You are on page 1of 17

TADIKA CAHAYA SYURGA

35450 MELAKA TENGAH, MELAKA

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE

AQUARIA KLCC

TARIKH: 25 NOVEMBER 2022

HARI: JUMAAT

ANJURAN: TADIKA CAHAYA SYURGA

1
1.0 Pengenalan
Sains awal menekankan pembentukan sikap dan penguasaan kemahiran proses sains
melalui penyiasatan terhadap alam hidupan, alam fizikal dan alam bahan. Kemahiran
proses sains ialah kemahiran yang diperlukan kanak-kanak untuk menjawab kepada
sesuatu masalah atau keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang
menggalakkan pemikiran kreatif, sistematik dan analitis. Kemahiran proses yang perlu
dikembangkan antaranya ialah memerhati, mengelas, meramal, membuat inferens,
mengukur dan berkomunikasi.

Memerhati dengan menggunakan 5 deria iaitu penglihatan (mata), pendengaran


(telinga), sentuhan (kulit), bau (hidung) dan rasa (lidah) untuk mengumpul maklumat
tentang objek dan fenomena. Komunikasi pula merupakan menerima, memilih, menyusan
dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam bentuk lisan, jadual, model dan rajah.

2.0 Penerangan Program (Ringkasan)


Kanak-kanak dibahagikan kepada 5 kumpulan dimana setiap 6 orang kanak-kanak dijaga
oleh seorang pendidik. Hal ini untuk memastikan keselamatan kanak-kanak sentiasa
berada dalam keadaan terwakal. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk mengumpul maklumat tentang hidupan laut dengan cara melihat
haiwan sebenar seperti pelbagai jenis ikan, kuda laut dan tapak sulaiman. Kanak-kanak
juga berpeluang untuk menyentuh beberapa jenis hidupan laut seperti tapak sulaiman
serta melakukan beberapa aktiviti yang akan dikendalikan oleh pihak Aquaria KLCC
seperti memberi ikan makan dan teka teki dengan ganjaran yang menanti.

Apabila selesai lawatan ke Aquaria KLCC, kanak-kanak dibawa ke kedai makan


Masakan Ibunda untuk menjamu selera dan dibawa ke surau berdekatan apabila masuk
waktu solat fardhu zohor. Kanak-kanak akan bergerak pulang apabila semuanya telah
selesai menunaikan solat fardhu zohor. Makanan berkhasiat telah disediakan untuk
kanak-kanak sebanyak empat kali sepanjang lawatan iaitu sarapan, makan pagi, makan
tengah hari dan makan petang. Hal ini supaya kanak-kanak tidak kelaparan dan sentiasa
bertenaga sepanjang program lawatan berlangsung.

2
3.0 Matlamat Program
Program ini bertujuan untuk memberi peluang kanak-kanak menguasai kemahiran proses
sains terhadap alam hidupan melalui memerhati dan berkomunikasi. Kanak-kanak belajar
dengan lebih baik apabila mereka menggunakan kesemua deria mereka dan
berkomunikasi untuk menambah serta menguatkan lagi ingatan terhadap maklumat yang
diperoleh melalui deria mereka seperti penglihatan (mata) dan pendengaran (telinga).
Program ini juga bertujuan untuk merangsang sikap ingin tahu kanak-kanak terhadap
dunia sekeliling mereka.

Kanak-kanak akan belajar melalui kaedah “hands-on” sekaligus menggunakan deria


mereka seperti menyentuh tapak sulaiman dan memberi ikan makan dengan
menggunakan tangan. Kanak-kanak akan melakukan aktiviti yang disediakan oleh pihak
Aquaria KLCC secara berkumpulan untuk menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi
dengan lebih banyak untuk mengumpul maklumat yang mereka perlukan. Melalui
program ini juga, kanak-kanak akan belajar kemahiran proses sains dengan gembira tanpa
tekanan dan paksaan seperti belajar dalam kelas. Kanak-kanak akan lebih menghargai
sesuatu yang menggembirakan mereka.

4.0 Objektif Program


4.1 Bersabar menunggu giliran
4.2 Menunjukkan sikap ingin tahu dan bekerjasama
4.3 Menyebut nama hidupan laut dengan betul
4.4 Memerhati persekitaran menggunakan gabungan tiga atau lebih deria

3
5.0 Tentatif Program

Masa Aktiviti
6.30 am  Berkumpul di hadapan Tadika Cahaya Syurga.
 Kanak-kanak mendaftar dan mengambil kehadiran.
 Pengagihan beg yang disediakan.
7.00 am 4.1) Bersabar menunggu giliran.
 Menaiki bas.
 Mengira semula bilangan kanak-kanak.
 Membaca doa menaiki kenderaan.
 Memulakan perjalanan ke Aquaria Kuala Lumpur.
 Pengagihan sarapan & bersarapan.
10.00 am 4.2) Menunjukkan sikap ingin tahu dan bekerjasama.
 Memberi kanak-kanak makan pagi di dalam bas.
 Pakaikan kanak-kanak lanyard.
 Tiba di Aquaria KL.
 Agihkan kanak-kanak kepada 5 kumpulan.
10.30 am 4.3) Menyebut nama hidupan laut dengan betul.
4.4) Memerhati persekitaran menggunakan gabungan tiga deria
atau lebih.
 Kanak-kanak mulakan lawatan sambil belajar dalam Aquaria
KL.
 Kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan oleh
pihak Aquaria KLCC seperti menyentuh tapak sulaiman dan
memberi ikan makan dan bermain teka teki nama haiwan.
12.30 pm  Kanak-kanak selesai lawatan sambil belajar dalam Aquaria KL.
 Membawa kanak-kanak makan tengah hari di kedai Masakan
Ibunda.
2.00 pm  Membawa kanak-kanak solat di surau berdekatan.
3.00 pm  Bergerak pulang.
4.30 pm  Agihkan makan petang kepada kanak-kanak.
6.00 pm  Tiba di Tadika Cahaya Syurga.

4
 Bersurai.

5
6.0 Bajet
Di bawah bajet ini telah dinyatakan anggaran perbelanjaan bagi Program Lawatan Ke
Aquaria KLCC iaitu merangkumi pengangkutan bas, pendaftaran, keperluan dan
cenderahati dan keselamatan. Dengan itu, sumber kewangan dinyatakan selepas anggaran
perbelanjaan bagi memudahkan proses penyemakan dan kelulusan daripada pihak yang
berkaitan.

6.1 Anggaran Perbelanjaan

Bi Perkara Maklumat Jumlah


l
1 Pengangkutan a. Pengakutan pergi dan balik RM 1,200
Bas b. Minyak RM 200
c. Tol RM 100
JUMLAH RM 1,500.00
2 Pendaftaran a. Bayaran tiket masuk Dewasa: RM 45 x 7 = RM315
- Aquaria KL Murid: RM35 x 30 =RM1,050

b. Makanan
i. Sarapan (sandwich & RM 3 x 37 = RM 111
susu kotak)
ii. Makan pagi (bihun RM 3 x 37 = RM 111

goreng & milo kotak)


iii. Makan tengah hari RM 7 x 37 = RM 259

(nasi putih, ayam


masak kicap, sayur
goreng campur, jus
tembikai tanpa gula)
RM 1 x 37 = RM 37
iv. Makan petang (kuih
muih)
JUMLAH RM1,883.00
4 Keperluan a. Pakaian lawatan RM 10 x 30 = RM 300
dan b. Beg (beg, bijirin, air RM 17 x 30 = RM510
Cenderahati mineral, lanyard, buku

6
Murid program) RM 2 x 30 = RM 60
c. Sijil penyertaan RM 15 x 37 = RM 555
d. Gambar di aquaria
JUMLAH RM 1,425.00
5 Keselamatan a. Insurans RM 5 x 37 = RM 185
JUMLAH RM 185.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 4,993.00

6.2 Sumber Kewangan

Bil Perkara Maklumat Jumlah (RM)


1 Yuran lawatan kanak-kanak RM 98 x 30 2,940.00
2 Yuran lawatan guru RM 79 x 7 553.00
3 Peruntukan daripada pengusaha - 1,500.00
Tadika Cahaya Syurga
JUMLAH KESELURUHAN RM4,993.00

7
7.0 Carta Organisasi Dan Penerangan Tugas
Carta organinasi ini ditubuhkan atas persetujuan para guru untuk memegang jawatan yang
tersedia. Organisasi ini merangkumi pihak atasan Tadika Cahaya Syurga bersama-sama
dengan tenaga pengajar bagi menjayakan Program Lawatan ke Aquaria KLCC.

Dengan itu, penerangan tugas telah dinyatakan selepas carta organinasi bertujuan
sebagai rujukan para guru untuk memahami serta menjalankan tanggungjawab yang
digalas dengan baik dan tepat.

7.1 Jawatankuasa Induk Dan Pelaksana Program Lawatan Sambil Belajar Ke


Aquaria KLCC

Pengusaha
Nur Dayana bt. Nor’Azidi

Penyelia
Latifah bt. Ali

Setiausaha Bendahari

Suraya bt. Borhan Lyla bt. Farid

Ajk Pendaftaran Ajk Pendaftaran Ajk Perhubungan


Aisyah bt. Abu Suzi bt. Mamak Falisha bt. Abd

Ajk Keperluan Ajk Keselamatan


Ajk Makanan Ajk Fotografi
Dan Cenderahati Dan Pengangkutan
Seroja bt. Razi Zira bt. Hitam
Maly a/p Kuvi Lee Yuan

8
7.2 Penerangan Tugas Jawatankuasa

Bil Jawatankuasa Tugas


1 Penguasaha  Mengadakan mensyuarat bersama ahli
jawatankuasa (ajk) program lawatan.
 Memberi arahan yang jelas dan tepat
kepada ajk dalam melaksanakan
aktiviti dan tanggungjawab.
 Bertanggungjawab menentukan hala
tuju lawatan.
 Memantau segala persediaan dan
persiapan setiap ajk.
 Memastikan perjalanan lawatan
sebelum, semasa dan selepas berjalan
dengan lancar.
2 Penyelia  Membantu pengusaha dalam
pelaksanaan program lawatan.
 Membantu menguruskan hal ehwal
keselamatan sepanjang program
lawatan berlangsung.
3 Setiausaha  Membuat surat kebenaran ibubapa
kanak-kanak.
 Memanggil ajk untuk bermusyuarat.
 Membantu pengusaha menentukan
tempat, masa, tarikh dan agenda
mesyuarat.
 Menyediakan kertas kerja untuk
program.
 Merancang tentatif perjalanan program.
4 Bendahari  Membuat kutipan bayaran daripada
peserta pada tempoh yang telah
ditetapkan.
 Membuat perjalanan akaun program.

9
 Menyimpan segala kutipan wang.
 Membuat penyata perbelanjaan.
 Menyimpan semua resit yang
berkaitan.
5 Ajk Pendaftaran  Menyediakan borang pendaftaran dan
kehadiran peserta.
 Menyediakan tag nama pada lanyard
kanak-kanak.
 Menyediakan buku program untuk
menambah pengetahuan kanak-kanak
tentang program.
 Membuat anggaran perbelanjaan untuk
peralatan yang digunakan.
 Mengagihkan bag kepada kanak-kanak.
6 Ajk Perhubungan  Berhubung atau berjumpa dengan
pengurus tempat yang akan dilawati
untuk memudahkan urusan program
berlangsung.
 Senaraikan tempat yang akan dilawati
dan nombor telefon untuk dihubungi.
7 Ajk Keperluan Dan  Menyediakan keperluan kanak-kanak
Cenderahati dengan lengkap.
 Menyediakan sijil penyertaan kanak-
kanak.
 Memastikan sijil dan keperluan kanak-
kanak mencukupi.
8 Ajk Keselamatan Dan  Mengawasi keselamatan peserta
Pengangkutan sepanjang lawatan berlangsung.
 Menyediakan peti kecemasam.
 Menghubungi pihak bas dan tetapkan
masa serta tarikh perjalanan.
 Memastikan pihak bas mempunyai

10
permit dan insurans yang sah.
9 Ajk Makanan  Menguruskan makanan dan minuman
peserta sepanjang lawatan berlangung.
 Menyediakan makanan mengikut masa
yang telah ditetapkan.
10 Ajk Fotografi  Menyediakan kamera untuk lawatan.
 Mengambil gambar sepanjang program
lawatan berlangsung.
 Menyerahkan gambar kepada
setiaudaha program untuk membuat
laporan program.
 Membuat cetakan gambar untuk
diagihkan kepada peserta.

11
8.0 Penutup
Kertas kerja ini diakhiri dengan besar harapan mengharapkan program ini dapat
dijayakan dan berjaya mencapai objektif yang telah digariskan. Sehubungan dengan
itu, peranan dan tanggungjawab setiap ahli jawatankuasa amat memainkan peranan
dalam menjayakan program serta memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan
berkesan sebelum, semasa dan selepas program.

Semoga Program Lawatan ke Aquaria KLCC ini memberi manfaat dan


dimanfaatkan oleh semua peserta yang terlibat. Diharapkan agar segala yang
dirancang akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Oleh yang demikian,
kerjasama dan sumbangan serta keterlibatan secara langsung dan tidak langsung
daripada semua pihak amatlah dihargai serta memperoleh keberkatan daripada Allah
SWT.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK & DISAHKAN


OLEH:

_______________________ __________________________
(SURAYA BT. BORHAN) (LATIFAH BT. ALI)
Setiausaha Penyelia
Tadika Cahaya Syurga Tadika Cahaya Syurga

DILULUSKAN OLEH:

___________________________
(NUR DAYANA BT. NOR’AZIDI)
Pengusaha
Tadika Cahaya Syurga

12
9.0 Lampiran
Terdapat dua lampiran yang dinyatakan iaitu senarai nama peserta Program Lawatan
Sambil Belajar ke Aquaria KLCC seramai 30 orang kanak-kanak serta 7 guru
pengiring dan senarai bergambar barang keperluan dan makanan yang diperlukan
sepanjang Program Lawatan Sambil Belajar ke Aquaria KLCC yang akan
berlangsung pada 25 November 2022.

9.1 Lampiran 1: Senarai Nama Peserta Dan Guru Pengiring Program


Lawatan Sambil Belajar Ke Aquaria KLCC

Bil Nama No. Kad Pengenalan/ No. Telefon/


Kumpulan waris
Guru pengiring
1 Nur Dayana bt. 940502025874 013-4365380
Nor’Azidi
2 Lee yuan 920625145690 015-0367890
3 Seroja bt Razi 900213086345 012-3610945
4 Suzi bt. Mamak 991205029089 011-0625807
5 Maly a/p Kuvi 970113090247 017-0666890
6 Aisyah bt Abu 930431112334 011-2340045
7 Falisha bt. Abd 950614085358 013-6755519
Kanak-Kanak Kumpulan Ma’wa
1 Haikal bin hairul Ma’wa 017-6701927
2 Intan bt. Daud Ma’wa 019-0267450
3 Kamal bin Fahrin Ma’wa 012-0248733
4 Bunga bt. Rosli Ma’wa 011-5273032
5 Maliq bin Rodzi Ma’wa 019-8277373
6 Melissa bt. Abdullah Ma’wa 011-3733992
Kanak-Kanak Kumpulan ‘Adn
1 Muiz bin Mazlan ‘Adn 011-3712361
2 Afrina bt. Zylukfi ‘Adn 016-9809238
3 Aina bt. Farid ‘Adn 010-3289173
4 Zal bin Hadi ‘Adn 010-7489735
5 Atiff bin Ramlan ‘Adn 018-73839201

13
6 Danish bin Fairux ‘Adn 011-28839292
Kanak-Kanak Kumpulan Muqamah
1 Darwish bin Azhari Muqamah 010-00392002
2 Erfan bin Elias Muqamah 013-83328938
3 Fauzan bin Fauzi Muqamah 019-84746564
4 Ain bt. Azemi Muqamah 019-73646920
5 Soffiya bt. Noh Muqamah 017-83930402
6 Qis bt. Azri Muqamah 014-27495738
Kanak-Kanak Kumpulan Muqamul
1 Uzma bt. Hasnan Muqamul 015-0274838
2 Dania bt. Jasni Muqamul 012-7722920
3 Ameera bt. Azam Muqamul 012-0192822
4 Aulia bt. Arifin Muqamul 015-2339390
5 Balqis bt. Roslan Muqamul 014-6793022
6 Izz bin Rosdi Muqamul 017-3838394
Kanak-Kanak Kumpulan Khuldi
1 Azfar bin Juni Khuldi 018-2838493
2 Aryan bin Azziz Khuldi 019-7840321
3 Farish bin Ali Khuldi 015-0028338
4 Hariz bin Hazir Khuldi 014-5639302
5 Indah bt. Rauf Khuldi 013-9303201
6 Zara bin Afendi Khuldi 015-2123921

14
9.2 Lampiran 2: Senarai Bergambar Barang Keperluan dan Makanan

Bil Perkara Dan Gambar


1 Tiket Aquaria KLCC

2 Pengangkutan (Bas)

3 Makanan

-Nasi putih, ayam masak kicap - Jus tembikai - Air milo kotak
dan sayur campur

-Susu kotak - Bihun goreng - Sandwich

15
- Kuih muih
4 Keperluan Dan Cenderahati Kanak-Kanak

-Bag kanak-kanak - Air mineral - Bijirin

-Lanyard nama - Buku program - Sijil penertaan

- T-shirt Program

16
17

You might also like