You are on page 1of 1

TINJAUAN LITERATUR

1.0 PENGENALAN

Kajian mengenai masalah body shaming ini melibatkan kajian di sekolah yang melibatkan
pelajar. Pengkaji ingin menggunakan pendekatan “playback theatre”, oleh itu beberapa
bacaan telah dibuat.

2.0 Bacaan mengenai masalah body shaming di sekolah

Menerusi akhbar Sinar Harian yang bertarikh 20 September 2020, telah menyatakan bahawa
body shaming adalah salah satu jenayah dan ianya boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Masalah body shaming ini juga tidak asing di sekolah, pernah kita dikejutkan dengan kes
pembunuhan rakan sendiri akibat tidak tahan diejek. Menerusi akhbar Sinar Harian yang telah
ditulis oleh Faizul Hakimi yang bertarikh 4 November 2020, seorang pelajar perempuan
tingkatan enam di Terengganu telah membunuh kawan sendiri kerana sering disindir miskin
dan tidak cantik. Bagi kes lain body shaming pula, dalam akhbar harian metro yang bertarikh
19 Februari 2021 yang telah ditulis oleh Zuliaty Zulkiffli, seorang lelaki yang berusia 30-an
telah mati dipukul dengan sebatang besi oleh rakannya dan hasil siasatan mendapati bahawa
si mati telah mengejek suspek sehingga membuatkan suspek bertindak memukul mangsa.
Dapat dilihat di sini masalah body shaming merupakan satu barah atau masalah yang wujud
dalam semua komuniti bukan sahaja komuniti sekolah . Oleh itu, pengkaji merasakan
playback theatre ini sangat sesuai untuk memberi kesedaran betapa bahayanya masalah atau
kes body shaming dalam kalangan pelajar.

https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=128590
https://www.sinarharian.com.my/article/101826/berita/nasional/body-shaming-kesalahan-
jenayah
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/02/675964/bunuh-rakan-sebab-diejek

You might also like