You are on page 1of 1

CERPEN: KITA TETAP BERSAHABAT

“Kringgg!!!...kringgg!!!” jam loceng berbunyi menunjukkan pukul 6.30 pagi. Hari ini
merupakan hari yang amat bermakna dan cukup penting buat Alif dan kawan-kawannya di
Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra atau lebih dikenaai dengan panggilan SEDERAP
dalam kalangan murid-murid. Jam 10 pagi nanti, semua murid darjah 6 akan berkumpul di
sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
mereka. Hati Alif berdebar bukan sahaja kerana hendak mengambil keputusan UPSR tetapi
kerana tidak sabar berjumpa rakan baiknya Adam yang telah beberapa bulan tidak berjumpa.
“Mak…ooo mak”, Alif memanggil ibunya. “Jom mak kita ke sekolah…dah hampir jam 9.30
pagi”, kata Alif yang sedang menyikat rambut kepada ibunya. “Ya…ya…baik. Mak dah siap
ni. Jom Alif”, balas ibunya. Kurang daripada 15 minit, mereka berdua tiba di SEDERAP.
Mata Alif melilau ke kiri dan kanan mencari rakan baiknya Adam.
“Alif…Alif…saya kat sini la…”, terdengar suara Adam jkbbmemanggil Alif. Muka Alif
nampak ceria dan tersenyum gembira.

Hari Ini merupakan hari yang amak penting buat Alif, kerana

You might also like