You are on page 1of 2

PANDUAN PENULISAN ARTIKEL PENERBITAN BERITA JMM

1. Pengenalan
 Menceritakan secara ringkas mengenai latar belakang Unit/ Bahagian/
Muzium (mengikut kesesuaian)

2. Aktiviti/ Program
 Tajuk aktiviti/ program, tarikh, tempat berlangsung dan nama perasmi (jika
ada)
 Matlamat/ objektif program, pencapaian dan manfaat serta jumlah
kehadiran peserta/ kumpulan sasaran.

3. Format
i) Artikel
 Artikel hendaklah dalam bentuk Microsoft Word
 Artikel yang dikemukakan hendaklah dalam penulisan lengkap
(ringkas dan padat)
 Penulisan boleh disertakan dengan jadual/ gambarajah/ carta/
infografik (jika berkaitan)
 Artikel hendaklah dikemukakan dalam Bahasa Melayu
menggunakan Font: Arial, Saiz: 12, Line spacing: 1.5

ii) Gambar/ Infografik/ Jadual/ Graf


 Gambar boleh diletak sekali bersama artikel beserta kapsyen
 Gambar hendaklah diberi dalam bentuk JPEG di dalam folder lain
yang berasingan

** MAKLUMAN:

Dua (2) bahan yang perlu dihantar kepada Pegawai Penyelaras:


a) Pertama: Fail Microsoft Word: Penulisan Artikel
b) Kedua: Folder Gambar dalam bentuk JPEG
CONTOH PENULISAN ARTIKEL

PENERBIT JMM MENANGI DUA KATEGORI ANUGERAH BUKU NEGARA 2022


Oleh: Noraini binti Basri, Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi

SERDANG, SELANGOR – Pada 23 Ogos 2022, Penerbit Jabatan Muzium Malaysia


(JMM) memenangi dua kategori Anugerah Buku Negara (ABN) tahun 2022 yang
berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tan Sri Abu Kassim bin Mohamed,
mantan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Turut hadir dalam penyampaian tersebut ialah Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr Abdul
Latiff Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Pengelola Yayasan Pembangunan Buku
Negara; YH. Dato’ Prof. Dr Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM; dan Prof.
Ir. Ts. Dr Mohamed Thariq Hameed Sultan, Pengarah Pusat Penerbit UPM.

“Aplikasi Preventif dalam Penjagaan Koleksi Artifak”, tulisan Zamrul Amri Zakaria,
memenangi kategori Buku Umum Terbaik (Pengurusan Artifak). Buku yang
mengandungi 9 bab ini ………………………..

Penulis serta Penerbit JMM bersama trofi dan sijil yang dimenangi

You might also like