You are on page 1of 4

MOHD ARAFAT SYAHIZLAN BIN MOHD RAFI

Kajian kes:

Pengasas Rumah Bonda mendera Bella selepas dia membuka tirai, kata saksi

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali (gambar) mula tidak menyukai Bella, gadis yang
menghidap Sindrom Down, selepas gadis itu melabuhkan tirai dan tercabut jika dari batangnya,
Mahkamah Sesyen diberitahu hari ini, - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mula tidak menyukai Bella, gadis
Sindrom Down, selepas gadis itu melabuhkan tirai dan menanggalkannya daripada batang kayu,
Mahkamah Sesyen diberitahu hari ini.

Yasmin Nahar Mahmood, 18, penduduk Rumah Bonda berkata, sejak itu tertuduh mula berang terhadap
Bella dan mula menderanya.

“Bella pernah masuk ke bilik kedua, bilik yang menempatkan saya dan adik beradik lain (penghuni) Bella
menyelak langsir sehingga tercabut.

“Selepas kejadian itu, Bainun berang dan memukul Bella. Saya tidak ingat tarikh kejadian,” katanya.

Menurut Yasmin, dia telah diarahkan oleh Siti Bainun supaya membogelkan Bella sebelum disuruh
mengikat gadis itu dengan tali.

Air panas kemudiannya dituangkan ke atasnya, katanya

“Siti Bainun menyuruh saya memastikan Bella tidak boleh bergerak sebelum menuang air. Terdapat
kesan menakutkan pada peha kanan, buku lali dan lutut Bella akibat kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Siti Bainun Asiah Abd Jalil di hadapan
hakim Sesyen Izralizam Sanusi.

Yasmin sebelum ini berkata Bella didera oleh Siti Bainun setiap hari selama hampir empat bulan antara
Mac 2021 dan 24 Jun tahun lalu.

Siti Bainun, 30, didakwa atas dua pertuduhan mengabai dan mendera remaja itu sehingga menyebabkan
mangsa mengalami kecederaan dari segi fizikal dan emosi. Dia mengaku tidak bersalah.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini, antara Februari dan
Jun 2021, mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara sehingga 20
tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, dengan syarat.

Yasmin bersetuju dengan cadangan Asiah bahawa Bella mengalami air panas dicurahkan tiga kali sehari
menggunakan picagari dan cawan.

“Saya ambil air panas daripada penapis air. Air mengalir dan telah tumpah,” katanya.
MOHD ARAFAT SYAHIZLAN BIN MOHD RAFI

Berita merupakan saluran penyampaian maklumat tentang isu semasa yang berlaku dalam dan
luar negara yang terdiri daripada pelbagai aspek kehidupan masyarakat dalam dunia ini.
Perkara yang sering disiarkan dalam berita adalah berkaitan dengan jenayah, kes mahkamah,
kesihatan dan jangkitan, sukan, pendidikan, politik, ekonomi, sosial dan banyak lagi. Tujuan
sesuatu berita disiarkan adalah untuk memberikan impak kepada masyarkat dari segi konteks
elemen komunikasi iaitu kesedaran, penerimaan dan tindakan. Kepentingan berita juga adalah
membentuk pemahaman masyarakat tidak kira umur agar sentiasa tidak ketinggalan dengan
isu semasa dan sentiasa mempunyai pengetahuan terhadap apa yang sedang berlaku. Banyak
syarikat berita pada masa kini menggunakan teknik memperluaskan saluran berita mereka yang
menyebabkan terdapat beberapa jenis berita yang ada dalam dan luar negara. Terdiri daripada
saluran media televisyen, radio, laman web, aplikasi media sosial seperti TikTok dan Instagram
serta melalui surat khabar yang masih relevan untuk dibaca oleh masyarakat. Oleh itu berita
terikat dengan teknik penyuntingan macro yang menyebabkan sesebuah berita mempunyai
struktur dan rangka berita yang jelas iaitu terdiri daripada nilai berita, lead, accurate dan
objektif.

News Value

Teknik penyuntingan macro pertama adalah nilai berita yang sering dijadikan panduan kepada
sesebuah berita agar dapat membentuk sebuah berita yang disukai pembaca berdasarkan isu-
isu semasa yang kini semakin hangat seperti isu-isu viral di media sosial. Nilai berita yang
terbaik yang terdapat dalam sesebuah berita adalah dapat menarik membaca dan memberikan
apa yang mereka mahu. Konteks kehidupan masyarakat pada masa kini yang menginginkan
berita yang viral dan cepat dikongsikan akan tetapi ianya perlulah sahih sebelum disiarkan. Nilai
berita juga perlu menerapkan semua maklumat ke dalam berita dan tidak meninggalkan
beberapa maklumat penting sebelum menyiarkan berita agar berita tidak terlihat tidak lengkap.
Bentuk berita juga tidak perlu terlalu panjang yang penting padat dengan maklumat berita atau
isu di dalamnya. Mengambil contoh daripada kajian kes dakwaan Siti Bainun mendera anak
kurang upaya (OKU Sindrome Down) iaitu Bella. Nilai berita yang dapat dikenalpasti dalam
kajian kes ini adalah pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali (gambar) mula tidak
menyukai Bella, gadis yang menghidap Sindrom Down, Yasmin Nahar Mahmood, 18, penduduk
Rumah Bonda berkata, sejak itu tertuduh mula berang terhadap Bella dan mula menderanya.
“Bella pernah masuk ke bilik kedua, bilik yang menempatkan saya dan adik beradik lain
(penghuni) Bella menyelak langsir sehingga tercabut. Ini merupakan nilai berita yang diinginkan
oleh pembaca iaitu maklumat yang dapat menarik pembaca.
MOHD ARAFAT SYAHIZLAN BIN MOHD RAFI

Lead/Lede

Lead atau lede merupakan cara penulisan sesebuah berita memperkenalkan seseorang yang
berkaitan dalam berita tersebut. Pembaca akan mudah mengenalpasti individu yang terlibat
dalam kes ataupun isu dalam sesebuah berita berdasarkan teknik lead yang diterapkan agar
memperkenalkan watak seseorang. Terdapat dua cara memperkenalkan watak dalam berita
iaitu tokoh awam dimulakan dengan pangkat atau kedudukan diikuti dengan namanya dan juga
orang awam dimula dengan status sosial seperti pekerjaan dan kemudian diikuti dengan nama.
Tambahan juga dalam bahagian lead ini perkara yang berlaku juga harus dinyatakan yang
terdiri dari apa yang telah dilakukan (siapa) atau apa yang telah berlaku kepada siapa dan juga
menerapkan masa, tempat serta hari kejadian. Perkara yang tidak boleh ada dalam lead ini
adalah perkataan semalam atau esok dan perlu menggantikan kepada perkataan yang lebih
sesuai seperti hari ini, malam ini, masa yang khusus, dan juga penggunaan foto berita yang
sesuai. Mengambil contoh daripada kajian kes Siti Bainun ini, nama orang awam dimula dengan
statusnya seperti pengasas rumah bonda Siti Bainun dan diikuti dengan namanya iaitu Yasmin
Nahar Mahmood, 18 tahun. Tidak lupa juga penyataan masa dan waktu kejadian juga
dijelaskan dalam kajian kes iaitu pada “Yasmin sebelum ini berkata Bella didera oleh Siti Bainun
setiap hari selama hampir empat bulan antara Mac 2021 dan 24 Jun tahun lalu”.

Accurate

Accurate merupakan elemen penting yang perlu ada dalam sesebuah berita agar berita tidak
lari daripada format dan sentiasa jelas. Ketepatan yang perlu ada dalam berita adalah soft news
dan hard news. Kajian kes Siti Bainun tersebut menggunakan kaedah hard news yang
menggunakan elemen yang ada pada jenis berita (hard news). Hard news terdiri juga daripada
pengenalan ID diri sendiri seperti Immediate ID atau Delayed ID. Penggunaan 5w + 1h juga
amatlah penting dalam pembentukan dan merangka sebuah berita yang baik yang terdiri
daripada Who, Where, When, Why, What dan How. Dalam pada itu juga ayat yang digunakan
dalam berita perlulah jelas dan menggunakan ayat mudah difahami. Mengambil contoh
berdasarkan kajian kes Siti Bainun, penggunaan 5w + 1h yang terdiri daripada Who iaitu Siti
Bainun, Bella, dan Yasmin Nahar Mahmood, Where pula di Rumah Bonda, Kuala Lumpur,
When Mac 2021 dan 24 Jun, Why adalah “Siti Bainun, 30, didakwa atas dua pertuduhan
mengabai dan mendera”. What terdiri dari “sejak itu tertuduh mula berang terhadap Bella dan
mula menderanya”. Akhir sekali How adalah kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a)
Akta Kanak-Kanak.
MOHD ARAFAT SYAHIZLAN BIN MOHD RAFI

Objektif

Objektif terdiri daripada pandangan berita dan tujuan berita disampaikan dan tidak sesekali
berat sebelah dalam penulisan sebagai contoh menyokong pihak tertentu dalam penulisan
berita. Hal ini kerana untuk menggambarkan isu dan peristiwa secara neutral dan tidak berat
sebelah, tanpa mengira pendapat atau kepercayaan peribadi penulis. Sebagai contoh daripada
kajian kes Siti Bainun, penulis berita tidak berat sebelah dalam menjelaskan dan mengulas
tentang kes mahkamah melibatkan kedua-kedua pihak iaitu Siti Bainun dan Bella.

You might also like