Professional Documents
Culture Documents
Imam Abu Hanifah (meninggal dunia 150 Hijriah pada zaman Khalifah
al-Mansur dinasti 'Abbasiyah) mengatakan :
"Kami berbicara dengan alat dan huruf sedangkan Allah Ta'ala berbicara
tanpa alat dan huruf, sedangkan huruf itu makhluq dan Kalam Allah
bukanlah makhluq".
"Fasal. Hadits "Maka diserukan dengan suara "dijadikan hujjah oleh orang
yang berkata Allah berbicara dengan huruf dan suara, sungguh Maha Suci
Allah sesuci-sucinya dari apa yang diucapkan kaum Mujassimah dan
pengingkar, sesungguhnya Nida' (seruan) yang dinisbatkan kepada Allah
diertikan dengan seruan sebahagian Malaikat Muqarrabin Allah dengan izin
dan perintah-Nya."
sifat Kalam adalah satu sifat yang Qadim, yang ada pada Dzat Allah, tidak
berhuruf dan tidak bersuara, tiada dahulu dan tiada kemudian, tiada i'rab dan
tiada bina' .
Kalam Lafzhi ialah kalam yang diciptakan oleh Allah yang diletakkan
di Lauh al-Mahfuzh.
Kalam Lafzhi ialah kalam yang berhuruf, bersuara namun makna bagi
Kalam Lafzhi ini adalah sebahagian daripada makna Kalam Nafsi
yang Qadim yang ada pada Dzat allah.
a. Kalam Nafsi ialah sifat Kalam yang dengannya Allah mampu untuk
berkata-kata.
Kalam Lafzhi merupakan ta'alluq ataupun kesan daripada tugas sifat Kalam
Allah.
Lawan bagi sifat Kalam itu ialah sifat Bukmun iaitu bisu. Mustahil Allah itu
bersifat bisu atau pada maknanya seperti Allah berkata dengan suara,
berhuruf dan dengan perkataan yang berdahulu kemudian kerana itu semua
sifat-sifat baharu (makhluq). Wajiblah kita percaya Allah bersifat dengan
sifat Kalam dan sesungguhnya kalam Allah itu Maha Sempurna.
3. Di balik tabir iaitu Kalam Allah yang Qadim (Kalam Nafsi) yang
bukan huruf dan suara dapat sampai kepada ciptaan-Nya dalam erti
seorang dapat mendengar dan memahami Kalam Allah akan tetapi dia
tidak dapat melihat-Nya dengan mata kepalanya sebagaimana yang
dialami oleh Nabi Musa 'alayhissalam di bukit Thursina atau Nabi
Adam 'alayhissalam mahupun Nabi Muhammad shollallahu 'alayhi wa
sallam pada peristiwa Mi’raj ketika menerima perintah solat 5 waktu.
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama
Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam
mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia
menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu;
insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar"
"Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; “Susuilah dia, dan apabila kamu
bimbang terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah
kamu bimbang dan janganlah (pula) bersedih hati, kerana sesungguhnya
Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan menjadikannya (salah
seorang) dari para Rasul.”
Bukti hadith :
َع ْن ِع ْك ِر َمة َ ٍع ْن ِس َماك
َ ع ْن ِإس َْرائِي َلَ ق َواب ُْن أ َ ِبي ِر ْز َمةَ َوأَبُو نُ َعي ٍْم
ِ الر َّزا َ ع ْبدُ ب ُْن ُح َم ْي ٍد َحدَّثَنَا
َّ ُع ْبد َ َحدَّثَنَا
ب ْالفُ َؤادُ َما َرأَى } قَا َل َرآهُ بِقَ ْلبِ ِه
َ ََّاس قَا َل { َما َكذ ٍ عب َ ع ْن اب ِْن َ
Telah menceritakan kepada kami 'Abdu bin Humaid telah menceritakan
kepada kami Abdur Razzaq dan Ibnu Abu Rizmah serta Abu Nu'aym dari
Israa'il dari Simak dari 'Ikrimah dari Ibnu 'Abbas telah berkomentar tentang
ayat “Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya.” (Surah
An-Najm ayat 11), beliau berkata : "Baginda melihat-Nya dengan hatinya."
(Riwayat Imam Abu 'Isa at-Tirmidzi hadith nombor 3203 atau versi lain
hadith nombor 3281)
1. Kalam an-Nafsi : Ia adalah ilmu tentang kalam Allah yang ada pada
diri Allah itu sendiri. Kalam Ismi atau Nafsi diterjemahkan dengan
"Pekata" iaitu suatu sifat yang sedia ada pada Dzat Allah. Kalam ini
Qadim kerana ia sifat Tuhan dan jenisnya ada. Maka kalam ini
bukanlah daripada jenis huruf, suara, samada terdahulu dan
terkemudian. Ahli Sunnah wal Jama'ah menyatakan bahawa Kalam
Allah itu tiada huruf, tidak bersuara dan tiada struktur. Ia adalah
ta'alluq sifat kalam Sholuh al-Qadim.
Rujukan :
6. kitab Risalah Persediaan Bagi Sekalian Mukallaf oleh Tuan Guru Haji
'Abdullah bin Abdul Rahman dari Madrasah ar-Rahmaniah
ad-Diniyah Pondok Lubuk Tapah, poskod 17200 mukim Lemal,
daerah Pasir Mas, negeri Kelantan.