You are on page 1of 2

Kemahiran berfikir aras tinggi adalah kemahiran yang memerlukan murid untuk menyusun

pemikiran berdasarkan keupayaan untuk menghuraikan, menterjemahkan, mencipta,


merefleksikan dan menghubungkaitkan dengan situasi semasa. Penekanan KBAT ini dalam
sistem pendidikan negara adalah lanjutan daripada pelaksanaan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif (KBKK) yang telah dilaksanakan bermula pada 1993. Proses pelaksanaan
KBAT di Malaysia adalah bersumberkan Taksonomi Bloom dan diubahsuai oleh Lorin
Anderson menerusi empat hierarki teratas iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan
mencipta.

Transformasi kurikulum pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) 2013-2025 telah memberi penekanan utama terhadap konsep kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai keupayaan dalam
pemikiran kritis dan kreatif. Pendekatan ini diperkenalkan untuk mencapai matlamat utama
pendidikan iaitu menghasilkan lebih banyak pelajar yang mempunyai keupayaan kognitif
aras tinggi melalui pedagogi secara pembelajaran aktif di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dasar ini dibentuk berdasarkan isu-isu yang timbul berkaitan tahap
pencapaian akademik pelajar pada waktu itu. Antara isu utama yang timbul ialah
berdasarkan situasi di mana Malaysia muncul corot di dalam tiga kajian yang dilakukan oleh
indeks-indeks antarabangsa pada tahun 2011 iaitu :
I. UN Education Indeks yang meletakkan Malaysia di kedudukan 98 daripada 181 buah
negara.
II. Kajian Programme for Internasional Student Assessment (PISA) yang mengukur
kadar literasi pelajar-pelajar berumur 15 tahun terutama kepada subjek Matematik
dan Sains juga meletakkan Malaysia corot di tangga 55 daripada 74 buah negara.
III. Kajian Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011 juga menunjukkan
penurunan prestasi Matematik dan Sains yang berterusan sepanjang 4 kali penilaian
bermula pada tahun 1999.

Kedudukan Malaysia melalui kajian TIMSS

MATEMATIK SAINS
TAHUN KEDUDUKAN TAHUN KEDUDUKAN
1999 16 1999 22
2003 10 2003 20
2007 20 2007 21
2011 26 2011 32

Markah Purata Pelajar Malaysia melalui kajian TIMSS


(Markah di bawah 500 dikira prestasi corot)

MATEMATIK SAINS
TAHUN SKOR TAHUN SKOR
1999 519 1999 492
2003 508 2003 501
2007 474 2007 471
2011 440 2011 426
Isu seterusnya ialah berkaitan sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia yang
berlandaskan peperiksaan. Melalui peperiksaan awam yang dijalankan secara berpusat,
pelajar dilihat lebih cenderung untuk menghafal dan mengingat fakta semata-mata
berbanding kefahaman atau mensintesis serta menilai maklumat. Pelajar tidak terarah untuk
mengaplikasi pengetahuan berdasarkan situasi atau rutin kehidupan harian. Pelajar semata-
mata seperti memuntahkan kembali fakta yang pernah dipelajari. Ini berdasarkan dari
soalan-soalan yang terdapat pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian
Sekolah Menengah yang tidak dinafikan telah diterapkan elemen-elemen penyelesaian
masalah dengan kritis seperti KBKK tetapi peratus soalan-soalan sedemikian hanya sedikit
iaitu 20 peratus bagi UPSR dan 20 hingga 25 peratus sahaja pada PMR/PT3 pada tahun
2015. Hal ini membenarkan pelajar-pelajar memfokus untuk menggarap markah
sepenuhnya melalui soalan-soalan awal yang hanya memerlukan penghafalan fakta dan
sebagainya. Sub-soalan KBKK yang lebih mendalam di penghujung soalan utama boleh
diabaikan atau ditinggalkan tanpa menjejaskan markah keseluruhan pelajar atau
menggagalkan pelajar.

Kebanyakan soalan PMR dan SPM yang kerap disusun dengan cara yang begitu mudah
diramal (predictable) juga menyumbang kepada timbulnya isu berkaitan pemikiran pelajar
yang berada di tahap rendah. Pelajar cenderung untuk menghafal fakta di dalam setiap topik
atau subtopik. Amalan guru-guru juga yang membantu pelajar untuk menghafal jawapan
berdasarkan ramalan soalan juga menyumbang kepada penurunan keupayaan pelajar untuk
berfikir di samping bengkel-bengkel menjawab soalan yang berfungsi untuk membantu
murid menghafal set-set jawapan yang telah ditentukan. Maka, pelajar tidak dilatih untuk
menjawab soalan di ujian TIMSS dan PISA di mana aras soalannya lebih berbentuk analisis
dan sintesis berbanding PMR dan SPM yang arasnya hanyalah kefahaman dan aplikasi.

You might also like