You are on page 1of 4

CABARAN KOKURIKULUM

KADET PERTAHANAN AWAM


PERINGKAT NEGERI TAHUN 2022

1.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN


1.1 Pertandingan terbuka kepada 2 kategori iaitu:
1.1.1. Kadet Sekolah Pertahanan Awam Malaysia (KASPA) Lelaki
1.1.2. Kadet Sekolah Pertahanan Awam Malaysia (KASPA) Perempuan

1.2 Peserta dibenarkan mengambil bahagian DALAM SATU (1) ACARA BERKUMPULAN
SAHAJA daripada acara yang dipertandingkan dan video mestilah karya asli dan tidak pernah
dipertandingkan di mana-mana pertandingan sebelum ini.

1.3 Peserta pertandingan dikehendaki berpakaian uniform lengkap atau separa lengkap
sepanjang persembahan kecuali yang memerlukan peserta melakonkan watak tertentu.

1.4 Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur. Kontinjen dikehendaki
memuat naik bahan pertandingan ke Youtube masing-masing terlebih dahulu.

1.5 Bilangan penyertaan bagi setiap sekolah:

KATEGORI : KASPA LELAKI PEREMPUAN


5 ahli bagi setiap pasukan 5 ahli bagi setiap pasukan
VIDEOGRAFI
(1 penyertaan setiap (1 penyertaan setiap
KESELAMATAN
sekolah) sekolah)
5 ahli bagi setiap pasukan 5 ahli bagi setiap pasukan
BANTU MULA (1 penyertaan setiap (1 penyertaan setiap
sekolah) sekolah)
16 ahli bagi setiap pasukan 16 ahli bagi setiap pasukan
CABARAN KAWAD KAKI (1 penyertaan setiap (1 penyertaan setiap
sekolah) sekolah)

1.6 Tarikh akhir penghantaran bahan pertandingan ialah pada 2 OKTOBER 2022.
1.7 Pautan pendaftaran : https://bit.ly/KASPA-WPL
2.0 ASPEK PENILAIAN

2.1 KASPA 1 – VIDEOGRAFI KESELAMATAN (5 ORANG)


BIL ITEM/PERKARA MARKAH
1. Pendahuluan dan Penutup 5 markah
2. Kreativiti 5 markah
Kandungan utama (Peranan APM semasa banjir)
3. - Penerangan 30 markah
- Lakonan 25 markah
4. Kelancaran dan Bahasa 10 markah
5. Audio visual 10 markah
6. Pakaian 10 markah
7. Durasi (4 minit) 5 markah
JUMLAH 100 markah

2.2 KASPA 2 – BANTU MULA (5 ORANG)


BIL ITEM/PERKARA MARKAH
1. Pendahuluan dan Penutup 5 markah
2. Kreativiti 5 markah
Kandungan (Penerangan)
3. - DRSABCD 30 markah
- Demonstrasi CPR 25 markah
4. Kelancaran dan Bahasa 10 markah
5. Audio visual 10 markah
6. Pakaian 10 markah
7. Durasi (4 minit) 5 markah
JUMLAH 100 markah

2.3 KASPA 3 – CABARAN KAWAD KAKI (16 ORANG)


BIL ITEM/PERKARA MARKAH
Persembahan Kawad Kaki
1. Sedia
2. Buka Barisan
3. Ke kanan lurus & pandang hadapan
4. Pusing kiri dan kanan
5. Menghadap ke belakang dan hadapan
6. Ke kanan pusing
7. Cepat jalan
8. Ke belakang pusing semasa cepat jalan
1. 75 markah
9. Hormat ke kanan
10. Hormat ke hadapan
11. Tukar langkah semasa cepat jalan
12. Hormat selaku terima sijil
13. Henti
14. Menghadap ke hadapan
15. Tutup barisan
16. Ke kanan lurus & pandang hadapan
17. Keluar baris
2. Audio visual 10 markah
3. Pakaian 10 markah
4. Durasi (8 minit) 5 markah
JUMLAH 100 markah
SYARAT PERTANDINGAN

ACARA KASPA

BIL ACARA KASPA SYARAT DAN PERATURAN


1. Peserta dikehendaki membuat lakonan semula
berkaitan peranan APM sewaktu menghadapi situasi
semasa banjir diketuai oleh seorang ketua dan 4
orang pembantu yang melakonkan situasi.
KASPA 1 2. Durasi masa keseluruhan persembahan tidak
melebihi 4 minit.
VIDEOGRAFI 3. Video adalah dibenarkan untuk disunting.
1.
KESELAMATAN 4. Video merupakan karya asli dan tidak pernah
dipertandingkan di mana-mana pertandingan.
(5 ORANG) 5. Ketua dikehendaki memakai uniform lengkap
manakala ahli kumpulan yang lain dikehendaki
memakai pakaian yang sesuai mengikut situasi dan
peranan di dalam lakonan.

1. Ketua berperanan memberi penerangan, 3 orang


penyelamat membuat demonstrasi CPR (kaedah
DRABC) terhadap seorang mangsa.
2. Penyertaan adalah DIBATALKAN jika kaedah yang
dilakukan tidak mengikut turutan yang betul.
3. Paparan video bagi elemen bantu mula boleh
disunting mengikut kesesuaian paparan kecuali
KASPA 2
sewaktu melakukan CPR.
4. Markah isi kandungan diberi berdasarkan tunjuk cara
2. BANTU MULA
dan penerangan isi kandungan.
5. Durasi masa keseluruhan persembahan tidak
(5 ORANG)
melebihi 4 minit.
6. Video merupakan karya asli dan tidak pernah
dipertandingkan di mana-mana pertandingan.
7. Ketua dikehendaki memakai uniform lengkap
manakala pembantu memakai pakaian yang sesuai
mengikut situasi.

1. Ketua platun dikehendaki memberikan kata perintah


dan kadet di dalam baris (15 orang) menunjukkan
perbuatan kawad kaki tersebut dengan jelas.
KASPA 3 2. Hukuman dan perbuatan kawad yang tidak mengikut
urutan yang ditetapkan, tiada pemarkahan bagi
CABARAN pergerakan tersebut.
3.
KAWAD KAKI 3. Paparan video persembahan kawad kaki hendaklah
secara berterusan bermula dari pergerakan pertama
(16 ORANG) hingga akhir tanpa sebarang suntingan. Jika terdapat
suntingan, penyertaan adalah dibatalkan.
4. Durasi masa bagi keseluruhan persembahan kada
kaki tidak melebihi 8 minit.
5. Video merupakan karya asli dan tidak pernah
dipertandingkan di mana-mana pertandingan.
6. Peserta dikehendaki memakai uniform lengkap.

SYARAT DAN PERATURAN TAMBAHAN

1. Sila pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti. KPM tidak akan
bertanggungjawab atas sebarang tuntutan akibat pelanggaran hasil hak cipta.
2. Karya yang dihasilkan adalah manifestasi kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai
murni dan TIDAK BOLEH mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti
perkauman, kebudayaan, keagamaan serta tidak menghina mana-mana pemimpin
dan individu.
3. Semua penyertaan TIDAK BOLEH dimuat naik ke mana-mana portal dalam tempoh
pertandingan sebelum mendapat kebenaran KPM.
4. Tuntuan Hak Cipta :
Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dengan ini bersetuju bahawa sekiranya
peserta terpilih sebagai pemenang, peserta/pemenang membenarkan:
• KPM menggunakan video tersebut sebagai tujuan promosi di dalam mana-
mana saluran KPM sama ada sebelum, semasa dan selepas pertandingan;
dan
• Suntingan dibuat oleh KPM terhadap video penyertaan bagi tujuan
pendidikan, penyiaran dan promosi.

You might also like