You are on page 1of 2

METADOLOGI

1.0 PENGENALAN

Dalam metadologi kajian, pengkaji akan menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu dengan
melakukan beberapa tinjauan dan pemerhatian mengenai masalah body shaming di SMK
Selama Kedah. Pengkaji juga akan melakukan sebuah bengkel playback theatre di sekolah
tersebut untuk memberi pemahaman asas mengenai teater tersebut dan juga memberi
kesedaran betapa bahayanya body shaming. Akhir sekali, pengkaji akan mengedarkan borang
soal selidik kepada pelajar sebelum dan juga selepas bengkel tersebut diadakan bagi melihat
pemahaman pelajar mengenai playback theatre dan juga masalah serta implikasi body
shaming.

2.0 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian yang akan dijalankan ialah kajian kualitatif yang melibatkan pemerhatian, tinjauan dan
juga kajian tindakan. Pengkaji juga akan mengumpul data hasil daripada borang soal selidik
yang telah diedarkan.

3.0 SASARAN KAJIAN

Sasaran pengkaji hanyalah pelajar SMK Selama Kedah dan pengkaji juga akan menemu bual
beberapa individu seperti pengetua, guru disiplin dan juga kaunselor sekolah tersebut.
Pengkaji akan memilih 30 orang daripada tingkatan empat secara rawak untuk diberikan
borang soal selidik.

4.0 INSTRUMEN KAJIAN

Bagi instrumen kajian, pengkaji akan mengedarkan 30 borang soal selidik secara rawak
kepada pelajar bagi melihat pemahaman mereka mengenai masalah serta implikasi body
shaming serta pemahaman mereka mengenai playback theatre. Pengkaji juga akan temubual
sebelum dan selepas bengkel untuk melihat pemahaman mereka mengenai body shaming.
5.0 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik sebelum dan selepas bengkel mengenai “body
shaming” diadakan dan pengkaji akan mengumpul data melalui borang soal selidik yang telah
dijawab.

You might also like