You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTANAH ASMA


KM 4, JALAN LANGGAR
05460 ALOR SETAR KEDAH DARULAMAN
EMEL : pibgsk sultanah asma@gmail.com

Rujukan kami: PIBG/SKSA 100 – 3/1/4 ( )


Tarikh: 4 Oktober 2021

Kepada:

En. Syafirol bin


Ahmad
Penyelaras Dun
Derga
No. 7A, Taman
Amira,
Jalan Langgar,
06500 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK
SULTANAH ASMA
KALI KE 45, TAHUN 2021

Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sultanah Asma akan mengadakan Mesyuarat
Agung Tahunan pada 16 Oktober 2021 ini. Beberapa aktiviti sempena mesyuarat
tersebut akan dijalankan. Oleh itu, pihak kami ingin memohon sumbangan untuk aktiviti
tersebut iaitu
i. Sumbangan pencegahan covid di sekolah seperti
a. Penyembur Sanitizer (spray gun)
b. Pembersih tangan (handsanitizer)
ii. Sumbangan sejumlah peranti kepada pelajar-pelajar cemerlang tetapi
bermasalah tiada peranti.
iii. Sumbangan keperluan harian kepada waris-waris pelajar yang kurang
berkemampuan.

3. Segala kerjasama dan keprihatinan tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“IBU BAPA CEMERLANG ANAK-ANAK TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(HJ ABDUL RAHIM BIN MAT SAM AMK.BKM)


Yang Di Pertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Sultanah Asma

You might also like