You are on page 1of 6

PDPR

Nama NATASSYA LAU


Tingkatan 4 BOUGAINVILLAE
Sekolah SMK SANZAC
MAKLUMAT PdP
Subjek KIMIA TINGKATAN 4
Tema INTERAKSI ANTARA JIRIM
Topik BAB 6: ASID, BES DAN GARAM
Tempoh pelaksanaan 1 jam
KANDUNGAN KURIKULUM
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
6.9 Penyediaan Garam 6.9.1 Mengeksperimen untuk menguji keterlarutan garam dalam air dan
mengelaskannya kepada garam terlarutkan atau garam tak terlarutkan.
Objektif Pembelajaran Murid dapat:
1. Mengenalpasti 2 jenis garam iaitu garam terlarutkan dan garam tak
terlarutkan.
2. Menentukan kaedah penyediaan garam terlarutkan dan garam tak
terlarutkan.
NOTA

Adakah semua garam larut ?


Pelajar sudah tentu kenal apa itu garam. Garam putih atau garam Himalaya yang berwarna merah jambu
sering digunakan dalam masakan. Garam masakan dalam bentuk pepejal ini adalah natrium klorida,
NaCl. Jika garam ini dicampur dalam air sudah tentu ia akan larut menjadi air garam. Bagaimana pula
dengan jenis garam yang lain ? Adakah terdapat garam lain selain NaCl ? Adakah semua garam dapat
larut dalam air ? Jom kita kenalpasti jenis-jenis garam.

 Garam adalah sejenis sebatian ionik.


(Pelajar ingat semula pengetahuan sedia ada: Sebatian Ionik terbentuk daripada ikatan logam dan
bukan logam)

Ada 2 jenis garam:


 Garam terlarutkan ialah garam yang larut dalam air pada suhu bilik.
 Garam tak terlarutkan ialah garam yang tidak larut dalam air pada suhu bilik.

Keterlarutan garam
Pelajar perlu tahu cara mengenalpasti samada garam itu larut atau tidak.
Ada 4 langkah/ tips yang perlu pelajar ingat untuk menentukan keterlarutan suatu garam.

1. NO ANaK – LARUT
2. SuBaCaP – TAK LARUT
3. CoPAgMer – TAK LARUT
4. Semua COH TAK LARUT kecuali ANaK

Pelajar boleh cuba guna akronim ini untuk membantu mereka hafal dan kenalpasti jenis garam
terlarutkan atau garam tak terlarutkan.

Semua garam Nitrat, larut Semua garam Ammonium, larut


Semua garam Natrium, Na larut
Semua garam Kalium, K larut
1. NO ANaK – SEMUA LARUT
NO – Nitrat
ANaK – Ammonium, Natrium, Kalium

(Tips: ion Ammonium, NH+4 ; Ammonia, NH3)

 Contoh 1:
Zink nitrat, Natrium nitrat, Aluminium nitrat, Ferum (III) nitrat, Argentum nitrat
Semua garam ini ada Nitrat, rujuk semula tips pertama NO ANaK.
Oleh itu garam-garam ini adalah jenis garam terlarutkan.

 Contoh 2:
Natrium klorida, Natrium bromida, Natrium oksida, Natrium hidroksida
Semua garam ini mempunyai Natrium, rujuk tips pertama NO ANaK.
Oleh itu garam-garam ini adalah jenis garam terlarutkan.

2. SuBaCaP – TIDAK LARUT


Su – Sulfat
Ba – Barium
Ca – Calsium
P – Plumbum

Barium sulfat
Calsium sulfat Hanya 3 jenis garam Sulfat ini tidak larut
Plumbum sulfat

 Contoh 1:
Kuprum sulfat – bukan SuBaCaP
oleh itu Kuprum sulfat garam terlarutkan.

 Contoh 2:
Zink sulfat – bukan SuBaCaP
oleh itu Zink sulfat garam terlarutkan.

3. CoPAgMer – TIDAK LARUT


Co – Klorida
P – Plumbum
Ag – Argentum
Mer – Merkuri

Plumbum klorida
Argentum klorida
Hanya 3 jenis garam Klorida ini tidak larut
Merkuri klorida – tiada dalam
silabus
Tips: Keterlarutan garam Klorida ini juga termasuk dengan adik-beradik Klorida yang lain. Pelajar rujuk
semula pengetahuan sedia ada. Klorida merupakan kumpulan 17 – Halogen. Ahli Halogen adalah Klorida,
Bromida dan Iodida. Oleh itu, semua halogen mempunyai ciri keterlarutan yang sama.

 Contoh 1:
Zink klorida – rujuk CoPAgMer, Zink tidak tersenarai.
Maka Zink adalah jenis garam terlarutkan.

4. SEMUA COH TIDAK LARUT, kecuali ANaK !

C – Karbonat

O – Oksida Semua COH tidak larut,


kecuali jika ada ANaK !
H - Hidroksida

 Contoh 1:
Zink karbonat –
Karbonat adalah COH – tak larut. Zink bukan dalam kumpulan ANaK – tak larut.
Oleh itu, Zink karbonat adalah garam tak terlarutkan.

 Contoh 2:
Aluminium oksida
Oksida adalah COH – tak larut. Aluminium bukan dalam kumpulan ANaK – tak larut.
Oleh itu, Aluminium oksida adalah garam tak terlarutkan.

 Contoh 3:
Natrium karbonat
Karbonat adalah COH - tak larut. Natrium adalah ANaK. Ingat ! Semua ANaK LARUT !
Oleh itu, Natrium karbonat adalah garam terlarutkan.

 Contoh 4:
Kalium hidroksida – Hidroksida adalah COH – tak larut.
Kalium adalah ANaK. Ingat ! Semua ANaK LARUT !
Oleh itu, Kalium hidroksida adalah garam terlarutkan.

FLOWCHART MENENTUKAN KAEDAH


Hanya ada 3 kaedah penyediaan garam. Tetapi sebelum sediakan suatu jenis garam, murid mesti
menentukan samada garam itu terlarutkan atau tak terlarutkan. Apabila keterlarutan garam ditentukan,
barulah kaedah yang betul boleh digunakan.
Murid rujuk Flowchart ini jika ingin menentukan kaedah mana yang sesuai untuk menyediakan garam.

Adakah garam
Larut atau tidak ?

LARUT TIDAK LARUT


Kaedah : Tindakbalas penguraian
ganda dua melalui kaedah
Ada ANaK ? Pemendakan.

YA TIDAK
Kaedah : Tindakbalas Kaedah : Tindakbalas
peneutralan antara antara
asid dan alkali Asid + logam reaktif
Asid + oksida logam
Asid + karbonat logam

Aktiviti permulaan Guru ulang semula pengetahuan sedia ada pelajar mengenai definisi garam
yang mereka sudah pelajari. Apa itu garam ? Pelajar ingat balik garam adalah
sebatian ionik. Garam terbentuk apabila ion Hidrogen dalam asid digantikan
dengan ion logam atau ion ammonium.

Contoh: Asid hidroklorik, HCl. Ion Hidrogen boleh digantikan dengan ion logam
Kalium. Maka, garam Kalium klorida akan terbentuk.
Atau, Ion Hidrogen boleh digantikan dengan ion Ammonium.
Maka garam Ammonium klorida akan terbentuk.

Guru terangkan skop untuk topic Garam. Pelajar perlu tahu 2 konsep penting
dan salah satu elemen paling penting adalah Keterlarutan garam mesti dikuasai.

Penyediaan Ujian
Garam Garam

Keterlarutan Warna

3 kaedah
Pemanasan
penyediaan

Ujian Anion
dan Kation

Guru beri 4 tips / akronim yang pelajar boleh cuba dan guna untuk kenalpasti
jenis garam terlarutkan atau tidak terlarutkan.

Aktiviti semasa Murid cuba ingat semula pengetahuan sedia ada mengenai definisi garam.
jalankan tugasan Kemudian murid kenalpasti adakah semua garam boleh larut ?
diberi guru Jika garam masakan, Natrium klorida kita boleh uji dengan larutkan dalam
segelas air, ia akan larut.

Tetapi bagaimana kita boleh menentukan keterlarutan garam-garam yang lain


berdasarkan formula garam itu sahaja ?
Dalam topik ini, pelajar cuba 4 tips / akronim yang diberikan guru. Ia mungkin
berbeza dengan nota / tips / akronim yang terdapat dalam buku teks. Murid
cuba mana yang lebih sesuai untuk pemahaman mereka.

Murid sama-sama cuba jawab Contoh-contoh yang diberi dalam nota diatas.

Aktiviti selepas Murid hantar jawapan melalui aplikasi Whatsapp kepada guru.
Guru beri maklumbalas kepada hasil murid untuk penambahbaikan (jika
berkaitan)
Pelaporan Murid Lembaran kerja
Rujukan https://youtu.be/7acatO-n6Wg

SOALAN UNTUK PENTAKSIRAN

Dengan merujuk kepada 4 tips Akronim dan juga Flowchart Kaedah, murid tentukan Keterlarutan garam
dan Kaedah penyediaan garam.

Jenis garam Keterlarutan Kaedah

Zink klorida

Barium sulfat

Natrium nitrat

Magnesium nitrat

Aluminium karbonat

Kalium klorida

Ferum (II) sulfat

Kalsium iodida

SKEMA JAWAPAN
Jenis garam Keterlarutan Kaedah
Zink klorida Klorida – rujuk CoPAgMer – TIDAK Garam larut. Tiada ANaK.
LARUT = Kaedah : Tindakbalas antara
Zink – tiada dalam CoPAgMer Asid + logam reaktif
= Garam terlarutkan. Asid + oksida logam
Asid + karbonat logam

Barium sulfat Sulfat – rujuk SuBaCaP – TIDAK Garam tak terlarutkan


LARUT Kaedah : Tindakbalas
Barium – SuBaCaP penguraian ganda dua melalui
= Garam tak terlarutkan kaedah Pemendakan.

Natrium nitrat Natrium – rujuk NO ANaK Garam larut. Ada ANaK.


SEMUA NO ANaK LARUT ! Kaedah : Tindakbalas
= Garam terlarutkan peneutralan antara asid dan
alkali

Magnesium nitrat Magnesium – bukan ANaK Garam larut. Tiada ANaK.


Nitrat – rujuk NO ANaK = Kaedah : Tindakbalas antara
SEMUA NO ANaK LARUT ! Asid + logam reaktif
= Garam terlarutkan Asid + oksida logam
Asid + karbonat logam

Aluminium karbonat Karbonat – rujuk COH – tidak larut Garam tak terlarutkan
kecuali ANaK ! Kaedah : Tindakbalas
Aluminium – bukan ANaK penguraian ganda dua melalui
= Garam tak terlarutkan kaedah Pemendakan.

Kalium klorida Klorida – rujuk CoPAgMer – TIDAK Garam larut. Ada ANaK.
LARUT Kaedah : Tindakbalas
Kalium – SEMUA ANaK LARUT ! peneutralan antara asid dan
= Garam terlarutkan. alkali

Ferum (II) sulfat Sulfat – rujuk SuBaCaP – TIDAK Garam larut. Tiada ANaK.
LARUT = Kaedah : Tindakbalas antara
Ferum – tiada dalam SuBaCaP Asid + logam reaktif
= Garam terlarutkan Asid + oksida logam
Asid + karbonat logam

Kalsium iodida Iodida, kumpulan halogen sama Garam larut. Tiada ANaK.
dengan Klorida – rujuk CoPAgMer – = Kaedah : Tindakbalas antara
TIDAK LARUT Asid + logam reaktif
Kalsium – tiada dalam CoPAgMer Asid + oksida logam
= Garam terlarutkan Asid + karbonat logam

You might also like