You are on page 1of 1

2.

0 SUMBER DATA

Kajian ini menggunakan sumber daripada data sekunder. Menurut Hasan (2002),
data sekunder ialah data yang diperoleh atau dikumpul oleh penyelidik daripada
sumber yang ada. Ia digunakan untuk menyokong maklumat primer yang telah
diperolehi. Antara sumber data sampingan termasuklah daripada penerbitan, laman
web, buku, artikel jurnal, dan catatan yang terdapat dalam organisasi. Data sekunder
berfungsi untuk menyokong penyelidikan dan analisis. Data sekunder digunakan
untuk menyokong penyelidikan dan analisis yang dijalankan oleh penyelidik. Data
ini boleh memberikan konteks, sejarah maklumat dan pemahaman yang lebih
berkaitan dengan topik penyelidikan. Dalam kajian ini, pelajar diarahkan untuk
mencari, mengumpul dan menganalisis data tersebut. Hasil perbincangan bersama
ahli, kumpulan kami telah memutuskan untuk memilih tajuk “KESAN INFLASI
GLOBAL TERHADAP NEGARA DI ASIA TENGGARA DARI TAHUN 1990
HINGGA 2019”. Bagi memenuhi keperluan kajian ini saluran laman sesawang
World Bank telah digunakan. Sebagai kesimpulan, hasil daripada kajian ini dapat
menunjukkan gambaran yang jelas dan strategi yang berkesan untuk pencarian dan
penyusunan data, dan menghasilkan rumusan data yang relevan daripada sumber data
sekunder melalui analisis dan tafsiran data.

You might also like