You are on page 1of 4

LAPORAN AKTIVITI

SEBELUM

Aktiviti kemahiran motor halus yang kami pilih ialah membuat tanah liat atau playdough. Sebelum
hari kejadian, ada beberapa bahan yang perlu kami bawa untuk membuat dough. Antaranya
adalah minyak, pewarna, bekas untuk menguli, tepung, garam dan juga pewangi atau softtener.
Oleh itu, kami telah membuat perbincangan untuk mengagihkan barang-barang yang dibawa.
Manakala aktiviti kemahiran motor kasar yang kami pilih ialah 'Mana bunyi saya?'

SEMASA

Pada hari kejadian, sebelum aktiviti bermula, kami diminta mencari tempat dan ruang mengikut
kumpulan masing-masing untuk memulakan aktiviti. Selepas itu, kami membersihkan sedikit
tempat yang kumpulan saya pilih supaya tanah liat tidak melekat pada habuk-habuk yang
terdapat pada lantai tersebut.

Kemudian, kami mengeluarkan bahan-bahan yang dibawa untuk memulakan aktiviti


membuat playdough. Hanisah iaitu salah seorang ahli kumpulan saya menuang tepung di dalam
bekas untuk mula membuat tanah liat. Kemudian, kami tambah sedikit minyak dan air mineral
untuk mendapatkan struktur tepung yang lembut dan tidak melekat. Akhir sekali, kami tambah
pewarna dan juga garam ke dalam tepung yang diuli. Aktiviti menguli ini kami lakukan secara
bergilir-gilir supaya semua orang dapat merasa membuat tepung playdough.

Pada mulanya saya berasa amat sukar kerana ini merupakan kali pertama saya
melakukan aktiviti seperti ini. Kumpulan saya agak mengambil masa yang lama untuk menguli
tepung berbanding kumpulan yang lain, ada yang sudah mula membuat bentuk playdough tema
masing-masing. Setelah siap menguli, kumpulan saya berbincang mengenai tema yang hendak
dipilih dan bersepakat mengambil tema 'Haiwan'.

Bagi aktiviti 'Mana bunyi saya?', kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Kumpulan saya
terdiri daripada Hanisah, Shahira, Lin, Irdina, Aifaa, Rishinah dan saya sendiri. Setiap kumpulan
perlu menghantar seorang wakil dan menetapkan bunyi haiwan masing-masing.

1
Cara permainannya ialah, semua ahli kumpulan, tidak termasuk wakil, perlu menutup
mata dan perlu mencari bunyi kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan pada awal aktiviti.
Kemudian, wakil kumpulan tersebut perlu mencari kesemua ahli kumpulan sendiri semasa aktiviti
berjalan.

Kumpulan saya memilih Rishinah sebagai wakil dan kami memilih bunyi biri-biri sebagai
signal kumpulan kami. Kemudian, kami dipisahkan dan perlu mencari arah mengikut bunyi biri-
biri yang dilakukan oleh Rishinah. Terdapat dua orang ahli kumpulan saya yang sesat iaitu
Hanisah dan termasuklah diri saya sendiri.

SELEPAS

Setelah semua pelajar berjaya menyiapkan playdough masing-masing, kami mengemaskan


tempat tersebut dan tanah liat yang sudah siap diletakkan dan dikumpulkan di bangku prasekolah
supaya semua pelajar dapat melihat hasil kumpulan yang lain. Aktiviti ini mengambil masa dua
jam iaitu bermula pada jam 2 petang hingga 4 petang. Semua pelajar berpuas hati dengan usaha
sendiri dan pulang dengan gembira.

Manakala bagi aktiviti 'Mana bunyi saya?' pula, ahli kumpulan saya yang lain berasa
gembira kerana mereka dapat menjumpai Rishinah. Namun saya berasa agak muram sedikit
kerana saya tidak menjumpai bunyi tersebut dan Rishinah juga tidak perasan ahli kumpulannya
tidak mencukupi. Walaubagaimanapun, saya tetap seronok dan menganggap itu adalah perkara
yang kecil sahaja.

2
REFLEKSI

KEKUATAN

Daripada aktiviti yang dinyatakan, terdapat beberapa kekuatan yang saya dapati semasa dan
selepas melakukan aktiviti membuat tanah liat ini. Antaranya ialah semua ahli kumpulan saya
memberikan kerjasama yang baik, contohnya seperti agihan barang yang dibawa, giliran menguli
tepung dan juga semuanya membuat playdough mengikut kreativiti masing-masing. Walaupun
Hanisah tidak berapa sihat pada ketika itu, namun dia masih hadir dan turut serta melakukan
aktiviti.

Seterusnya, saya berasa gembira kerana kumpulan saya terdiri daripada kaum melayu
dan India. Jadi, kami dapat melaksanakan aktiviti yang menyeronokkan ini bersama-sama dan
menikmati hasilnya selepas berjaya membuat playdough bentuk haiwan. Walaupun ini adalah
perkara yang remeh, namun perkara sekecil-kecil inilah yang merapatkan hubungan sesama
sendiri dan mewujudkan semangat perpaduan di dalam kelas secara tidak langsung.

Selanjutnya, terdapat seorang ahli kumpulan saya yang kreatif dan pandai membuat
playdough yang menarik iaitu Shahira. Contohnya Shahira membuat arnab, kucing dan juga
rama-rama yang sangat comel dan sangat menepati ciri awal kanak-kanak. Begitu juga dengan
Jennifer yang membuat bentuk kura-kura dan juga dua ekor burung. Saya kira bentuk sebegitu
bukanlah mudah namun Jennifer boleh melakukannya. Saya berasa bangga dapat berada dalam
kumpulan bersama-sama dengan mereka.

Manakala bagi aktiviti 'Mana bunyi saya?', antara kekuatan yang saya dapati adalah
aktiviti tersebut dapat melatih motor kasar dan daya pendengaran pelajar. Contohnya apabila
kami perlu bergerak mencari bunyi yang dilakukan oleh wakil kumpulan dan perlu memberi
perhatian kepada bunyi tersebut.

3
KELEMAHAN

Disebalik kelebihan yang dinyatakan, terdapat juga beberapa kekurangan yang saya dapati
sepanjang aktiviti ini berlangsung. Antaranya adalah ruang dan tempat aktiviti yang agak sempit
menyukarkan pergerakan kami dari satu tempat ke tempat yang lain. Malah kami juga perlu
berhimpit sedikit dengan kumpulan lain untuk mendapatkan ruang membuat playdough.

Selain itu bahan yang agak terhad iaitu pewarna yang tidak mencukupi. Setiap kumpulan
hanya ada satu sahaja pewarna kerana ingin mengurangkan kos yang perlu ditanggung.
Kelemahan yang terakhir adalah waktu aktiviti yang kurang fleksibel. Kebanyakan pelajar berasa
sedikit kepenatan pada waktu petang setelah selesai kuliah pada waktu pagi. Oleh itu, perkara
ini sedikit sebanyak mempengaruhi mood pelajar pada waktu itu.

Manakala bagi aktiviti 'Mana bunyi saya?' pula, tempat aktiviti mempunyai banyak perabot
yang boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada pelajar. Contohnya, tersepak rak atau
terlanggar meja atau kerusi.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi mengatasi masalah tempat yang sempit, cadangan saya ialah bahagikan setengah
kumpulan buat aktiviti di dalam kelas prasekolah dan setengah kumpulan lagi buat aktiviti di
tempat tersebut. Hal ini sedikit sebanyak memudahkan urusan keluar-masuk pelajar.

Seterusnya, bagi masalah bahan yang terhad, perlu maklumkan bahan-bahan yang perlu
dibawa seminggu lebih awal agar pelajar boleh membuat persiapan dengan sebaiknya.
Selanjutnya bagi masalah waktu aktiviti yang kurang fleksibel, pelajar boleh mencadangkan masa
lapang yang ada pada waktu pagi supaya pelajar berasa lebih bertenaga dan seronok melakukan
aktiviti seperti ini pada masa akan datang.

Manakala bagi aktiviti 'Mana bunyi saya?' pula, pelaksanaan aktiviti boleh dilakukan
ditempat yang lebih luas dan perabot yang terhad untuk menjaga keselamatan pelajar dari
sebarang kecederaan yang tidak diingini.

You might also like