You are on page 1of 1

Assalamualikum dan selamat pagi kepada semua warga SMK Seri Setia.

Saya
Najmi, MC anda pada pagi ini.

Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Kemerdekaan, Pembimbing


Rakan Sebaya menganjurkan Program Semarak Merdeka yang akan berlangsung
bermula pada hari ini sehingga September setiap hari pada waktu rehat.

OBJEKTIF PROGRAM INI IALAH:

·Mencetuskan dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat


kemerdekaan. Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan serta mengeratkan
perpaduan di semua peringkat. Menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan
kreativiti mereka dalam menyertai pertandingan. Dan Mencungkil bakat dan potensi
murid.

ANTARA AKTIVITI YANG DIADAKAN SEPANJANG BULAN KEBANGSAAN INI


IALAH:

 ·Dendangan Lagu-lagu Patriotik setiap hari pada waktu rehat.


 ·Kuiz Kenegaraan
 ·Permainan Minda
 ·Kempen Sayangi Sekolah Hindari Jenayah
 ·Pengucapan Awam
 ·Pertandingan Mewarna Poster Hari Kemerdekaan
 ·Pertandingan Kad Ucapan Hari Kemerdekaan
 ·Persembahan Deklamasi Sajak

Tanpa melengahkan masa, dipersilakan Saudara Mohd Chairil untuk membuat


persembahan. Beliau akan mendendangkan Lagu yang berjudul “Warisan”.
Dipersilakan.

Begitulah tadi persembahan yang penuh bertenaga dari Saudara Mohd Chairil.

Makluman kepada semua rakan-rakan, sekiranya anda berminat untuk membuat


persembahan dan menyertai aktiviti yang dianjurkan, anda boleh berjumpa dengan
Cikgu Siti Jauyah di Bilik Kaunseling. Dengan ini saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua yang sudi bersama-sama meluangkan masa memeriahkan
Semarak Merdeka pada pagi ini. Jumpa lagi esok hari.

You might also like