You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN
Sharon Kiosk Burger adalah sebuah kiosk perniagaan yang menyediakan pelbagai
pilihan burger berkualiti dengan menu dan resepi masakan tersendiri.Di samping
itu ianya juga menjual satay ayam bagi menambah jenis jualan di kiosk tersebut.

Sharon Kiosk Burger merupakan perniagaan tunggal milik penuh bumiputra yang
mula beroperasi sejak Oktober 2012 dengan bermodalkan wang sebanyak RM3500
yang dipinjam daripada keluarga.

Saya merupakan seorang ibu tunggal yang telah bercerai dengan bekas suami dan
kini menyara sepenuhnya kehidupan saya dan anak berikutan bekas suami tidak
memberikan nafkah kepada saya dan anak.

Dengan minat yang mendalam dan semangat yang tinggi untuk meningkatkan
status sosio ekonomi, saya telah menyertai perniagaan pasar malam dan merupakan
peserta pasar malam yang terletak di Tebingan Sungai Dalat yang mana saya
membuka Sharon Kiosk Burger pada hari Isnin dan Selasa bermula jam 2.00
petang hingga 8.00 malam. Di samping menjual pelbagai jenis burger saya turut
menjual satay ayam bagi memenuhi permintaan daripada pelanggan.

Buat masa ini, kiosk saya merupakan kiosk yang dipinjam daripada jiran sebelah
rumah secara percuma.Buat masa ini, memandangkan saya masih mempunyai
masalah dari segi kewangan, saya hanya beroperasi hari isnin dan selasa sahaja
dengan meminjam kiosk daripada jiran.

Saya berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan saya dengan beroperasi


setiap hari memandangkan saya sudah mempunyai pelanggan yang tetap dan
mendapat sambutan yang baik ketika saya membuka kiosk tidak kira dari pelbagai
lapisan masyarakat tidak kira usia. Jika permohonan untuk mendapatkan Geran
Pelancaran ini diluluskan, kepelbagaian jenis makanan seperti burger, cucur dan
satay dapat dijual.

You might also like