You are on page 1of 1

Abdul Rauf Bin Abu Hassan

Sekolah Menengah Kebangsaan Temin,


27000 Jerantut,
Pahang Darul Makmur.

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Temin,
27000 Jerantut,
Pahang Darul Makmur. 21 MAC 2022

Tuan,

Mohon Kebenaran Menjalankan PDPR Dari Rumah

Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa saya merancang untuk mengadakan
sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR) dari rumah.

2. Tujuan saya ingin mengadakan PdPr dari rumah ini adalah kerana kekangan rangkaian internet
di sekolah dan untuk mengadakan kelas secara atas talian yang memerlukan capaian internet yang baik.
Saya telah merancang untuk mengadakan kelas secara Google Meet.

3. Di sini, saya sertakan kekuatan capaian internet di rumah saya untuk rujukan pihak tuan.

4. Diharapkan agar permohonan saya ini mendapat pertimbangan sewajarnya dariada tuan. Saya
amat berbesar hati sekiranya tuan hadirdi dalam kelas PdPr saya dan memberi tunjuk ajar.

Pertimbangan daripada pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………….
ABDUL RAUF BIN ABU HASSAN
Guru,
Bahasa Inggeris,
Sekolah Menengah Kebangsaan Temin

You might also like