You are on page 1of 1

MESYUARAT AGUNG PIBG SK MADAI 2017

Mesyuarat Agung PIBG Sk Madai pada tahun 2017 telah diadakan pada 22 April 2017 bersamaan hari
Sabtu, yang mana mesyuarat ini dirasmikan oleh Dato’ Haji Nilwan Bin Kabang Adun N51 Bahagian
Silam. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua guru dan kakitangan warga Sk Madai bersama dengan
ibubapa pelajar bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah.
Dalam ucapan perasmian ini juga Dato’ Nilwan menyumbang RM3000 kepada pihak sekolah untuk
kecemerlangan akademik pelajar yang akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada
bulan September akan datang, dan beliau juga turut berjanji akan menyumbangkan dana sebanyak
RM15000 kepada sekolah Sk Madai untuk membina sebuah dewan terbuka di sekolah ini. Sekaligus
dengan sumbangan ini dapatlah pihak sekolah menjalankan aktiviti di dewan tersebut nanti.

You might also like