You are on page 1of 10

1

1.0 Pendahuluan

Tarian Zapin merupakan salah satu daripada berbagai jenis tarian Melayu yang
masih ada hingga sekarang. Zapin berasal daripada perkataan Arab iaitu Zaffa yang
bermaksud mengiringi pengantin. Zapin Melayu dicipta dari pengaruh Arab Hadramaut .
Wilkinson (1993:12) menyatakan perkataan Hadramaut terletak di negara Yemen. Meulen
dan Wisman (1998:5) menyatakan bahawa imigran dari Hadramaut bertanggungjawab
membawa Zapin atau dikenali sebagai Zapin Arab. Walaupun seni zapin diterima oleh
penduduk setempat namun terdapat perubahan pada bentuk tarinya kerana dikatakan Zapin
Arab agak kasar. Perubahan dilakukan kerana pergerakannya perlu bersesuaian dengan sifat
kesopanan dan lemah lembut orang Melayu. Zapin Melayu telah berkembang ke seluruh alam
nusantara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura dengan pelbagai nama seperti Jipin,
Jepin atau Zafin (Mohd Anis Md Nor 1993:21) .

Menurut Aristoteles yang merupakan falsafah tari, tari adalah sesuatu ritmis yang
dapat menghadirkan karekter manusia saat mereka bertindak. Ini bermaksud, setiap tindakan
dan pergerakan yang dilakukan oleh penari merupakan tari yang hadir melalui karekter
manusia itu sendiri. Ada juga berpendapat bahawa, menurut Alan Merriam tarian merupakan
budaya dan budaya itu tarian. Di Johor memang terkenal dengan tarian Zapin namun
terdapat beberapa tarian Zapin yang berlainan mengikut daerah di negeri tersebut. Tarian
tradisi ini juga menunjukkan beberapa ragam yang berlainan berdasarkan jenis nama tarian
Zapin tersebut. Tarian yang sering ditarikan oleh masyarakat di kawasan itu juga mempunyai
tujuan tertentu sebagai contoh untuk keramaian.

Menurut tajuk yang dipilih terlebih dahulu pengkaji ingin memberi beberapa
definisi istilah yang berkenaan dengan tajuk iaitu struktural. Struktur dalam tari menurut
Adreine L.Keepler menyatakan ia terbentuk melalui hasil daripada 4 elemen pergerakan iaitu
kinimes,morphokines,motif dan juga choreme. Dalam konteks kajian yang akan dilakukan,
struktur tarian akan didapati dan dapat dihuraikan berdasarkan apa yang terdapat di dalam
tarian Zapin Lenga di Kampung Bharu Bt 28 Negeri Johor.
2

1.1 Latar Belakang Kajian

Menurut (Mohd Anis Md Nor 1990) Tarian zapin sangat sinonim dengan negeri
Johor dan dikatakan menjadi pencetus tarian itu sehingga diterima oleh masyarakat dan
menjadi antara kemestian dalam setiap kermaian. Malahan tarian ini sering dipaparkan dalam
katalog atau risalah pelancongan negeri Johor. Ini menjadikan zapin dan Johor seperti tidak
dapat dipisahkan. Terdapat kira-kira 20 jenis tarian zapin di Johor yang gerak tarinya
diasaskan oleh masyarakat Melayu tempatan, malah hampir semua daerah di negeri ini
mempunyai versi tarian zapin yang tersendiri .

Dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji memfokuskan kepada Zapin
yang terdapat di Johor oleh masyarakat di daerah Lenga, Johor di Tanah Melayu. Zapin yang
dikatakan oleh pengkaji ialah Zapin Lenga di Kampung Bharu Bt 28. Zapin Lenga adalah
satu-satunya repertoire Zapin Melayu Johor yang paling tua berjaya dikesan di Negeri Johor.
Bentuk persembahan Zapin Lenga juga dianggap sebagai lambang kepada Zapin Melayu
Johor, sifat 'Archaic ' dari sudut pergerakan tari dan muzik jelas kelihatan pada gaya penari
lelaki dan melodi muzik pengiring. Pada asalnya tarian Zapin Lenga ini merupakan tarian
istana pada ketika dahulu. Keistimewaaan Zapin Lenga dari sudut sejarah perkembangan seni
Zapin Melayu di Johor ialah kemungkinan besar tradisi tersebut telah diwarisi dari Kerajaan
Melayu Melaka setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.

Lenga dan kawasan Pagoh merupakan daerah berburu Raja-raja Melaka dan di sana
juga tempatnya Sultan Melaka berundur sewaktu Melaka diserang Portugis. Menurut orang
sumber (Majid Bin Rawino), Pada hari ini, tarian Zapin Lenga tidak lagi menjadi tradisi
kesenian yang popular seperti pada zaman dahulu kerana kebanyakkan daripada pewaris-
pewaris tua telah pun kembali ke rahmatullah. Tradisi ini juga telah berubah dan bentuknya
yang asal kerana adanya penglibatan penari penari wanita yang pada suatu masa dahulu tidak
dibolehkan menarikan tarian Zapin Lenga dikhalayak ramai. Nama Zapin Lenga dicipta
daripada nama daerah Lenga itu sendiri, hal ini menjadikan Zapin Lenga dapat ditarikan
bukan sahaja di Kampung Bharu namun seluruh kampung di daerah Lenga. Oleh itu secara
langsung Zapin Lenga dipopularkan dengan panggilan tersebut.

Zapin Lenga ini mempunyai 6 Langkah atau Ragam iaitu Langkah 1, langkah 2,
langkah 3, langkah 4, langkah 5 dan langkah 6. Zapin lenga ini lebih kepada kelembutan dan
3

kemanisan para penari serta lebih ayu ditarikan oleh penari zapin wanita pada masa kini.
Namun tarian Zapin Lenga di Bandar Tenggara telah kurang diwarisi oleh mereka yang
golongan belia. Sebaliknya warisan ini diwarisi generasi yang lebih muda iaitu kanak-kanak
Taska dan sekolah rendah. Walaupun begitu, sejarah Zapin Lenga ini masih menjadi sebutan
kerana masyarakat yang ada kini hanyalah berlatih untuk kepuasan dan ada juga untuk
dipertandingkan kerana terdapat perubahan struktur pada tarian Zapin Lenga apabila
dipersembahkan secara tradisi dan secara persembahan pentas.

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui struktural Zapin Lenga di Kampung
Bharu Negeri Johor. Di samping itu, pengakaji dapat mengetahui struktur tarian ini
berdasarkan kinemes, morphokines, motifs dan choremes. Pengakaji juga dapat mengetahui
terdapat perubahan struktur pada tarian Zapin Lenga apabila dipersembahkan secara tradisi
dan secara persembahan pentas.

1.2 Pernyataan Masalah

Pengkaji mendapati terdapat beberapa masalah yang terdapat pada Tarian Zapin
Lenga yang dapat pengkaji huraikan. Permasalahan pertama yang timbul adalah terdapat
perbezaan struktur pergerakan Tarian Zapin Lenga pada masa lalu dan sekarang yang telah
mengubah bentuk asalnya di kalangan masyarakat Melayu di Kampung Bharu Bt 28 Lenga,
Johor. Hal ini menyebabakan pengkaji ingin menganalisis struktur yang terdapat pada tarian
Zapin Lenga.

Dalam pada itu, permasalahan lain yang dapat dilihat ialah terdapat perubahan pada
Zapin Lenga iaitu pada masa dahulu tarian Zapin Lenga ini hanya ditarikan oleh kaum lelaki
sahaja dan perempuan tidak boleh menari dikhalayak ramai namun pada masa kini terdapat
perubahan iaitu tarian Zapin Lenga ini ditarikan juga oleh kaum perempuan pada
persembahan pementasan pada waktu kini. Selain itu, masalah seterusnya ialah kurangnya
kajian terhadap Zapin Lenga dan kurangnya penyelidikan berkaitan sejarah asal usul Zapin
Lenga, Hal ini juga berkaitan kajian mengenai sejarah dalam tarian Zapin Lenga yang kurang
popular berbanding zapin lain yang terdapat di Johor.
4

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat sejarah dan asal usul tarian Zapin
Lenga di Kampung Bharu Bt 28 Negeri Johor. Selain itu, pengkaji juga ingin menganalisis
struktural pergerakan dalam tarian Zapin Lenga di Kampung Bharu Bt 28 negeri Johor.
Pengkaji juga akan mengenalpasti struktur pergerakan dalam tarian Zapin Lenga di Kampung
Bharu Bt 28 di Negeri Johor.

1.5 Soalan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, terdapat beberapa persoalan kajian yang difikirkan oleh
pengkaji dan segala persoalan kajian haruslah dijawab di penghujung kajian ini.
Sememangnya, Tarian Zapin Lenga merupakan salah satu tarian Zapin yang terdapat di
Johor. Namun tarian ini sekarang jarang dipersembahkan. Terdapat beberapa persoalan yang
timbul yang masih menjadi tanda tanya kepada pengkaji. Antaranya ialah:

1) Bagaimankah sejarah perkembangan Zapin Lenga di Kampung Bharu Bt 28


Negeri, Johor ?

2) Siapakah pengasas dan penerus kepada tarian ini ?

3) Bilakah tarian ini mula dikenali ramai?

4) Bagaimanakah tarian ini dipersembahkan pada waktu dahulu ?

5) Apakah penggunaan busaan bagi tarian ini?

6) Apakah jenis lagu yang digunakan dalam tarian ini?

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah untuk menganalisis struktural pergerakan tarian Zapin
Lenga di Kampung Bharu Bt 28 Negeri Johor. Dengan ini dapat melihat struktur pergerakan
Zapin Lenga di kampung tersebut. Selain itu , dengan terbuktinya struktur ini juga mampu
5

menjadikan rujukan bagi penyelidikan. Oleh itu kepentingan kajian ini juga dapat mengetahui
mengenai sejarah asal usul tarian Zapin Lenga secara lebih mendalam.

Selain itu, kepentingan kajian ini dapat mengkaji ragam yang terdapat dalam tarian
Zapin Lenga, kerana setiap tarian itu semestinya mempunyai ragamnya yang tersendiri. Oleh
itu pengkaji dapat menginterpretasikan setiap ragam yang digunakan berdasarkan data yang
diperoleh oleh responden.

Setersunya, kepentingan kepada masyarakat di Kampung Bharu Bt 28 ini pula ialah


dapat menyedarkan masyarakat bahawa tarian Zapin Lenga masih aktif dan tidak lupus
ditelan zaman. Selain itu. Kajian ini akan menjadi sumber rujukan kepada penyelidik akan
datang khususnya berkenaan dengan tarian Zapin Lenga di Kampung Bharu, Johor.

1.7 Kerangka Konsep Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teori strukturalisme. Pengkaji juga


melibatkan dalam teori ini adalah antropolog, Ferdinand de Saussure yang menerapkan
struktur. Oleh itu,dalam kajian yang dijalankan untuk menganalisis struktur pergerakan
Tarian Zapin Lenga ini, teori strukturalisme penting bagi pengkaji kerana ia menjadi sebagai
panduan kepada kajian ini. Teori yang digunakkan ini juga menerangkan bagaimana struktur
pergerakan dalam tarian Zapin Lenga.
6

1.8 Metodologi Kajian

Metodologi Kajian

Sumber Primer Sumber Sekunder

Pemerhatian Temubual 1. Buku Sumber atas


v talian
2. Tesis
(internet)
3. Jurnal

Responden

Orang sumber :
Majid Bin Rawino (Penerus Zapin Lenga)

Rajah 1

Metodologi kajian ini adalah meliputi kaedah, cara dan pendekatan yang digunakan untuk
mencapai objektif dan matlamat kajian ini. Kajian ini akan menggunakan pendekatan
kualitatif dalam menjalankan penyelidikan ini. Penyelidikan kualitatif melibatkan
kepelbagaian kaedah secara terfokus, termasuk penggunaan pendekatan naturalistik (semula
jadi) untuk menyelidik sesuatu subjek (Denzin dan Lincoln (1994). Dalam konteks ini
pengkaji akan melihat persembahan dan menemu bual responden iaitu Majid Bin Rawino
mengenai tarian Zapin Lenga, dan membuat membuat analisis yang berkaitan bagi mencapai
objektif kajian. Pengkaji juga akan menggunakan bahan dari sumber primer dan sekunder
dalam proses untuk membuat kajian ini.
7

1.8.1 Metode Pemerhatian

Bagi kajian ini , metode pemerhatian ini di mana pengkaji menyaksikan persembahan
dengan kewujudan sebagai seorang penonton bagi persembahan tarian Zapin Lenga
di persembahkan secara tradisi di Kampung Bharu dan persembahan secara
pementasan di mana mana pentas di Malaysia.

1.8.2 Metode Temu Bual

Dalam kajian ini, pengkaji menemu bual informen melalui talian dan temu bual
bersemuka iaitu Majid Bin Rawino yang merupakan pewaris dan penerus Zapin
Lenga Bt 28 untuk menanyakan soalan berkenaan dengan tarian ini. Kaedah ini juga
penting untuk merungkai segala persoalan yang diajukan oleh pengkaji.

1.8.2 Metode Pengumpulan Data

Pengkaji juga menggunakan metode pengumpulan data dalam menjalankan kajian ini.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kajian kajian yang lepas berkenaan dengan tarian
Zapin Lenga ini. Di samping itu juga, pengkaji menggunakan kaedah ini dengan
membaca balik buku yang berkenaan dengan tarian Zapin yang terdapat di Johor
dimana sangat berkait rapat dengan tarian ini.

1.8.3 Metode Media Elektronik

Pengkaji juga telah membuat rujukan di media sosial dan media massa sebagai contoh
melihat video video yang berkaitan dengan tarian Zapin Lenga untuk mendapatkan
sumber berkaitan dengan tajuk pengkaji .
8

1.9 Batasan Kajian

Kajian yang dilaksanakan ini hanya terbatas kepada beberapa perkara iaitu :

1. Kajian ini hanya tertumpu pada tarian Zapin Lenga Di Kampung Bharu Bt 28 Lenga,
Johor sahaja.

2. Kajian ini juga hanya memfokuskan kepada objektif yang hendak dikaji dan
menjawab segala persoalan yang diajukan oleh pengkaji.

a. Melihat sejarah dan asal usul tarian Zapin Lenga di Kampung Bharu Bt 28
Negeri Johor.
b. Menganalisis struktural pergerakan dalam tarian Zapin Lenga di Kampung
Bharu Bt 28 negeri Johor.
c. Mengenalpasti struktur pergerakan dalam tarian Zapin Lenga di Kampung
Bharu Bt 28 negeri Johor.

1.10 Tinjauan Literatur

Dalam menjalankan kajian ini, tinjauan literatur ini penting bagi pengkaji untuk
merujuk kepada beberapa buah buku yang mengandungi isi tersurat yang berkenaan dengan
tarian yang ingin dikaji. Kajian lepas akan membantu pengkaji untuk menilai dan
mendapatkan maklumat tentang perkara yang ingin dikaji sekarang dan melihat sejauh
manakah kajian lepas berkait dengan kajian pengkaji untuk akan datang.

Sejurus dengan tajuk kajian menurut Prof Benni H.Hoed pengertian struktur adalah
bangun (teoritis) ang terdiri daripada unsur-unsur yang berhubungan satu sama lain dalam
satu kesatuan. Lebih dari hal tersebut, struktur dapat ditentukan menurut Adreine L.Keepler
menyatakan ia terbentuk melalui hasil daripada 4 elemen pergerakan iaitu
kinimes,morphokines,motif dan juga choreme. Dalam konteks kajian yang akan dilakukan,
struktur tarian akan didapati dan dapat dihuraikan berdasarkan apa yang terdapat di dalam
tarian Zapin Lenga di Kampung Bharu Bt 28 Negeri Johor.

Bagi tinjauan literatur mengenai lokasi kajian, (Abdul Malek, 1984:62-63) beliau
telah membuat catatan dalam jurnal berjudul Sejarah Petempatan Tradisional Negeri Johor:
9

Muar & Batu Pahat, Pagoh yang mempunyai sebuah kampung yang besar di tebing sebelah
kirinya terdapat ramai penduduk dan banyak rumah. Dalam tahun 1817, J. Douglas pula
mengatakan bahawa di muara Sungai Muar itu terdapat ramai penduduk Melayu dan Cina
dan banyak kampung kelihatan ke arah pendalaman sungai itu. Di Pengkalan Bukit ada
sebuah kampung yang luas dan di kampung To’ Dagang terdapat satu perkampungan yang
luas hingga melewati ke tepi bukit. Di kampung Putih pula hanya ada seramai empat hingga
lima puluh orang Melayu sahaja. (Abdul Malek, 1984:63) juga mengatakan bahawa Lenga
juga sudah menjadi kawasan kediaman yang ramai.

“gerakan berirama dan pengucapan jiwa manusia melalui gerak – geri berirama
yang indah . Gerak geri yang dimaksudkan itu adalah berbentuk ciptaan yang indah yang
boleh memberi kepuasan kepada orang lain”

Melalui petikan kata kata diatas, menurut Mohd Anis Md Nor (1993:1) menyatakan
tarian Melayu mempunyai kriteria – kriteria tersebut terutamanya tarian Zapin. Tarian
Melayu mempunyai kelembutannya tersendiri . Ciptaan tarian Zapin Arab telah berubah
kepada Zapin Melayu yang lebih lembut sesuai dengan ciri – ciri masyarakat melayu yang
penuh dengan adat sopan.

Selain itu , menurut (Mohd Ghouse Nasuruddin : 1994:6) Tarian Zapin telah lama
wujud dan menjadi sebati dalam kehidupan masyarakat Melayu terutamanya di Johor. Selain
itu , tarian Zapin pada suatu ketika dahulu telah ditarikan semasa ada sesuatu keramaian
seperti majlis nikah , majlis doa selamat atau majlis yang seumpamanya.

1.11 Rumusan

Secara keseluruhan, kajian ini membincangkan tentang analisis struktural Tarian Zapin
Lenga di Kampung Bharu Bt 28 negeri Johor. Kajian ini juga berfokus kepada pernyataan
masalah yang mendorong kajian ini untuk dijalankan. Melalui kajian ini, pengkaji akan dapat
melihat sejarah dan asal usul tarian Zapin Lenga di Kampung Bharu Bt 28 Negeri Johor.
Selain itu, pengkaji juga ingin menganalisis struktural pergerakan dalam tarian Zapin Lenga
di Kampung Bharu Bt 28 negeri Johor. Pengkaji juga akan mengenalpasti struktur pergerakan
dalam tarian Zapin Lenga di Kampung Bharu Bt 28 di Negeri Johor.
10

Bibilografi

Buku

Mohd Anis Md Nor. (1990), The Zapin Melayu Dance Of Johor : From Village To A
National Perfomance Tradition, University Microfilms International , A bell & Howell
information company .

Internet

Regina, (2017) 31 Pengertian Seni Tari Menurut Para Ahli, diakses pada 18 April 2019 dari
https://ilmuseni.com/seni-pertunjukan/seni-tari/pengertian-seni-tari

Zuraidah Mohamed, (2016) Zapin Seni Warisan Kebangsaan Johor , diakses pada 24 April
2019 dari www. bharian.com.my

Zainal Arief Zainudin, (2018) Metodologi Kajian Kualitatif , diakses pada 24 April 2019 dari
https://www.academia.edu/12922669/METODOLOGI_KAJIAN_KUALITATIF

You might also like