You are on page 1of 1

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

PROJECT-BASE LEARNING (PBL), PERSEPSI IBU BAPA DAN CABARAN MEREKA


TERHADAP TUGASAN PBL BAGI MURID-MURID TAHUN DUA, SK PEKAN
SEMPORNA DUA, SABAH.

Oleh:

Ida Suzilawate bt Ibrahim

SK Pekan Semporna Dua,


91308 Semporna,
Sabah.

ABSTRAK:

Maksud Project Based Learning (PBL) mengikut Sumber KIT PAK21 KPM ialah “Murid mengkaji
secara mendalam tentang sesuatu isu atau topik bagi menghasilkan sesuatu produk”. Kajian tindakan
ini bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang persepsi ibubapa dan cabaran mereka terhadap
tugasan PBL. Kajian ini melibatkan 140 murid Tahun Dua SK Pekan Semporna Dua, Semporna,
Sabah. Berdasarkan hasil tinjauan awal, didapati hanya 50 peratus murid yang membuat PBL yang
diberikan oleh guru-guru. Timbul persoalan apakah yang menjadi masalah kepada murid-murid ini.
Adakah tugasan PBL ini menyusahkan ibubapa murid untuk menyediakan keperluan PBL? Justeru
itu, bagi menyelesaikan isu ini, satu kajian telah dibuat untuk mengetahui sendiri apakah persepsi
ibubapa terhadap isu ini, Daripada hasil analisis data terhadap soalan soal selidik yang dijalankan,
didapati aktiviti PBL merupakan aktiviti yang disukai oleh murid juga mendapat sokongan penuh
daripada ibubapa dengan 90 peratus ibubapa membantu anak-anak dalam tugasan PBL. 45 peratus
mengatakan ia membebankan kewangan mereka dan 55 peratus lagi tidak ada masa untuk
membimbing anak-anak Persepsi ibu bapa kepada tugasan PBL pula sangat-sangat menggalakkan
iaitu 68 peratus setuju dengan tugasan PBL yang diberikan dan mereka menyarankan supaya guru
selalu memberikan tugasan PBL untuk subjek-subjek tertentu kerana banyak memberi faedah
kepada anak-anak mereka. Cadangan mereka supaya pihak sekolah menyediakan bahan-bahan
untuk membuat tugasan PBL ini.

You might also like