( Lelaki )
Ikhtiar Hidup Pondok 5 Orang Sepasukan
1 pasukan / sekolah
Sementara ( Perempuan )
5 Orang Sepasukan
Ikatan Dan Simpulan 1 pasukan / sekolah
( Lelaki )
5 Orang Sepasukan
Ikatan Dan Simpulan 1 pasukan / sekolah
( Perempuan )
5 Orang Sepasukan
Bantu Mula 1 pasukan / sekolah
( Lelaki )
5 Orang Sepasukan
Bantu Mula 1 pasukan / sekolah
( Perempuan )
5 Orang Sepasukan
Gajet 1 pasukan / sekolah
( Lelaki )
5 Orang Sepasukan
Gajet 1 pasukan / sekolah
( Perempuan )
22 Orang Sepasukan
Kawad Kaki 1 pasukan / sekolah
( Lelaki / Perempuan / Campuran )

3 | Cabaran Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
3.5 Peserta pertandingan dikehendaki melaksanakan hanya satu ( 1 ) daripada acara
berikut :-

3.5.1 Acara 1 : Pertandingan Ikatan dan Simpulan

3.5.1.1 Peserta dikehendaki menunjuk cara, memberi


penerangan secara lisan dan menerangkan fungsi
empat ( 4 ) jenis ikatan berikut :-

3.5.1.1.1 Ikatan Buku Sila ( Reef Knot )


3.5.1.1.2 Ikatan Simpul Manok ( Clove Hitch )
3.5.1.1.3 Simpulan Pengail ( Fisherman Knot )
3.5.1.1.4 Ikatan Tindih kasih ( Bowline )

3.5.1.2 Paparan video diambil dari paras pusat hingga ke atas


dan boleh disunting ( edit ) kecuali ketika sedang
menunjuk cara sesuatu ikatan / simpulan.
3.5.1.3 Peserta dikehendaki memakai uniform pasukan.
3.5.1.4 Setiap ikatan hanya diwakili oleh seorang peserta yang
berbaza.
3.5.1.5 Durasi masa : tidak melebihi 4 minit.

3.5.2 Acara 2 : Pertandingan Kawad kaki

3.5.2.1 Pasukan dikehendaki menyediakan keseluruhan


rakaman video kawad kaki tanpa suntingan.
3.5.2.2 Elemen Kawad Kaki yang wajib dipaparkan oleh
pasukan adalah seperti berikut :-

3.5.2.2.1 Kawad Statik

3.5.2.2.1.1 Senang diri


3.5.2.2.1.2 Sedia
3.5.2.2.1.3 Luruskan barisan
3.5.2.2.1.4 Melapor masuk
3.5.2.2.1.5 Bergerak ke kiri
3.5.2.2.1.6 Bergerak ke kanan
3.5.2.2.1.7 Menghadap ke belakang
3.5.2.2.1.8 Menghadap ke hadapan
3.5.2.2.1.9 Hentak kaki cepat & berhenti

4 | Cabaran Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
3.5.2.2.2 Kawad Dinamik

3.5.2.2.2.1 Bergerak ke kanan


3.5.2.2.2.2 Berjalan
3.5.2.2.2.3 Hormat ke hadapan
3.5.2.2.2.4 Hormat selaku terima sijil
3.5.2.2.2.5 Belakang pusing semasa
cepat jalan
3.5.2.2.2.6 Berhenti
3.5.2.2.2.7 Menghadap ke hadapan
3.5.2.2.2.8 Melapor keluar
3.5.2.2.2.9 Keluar baris

3.5.2.3 Kata perintah adalah berdasarkan kata perintah kawad


kaki pasukan.
3.5.2.4 Pasukan dikehendaki memberikan kata perintah
mengikut susunan pergerakan kawad yang ditetapkan.
Hukuman dan perbuatan kawad yang tidak mengikut
urutan yang ditetapkan, tiada pemarkahan bagi
pergerakan tersebut.
3.5.2.5 Pasukan dikehendaki memakai uniform lengkap kawad
pasukan.
3.5.2.6 Durasi masa : tidak melebihi 8 minit.

3.5.3 Acara 3 : Pertandingan Bantu Mula

3.5.3.1 Peserta dikehendaki menunjuk cara, memberi


penerangan secara lisan satu daripada elemen
berikut :-

3.5.3.1.1 Patah dibahagian antara pergelangan


tangan dan siku.
3.5.3.1.2 Patah dibahagian antara lutut dan
pergelangan kaki.
3.5.3.2 Paparan video boleh disunting ( edit ) kecuali ketika
sedang menunjuk cara Bantu Mula.
3.5.3.3 Peserta boleh menggunakan patung/ rakan/ ahli
keluarga sebagai mangsa.
3.5.3.4 Peserta dikehendaki memakai uniform pasukan.
3.5.3.5 Durasi masa : tidak melebihi 4 minit.

5 | Cabaran Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
3.5.4 Acara 4 : Pertandingan Gajet

3.5.4.1 Peserta dikehendaki memaparkan video membina


sebuah ( 1 ) gajet seperti rak kasut, rak pinggan atau
sebagainya yang bersesuaian didirikan di tapak
perkhemahan.
3.5.4.2 Rakaman video hendaklah disertakan dengan
penerangan yang lengkap samada secara lisan
ataupun tulisan.
3.5.4.3 Paparan video boleh disunting ( edit ).
3.5.4.4 Peserta dikehendaki memakai uniform pasukan.
3.5.4.5 Durasi masa : tidak melebihi 4 minit.

3.5.5 Acara 5 Pertandingan Ikhtiar Hidup ( Pondok Sementara )

3.5.5.1 Peserta dikehendaki membina pondok perlindungan


sementara yang dapat memuatkan dua ( 2 ) orang.
3.5.5.2 Peserta dikehendaki menunjuk cara dan memberi
penerangan secara lisan ketika pembinaan pondok
tersebut.
3.5.5.3 Peserta dikehendaki memakai uniform pasukan.
3.5.5.4 Paparan video boleh disunting ( edit ) kecuali ketika
sedang menunjuk cara.
3.5.5.5 Durasi masa : tidak melebihi 5 minit.

3.6 Penghantaran bahan pertandingan.

3.6.1 Pertandingan Peringkat Negeri.

3.6.1.1 Pautan ( link ) penghantaran adalah seperti berikut :-


https://forms.gle/CwtuyMkSPEPcRN3eA

3.6.2 Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

3.6.2.1 Peserta yang terpilih di peringkat negeri layak untuk


dipertandingkan di peringkat kebangsaan. Peserta yang
terpilih tersebut akan menghantar pautan ( link ) berkenaan
melalui JPN masing-masing ke alamat yang disediakan oleh
KPM pada 17 hingga 20 Oktober 2022.

6 | Cabaran Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
4. Bilangan penyertaan ke pertandingan Peringkat Kebangsaan bagi setiap negeri
adalah seperti berikut :-

4.1 Acara 1 : Pertandingan Ikatan dan Simpulan

4.1.1 Lelaki : 5 penyertaan bagi setiap negeri


4.1.2 Perempuan : 5 penyertaan bagi setiap negeri

4.2 Acara 2 : Pertandingan Kawad kaki

4.2.1 1 pasukan 22 orang


4.2.2 Pasukan boleh terdiri daripada
4.2.2.1 lelaki sahaja
4.2.2.2 perempuan sahaja
4.2.2.3 campuran jantina

4.3 Acara 3 : Pertandingan Bantu Mula

4.3.1 Lelaki : 5 penyertaan bagi setiap negeri


4.3.2 Perempuan : 5 penyertaan bagi setiap negeri

4.4 Acara 4 : Pertandingan Gajet

4.4.1 Lelaki : 5 penyertaan bagi setiap negeri


4.4.2 Perempuan : 5 penyertaan bagi setiap negeri

4.5 Acara 5 Pertandingan Ikhtiar Hidup ( Pondok Sementara )

4.5.1 Lelaki : 5 penyertaan bagi setiap negeri


4.5.2 Perempuan : 5 penyertaan bagi setiap negeri

7 | Cabaran Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
5. Aspek penilaian

5.1 Acara 1 : Pertandingan Ikatan dan Simpulan

Bil Item / Perkara Markah


a. Tunjuk cara dan penerangan 50 markah

b. Kekemasan 10 markah

c. Kualiti audio visual 10 markah

d. Kreativiti 20 markah

e. Kerjasama 10 markah

Jumlah = . 100 markah

5.2 Acara 2 : Pertandingan Kawad kaki

Bil Item / Perkara Markah


a. Kawad Statik 40 markah

b. Kawad Dinamik 40 markah

c. Kata Perintah 10 markah

d. Pakaian uniform ( Lengkap ) 10 markah

Jumlah = . 100 markah

5.3 Acara 3 : Pertandingan Bantu Mula

Bil Item / Perkara Markah


a. Tunjuk cara dan penerangan 60 markah

b. Kekemasan ikatan dan balutan 20 markah

c. Kualiti audio visual 10 markah

d. Kreativiti 10 markah

Jumlah = . 100 markah

8 | Cabaran Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
5.4 Acara 4 : Pertandingan Gajet

Bil Item / Perkara Markah


a. Tunjuk cara dan penerangan 60 markah

b. Kekemasan 10 markah

c. Kualiti audio visual 20 markah

d. Kreativiti 10 markah

Jumlah = . 100 markah

5.5 Acara 5 Pertandingan Ikhtiar Hidup ( Pondok Sementara )

Bil Item / Perkara Markah


a. Kekemasan pondok 30 markah

b. Penerangan 30 markah

c. Kreativiti 20 markah

d. Keluasan ( dua Orang ) 10 markah

e. Kualiti audio visual 10 markah

Jumlah = . 100 markah

6. Panel penilai.

Panel penilai pertandingan peringkat negeri akan dilantik oleh pihak Unit Pembangunan
Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Keputusan panel juri adalah muktamad.

7. Pemenang.

Sijil Penyertaan dan Pencapaian Peringkat Negeri akan dikeluarkan oleh Unit
Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu melalui Jawatankuasa Pengelola.

9 | Cabaran Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
11. Keterangan lanjut mengenai pertandingan ini, sila hubungi:

En. Ismail bin Ubaidillah


Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
JPN Terengganu
019-9964584

12. Penutup

Pelaksanaan program ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli Pasukan Badan
Sekolah Sekolah Rendah untuk terus mempamerkan kebolehan dan kemahiran mereka
dalam bentuk yang berbeza ( paparan video ). Penyertaan murid dalam pertandingan ini
juga akan menjinakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu dan kemahiran tambahan iaitu
kemahiran teknologi maklumat ( IT ) di samping berkongsi kemahiran dan bakat yang ada
pada mereka.

LAMPIRAN

1. Pautan gg.doc Informasi Pertandingan :

 https://bit.ly/cabarankokurikulumpbbSRTerengganu

upbm spm jpnt


september 2022

10 | Cabaran Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Sekolah Rendah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu

You might also like