You are on page 1of 10

KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK OBJEKTIF 2 ARUL DAS ARUMUGAM[GS55721] PhD UPM

PROF. DR. VIJAYALETCHUMY SUBRAMANIAM

BORANG PENILAIAN

KESAHAN INSTRUMEN KAJIAN

TAJUK

Instrumen Penilaian Prestasi Kendiri(IPPK) Dalam Memperkasakan Bahasa Kebangsaan

BUTIRAN PENYELIDIK

Arul Das A/L Arumugam

FAKULTI

Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden

UNIVERSITI

Universiti Putra Malaysia

1
KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK OBJEKTIF 2 ARUL DAS ARUMUGAM[GS55721] PhD UPM

PROF. DR. VIJAYALETCHUMY SUBRAMANIAM

Berikut merupakan item-item untuk meninjau keberkesanan instrumen penilaian kendiri terhadap dorongan
motivasi(persepsi) murid sekolah rendah. Kesemua item ini disediakan berdasarkan teori ARCS Keller.
(Attention,Relevence,Confidence dan Satisfaction). Oleh itu mohon kerjasama tuan untuk menandakan √ pada skala yang
difikirkan sesuai bagi setiap item. Sila beri cadangan penambahbaikan jika perlu.

SKALA PERKAITAN

Sangat tidak setuju Tidak setuju Agak setuju Setuju Sangat setuju

1 2 3 4 5

KOD ITEM SKALA PERKAITAN CADANGAN


ARCS PENAMBAHBAIKAN
1 2 3 4 5

A1 Saya boleh mengesan zon /


kekuatan dan zon kelemahan
dalam kertas Pemahaman B.M.

A2 Saya boleh memerhati ruang /


S.B. No. Soalan, Bhg., JM, B
dan C dalam IPPK.

A3 Saya fahami cara menggunakan /


Jadual Penentu Warna untuk
mengesan kod warna
pencapaian.

R1 Saya kenali nombor 1-100 dan /


boleh mengira(operasi tambah).

R2 Saya kenali warna dan boleh /


melukis bulatan (membulatkan
nombor)

R3 Alat penilaian kendiri ini sesuai /


kerana saya mempunyai asas
mengira, melukis dan
mewarna.

C1 Saya yakin kod warna sangat /


berguna untuk mengesan zon
kekuatan dan zon kelemahan.

C2 Saya yakin boleh beransur /


maju dalam klon-klon sistem
bahasa kertas Pemahaman
B.M.

C3 Saya yakin IPPK ini boleh /


membantu saya untuk melihat
potensi saya.

S1 Saya berpuas hati kerana boleh /


melihat kod warna pencapaian

2
KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK OBJEKTIF 2 ARUL DAS ARUMUGAM[GS55721] PhD UPM

PROF. DR. VIJAYALETCHUMY SUBRAMANIAM

dalam Pemahaman B.M.

S2 Saya berpuas hati kerana IPPK /


membantu saya mengenali
kekuatan dan kelemahan saya.

S3 Saya berpuas hati kerana IPPK /


menunjukkan saya masih
berpotensi untuk maju dalam
B.M.

Catatan(jika ada):
Instrumen yang cemerlang yang boleh membantu saya meningkatkan prestasi murid sekolah saya.
Nama Penuh : VIMALA KRISHNAN Kelulusan Tertinggi: Sarjana muda (SMP)
Kerjaya&Kepakaran: GPK Koku & Guru BM Pengalaman : 20 Tahun.
Alamat Bertugas: SJK(TAMIL) LABIS.

Tandatangan : Vimala Tarikh : 23/01/2020

3
KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK OBJEKTIF 2 ARUL DAS ARUMUGAM[GS55721] PhD UPM

PROF. DR. VIJAYALETCHUMY SUBRAMANIAM

INSTRUMEN IPPK (perkongsian untuk rujukan pengesah)

Arul Das Arumugam (2017) menyatakan Instrumen Penilaian Prestasi Kendiri (IPPK)merujuk
kepada alat pengukuran kejayaan murid secara individu. Alat ini mengandungi lima ruang yang
penting iaitu S.B. (Sistem Bahasa), No. Soalan (Nombor soalan dan markah), M (markah), JM
(Jumlah Markah), B (Skor Markah Betul) dan C (Pencapaian Warna).

S.B Bhg No. Soalan M JM B C

KN A

KK A

KA A

KGN A

KG A

KH A

KS A

PW A

PB A

SS A

SJ A

SA A

PK A

4
KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK OBJEKTIF 2 ARUL DAS ARUMUGAM[GS55721] PhD UPM

PROF. DR. VIJAYALETCHUMY SUBRAMANIAM

KEF 1 A

KEF 2 B

KEF 3 B

KEF 4 B

JM M K H JM M K H
1 0 - 1 6 0,1,2 3,4 5,6
2 0 1 2 7 0,1,2 3,4,5 6,7
3 0 1,2 3 8 0,1,2 3,4,5 6,7,8
4 0,1 2 3,4 9 0,1,2,3 4,5,6 7,8,9
5 0,1 2,3 4,5 10 0,1,2,3,4 5,6,7 8,9,10

5
KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK OBJEKTIF 2 ARUL DAS ARUMUGAM[GS55721] PhD UPM

PROF. DR. VIJAYALETCHUMY SUBRAMANIAM

Model ARCS (perkongsian untuk panduan pengesah)

John M. Keller membangunkan model ARCS pada tahun 1979 sebagai model pengajaran yang dapat
memotivasikan murid untuk belajar. Model ini dibangunkan untuk menggantikan kaedah tingkahlaku dan
kaedah kognitif yang mana menurut Keller, kedua-dua kaedah terlalu bergantung kepada stimuli luaran dan
kurang memberi perhatian terhadap perkembangan motivasi murid-murid. Model ini lebih bertumpu kepada
pembelajaran ‘e-learning’ secara ala kendiri.

Empat elemen model ARCS ini ialah;

A - Attention (Perhatian)

R - Relevence (Kesesuaian)

C - Confidence (Keyakinan)

S - Satisfaction (Kepuasan)

Secara umumnya, model ini merupakan kaedah penyelesaian masalah yang mana ianya boleh ditambah baik
dengan aktiviti-aktiviti yang sesuai.

Attention (Perhatian)

melalui penglibatan yang aktif

melalui kaedah hiburan seperti berjenaka

melalui penggunaan media atau instrumen yang pelbagai

dengan menggunakan contoh bersifat praktikal di dunia sebenar

Menurut Keller (2014) komponen pertama iaitu ‘Perhatian’ merujuk kepada cara mencungkil rasa ingin tahu
demi menyelesaikan sesuatu masalah. Terdapat beberapa kaedah mencungkil rasa ingin tahu murid dalam
sesuatu sesi pembelajaran. Penglibatan secara aktif, pembolehubah, konflik dan ketidakcocokan, contoh yang
spesifik dan inkuiri merupakan antara kaedah yang tergolong dalam komponen ini. Merujuk kepada kaedah
penglibatan secara aktif, ia mestilah bersifat mesra murid seperti aktiviti permainan dan mewarna. Kaedah

6
KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK OBJEKTIF 2 ARUL DAS ARUMUGAM[GS55721] PhD UPM

PROF. DR. VIJAYALETCHUMY SUBRAMANIAM

penglibatan pembolehubah pula harus mengambil kira gaya pembelajaran yang berbeza dalam kalangan
murid. Kaedah menggunakan konflik dan ketidakcocokan pula bersifat melegakan tekanan perasaan untuk
mengubah andaian tentang diri sendiri. Kaedah inkuiri pula menjinakkan murid untuk menganalisis data
tentang dirinya sendiri.

Menurut Keller lagi, ‘Perhatian’ ini boleh diperolehi sama ada melalui rangsangan persepsi atau
rangsangan inkuiri atau siasatan. Persepsi seseorang murid terangsang apabila murid itu terperanjat, tidak
mempercayai atau mempunyai kesangsian terhadap sesuatu. Rangsangan inkuiri pula merujuk kepada
perasaan ingin tahu yang tercungkil hasil daripada masalah-masalah yang memerlukan penyelesaian. Pelbagai
kaedah boleh diguna termasuklah penglibatan secara aktif, penggunaan hiburan seperti jenaka, kewujudan
konflik, kepelbagaian dan contoh-contoh yang sebenar.

Permainan, main peranan atau sebarang praktis yang diminati boleh menggalakkan murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Ini secara tidak langsung boleh memotivasikan murid
untuk beransur maju dalam pelajaran. Penggunaan kaedah berjenaka sudah semestinya dapat menarik
perhatian murid secara inklusif walaupun murid tersebut agak lambat menguasai sesuatu kemahiran. Perhatian
terhadap diri sendiri juga dapat dijana apabila murid dipandu untuk mengetahui potensi sebenar berbanding
dengan tanggapan sebelum itu. Penggunaan pelbagai media juga boleh menarik minat murid. Selain itu, murid
perlu mengamati serta merasakan ilmu yang diperoleh boleh dipraktikan.

Merujuk kepada IPPK, murid dicungkil minat untuk mengetahui keberadaan atau kemajuan sebenar
berdasarkan pencapaian dalam ujian. Dalam pemerhatian Arul Das Arumugam (2016) di beberapa buah
sekolah, murid-murid melibatkan diri secara aktif sekaligus menghadirkan elemen perhatian yang
secukupnya.

Relevence (Kesesuaian)

7
KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK OBJEKTIF 2 ARUL DAS ARUMUGAM[GS55721] PhD UPM

PROF. DR. VIJAYALETCHUMY SUBRAMANIAM

menghubungkait dengan pengalaman lampau

merasai kesesusaiannya.

merasai kegunaan pada masa hadapan

menjadikannya sebagai model kejayaan

memberi pilihan kepada murid

Komponen kedua iaitu ‘Kesesuaian’ pula mengutamakan bahasa dan contoh yang biasa dengan murid.
Pengalaman, keberadaan sekarang, kegunaan pada masa depan, ‘modeling’ dan pemilihan merupakan strategi-
strategi yang disaran oleh Keller.

Merujuk kepada ‘Pengalaman’, guru perlu memberitahu murid tentang kegunaan pembelajaran masa kini
untuk masa depannya. ‘Keberadaan semasa’ pula mengambil kira usia dan kematangan pemikiran murid.
Strategi seterusnya, iaitu modeling merujuk kepada peranan guru sebagai contoh yang boleh dicontohi oleh
murid. Kaedah ‘Pemilihan’ menggalakkan murid-murid untuk memilih kaedah yang sesuai dalam
melaksanakan sesuatu tugasan. Dalam hal ini, seseorang murid seharusnya boleh menghubung kaitkan
maklumat yang diperoleh dengan pengetahuan sedia ada.

Menurut Ibnu Dwiki Permana dan Yudha Gusty Wibowo, releven atau kesesuaian merujuk kepada
strategi untuk menghubungkan keperluan, minat, dan motif murid-murid. Guru perlu menjelaskan manfaat
pengetahuan, ketrampilan atau sikap serta nilai yang akan peroleh dan cara mengaplikasikannya dalam
kehidupan harian. Ini boleh dilakukan dengan memberi contoh, latihan atau ujian mengikut tahap murid.
Sememangnya, perkataan kesesuaian ini mempunyai hubungan bahan pembelajaran dengan kebutuhan
peribadi. Motivasi murid akan bangkit apabila dia merasakan bahawa apa yang dipelajari itu memenuhi
kebutuhan peribadi, bermanfaat dan sesuai dengan norma hidupnya. Biasanya sesuatu pengalaman baharu
yang bermanfaat akan mendorong wujudnya kebutuhan peribadi yang tergolong dalam tiga nilai motif seperti
berikut;

Motif Peribadi Motif Instrumental Motif budaya

Kebutuhan untuk berprestasi, Keberhasilan sesuatu Ilmu yang diperoleh secocok

8
KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK OBJEKTIF 2 ARUL DAS ARUMUGAM[GS55721] PhD UPM

PROF. DR. VIJAYALETCHUMY SUBRAMANIAM

kebutuhan untuk berteman tugasan dianggap suatu dengan acuan dan pegangan
dan kebutuhan untuk langkah untuk mencapai hidup.
berkuasa. keberhasilan seterusnya.

Confidence (Keyakinan)

mengendalikan perkembangan diri

memberi maklum balas

mengawal diri demi kejayaan

berkomunikasi antara matlamat dan tuntutan

Komponen ‘Keyakinan’ merupakan komponen yang ketiga dalam model ini. Komponen ini membantu murid
untuk memahami cara mencapai kemajuan. Dengan ini, murid perlu tahu cara mengawal dirinya. Murid juga
perlu diberi maklum balas tentang pencapaiannya bagi menyokong atributnya untuk berjaya. Murid perlu
digalakkan untuk mempertingkat kemajuannya secara beransur-ansur. Tambahan pula, murid perlu diberitahu
tentang objektif dan prasyarat untuk membantu murid dalam menganggarkan tahap kejayaannya.

Ibnu Dwiki Permana dan Yudha Gusty Wibowo memberi tafsiran bahawa keyakinan merupakan dimensi
penilaian dari diri sendiri tentang diri sendiri. Gambaran terhadap diri sendiri ini membolehkan seseorang
menangani masalah dengan tenang. Orang yang percaya pada diri sendiri akan yakin terhadap kemampuan
dirinya dalam mengharungi cabaran dan liku-liku hidup. Keyakinan juga membentuk konsep diri. Semakin
baik konsep diri, semakin kuat pula kepercayaan terhadap diri sendiri. Kepercayaan terhadap diri sendiri ini
akan memperkembang potensi seseorang. Antara strategi yang diketengahkan adalah 1) menyusun kandungan
pembelajaran ke dalam bahagian yang kecil, 2) meningkatkan harapan pada diri murid untuk meningkatkan
prestasi, dan 3) memberikan umpan balik yang konstruktif agar murid mengetahui kekuatan dan kelemahan.

9
KESAHAN ITEM SOAL SELIDIK OBJEKTIF 2 ARUL DAS ARUMUGAM[GS55721] PhD UPM

PROF. DR. VIJAYALETCHUMY SUBRAMANIAM

Satisfaction (Kepuasan)

memuji atau memberi ganjaran

menggalakkan murid menggunakan idea dan kemahiran


dalam menghadapi cabaran semasa.

Komponen ‘Kepuasan’ merupakan strategi untuk memberikan penghargaan sama ada secara ekstrinsik
ataupun intrinsik. elemen yang sangat mempengaruhi motivasi murid. Pemberian ganjaran serta galakan
menggunakan instrumen mempengaruhi elemen kepuasan ini.

Murid perlu berasa puas hati setelah melakukan sesuatu proses pembelajaran. Murid juga perlu
merasakan dirinya lega dengan penerimaan ilmu baharu. Ringkasnya, murid perlu merasakan ilmu itu dapat
mencetus nilai positif kendiri untuk kecemerlangannya pada masa hadapan.

Ibnu Dwiki Permana dan Yudha Gusty Wibowo merujuk Arthur S. Riber dan Emiliy Reber yang
menyatakan kepuasan ialah perasaan yang terhasil setelah mencapai sesuatu cita-cita atau tujuan.
Keberhasilan dalam mencapai sesuatu tujuan akan menghasilkan kepuasan lantas, murid akan bersemangat
untuk mencapai kejayaan seterusnya. Selain dua strategi yang diketengahkan oleh Keller, dua strategi yang
disarankan oleh Ibnu Dwiki Permana ialah 1) menggalakkan seseorang murid yang berjaya membantu
rakannya yang memerlukan bimbingan, dan 2) membandingkan prestasi murid dengan prestasi guru bagi
membentuk standard kualiti yang baharu.

Sumber : Arul Das Arumugam.2019. Teori ARCS dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah. Percetakan Seremban : Seremban. ISBN978-967-10446-1-2

10

You might also like