You are on page 1of 2

HASIL DAPATAN KAJIAN

ANALISIS DESKRIPTIF
Bahagian ini akan membincangkan analisis deskriptif dan analisis inferensi serta
memaparkan hasil penemuan kajian berdasarkan tindak balas responden terhadap borang soal
selidik(google form) yang telah diisi oleh responden berkaitan dengan kajian yang telah
dijalankan iaitu ‘Hubungan Antara Masalah Cinta dan Tekanan’.Analisis deskriptif kajian ini
mengandungi bahagian A iaitu demografi responden yang merangkumi latar belakang responden
dari segi jantina,umur dan bangsa.

DEMOGRAFI RESPONDEN
Seramai 60 orang responden yang terdiri daripada golongan remaja telah menjawab soal
selidik yang telah kami edarkan.Hal ini kerana, sasaran kajian ialah reponden daripada golongan
remaja.Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina,umur dan bangsa
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

i) JANTINA RESPONDEN
Jadual 1 dan Rajah 1 menunjukkan responden kepada soal selidik yang dijalankan
mengikut kategori jantina responden.Responden dipilih secara rawak dan terdiri daripada
responden yang berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan.

JANTINA

Frequency Percent Valid Percent Cumulative


Percent

LELAKI 44 73.3 73.3 73.3

Valid PEREMPUAN 16 26.7 26.7 100.0

Total 60 100.0 100.0

Jadual 1: Jantina Responden


Rajah 1: Jantina Responden

Berdasarkan dapatan kajian daripada rajah 2,responden lelaki ialah seramai 44 orang
responden mewakili 73.3%.Manakala,responden perempuan pula ialah,seramai 16 orang
responden iaitu 26.7% daripada 60 orang responden keseluruhan.Maka,dapat dijelaskan bahawa
bilangan responden lelaki lebih ramai berbanding responden perempuan.

ii) UMUR RESPONDEN


Jadual 2 dan rajah 2

You might also like