You are on page 1of 2

MOHD ZAKY BIN MOHD ASARI

No 19, Jalan Pulai 10,


Taman Pulai Utama,
81300 Johor Bahru
Johor
No Tel: 019-7418782
_________________________________________________________________________________

KETUA PENGARAH
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya

Melalui :

GURU BESAR
SK Taman Bukit Indah,
Jalan Indah 19/5,
Taman Bukit Indah,
79100 Iskandar Puteri
Johor. 28 JULAI 2022

Tuan,

PERMOHONAN RAYUAN PERTUKARAN GURU KE PPD SEREMBAN SESI SEPTEMBER 2022

Merujuk perkara di atas, saya Mohd Zaky Bin Mohd Asari ingin memohon pertukaran antara negeri dari
Johor ke Negeri Sembilan bagi sesi September 2022.Untuk makluman tuan, saya sekarang sedang
berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Indah, Johor dan memohon untuk ke Pejabat
Pendidikan Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

2. Sehubungan dengan itu, saya memohon pertukaran saya dipertimbangkan dengan sewajarnya
atas sebab-sebab berikut :

i. Saya sudah membeli rumah di Sendayan, Negeri Sembilan.

ii. Tempoh perkhidmatan saya di sekolah semasa yang terlalu lama melebihi 13 tahun.

iii. Menjaga dan menziarahi ibu bapa saya yang telah uzur di kampung.

iv. Kedudukan dan jarak yang sangat jauh ini melibatkan kos pengangkutan dan masa
untuk pulang ke kampung

3. Bersama-sama dengan ini saya lampirkan dokumen muka depan “Sale And Purchase
Agreement” yang membuktikan saya sudah memiliki rumah di Sendayan , Negeri Sembilan untuk
rujukan pihak tuan.
4. Untuk makluman pihak tuan, saya berminat untuk di tempatkan di sekolah-sekolah berikut kerana
ia memudahkan saya dan isteri menguruskan anak-anak. Sekolah tersebut adalah seperti berikut :

Bil Nama Sekolah Kod Sekolah


1 Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya NBA4016
2 Sekolah Kebangsaan Sendayan NBA4030
3 Sekolah Kebangsaan Labu NBA4014
4 Sekolah Kebangsaan Jijan NBA4011
5 Sekolah Kebangsaan Labu Ulu NBA4013
6 Sekolah Kebangsaan Bandar Enstek NBA4055
7 SK Bandar Sri Sendayan NBA4056

5. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap permohonan ini dipertimbangkan oleh pihak tuan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, saya boleh dihubungi di talian 019-7418782. Segala kerjasama
daripada pihak tuan diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………..
(MOHD ZAKY BIN MOHD ASARI)
Guru Akademik Biasa DG 44

Cc : PPD Johor Bahru, Johor.


PPD Seremban, Negeri Sembilan.
JPN Johor.
JPN Negeri Sembilan.

You might also like