You are on page 1of 22

BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

(A) MAKLUMAT PELAJAR


STUDENT INFORMATION

Nama Norhadaina Arina bt Mohd Jantina


: : Perempuan
Name Nazri Gender
No. Matrik No. Telefon
: U2003413/1 : 011-10833012
Matric No. Telephone No.
Alamat Email Program
: arina.nazr@gmail.com : Ekonomi
E-Mail Address Program
Fakulti
: Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran
Faculty

Tahap Pengajian Pelajar Baharu Tahap Pertengahan


(Sila Tandakan (✔) Yang New Student Middle Level
Mana Berkenaan)
Level Of Study Tahap Awal Tahap Akhir
(Please Tick (✔) The Early Level ∕ Final Level
Appropriate Box)

Tahap Pengajian Bilangan Kredit yang


Level of Study telah disempurnakan
Number of Credit
Completed
Pelajar Baharu/New Student -
Tahap Awal/Early Level < 35 credit
Tahap Pertengahan/Middle Level 36 to 75 credit
Tahap Akhir/Final Level > 76 credit
Nota / Notes :
(B) GARIS PANDUAN AM
GENERAL GUIDELINES

1. Bahasa: Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu


Language: English or Bahasa Melayu

2. Panjang kertas cadangan adalah sekurang-kurangnya 5 muka surat untuk Bahagian C


The proposal should be at least 5 pages in Part C

1
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

3. Spesifikasi Teknikal
Technical Specification

● Gunakan tulisan Arial bersaiz 11(Use Arial font size 11)


● Gunakan jarak 1.5 antara ayat (Use 1.5-line spacing)
● Laporan hendaklah di antara 10-15 halaman termasuk rujukan dan lampiran.
(The report should be between 10 -15 pages including references and appendix)

2
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

(C) MAKLUMAT PERANCANGAN


PLANNING INFORMATION

Aktiviti Kemasyarakatan di Kalangan Penduduk Kampung Manir,


1. Tajuk
:
Title Kuala Terengganu.
Pengkaji telah memilih Kampung Manir sebagai kawasan kajian.
Melalui kajian yang dijalankan, pengkaji dapat mengenal pasti jenis-
jenis program kemasyarakatan yang dianjurkan dan mengkaji
keberkesanan program kemasyarakatan yang dianjurkan dalam
membentuk perpaduan dalam kalangan penduduk. Pengkaji telah
menggunakan tiga kaedah kajian iaitu kaedah temu bual, kaedah
soal selidik serta kaedah kepustakaan dalam menyiapkan kajian ini.
Kaedah temu bual dijalankan dengan menemu bual Naib Pengerusi
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebagai informan
bagi mendapatkan segala maklumat tentang program
kemasyarakatan yang dianjurkan. Seterusnya, bagi kaedah soal
2. Abstrak selidik pula, pengkaji telah memilih seramai 120 orang penduduk
:
Abstract
Kampung Manir sebagai responden yang dipilih secara rawak. Di
samping itu, bagi kaedah kepustakaan, pengkaji telah membuat
beberapa rujukan menggunakan buku ilmiah yang terdapat di
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Antara jenis
program kemasyarakatan yang diadakan ialah sukaneka, majlis
rumah terbuka, gotong-royong dan sebagainya. Keberkesanan
program ini juga dapat dilihat apabila wujudnya hubungan erat
antara penduduk, penduduk mengamalkan sikap saling membantu
dan penduduk juga sering bertukar pendapat dan buah fikiran
sesama mereka. Kesimpulannya, program kemasyarakatan yang
diadakan di Kampung Manir dapat mengeratkan hubungan

3
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

perpaduan antara penduduk kampung itu sendiri.

-Aktiviti kemasyarakatan; Perpaduan; Penduduk; Kampung Manir


Termasuk perkara berikut (Includes the following):
● Latar belakang kajian (Background of study)

Malaysia merupakan sebuah negara di bawah jajahan


British yang telah merdeka sejak tahun 1957. Negara ini
terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum serta
mempunyai pegangan agama dan kepercayaan masing-
masing. Terdapat tiga kaum utama di negara ini iaitu kaum
Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini
diikuti oleh kaum Cina dan seterusnya kaum India.
Walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza,
penduduk Malaysia mempunyai semangat perpaduan yang
3. Pengenalan/Latar
belakang kajian tinggi hasil usaha pemimpin negara terdahulu, Tunku Abdul
Introduction/ :
Background of Study Rahman al-Haj yang juga merupakan Perdana Menteri
Malaysia yang pertama. Namun, kebelakangan ini, isu
perpaduan antara rakyat Malaysia hangat diperbincangkan
dari kedai kopi sehingga ke Dewan Parlimen. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana semangat perpaduan yang
selama ini diamalkan oleh generasi terdahulu semakin
luntur dan tidak diteruskan lagi oleh generasi muda kini.
Perpaduan dapat didefinisikan sebagai satu proses yang
menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti
dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan
tanah air (Shamsul Amri, 2007). Di samping itu, Kamus

4
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

Dewan 1991 mentakrifkan perpaduan sebagai


penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan
perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan
sebagainya. Sementara itu, Samat Buang (2003),
berpendapat bahawa perpaduan membawa maksud kepada
tenaga yang disatukan, fikiran, impian pada masa hadapan,
dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat,
serta moden.
Isu perpaduan merupakan satu isu yang sering
diperbincangkan dan mendapat perhatian daripada media-
media dalam negara. Integrasi dan perpaduan kaum
memainkan peranan penting dalam memajukan negara
terutamanya dalam bidang politik, pendidikan,
sosioekonomi, serta kebudayaan. Abdul Rahim (1999)
menyatakan bahawa perpaduan dianggap sebagai salah
satu unsur ketahanan nasional yang signifikan bagi
meningkatkan komitmen rakyat terhadap bangsa dan negara
tercinta. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed
(2008), agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana
dengan bersatu hati, kita dapat membina sebuah negara
yang aman-damai, sejahtera, dan rakyatnya sentiasa
mementingkan perpaduan dan negara aman, politik negara
yang stabil, serta keadaan ekonomi yang dapat menarik
pelabur asing. Oleh itu, kerajaan telah mengambil pelbagai
langkah bagi memperkasakan komuniti agar lebih proaktif
dalam aktiviti kemasyarakatan agar perpaduan dapat

5
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia di mana-mana


sahaja termasuklah di kawasan kediaman.
Secara harfiahnya, jiran ditakrifkan sebagai sekelompok
orang atau individu yang tinggal berhampiran atau sebelah
dengan kediaman kita. Jiran juga didefinisikan sebagai
mereka yang tinggal di satu-satu kawasan perumahan atau
kampung adalah dianggap jiran contohnya kawasan
Kampung Batu Belukar, seluruh Kampung Batu Belukar ini
telah ditetapkan sebagai satu kawasan kejiranan (Jabatan
Perpaduan Negara, 1987). Salah satu ciri utama yang
membentuk semangat kejiranan ialah komuniti sejiran perlu
menyertai dan bersedia dengan apa jua aktiviti yang
dianjurkan bersama dalam komuniti penduduk. Setiap
komuniti berjiran haruslah bersedia menyertai
masyarakat di sekeliling kediaman walaupun sesuatu
program dan aktiviti itu formal atau tidak formal (Yahaya
Ibrahim, 1992). Kawasan kediaman, secara umumnya,
bermaksud tempat tinggal atau duduk dan lain-lain atau
rumah atau pondok untuk diduduki. Oleh itu, dapatlah
dikatakan bahawa kawasan kediaman merupakan suatu
tempat manusia tinggal dan berinteraksi antara satu sama
lain melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Antara contoh
kawasan kediaman ialah kampung. Kampung yang dipilih
oleh pengkaji ialah Kampung Manir. Pengkaji telah memilih
kampung ini sebagai lokasi kajian kerana kedudukan
kampung ini dekat dengan tempat tinggalnya. Selain itu,
kampung ini juga dipilih kerana program kemasyarakatan

6
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

yang diadakan di kampung ini mendapat sambutan daripada


golongan muda mahupun golongan tua tanpa mengira
kaum. Penduduk Kampung Manir juga sering melibatkan
diri dalam program yang dianjurkan. Pemilihan penduduk
kampung sebagai responden adalah kerana mereka telah
lama menetap di Kampung Manir dan mengalami sendiri
perkembangan sosial yang berlaku di kampung mereka.
Manakala informan yang dipilih ialah individu yang
mempunyai jawatan dalam organisasi kampung yang sering
mengendalikan aktiviti kemasyarakatan.
Oleh itu, kajian mengenai integrasi dan perpaduan yang
dijalankan di Kampung Manir ini bertujuan untuk
mengetahui sejauh manakah program kemasyarakatan
yang diadakan di Kampung Manir dapat mengeratkan
hubungan perpaduan antara penduduk kampung di
samping mengetahui jenis program kemasyarakatan yang
dianjurkan memandangkan penduduk kampung ini dilihat
sering melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

● Pernyataan masalah/hipotesis/kerangka konseptual


(Problem statement /hypothesis/conceptual framework)

Seiring dengan peredaran masa, semangat perpaduan dalam


kalangan masyarakat di Malaysia dilihat semakin luntur.
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan
yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan
jiran mereka (Kamus Sosiologi Collins, 1995).

7
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

Telah banyak kajian empirikal dijalankan bagi menyingkap isu


perpaduan ini dengan lebih mendalam lagi. Namun, isu ini
dilihat semakin ketara berlaku dalam kalangan masyarakat
setempat, malah, semakin menular dalam kalangan remaja
dan belia. Masyarakat yang harmoni dan bersatu-padu tidak
akan dapat dilahirkan sekiranya hubungan sesama penduduk
renggang.
Banyak strategi yang dapat dilakukan bagi merapatkan
kembali hubungan yang keruh tersebut, antaranya dengan
menganjurkan program kemasyarakatan seperti program
gotong-royong yang disertai oleh setiap lapisan masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Walaupun begitu,
penglibatan golongan muda dan belia dilihat kurang dalam
program sebegini dengan memberikan pelbagai alasan
termasuklah tuntutan terhadap kerja hakiki yang menyukarkan
mereka meluangkan sedikit masa bagi menyertai sebarang
program yang dianjurkan.
Oleh itu, sebagai nadi penggerak perpaduan dalam komuniti,
pemimpin masyarakat perlulah memikirkan jalan yang terbaik
bagi menarik penglibatan golongan muda, selain memberi
galakan dan sokongan kepada golongan muda dan belia ini
melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.
Meskipun begitu, perkara sebaliknya berlaku. Terdapat
sebilangan pemimpin masyarakat yang tidak memandang
serius tentang penglibatan generasi muda dalam program
yang menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan tidak
memainkan peranan mereka bagi merancang dan

8
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

menjalankan program yang dapat mengukuhkan perpaduan di


kawasan kejiranan mereka.
Perkara ini sudah tentulah memberikan kesan jangka panjang
yang buruk kepada masyarakat. Jika semangat perpaduan
tidak diamalkan, perbalahan dan pergaduhan dalam
masyarakat akan tercetus. Masyarakat saling membenci, dan
tiada rasa tanggungjawab atau ingin bekerjasama dalam satu
komuniti. Hal ini berlaku kerana masyarakat tidak mencapai
kata sepakat dan membawa haluan masing-masing.
Masyarakat yang berpecah-belah, seterusnya, dapat
menjadikan negara kacau-bilau dan huru-hara.
Yeap Sow Min (2021) berpendapat bahawa rasa kasih sayang
yang wujud dalam setiap anggota masyarakat dapat
menyuburkan semangat perpaduan dalam komuniti setempat.
Oleh yang demikian, menyedari kepentingan perpaduan dalam
hidup setiap anggota masyarakat, sebarang program
kemasyarakatan yang dianjurkan, wajarlah dilibatkan semua
lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat, kedudukan, kaum,
mahupun agama. Beliau bertegas, aktiviti kemasyarakatan
merupakan salah satu cara yang dapat dilakukan bagi
mengeratkan hubungan kaum yang berlainan di mana
masyarakat yang bersatu-padu dan aman akan terlahir.

● Persoalan kajian (Research questions)

1. Apakah jenis program kemasyarakatan yang


dianjurkan di Kampung Manir?

9
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

2. Adakah program kemasyarakatan yang dianjurkan di


Kampung Manir berkesan dalam membentuk perpaduan
dalam kalangan penduduk di Kampung Manir?

● Matlamat kajian (Aim of the study)

Matlamat kajian adalah untuk mengenal pasti jenis program


kemasyarakatan yang dianjurkan di Kampung Manir serta
mengkaji keberkesanan program kemasyarakatan yang
Matlamat kajian adalah untuk mengenal pasti jenis program
kemasyarakatan yang dianjurkan di Kampung Manir serta
mengkaji keberkesanan program kemasyarakatan yang
dianjurkan di Kampung Manir dalam membentuk perpaduan
dalam kalangan penduduk.

● Objektif kajian (Objective(s) of the study)

1. Untuk mengenal pasti jenis program kemasyarakatan yang


dianjurkan di Kampung Manir.
2. Untuk mengkaji keberkesanan program kemasyarakatan
yang dianjurkan di Kampung Manir dalam membentuk
perpaduan dalam kalangan penduduk.

● Kepentingan kajian (Significance of the study)

Kajian tentang perpaduan ini dijalankan kerana dalam


menentukan keamanan dan keharmonian hidup dalam
masyarakat, aspek perpaduan ini memainkan peranan yang
besar. Selain itu, kajian ini juga penting kerana hasil kajian

10
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

yang diperolehi dapat memberikan gambaran keberkesanan


program kemasyarakatan yang dianjurkan di Kampung Manir
dalam membentuk perpaduan dalam kalangan penduduk serta
dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan penglibatan mereka dalam program
kemasyarakatan yang dianjurkan di Kampung Manir bagi
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan penduduk di
Kampung Manir.

● Skop kajian (Scope of the study)

Kajian ini dihadkan kepada para penduduk yang menetap di


Kampung Manir.

● Kajian literasi (Literature review)

Perpaduan

Perpaduan dapat diertikan sebagai penggabungan, peleburan,


perihal berpadu, sepakat, bergabung, menjadi satu dan
sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Hussein
(1987) dalam kajiannya berpendapat bahawa konsep
perpaduan, dari aspek ilmiah, mempunyai makna yang umum.
Hal ini dikatakan kerana konsep perpaduan mempunyai
pelbagai sifat, ciri, serta skop yang melangkaui pelbagai
cabang. Jika dilihat dari sudut lingkungan masyarakat
Malaysia, konsep perpaduan ini digambarkan sebagai sebuah
keadaan di mana penyatuan nilai-nilai baik dihayati bersama

11
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

oleh setiap anggota masyarakat Malaysia yang mempunyai


latar belakang yang berbeza sama ada dari segi keturunan,
kaum, mahupun etnik. Seterusnya, konsep perpaduan
nasional dapat juga ditafsirkan sebagai sebuah proses yang
menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
budaya di bawah satu identiti yang dikenali sebagai identiti
kebangsaan (Mohammed Yusoff, 2003).

Abdul Rahim (1999) dalam kajiannya menganggap antara


unsur ketahanan nasional ialah perpaduan. Unsur ini
digambarkan sebagai unsur yang penting kerana rakyat dapat
meningkatkan komitmen terhadap bangsa: dan negara.
Menurut kajian yang dilakukan Abdul Rahman, Hussein
Ahmad, Sufean Hussin, Simin, G., Mohammed Sani (2014)
menyatakan bahawa bagi masyarakat yang berbilang kaum
dan terdiri daripada budaya yang berbeza seperti di Malaysia
menjadikan keprihatinan sebagai satu faktor utama perpaduan
negara. Persefahaman yang seragam dapat diwujudkan
setelah adanya penyatuan dan didasari oleh Perlembagaan
dan lima prinsip Rukun Negara yang mana ia digunakan bagi
mengatasi terjadinya gejala-gejala yang buruk. Gejala-gejala
buruk ini, seterusnya, dapat mencetuskan konflik yang
membawa kepada perbalahan dan pergaduhan dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kepercayaan, bahasa, budaya, dan lain-lain lagi. Menurut
David dan Dumanig (2011) dalam kajiannya, perpaduan
nasional atau perpecahan yang terjadi dalam suatu kumpulan

12
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

etnik dapat ditentukan oleh seorang pemimpin yang mentadbir


negara itu. Walau bagaimanapun, perpaduan atau perpecahan
tersebut masih lagi tertakluk kepada cara etnik tersebut
mentafsir dan menerima mesej yang disampaikan oleh
pemimpin.

Faktor Pengukuhan Perpaduan

Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada pengukuhan


perpaduan. Antaranya ialah perkongsian kuasa politik (Fatimi
Hanafi, Zulkanain Abdul Rahman,dan Arbaiyah Mohd Noor,
2016). Buktinya, contoh kejayaan yang dicapai oleh Parti
Perikatan yang memenangi Pilihan Raya Umum 1955
disebabkan gabungan tiga kaum terbesar di negara ini
mengamalkan semangat Kerjasama dan perpaduan yang erat.
Faktor pula ialah sistem demokrasi yang diamalkan kerajaan.
Menurut Azzam Tamimi (2001), demokrasi dapat didefinisikan
sebagai sebuah sistem yang mempunyai undang-undang
berprosedur di mana seseorang yang berwibawa perlu
membuat keputusan secara kolektif. Sejak tahun 1957,
Malaysia telah mula mengamalkan sistem demokrasi
berparlimen. Setiap rakyat diberi hak kebebasan untuk
bersuara dan menyuarakan bantahan selagi tidak
bertentangan dengan undang-undang. Walau bagaimanapun,
jika bantahan tersebut tidak dikawal, rusuhan antara kaum
akan tercetus akibat pertembungan pendapat yang berbeza.

13
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

Faktor Pemecah belah Antara Kaum

Antara faktor tersebut ialah sikap perkauman. Perkauman


terjadi apabila terdapat etnik yang mementingkan kumpulan
etniknya sendiri sama ada dari segi politik, sosial, ekonomi,
atau budaya. Sikap perkauman yang menebal ini dapat
mewujudkan hubungan yang tegang antara etnik (Fatimi
Hanafi, Zulkanain Abdul Rahman, dan Arbaiyah Mohd Noor,
2016). Berdasarkan kajian tersebut, akibat wujudnya
kepercayaan sebegini, apa-apa unsur budaya lain yang dilihat
tidak sama dengan unsur-unsur budayanya, dianggap tidak
betul dan mungkin mendatangkan bahaya. Namun, dengan
memfokuskan persamaan yang wujud antara rakyat yang
berbilang kaum, isu ini dapat diatasi.

Kajian Lepas
Sejak tahun 1970-an, kajian tentang isu perpaduan telah giat
dijalankan di negara Malaysia. Didapati bahawa isu perpaduan
ini berkait rapat dengan politik dan ekonomi sekali gus
menjadikan ia sebagai asas kepada perpaduan di Malaysia.
Antaranya, Hirschman telah melakukan kajian tentang
hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia dan
kedudukan sosial masyarakat ang dipecahkan mengikut etnik
di Malaysia. Hasil kajiannya mendapati wujud jurang
pendapatan yang besar antara tiga kaum terbesar di Malaysia
iaitu Melayu, Cina, dan India (Hirschman,1972). Menurut
Mahathir Mohamad (2019), kewujudan jurang pendapatan

14
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

antara kaum ini dapat mencetuskan keadaan yang tegang


antara mereka.
Tan Chee Beng (1982) pula telah melakukan kajian tentang
hubungan etnik yang memfokuskan kepada kaum Cina dan
kaum Melayu di mana kedua-dua kelompok ini dianggap
signifikan. Berdasarkan kajian yang dibuat, walaupun jalinan
antara dua kaum ini kelihatan turun naik, namun kedua-dua
kelompok utama ini memainkan peranan yang besar dalam
mengekalkan kestabilan politik dan sosioekonomi negara.
Keharmonian hidup rakyat mahupun negara akan terjamin
sekiranya kaum Cina dan Melayu berada pada taraf yang sama
di mana persamaan taraf itu membawa kepada timbulnya sifat
saling bertoleransi antara mereka

Termasuk perkara berikut (May include the following):


● Reka bentuk eksperimen (Experimental design)

Reka bentuk eksperimen ini merupakan satu perancangan


awal yang dapat membantu pengkaji dalam menjalankan
kajian. Selain itu, reka bentuk eksperimen juga ialah suatu
4. Metodologi kaedah yang dapat digunakan untuk mengumpul dan
:
Methodology
menganalisis data yang diperoleh bagi mencapai tujuan kajian.
Reka bentuk kajian yang dijalankan ini ialah kajian tinjauan di
mana pengkaji dapat mengumpulkan penerangan terperinci
tentang sesuatu fenomena yang berlaku melalui kaedah
tinjauan yang dilakukan.

15
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

Kaedah penyelidikan yang digunakan pula ialah kaedah


deskriptif kerana ia berbentuk jangka pendek dan mudah untuk
memperoleh data dan maklumat demografi responden seperti
jantina, umur, serta status pekerjaan responden dalam waktu
yang singkat. Untuk menjalankan penyelidikan ini, pengkaji
mengedarkan borang soal selidik kepada penduduk Kampung
Manir.

● Populasi/Saiz persampelan/kaedah Persampelan


(Population/Sample Size/Sampling Techniques)

Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada penduduk-


penduduk di Kampung Manir yang melibatkan diri dalam
program kemasyarakatan yang dianjurkan di Kampung Manir.
Kesemua penduduk yang diambil sebagai responden terdiri
daripada pelbagai status pekerjaan sama ada mereka bekerja
atau tidak bekerja. Disebabkan populasi penduduk Kampung
Manir ini mencapai 137 orang, maka penentuan saiz sampel
menurut Krejcie dan Morgan (1970), sekiranya populasi adalah
140 orang, maka saiz sampel yang perlu diambil adalah
seramai 103 orang. Walaupun begitu, pengkaji memilih saiz
sampel sebanyak 120 orang. Oleh itu, 120 set soal selidik
diedarkan kepada responden.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah persampelan


rawak mudah. Menurut Van Dallen (1999), perkataan “rawak”
dan “kemungkinan” pada ramai orang memberi pengertian

16
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

agakan. Walau bagaimanapun, perawakan bukanlah satu


kaedah penentuan yang sebarangan, tetapi ia adalah proses
yang terkawal dengan baik. Oleh itu, persampelan rawak
mudah digunakan kerana populasi kajian adalah tidak seragam
dari segi jantina, umur, dan status pekerjaan.

● Kaedah Pengumpulan Data (Instrumentation for Data


Collection)

Pengumpulan data perlu diperoleh untuk kajian serta


memenuhi matlamat dan kajian yang telah digariskan. Oleh
itu, instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji unuk
mengumpul data ini iaitu melalui borang soal selidik. Data yang
telah dikumpulkan akan dianalisis dan ditafsirkan secara
kuantitatif untuk memastikan kesesuaian maklumat tersebut
dalam mencapai matlamat dan objektif kajian penyelidikan ini.

● Teknik menganalisis data (Data analysis techniques)

Setelah data dikumpul, data-data tersebut dianalisis melalui


perisian yang dikenali sebagai Statistical package for Soial
Science (SPSS) versi 15.0. Bagi menganalisis soalan tertutup
pula, skala likert digunakan. Statistik perihalan serta statistik
inferensi diaplikasikan dalam kajian ini bagi mentafsir soal
selidik pada tahap kesignifikanan di mana (p<0.05).

5. Kemahiran dan kecekapan yang bakal diperolehi daripada kajian:


Expected skills and competencies to be developed from the study:

1. Mampu mencari artikel yang berkaitan dengan skop kajian.

17
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

2. Mampu menterjemah maklumat daripada artikel.


3. Mampu mentafsirkan data.
4. Mampu menganggarkan bilangan sampel yang diperlukan.
5. Mampu menyiapkan kajian dalam waktu yang ditetapkan.
6. Carta gantt kajian dan jadual perbatuan:
Gantt chart of research activities with milestones

Tarikh 16- 24- 1- 9- 17- 25-30 1-8 9-16 17-


Aktiviti 23 31 8 16 24 April Mei Mei 24
Mac Mac April April April Mei
Mengenal pasti lokasi kajian
Mengungkapkan objektif kajian
Mengungkapkan reka bentuk
eksperimen dan metodologi
kajian
Menulis proposal
Menghantar proposal
Membuat borang soal selidik
Mengagihkan borang soal selidik
Mengumpul data
Menganalisis data
Menghantar buku log
Refleksi draf pertama
Refleksi draf kedua
Refleksi draf ketiga
Menghantar laporan refleksi
7. Rujukan yang sesuai (sekurang-kurangnya 15 rujukan dengan format APA):
Appropriate references (at least 15 references using APA format):

Abdul Rahim Abd Rashid (1999). Belia ketandusan semangat perjuangan, Dewan Budaya.

Abdul Rahman, Hussein Ahmad, Sufean Hussin, Simin, G. & Mohammed Sani. (2014). Analisis
Strategik: Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
David, J., & Julia, J. (1991). Collins Dictionary of Sociology. Glasgow: HarpesCollins.
David, M. K. & Dumanig, F. P. (2011). National unity in multi-ethnic Malaysia: A

18
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

critical discourse analysis of Tun Dr. Mahathir’s political speeches. Fakulti Pendidikan.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Hirschman, Charles, (1972). Ethnic Stratifacation In West Malaysia. Michigan
:University Microfilm, Inc., Ann Arbor.
Hussein Ahmad (1987). Nilai-nilai Asas dalam Pembangunan Perpaduan Nasional.
Balai Muhibah: Penyebar Semangat Perpaduan. Vol. 275, pp. 4 – 8.

Fatimi Hanafi, Zulkanain Abdul Rahman, & Arbaiyah Mohd Noor. (2016). Perpaduan Politik Asas
Integrasi Nasional di Malaysia. Attarbawiy Malaysian Online J. Educ, 3(1). Retrieved from
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files4/4_018-Fatimi.pdf
Jabatan Perpaduan Negara, (1987).
Kamus Dewan. (1991) (3 ed.). : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan. (2005) (4 ed.). : Dewan Bahasa dan Pustaka

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational & Psychological Measurement, 30, 607-610.
Mohamed Yusoff Ismail.(2003). Pendahuluan: Perpaduan Negara dan Pembentukan Bangsa
Malaysia Jilid 1. Jabatan Perpaduan Negara.
Mulakan dari Kawasan Kejiranan. (2020, February 16). Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/70275/KHAS/?fbclid=IwAR3t3hx5dG_-
WtpwpZU20_udfOBKVdhT-2Nrwzp7EYaUxHXR5nFc5ddYFCQ#KitalahMalaysia/Mulakan-
dari-kawasan-kejiranan
Negara Akan Terus Maju Jika Perpaduan Kaum Dapat Dikekalkan. (2013, March 13). mStar.
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/03/13/negara-akan-terus-maju-jika-
perpaduan-kaum-dapat-dikekalkan

19
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

Perbezaan Jurang Pendapatan Ekonomi Cetus Keadaan Tidak Harmoni. (2019, October 7). Air
Times.https://www.airtimes.my/2019/10/07/perbezaan-jurang-pendapatan-ekonomi-cetus-
keadaan-tidak-harmoni-perdana-menteri/

Tamimi, Azzam. (2001). “Gerakan Islam dalam Era Demokrasi", dalam Harakah, 1-15 Jun 2001.

Tan Chee Beng. (1982). Ethnic Relations in Malaysia dalam David Y.H Yu (ed).Ethnicity And
Interpersonel Interaction – A Cross Cultural Study, Singapore; Maruzen Asia.

Van Dallen, D. P. (1999). Memahami Penyelidikan Pendidikan. Diterjemah oleh Abdul Fatah Abdul
Malik dan Mohd Majid Konting. Malaysia: Universiti Putra Malaysia.

Yahaya Ibrahim. (1992). Kejiranan dalam komuniti bandar terancang: Kajian kes di Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.Tesis Sarjana, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera
dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

8. Cadangan daripada penasihat (skurang-kurangnya satu penasihat):


Recommendation from the advisors (minimum 1 advisor):

Soalan kajian perlu menjawab objektif

6. PENILAIAN KENDIRI (Sila tanda (✔) bagi setiap kategori)


SELF - EVALUATION (Please tick (✔) one from each categories)
A. Tarikh penyerahan
Submission Deadline

Penyerahan dilakukan selewat-lewatnya pada hari Jumaat minggu ke-4 (10 markah)
Submission done latest by Friday in the 4th Week (10 marks)

Penyerahan dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad minggu ke-4 (8 markah)
Submission done on Saturday and Sunday in the 4th Week (8 marks)

20
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

Penyerahan dilakukan selewat-lewatnya pada hari Jumaat minggu ke-5 (6 markah)


Submission done latest by Friday in the 5th Week (6marks)

Penyerahan dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad minggu ke-5 (4 markah)
Submission done on Saturday and Sunday in the 5th Week (4 marks)

Penyerahan dilakukan selewat-lewatnya pada hari Jumaat minggu ke-6 (2 markah)


Submission done latest by Friday in the 6th Week (2 marks)

Proposal tidak diserahkan (0 markah)


No submission (0 marks)
B. Kesempurnaan
Completeness

Borang cadangan mengandungi kesemua perkara utama yang disenaraikan di dalam borang
templat (10 markah)
The proposal contains all items as per template/guideline (10 marks)

1 markah perlu ditolak bagi setiap satu perkara yang tidak disenaraikan di dalam borang
templat
1 mark should be deducted for every missing item in the proposal

Jumlah markah yang diperolehi: ( )


The total marks obtained

(E) PENGESAHAN PELAJAR


STUDENT VERIFICATION

Saya dengan ini mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan adalah benar dan markah penilaian
kendiri adalah refleksi sebenar kerja saya.
I hereby confirm that all the information provided is true and the self-evaluation marks are a reflection of
my work.

………………………………….. …………………………………………..
(Tandatangan pelajar) (Tandatangan Penasihat)
Student’s signature Advisor’s signature
21
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR
(Student Affairs Division)

CADANGAN PENYELIDIKAN
(RESEARCH PROPOSAL)

GKI 1001
PENYELIDIKAN BEBAS
(INDEPENDENT RESEARCH)

Nama Nama
:NORHADAINA : Dr Archina Buthiyappan
Name Name
ARINA BT
MOHD NAZRI
Tarikh Tarikh
:8/4/2021 : 7/4/2021
Date Date

22

You might also like